Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 30/2016 telah membincangkan dan meluluskan pelantikan seramai 98 orang dan seramai 2,384 orang pegawai telah diberi pengesahan dalam perkhidmatan dan pemberian taraf berpencen. Manakala, lapan orang (8) orang pegawai telah diberi pelanjutan tempoh percubaan dan duaorang (2) telah ditamatkan perkhidmatan. Selain itu suruhanjaya juga telah membincangkan dan mempertimbangkan tiada kertas Lembaga Rayuan Kenaikan Pangkat dan sepuluh (10) kertas Lembaga Rayuan Tatatertib.
Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 30/2015 telah membincangkan dan meluluskan pelantikan seramai 852 orang dan seramai 715 orang pegawai telah diberi pengesahan dalam perkhidmatan dan pemberian taraf berpencen. Manakala, seorang (1) orang pegawai telah diberi pelanjutan tempoh percubaan dan dua orang (2) telah ditamatkan perkhidmatan. Selain itu suruhanjaya juga telah membincangkan dan mempertimbangkan satu (1) kertas Tindakan Tatatertib dan empat belas (14) kertas Lembaga Rayuan Tatatertib.
BAGAN DATOH, 26 Februari ------ Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (S.P.A) hari ini telah mengadakan Sesi Interaksi bersama Ketua-Ketua Jabatan Persekutuan, Badan-Badan Berkanun, Persatuan-persatuan dan Badan-Badan bukan Kerajaan di Sekolah Menengah Sains Bagan Datoh, Perak. Sesi interaksi yang ke-15 ini dihadiri oleh Timbalan Pengerusi S.P.A, YBhg. Dato' R. Segarajah. Turut hadir Timbalan Setiausaha (Pengambilan), Encik Zainal Abidin Ahmad, Timbalan Setiausaha (Perkhidmatan), Puan Lim Mooi Eia dan pegawai-pegawai kanan S.P.A. Sesi Taklimat Kerjaya juga diadakan yang telah dihadiri oleh pelajar-pelajar sekolah di sekitar Bagan Datoh dan Teluk Intan, Perak. S.P.A juga turut mengadakan Karnival Kerjaya Perkhidmatan Awam yang disertai oleh pelbagai Kementerian dan Jabatan. Karnival Kerjaya yang mendapat sambutan orang ramai ini turut dihadiri Ahli Parlimen Bagan Datoh, YB. Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan beliau turut melawat gerai-gerai pameran dengan diiringi oleh YBhg. Dato' R. Segarajah. ------ MediaSPA
BERITA RINGKAS 26 Sept : Lawatan Kerja Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Singapura Ke SPA Malaysia
PUTRAJAYA, 26 September------ Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) hari ini telah menerima kunjungan daripada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Singapura. Delegasi seramai 17 orang telah diketuai oleh Mr Eddie Teo, Pengerusi SPA Singapura diiringi oleh HE Mr Vanu Gopala Menon, Pesuruhjaya Tinggi Singapura di Kuala Lumpur, Ahli-Ahli Suruhanjaya SPA Singapura dan pegawai-pegawai kanan SPA Singapura. Taklimat mengenai SPA telah disampaikan oleh Pengerusi SPA, YBhg. Tan Sri Arpah Abdul Razak. Lawatan pada hari ini turut dihadiri oleh YBhg. Dato' Zainal Abidin Ahmad, Setiausaha SPA, Ahli-Ahli Suruhanjaya, Timbalan-Timbalan Setiausaha dan Setiausaha Bahagian SPA Malaysia. ------ MediaSPA
BERITA RINGKAS 19 Ogos : Kunjungan Hormat Pegawai Tertinggi CUEPACS Ke S.P.A
PUTRAJAYA, 19 Ogos------ Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) hari ini telah membuat kunjungan hormat ke atas Pengerusi S.P.A, Dato’ Seri Arpah Abdul Razak. Delegasi seramai 7 pegawai tertinggi CUEPACS diketuai oleh Presidennya, Datuk Azih Muda. Satu sesi taklimat mengenai Suruhanjaya Perkhidmatan Awam telah disampaikan oleh Setiausaha S.P.A Puan Lim Mooi Eia. ------MediaSPA
BERITA RINGKAS 24 Julai ----- Majlis Sanjungan Budi Lambaian Kasih
PUTRAJAYA, 22 Julai ----- Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) telah mengadakan majlis Sanjungan Budi Lambaian Kasih yang diadakan di Putrajaya pada Ahad. Majlis adalah bersempena tamat perkhidmatan Pengerusi SPA dan Ahli-Ahli Suruhanjaya serta persaraan warga SPA pada tahun ini. Turut hadir Pengerusi SPA YBhg. Tan Sri Arpah Abdul Razak, Timbalan Pengerusi YBhg. Dato’ Sri Zoal Azha Yusof, Setiausaha YBhg. Dato’ Zainal Abidin Ahmad, Ahli-Ahli Suruhanjaya pegawai-pegawai kanan serta warga SPA. ----- MediaSPA
