SYARAT LANTIKAN/ GAJI/ DESKRIPSI TUGAS
KEWARGANEGARAAN | : | Calon bagi lantikan hendaklah seorang warganegara Malaysia. |
HAD UMUR | : | Calon hendaklah berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan. |
PENETAPAN GAJI PERMULAAN |
: | Gaji permulaan yang lebih tinggi daripada gaji minimum boleh ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan berasaskan kepada pengalaman kerja berkaitan. |
TEMPOH PERCUBAAN |
: | Pegawai yang dilantik adalah dikehendaki berkhidmat dalam tempoh percubaan selama 1 hingga 3 tahun. |
LATIHAN | : | Pegawai boleh dikehendaki mengikuti latihan yang ditetapkan oleh Ketua Jabatan/Ketua Perkhidmatan yang berkenaan. |
PERGERAKAN GAJI TAHUNAN |
: | Pergerakan Gaji Tahunan adalah tidak automatik dan akan ditetapkan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan berdasarkan prestasi perkhidmatan. |
KEPERLUAN KOMPETENSI POTENSI |
: | Pegawai hendaklah memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan untuk kenaikan pangkat |
Rujukan: Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2024 |
SYARAT MINIMUM KELAYAKAN AKADEMIK BAGI URUSAN PELANTIKAN KE PERKHIDMATAN AWAM
(Kelayakan Yang Diterima Bagi Tujuan Pelantikan Ke Perkhidmatan Awam)
- Kelayakan SPM Sebagai Syarat Lantikan Dalam Perkhidmatan Awam
- Bagi tujuan pelantikan ke jawatan dalam perkhidmatan awam yang mensyaratkan kelayakan masuk di peringkat SPM, calon hendaklah memenuhi syarat minimum SPM berikut:
- dua (2) mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu di peringkat Kepujian dan empat (4) mata pelajaran lain di peringkat Lulus dalam satu peperiksaan SPM; atau
- dua (2) mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu di peringkat Kepujian dan empat (4) mata pelajaran lain di peringkat Lulus yang dikumpulkan dalam dua peperiksaan SPM dalam tempoh tiga (3) tahun berturut-turut.
- Selain itu, terdapat skim perkhidmatan tertentu yang mensyaratkan Kepujian/Lulus dalam mata pelajaran tertentu selain daripada keperluan memenuhi syarat kelayakan seperti 1(a)(i) dan 1(a)(ii) di atas.
(Rujukan: Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2002 dan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2024)
- Bagi tujuan pelantikan ke jawatan dalam perkhidmatan awam yang mensyaratkan kelayakan masuk di peringkat SPM, calon hendaklah memenuhi syarat minimum SPM berikut:
- Kelayakan SVM Sebagai Syarat Lantikan Dalam Perkhidmatan Awam
- Bagi tujuan pelantikan ke jawatan dalam perkhidmatan awam yang mensyaratkan kelayakan masuk di peringkat SVM, calon hendaklah memenuhi syarat minimum SVM berikut:
- mata pelajaran Bahasa Melayu (Kod 1104) di peringkat Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C); dan
- kelayakan SVM dalam bidang berkaitan mengikut syarat skim perkhidmatan.
- Pemohon yang memiliki kelayakan SVM hendaklah mendaftarkan kelayakan tersebut di dalam Sistem SPA9 melalui menu “Maklumat Pemohon” -> “Maklumat Kelayakan Akademik” -> “SVM”.
(Rujukan: Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2024)
- Bagi tujuan pelantikan ke jawatan dalam perkhidmatan awam yang mensyaratkan kelayakan masuk di peringkat SVM, calon hendaklah memenuhi syarat minimum SVM berikut:
- Syarat Kelayakan Bahasa Melayu
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat SPM/SVM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(Rujukan: Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2024)
- Syarat-syarat yang dinyatakan dalam perkara 1, 2 dan 3 di atas adalah dikecualikan bagi bekas anggota polis atau tentera yang memohon jawatan berikut tertakluk kepada calon telah disahkan dalam perkhidmatan ketika berkhidmat sebagai anggota polis atau tentera serta mempunyai rekod perkhidmatan yang baik dan berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu dengan memuaskan:
Jawatan dan Gred Pangkat terakhir ketika berkhidmat sebagai anggota polis/tentera Pembantu Pertahanan Awam Gred KP1 Sekurang-kurangnya berpangkat Konstabel atau Prebet atau yang setaraf dengannya Pembantu Keselamatan Gred KP1 Sekurang-kurangnya berpangkat Konstabel atau Prebet atau yang setaraf dengannya Pembantu Penguat Kuasa Gred KP1 Sekurang-kurangnya berpangkat Konstabel atau Prebet atau yang setaraf dengannya Pegawai Bomba Gred KB1 Sekurang-kurangnya berpangkat Prebet yang mempunyai pengalaman berkhidmat sebagai Aerofireman Driver Class 1 (Rujukan: Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2024)
- (b) lulus dua (2) mata pelajaran dan lulus Pengajian Am (sekurang-kurangnya atas Gred C dengan NGMP 2.00) dalam satu
(1) peperiksaan STPM dengan syarat kedua-dua mata pelajaran yang lulus itu mestilah sekurang-kurangnya mendapat:
- Gred B dan B (NGMP 3.00 dan 3.00); atau
- Gred B+ dan B- (NGMP 3.33 dan 2.67); atau
- Gred A- dan C+ (NGMP 3.67 dan 2.33); atau
- Gred A dan C (NGMP 4.00 dan 2.00).
