Ujian Pemeriksaan Fizikal, Pancaindera dan Kecergasan (UFPK)

Calon akan dimaklumkan melalui alamat e-mel yang telah calon daftarkan di sistem SPA9, paparan di Portal Rasmi SPA dan paparan di Facebook Rasmi SPA sekurang-kurangnya tujuh (7) hari sebelum tarikh Ujian Pemeriksaan Fizikal, Pancaindera dan Kecergasan (UFPK).

 

Tidak digalakkan hadir kerana syarat lantikan tambahan telah menetapkan julat BMI hanya 19.00 hingga 26.00.

 

Tidak digalakkan hadir kerana syarat lantikan tambahan telah menetapkan kedua-dua belah mata (kiri dan kanan) hendaklah berada dalam keadaan yang baik dan boleh menyebut dengan terang dan jelas huruf atau nombor yang ditunjukkan di
aras 1 hingga 6 pada Papan/Carta Snellen (Carta Mata). Jarak calon dengan Carta Snellen adalah 6 meter.

 

Berpakaian sukan yang sopan, tidak menjolok mata dan tidak ketat. Baju seperti jersey dibenarkan. Tidak diwajibkan memakai t-shirt berkolar dan berwarna putih.

Bagi lelaki, pemakaian seluar pendek paras lutut dibenarkan.


Bagi wanita, pemakaian baby t-shirt, legging dan yoga pants adalah dilarang sama sekali.

 

Terdapat dua (2) situasi iaitu:

i. Bagi calon yang berjaya melepasi sehingga larian 2.4 km kebiasaannya UFPK akan tamat pada jam 5.00 petang bergantung kepada jumlah kehadiran calon di pusat ujian; dan

ii. Bagi calon yang gagal melepasi ujian seperti BMI, Ujian Penglihatan, Ujian Pengecaman Warna, Pemeriksaan Tubuh dan Gaya Berjalan serta empat (4) Ujian Kecergasan iaitu Lompat Jauh Berdiri, Lari Ulang Alik 4X10 meter, Bangun Tubi dan Larian 2.4 km, akan diminta untuk meninggalkan pusat lebih awal.

 

Kelulusan pertukaran pusat dan tarikh UFPK bergantung kepada jenis permohonan dan alasan yang kukuh seperti pertindihan tarikh temu duga, kematian, keagamaan, perkahwinan, kemalangan dan sebagainya. Calon perlu mengemukakan bukti bagi alasan yang dinyatakan.

Pusat dan tarikh hanya boleh ditukar sepanjang tempoh Ujian berlangsung sahaja. Tiada Ujian ulangan selepas tarikh UFPK tamat.

Permohonan boleh dibuat di alamat e-mel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

 

Boleh membawa apa jua jenis sarung tangan getah. Disarankan menggunakan sarung tangan getah yang diguna pakai oleh kakitangan perubatan.

 

Kit Ujian Kendiri yang menggunakan sampel air liur dan hidung boleh digunakan. Kit Ujian Kendiri jenis Lolipop tidak dibenarkan.

 

Ya. Perlu dijalankan di pusat ujian sebelum sesi pendaftaran.

 

Calon yang mengandung tidak digalakkan hadir kerana akan melibatkan ujian kecergasan.

 

Tiada penjadualan semula bagi calon yang tidak hadir Ujian Pemeriksaan Fizikal, Pancaindera dan Kecergasan (UFPK).

 

Rayuan hanya boleh dilakukan semasa Ujian sedang berjalan dan perlu mendapat kebenaran daripada Ketua Penguji. Tiada rayuan selepas Ujian Pemeriksaan Fizikal, Pancaindera dan Kecergasan (UFPK) tamat.

 

Tidak. Calon yang tidak menghadiri Ujian Pemeriksaan Fizikal, Pancaindera dan Kecergasan (UFPK) tidak akan disenaraihitamkan dari urusan SPA yang lain.

 

Hits: 92177