SPA Ditahap Prestasi Yang Baik -- Datuk Ramli Juhari
S.P.A, 28 Februari ------ Setiausaha Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (S.P.A), YBhg. Datuk Ramli Juhari berkata, S.P.A kini pada tahap prestasi baik kerana tidak menerima aduan sehingga memudaratkan dan terpaksa menjelaskan kepada Kabinet atau Parlimen yang boleh menyebabkan imej S.P.A tercalar. Menurutnya lagi, beliau meminta agar warga S.P.A mengekalkan kecemerlangan seperti tahun-tahun yang lepas. Beliau berkata demikian di Majlis Perhimpunan Bulanan anjuran Bahagian Pengurusan Maklumat yang diadakan di Dewan Temu duga semalam. Turut hadir Timbalan Setiausaha (Pengambilan), Encik Zainal Abidin Ahmad, Timbalan Setiausaha (Perkhidmatan), Puan Lim Mooi Eia, pegawai-pegawai kanan serta warga S.P.A. Terdahulu dari itu beliau berkata, dengan kemudahan teknologi terkini, warga S.P.A diingatkan agar tidak menyebarkan sebarang maklumat yang salah kepada orang luar. YBhg. Datuk Ramli juga mengingatkan kepada pegawai yang terlibat memaklumkan mengenai keputusan temu duga supaya menepati tarikh keputusan seperti yang dijanjikan, supaya calon tidak tertanya-tanya atau menunggu terlalu lama. Beliau juga mengucapkan tahniah kepada warga S.P.A yang mendapat kenaikan pangkat dan meraih kejayaan dalam sukan anjuran PASPA. ------ MediaSPA
Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 14/2014 telah membincangkan dan meluluskan pelantikan seramai 306 orang dan seramai 744 orang pegawai telah diberi pengesahan dalam perkhidmatan dan pemberian taraf berpencen. Manakala, 18 orang pegawai telah diberi pelanjutan tempoh percubaan dan dua (2) telah ditamatkan perkhidmatan. Selain itu suruhanjaya juga telah membincangkan dan mempertimbangkan satu (1) kertas tindakan tatatertib dan sebelas (11) kertas Lembaga Rayuan Tatatertib.
BERITA RINGKAS 27 Sept : Bengkel Penggubalan Soalan 2016
IPOH, 27 September------ Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) hari ini telah mengadakan Bengkel Penggubalan Soalan 2016 yang diadakan di Pusat Transformasi Bandar (UTC) Ipoh Perak. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Setiausaha SPA, YBhg. Dato’ Zainal Abidin Ahmad. Turut hadir Timbalan Setiausaha (Perkhidmatan) Puan Salmah Idris, Timbalan Setiausaha (Pengambilan) Tuan Haji Abdullah Tahir, Ahli-Ahli Suruhanjaya dan pegawai-pegawai-pegawai kanan SPA. Bengkel penggubalan soalan pada kali ini turut menjemput wakil-wakil dari Kementerian/Jabatan serta pegawai dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). ------ MediaSPA
BERITA RINGKAS 20 Julai ----- Pemeriksaan Fizikal, Pancaindera & Kecergasan Penolong Penguasa Imigresen Gred KP29 Di Akademi Kastam DiRaja Malaysia Kuching
KUCHING, 20 Julai ----- Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia dengan kerjasama Jabatan Imigresen telah mengadakan Pemeriksaan Fizikal, Pancaindera & Kecergasan Penolong Penguasa Imigresen Gred KP29 untuk calon di Sarawak yang berlansung dari 19 - 20 Julai di Akademi Kastam DiRaja Malaysia Jalan Matang, Kuching. ----- Urus Setia Sarawak
BERITA RINGKAS 27 Sept : Tan Sri Arpah Pengerusikan Mesyuarat Bersama Pengurus Sumber Manusia
IPOH, 27 September------ Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA), YBhg. Tan Sri Arpah Abdul Razak hari ini telah mempengerusikan Mesyuarat Bersama Pengurus Sumber Manusia Kementerian/Jabatan dan Pentadbiran Negeri di Bawah Bidang kuasa SPA yang diadakan di Pusat Transformasi Bandar (UTC) Ipoh, Perak. Turut hadir, Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, YBhg. Dato’ Mohtar Mohd Abdul Rahman, Setiausaha SPA, YBhg. Dato’ Zainal Abidin Ahmad, Timbalan Setiausaha (Perkhidmatan), Puan Salmah Idris, Timbalan Setiausaha (Pengambilan), Tuan Haji Abdullah Tahir dan pegawai-pegawai Bahagian Sumber Manusia dari pelbagai Kementerian/Jabatan. ------ MediaSPA
Pekeliling Perkhidmatan Bil.2 Tahun 2008 - Dasar Dan Prosedur Pelantikan Secara Kontrak (Contract Of Service) 2008;
2.