ATAU
lulus sekurang-kurangnya dua (2) mata pelajaran atas Gred C (NGMP 2.00) dan dua (2) mata pelajaran atas Gred C-, D+ atau D (NGMP 1.67, 1.33 atau 1.00) serta lulus Pengajian Am (sekurang-kurangnya atas Gred C dengan NGMP 2.00) dalam satu (1) peperiksaan STPM;
ATAU
lulus sekurang-kurangnya empat (4) mata pelajaran yang berlainan atas Gred C (NGMP 2.00) dan lulus Pengajian Am (sekurang-kurangnya atas Gred C dengan NGMP 2.00) dalam STPM yang dikumpulkan dalam dua (2) peperiksaan dalam tempoh tiga (3) tahun berturut-turut.
- Calon yang memiliki Sijil STAM adalah layak untuk dipertimbangkan pelantikan ke jawatan yang bersesuaian di peringkat STPM berdasarkan tahap kelulusan berikut:
- lulus sekurang-kurangnya empat (4) mata pelajaran pada peringkat Maqbul dalam satu (1) peperiksaan dengan kombinasi mata pelajaran berikut:
- dua (2) mata pelajaran dalam bidang Bahasa Arab, satu (1) mata pelajaran dalam bidang Syariah dan satu (1) mata pelajaran dalam bidang Usuluddin; atau
- satu (1) mata pelajaran dalam bidang Bahasa Arab, dua (2) mata pelajaran dalam bidang Syariah dan satu (1) mata pelajaran dalam bidang Usuluddin; atau
- satu (1) mata pelajaran dalam bidang Bahasa Arab, satu (1) mata pelajaran dalam bidang Syariah dan dua (2) mata pelajaran dalam bidang Usuluddin; atau
- dua (2) mata pelajaran dalam bidang Bahasa Arab dan dua (2) mata pelajaran dalam bidang Syariah; atau
- dua (2) mata pelajaran dalam bidang Bahasa Arab dan dua (2) mata pelajaran dalam bidang Usuluddin; atau
- dua (2) mata pelajaran dalam bidang Syariah dan dua (2) mata pelajaran dalam bidang Usuluddin; atau
- tiga (3) mata pelajaran dalam bidang Bahasa Arab dan satu (1) mata pelajaran dalam bidang Syariah; atau
- tiga (3) mata pelajaran dalam bidang Bahasa Arab dan satu (1) mata pelajaran dalam bidang Usuluddin; atau
- satu (1) mata pelajaran dalam bidang Bahasa Arab dan tiga (3) mata pelajaran dalam bidang Usuluddin; atau
- satu (1) mata pelajaran dalam bidang Syariah dan tiga (3) mata pelajaran dalam bidang Usuluddin.
- lulus sekurang-kurangnya empat (4) mata pelajaran pada peringkat Maqbul yang dikumpulkan daripada peperiksaan yang diduduki dalam tempoh tiga (3) tahun mulai dari tarikh keputusan peperiksaan yang pertama kali diduduki dengan kombinasi mata pelajaran seperti di perenggan (a)(i) hingga (x) di atas.
- lulus sekurang-kurangnya empat (4) mata pelajaran pada peringkat Maqbul dalam satu (1) peperiksaan dengan kombinasi mata pelajaran berikut:
Ijazah Sarjana Muda/ Sarjana/ Doktor Falsafah |
Diploma/STPM/STAM/HSC |
Sijil Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia |
SPM/SVM |
Kelayakan Bakat |
Latihan Separa Perubatan |