Jurugeospatial Gred J41
- Kumpulan: Pengurusan dan Profesional
- Kem/Jab: Pelbagai Kementerian/Jabatan
- Jadual Gaji:
Gaji Minimum | Gaji Maksimum | Kadar Kenaikan Gaji Tahunan |
RM2,529.00 | RM9,643.00 | RM225.00 |
SYARAT LANTIKAN : | ||
1. | Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut: | |
(a) | warganegara Malaysia; | |
(b) | berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan | |
(c) | ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang remote sensing, geoinformatik, ukur tanah atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji Permulaan pada Gred J41 : RM2,529.00) |
|
SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU | ||
2. | Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan | |
SYARAT PENINGKATAN SECARA LANTIKAN | ||
3. | Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Juruukur adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Jurugeospatial Gred J41, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan: | |
(a) | mempunyai kelayakan di perenggan 1 (c); dan | |
(b) | had umur pelantikan: | |
|
||
DESKRIPSI TUGAS : | ||
Bertanggungjawab dalam penyediaan reka bentuk peta elektronik, peta tematik serta peta topografi terhad dan tidak terhad yang diperlukan oleh kerajaan dan awam bagi tujuan pertahanan, pembangunan negara, pengurusan sumber, pendidikan dan pentadbiran. | ||