Pekeliling Perkhidmatan Bil.16 Tahun 2010 - Pencapaian Dasar Satu Peratus Peluang Pekerjaan Dalam Perkhidmatan Awam Kepada Orang Kurang Upaya 2010;
3.
Pekeliling Perkhidmatan Bil.6 Tahun 2012 - Perjawatan Dan Urusan Perkhidmatan Di Pejabat Menteri Dan Timbalan Menteri 2012;
4.
Pekeliling Perkhidmatan Bil. 1 Tahun 2016 - Rasionalisasi Skim Perkhidmatan Bagi Perkhidmatan Awam Persekutuan Di Bawah Sistem Saraan Malaysia;
5.
Pekeliling Perkhidmatan Bil. 2 Tahun 2018 - Perjawatan Dan Urusan Perkhidmatan Di Pejabat Menteri Dan Timbalan Menteri;
6.
Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 2 Tahun 2016 - Penambahan Kemudahan Bagi Pegawai Lantikan Kontrak <emstyle="color:black;">(Contract Of Service) Dalam Perkhidmatan 2016;
7.
Pekeliling SPA Bil.1 Tahun 2017 - Tatacara Pengambilan Pegawai Bagi Pelantikan Secara Kontrak Perkhidmatan 2017;
8.
Surat Pekeliling SPA Bil.2 Tahun 2004 - Permohonan Jawatan Secara Online Oleh Pegawai Sedang Berkhidmat 2004;
9.
Surat Pekeliling SPA Bil.1 Tahun 2012 - Garis Panduan Permohonan Pelantikan Semula Secara Kontrak (Contract Of Service) 2012;
10.
Surat Pekeliling SPA Bil.3 Tahun 2016 - Kelayakan Sijil Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia Bagi Tujuan Pelantikan Ke Dalam Perkhidmatan Awam 2016; dan
11.
Surat Pekeliling SPA Bil.2 Tahun 2017 - Keperluan Mengemukakan Dokumen Lengkap Bagi Urusan Pelantikan, Perkhidmatan, Rayuan Kenaikan Pangkat Dan Kawalan Tatatertib 2017.
Urusan Perkhidmatan
Bil.
Punca Kuasa
1.
Akta Pencen 1980;
2.
Pekeliling Perkhidmatan Bil. 17 Tahun 2002 - Panduan Pertukaran Pelantikan 2002;
3.
Pekeliling Perkidmatan Bil. 12 Tahun 2008 - Dasar Dan Prosedur Pelantikan Secara Peminjaman, Pertukaran Sementara Dan Pertukaran Tetap 2008;
4.
Pekeliling Perkhidmatan Bil. 23 Tahun 2009 - Dasar Dan Prosedur Peletakan Jawatan Dan Pelepasan Dengan Izin 2009;
5.
Pekeliling Perkhidmatan Bil. 6 Tahun 2010 - Penetapan Ketua Perkhidmatan Bagi Skim Perkhidmatan Yang Sedang Berkuat Kuasa Dalam Perkhidmatan Awam Persekutuan 2010;
6.
Pekeliling Perkhidmatan Bil. 2 Tahun 2011 - Dasar Dan Prosedur Pelantikan Bekas Tentera Ke Dalam Perkhidmatan Awam 2011;
7.
Pekeliling Perkhidmatan Bil. 6 Tahun 2011 - Pindaan Pelaksanaan Tapisan Keselamatan Bagi Pegawai Yang Dilantik Dalam Perkhidmatan Awam 2011;
8.
Pekeliling Perkhidmatan Bil. 1 Tahun 2013 - Pemeriksaan Kesihatan Bagi Maksud Pelantikan Ke Dalam Perkhidmatan Awam 2013;
9.
Surat Pekeliling Pekhidmatan Bil. 17 Tahun 2001 - Penguatkuasaan Surat Aku Janji Untuk Pegawai Awam 2001;
10.
Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 2 Tahun 2012 - Dasar Baru Pelantikan Secara Peminjaman, Pertukaran Sementara Dan Pertukaran Tetap 2012;
11.
