Accessibility Tools

Skip to main content

November 2013 Aktiviti 7

  • Lawatan Dari Lembaga Administrasi Negara Republik Indonesia
       
    S.P.A, 12 Nov ----- Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (S.P.A) hari ini telah menerima lawatan delegasi dari Lembaga Administrasi Negara Republik Indonesia. Ketibaan delegasi seramai 31 orang yang terdiri dari pelbagai Kementerian di Republik Indonesia itu disambut oleh Pengerusi S.P.A, YBhg. Tan Sri Mahmood Adam. Turut hadir Timbalan Pengerusi S.P.A, YBhg. Dato’ R.Segarajah, Timbalan Setiausaha (Pengambilan), Encik Zainal Abidin Ahmad dan Timbalan Setiausaha (Perkhidmatan), Puan Lim Mooi Eia. Delegasi yang diketuai oleh Dr. Ir. Setiabudhy Algamar telah diberi taklimat mengenai fungsi S.P.A, dasar dan sistem pengambilan serta transformasi yang telah dan sedang dilaksanakan di S.P.A. ----- MediaSPA
 
 
 
 

Continue reading

Sijil Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia

Sijil Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia

Memaparkan senarai jawatan di Gred 29 yang boleh dimohon oleh calon yang memiliki kelayakan Sijil Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), selaras dengan Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 Tahun 2016. Di sini juga disertakan maklumat terperinci mengenai tugas dan jadual gaji untuk setiap jawatan.

Catatan :

  • Kelayakan memohon jawatan di Gred 29 seperti senarai di bawah adalah berdasarkan Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 Tahun 2016, Kelayakan Sijil Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia Bagi Tujuan Pelantikan Ke Dalam Perkhidmatan Awam yang berkuatkuasa mulai 1Januari 2017.
  • Gaji permulaan untuk calon yang memiliki kelayakan Sijil Matrikulasi KPM adalah pada gaji minimum dalam Jadual Gaji Minimum-Maksimum skim perkhidmatan yang berkaitan.
  • Untuk jawatan Penghulu, kelayakan yang perlu adalah Sijil Matrikulasi dan mempunyai pengalaman tidak kurang dari 5 tahun dalam bidang yang berkaitan, terlibat dalam aktiviti kemasyarakatan dan sukarela serta berpengetahuan luas dalam pembangunan masyarakat, adat istiadat, agama dan sosiobudaya tempatan (Gaji permulaan ditetapkan pada RM1,846.15).

Continue reading

November 2014 Aktiviti 17

  • "S.P.A Melaksanakan Inisiatif Menambah baik Perkhidmatan" ---- Tan Sri Mahmood Adam

    Melaka 8 Nov ------ Pengerusi S.P.A Tan Sri Mahmood Adam berkata, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam kini lebih dikenali bukan sahaja kerana transformasi malahan melaksanakan pelbagai inisiatif untuk menambah baik perkhidmatan di bawah program transformasinya. “Kita ada buku Compentnecy Based Interview (CBI) yang di dalamnya mengandungi garis panduan bagaimana S.P.A hendak menjalankan sesi temu duga seterusnya mendapat calon yang bagus untuk menjawat jawatan dalam perkhidmatan awam”. Tan Sri Mahmood berkata demikian ketika berucap di majlis perasmian retreat semakan semula dokumen ISO 9001: 2008 dan pelan perancangan strategik S.P.A tahun 2014 anjuran ASPA, di Melaka malam tadi. Turut hadir Setiausaha Datuk Ramli Juhari, Timbalan Setiausaha (Pengambilan) Zainal Abidin Ahmad, Timbalan Setiausaha (Perkhidmatan) Lim Mooi Eia. ------ MediaSPA

 
 
 
 
 
 
 
 

Continue reading

Your message here