Pengesahan Pelantikan

Pengesahan Pelantikan bermaksud proses mengesahkan lantikan seseorang pegawai yang telah bersetuju menerima tawaran pelantikan ke jawatan tetap dan telah memenuhi syarat tawaran.

 

Pengesahan Pelantikan dilaksanakan berdasarkan Perkara 144(1) Perlembagaan dan Peraturan-peraturan 20, 21, 22 dan 23 Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat Dan Penamatan Perkhidmatan) 2012 [P.U.(A) 1/2012].

 

Pengesahan Pelantikan bertujuan:

  1. memastikan pegawai telah bersetuju menerima tawaran jawatan;
  2. memastikan pegawai telah memenuhi syarat lantikan; dan
  3. menentukan tarikh pegawai mula berkhidmat dalam perkhidmatan awam.

 

Dokumen yang diperlukan adalah sebagaimana dalam Senarai Semak Pengesahan Pelantikan melalui pautan https://www.spa.gov.my/spa/laman-utama/bahagian-sumber-manusia/senarai-semak-urusan-perkhidmatan

 

Ya, pegawai yang telah menjalani pemeriksaan kesihatan semasa di jawatan terdahulu perlu menjalani semula pemeriksaan kesihatan sekiranya dikehendaki oleh Suruhanjaya apabila dilantik ke jawatan baharu iaitu mengikut perenggan 6(b), 7 dan 9 Pekeliling Perkhidmatan Bil. 1 Tahun 2013 - Pemeriksaan Kesihatan Bagi Maksud Pelantikan Ke Dalam Perkhidmatan Awam.

 

Boleh.

 

Hits: 52434