Pekeliling SPA Bil. 1 Tahun 2014 - Akuan Berkanun Bagi Pelantikan Ke Dalam Prkhidmatan Awam 2014;
12.
Pekeliling SPA Bil. 3 Tahun 2014 - Pelaksanaan Sistem Pengesahan Di Kementerian/ Jabatan/ Pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri 2014;
13.
Surat Pekeliling SPA Bil. 1 Tahun 2000 - Garis Panduan Dalam Peraturan Pelanjutan Tempoh Percubaan 2000;
14.
Surat Pekeliling SPA Bil. 1 Tahun 2005 - Panduan Pertukaran Perkhidmatan 2005;
15.
Surat Pekeliling SPA Bil. 2 Tahun 2011 - Prosedur Pengesahan Pelantikan 2011; dan
16.
Surat Pekeliling SPA Bil. 3 Tahun 2011 - Prosedur Dan Kaedah Pengesahan Dalam Perkhidmatan 2011.
Urusan Naik Pangkat dan Tatatertib
PERSEKUTUAN
Bil.
Punca Kuasa
1.
Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 [P.U.(A) 395/1993]
2.
Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) (Pindaan) 2002 [P.U.(A) 246/2002]
3.
Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) (Pindaan) 2006 [P.U.(A) 111/2006]
4.
Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) (Pindaan) 2007 [P.U.(A) 132/2007]
5.
Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) (Pindaan) 2010 [P.U.(A) 250/2007]
6.
Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) (Pindaan) 2011 [P.U.(A) 435/2011]
7.
Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) (Pindaan) 2015 [P.U.(A) 252/2015]
8.
Peraturan-Peraturan Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam 1993 [P.U.(A) 396/1993]
9.
Peraturan-Peraturan Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam (Pindaan) 2005 [P.U.(A) 221/2005]
10.
Peraturan-Peraturan Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Awam 2010 [P.U.(A) 75/2010]
NEGERI SEMBILAN
Bil.
Punca Kuasa
1.
Peraturan-Peraturan Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam Negeri Sembilan 1996 [N.S.P.U.5/1996]
2.
Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) (Negeri Sembilan) 2006 [N.S.P.U.2 J/2006]
3.
Peraturan-Peraturan Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Awam Negeri Sembilan 1996 [N.S.P.U.6/1996]
MELAKA
Bil.
Punca Kuasa
1.
Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) (Negeri Melaka) 2002 [M.P.U.10/2002]
2.
Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) (Negeri Melaka) (Pindaan) 2003 [M.P.U.31/2003]
3.
Peraturan-Peraturan Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam Negeri Melaka 2002 [M.P.U.9/2002]
4.
Peraturan-Peraturan Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Awam Negeri Melaka 1975
PULAU PINANG
Bil.
Punca Kuasa
1.
Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) (Pulau Pinang) 1997 [Pg.P.U.13/1997]
2.
Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) (Pulau Pinang) (Pindaan) 2016 [Pg.P.U.2/2016]
3.
Peraturan-Peraturan Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam Negeri Pulau Pinang 1989 [Pg.P.U.1/1989]
4.
Peraturan-Peraturan Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Awam Negeri Pulau Pinang 1989 [Pg.P.U.2/1989]
PERLIS
Bil.
Punca Kuasa
1.
Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) Negeri Perlis 1993 [Ps.P.U.8/1993]
2.
Peraturan-Peraturan Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam Negeri Perlis 1993 [Ps.P.U.9/1993]
3.
Peraturan-Peraturan Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Awam Negeri Perlis 1991 [Ps.P.U.1/1991]
BERITA RINGKAS 16 Jan ---- Sesi Taklimat SPKP Kepada Timbalan Menteri Di JPM (Undang-Undang) YB Tuan Mohamed Hanipa Maidin
PUTRAJAYA 16 Jan ----- Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman Dan Perundangan (SPKP) hari ini telah menyampaikan taklimat kepada Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang) Yang Berhormat Tuan Mohamed Hanipa Maidin. Ketibaan YB Timbalan Menteri itu disambut oleh Pengerusi SPKP, Tan Sri Zainal Rahim Seman. Hadir sama Setiausaha SPKP, Dato’ Zainal Abidin Ahmad, Peguam Cara Negara, YM Datuk Engku Nor Faizah Engku Atek, Timbalan Setiausaha (Perkhidmatan) Tuan Haji Ikhbal Hanam Mukras, Urus Setia SPKP, pegawai-pegawai kanan SPA dan pegawai-pegawai kanan pejabat Timbalan Menteri di JPM.----- MediaSPA