KLASIFIKASI PERKHIDMATAN |
: |
PERUBATAN DAN KESIHATAN |
KUMPULAN PERKHIDMATAN |
: |
PELAKSANA |
SYARAT LANTIKAN |
: |
1. |
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
- Diploma Juruteknologi Pergigian yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred U5: RM1,974.00).
|
SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU |
: |
2. |
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang- kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. |
SYARAT PENINGKATAN SECARA LANTIKAN |
: |
3. |
Pegawai sedang berkhidmat dalam skim perkhidmatan Pembantu Pembedahan Pergigian adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Juruteknologi Pergigian Gred U5, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:
- mempunyai kelayakan di perenggan 1(a); dan
- had umur pelantikan:
- berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau
- berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau
- berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.
|
PROGRAM TRANSFORMASI MINDA |
: |
4. |
Pegawai dalam percubaan adalah dikehendaki hadir dengan jayanya Program Transformasi Minda yang ditetapkan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan yang berkenaan. |
PENGESAHAN DALAM PERKHIDMATAN |
: |
5. |
Pegawai yang dilantik adalah layak disahkan dalam perkhidmatan apabila telah:
- memenuhi tempoh percubaan;
- hadir dengan jayanya Program Transformasi Minda yang ditetapkan; dan
- diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
|
KENAIKAN PANGKAT KE GRED U6 |
: |
6. |
Juruteknologi Pergigian Gred U5 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Juruteknologi Pergigian Gred U6 yang kosong apabila telah:
- disahkan dalam perkhidmatan;
- mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
- memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
- diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
|
KENAIKAN PANGKAT KE GRED U7 |
: |
7. |
Juruteknologi Pergigian Gred U6 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Juruteknologi Pergigian Gred U7 yang kosong apabila telah:
- mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
- memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
- diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
|
KENAIKAN PANGKAT KE GRED U8 |
: |
8. |
Juruteknologi Pergigian Gred U7 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Juruteknologi Pergigian Gred U8 yang kosong apabila telah:
- mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
- memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
- diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
|
SYARAT PENINGKATAN SECARA LANTIKAN KE JAWATAN PEGAWAI SAINS GRED C9 ATAU PENGAJAR GRED U9 |
: |
9. |
Juruteknologi Pergigian yang menunjukkan prestasi yang cemerlang adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Pegawai Sains Gred C9 atau Pengajar Gred U9 yang kosong mengikut syarat-syarat yang ditetapkan dalam skim perkhidmatan berkenaan. |
DESKRIPSI TUGAS |
: |
- Merangka, memproses dan menghasilkan applian prostetik pergigian bersama pegawai/pakar pergigian mengikut jenis bahan akrilik, logam, seramik dan komposit.
- Menyelaras dan memastikan aktiviti keselamatan dan kesihatan pekerjaan di makmal pergigian mengikut garis panduan yang di tetapkan.
- Membantu di dalam urusan penyelenggaraan dan pembaikan peralatan pergigian yang dilakukan oleh pihak konsesi atau pihak swasta.
- Membantu di dalam urusan perolehan aset alih kerajaan dan pengurusan stor bahan pergigian.
- Melaksanakan pengurusan data hasil kerja Juruteknologi Pergigian di peringkat makmal/daerah supaya dapat di gunakan sebagai panduan untuk meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan.
|
Nota: Skim perkhidmatan ini membatalkan skim perkhidmatan Juruteknologi Pergigian yang berkuat kuasa pada 1 Julai 2016 (Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2016). |