KLASIFIKASI PERKHIDMATAN |
: |
KESELAMATAN DAN PERTAHANAN AWAM |
KUMPULAN PERKHIDMATAN |
: |
PELAKSANA/PENGURUSAN DAN PROFESIONALÂ (SKIM PERKHIDMATAN BERSEPADU)Â |
SYARAT LANTIKAN |
: |
1. |
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
-
- Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred WK5: RM1,650.00); atau
- Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred WK5: RM1,650.00); atau
- Sijil Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred WK5: RM1,650.00); atau
- Diploma dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred WK5: RM1,893.00).
- mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti yang berikut:
- tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa bersepatu;
- berat badan sekurang-kurangnya 48kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita;
- mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26;
- mempunyai sekurang-kurangnya 79sm dan 84sm ukuran dada yang biasa dan semasa menarik nafas (lelaki sahaja);
- lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V6/9 tanpa menggunakan cermin mata;
- pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan
- diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan yang berdaftar.
dan
- lulus ujian-ujian yang ditetapkan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan dari semasa ke semasa.
|
SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU |
: |
2. |
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang- kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. |
SYARAT PENINGKATAN SECARA LANTIKAN |
: |
3. |
Pegawai sedang berkhidmat dalam skim perkhidmatan Pembantu Penguasa Kastam adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Penolong Penguasa Kastam Gred WK5, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:
-
- mempunyai kelayakan di perenggan 1(a); atau
- lulus Peperiksaan Khas; dan
- had umur pelantikan:
- berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau
- berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau
- berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.
|
PROGRAM TRANSFORMASI MINDA/PEPERIKSAAN |
: |
4. |
Pegawai dalam percubaan adalah dikehendaki hadir dengan jayanya Program Transformasi Minda dan lulus peperiksaan perkhidmatan yang ditetapkan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan yang berkenaan. |
PENGESAHAN DALAM PERKHIDMATAN |
: |
5. |
Pegawai yang dilantik adalah layak disahkan dalam perkhidmatan apabila telah:
- memenuhi tempoh percubaan;
- hadir dengan jayanya Program Transformasi Minda dan lulus peperiksaan perkhidmatan yang ditetapkan;
- diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
|
KENAIKAN PANGKAT KE GRED WK6 |
: |
6. |
Penolong Penguasa Kastam Gred WK5 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Penolong Penguasa Kastam Gred WK6 yang kosong apabila telah:
- disahkan dalam perkhidmatan;
- mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
- memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
- diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
|
KENAIKAN PANGKAT KE GRED WK7 |
: |
7. |
Penolong Penguasa Kastam Gred WK6 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Penolong Penguasa Kastam Gred WK7 yang kosong apabila telah:
- mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
- memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
- diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
|
KENAIKAN PANGKAT KE GRED WK8 |
: |
8. |
Penolong Penguasa Kastam Gred WK7 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Penolong Penguasa Kastam Gred WK8 yang kosong apabila telah:
- mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
- memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
- diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
|
SYARAT PENINGKATAN SECARA LANTIKAN KE JAWATAN PENGUASA KASTAM GRED WK9 |
: |
9. |
Penolong Penguasa Kastam yang menunjukkan prestasi yang cemerlang adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Penguasa Kastam Gred WK9 yang kosong mengikut syarat-syarat yang ditetapkan dalam skim perkhidmatan berkenaan. |
DESKRIPSI TUGAS |
: |
- Menyediakan laporan-laporan harga serta menyelenggara doket-doket harga agensi, surat-surat pekeliling Jabatan, surat-surat jaminan bank.
- Membantu dalam tugas-tugas penjenisan barang-barang dan taksiran harga barang-barang bagi tujuan pungutan duti.
- Mengawal pergerakan barang-barang kedai-kedai bebas cukai, memproses permohonan-permohonan pengecualian dari perlesenan cukai jualan.
- Mengawal perolehan, penyimpanan serta pelupusan barang-barang rampasan dalam stor-stor pencegah.
- Menyemak invois-invois syarikat bagi menentukan peraturan-peraturan cukai jualan dipatuhi.
- Menyelenggara penyata-penyata bayaran cukai jualan/cukai perkhidmatan/kad-kad lejer bayaran-bayaran cukai pelesenan dan menjalankan tugas-tugas penguatkuasaan perkastaman yang lain.
|
Nota: Skim perkhidmatan ini membatalkan skim perkhidmatan Penolong Penguasa Kastam yang berkuat kuasa pada 1 Julai 2016 (Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2016). |