Sistem Pendaftaran Pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (Sistem SPA9)

  • SISTEM PENDAFTARAN PEKERJAAN SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA (SISTEM SPA9)

    1. Sistem Pendaftaran Pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (Sistem SPA9)
      a. Pemohon boleh merujuk terlebih dahulu kepada maklumat Syarat Lantikan/Gaji/Deskripsi Tugas dalam Portal Rasmi SPA untuk keterangan mengenai jawatan yang bersesuaian dengan kelayakan akademik yang dimiliki sebelum mengemukakan permohonan dalam Sistem SPA9.
      b. Pendaftaran pekerjaan melalui Sistem SPA9 hanya terhad kepada permohonan pekerjaan bagi Pihak Berkuasa Melantik berikut:
         Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA)
       
    1. Perkhidmatan Awam Am Persekutuan
    2. Pentadbiran Kerajaan Negeri Perlis
    3. Pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan
    4. Pentadbiran Kerajaan Negeri Melaka
    5. Pentadbiran Kerajaan Negeri Pulau Pinang
         Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan (SPKP)
       
    1. Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan
      c. Pautan untuk mendaftarkan pekerjaan melalui Sistem SPA9:
         Sistem Pendaftaran Pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (Sistem SPA9)
         Panduan Pengguna Sistem SPA9
         Soalan Lazim Mengenai Pendaftaran Sistem SPA9
         Infografik Mengenai Sistem SPA9
         
    2. Pengumuman Penting Mengenai Permohonan Pekerjaan Melalui Sistem SPA9
      a. Pendaftaran Akaun Baharu Sistem SPA9
        i. Mulai 1 Julai 2016, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia telah menambah baik Pendaftaran Pengguna dan Lupa Kata Laluan melalui integrasi maklumat dengan Jabatan Pendaftaran Negara. 
        ii. Pemohon berikut hendaklah mendaftarkan ID pengguna SPA9 menggunakan Nombor Kad Pengenalan dan Nama Penuh di Pendaftaran Pengguna (sila pastikan ejaan huruf, jarak dan/atau tanda huruf seperti di dalam Kad Pengenalan): 
         

      Pemohon yang pernah berdaftar dalam Borang SPA8i; dan

      Pemohon yang pertama kali ingin memohon pekerjaan melalui SPA

        iii. Bagi tujuan log masuk, No. Kad Pengenalan adalah nombor kad pengenalan pemohon dan Kata Laluan adalah seperti yang didaftarkan oleh pemohon.
        iv. Pemohon yang telah berdaftar dalam Sistem SPA9 tetapi terlupa kata laluan boleh mengisi maklumat di Lupa Kata Laluan untuk menetapkan semula kata laluan.
         
      b. Maklumat Penting Mengenai Permohonan Pekerjaan Melalui Sistem SPA9
        i. Pemohon hanya dibenarkan mendaftarkan maksimum sehingga 15 jawatan sahaja (termasuk latihan separa perubatan);
        ii. Tempoh sah laku pendaftaran pemohon adalah selama satu (1) tahun daripada tarikh pendaftaran (iaitu tarikh pemohon menghantar Perakuan Pemohon dalam Sistem SPA9);
        iii. Permohonan pekerjaan melalui Sistem SPA9 adalah tertakluk kepada dasar ‘One Step Lower’ seperti contoh dalam jadual berikut:
           
    KELAYAKAN AKADEMIK GRED JAWATAN YANG BOLEH DIMOHON
    Ijazah Sarjana Muda  Gred 41
    Ijazah Sarjana Muda

    dan

    Diploma/Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM)/Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM)/Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)/Sijil Politeknik/kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya​
     Gred 41

     dan


     Gred 29
    Diploma/STPM/STAM/Matrikulasi KPM/Sijil Politeknik/kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya  Gred 29
    Diploma/STPM/STAM/Matrikulasi KPM/Sijil Politeknik/kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya

    dan

    SPM/SVM
     Gred 29



    dan

    Latihan Separa Perubatan
    (bagi pemohon yang memiliki kelayakan sijil SPM)

    dan

    Gred 19
    SPM/SVM Gred 19

    dan

    Latihan Separa Perubatan
    (bagi pemohon yang memiliki kelayakan sijil SPM)
    SPM/SVM

    dan

    Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3)/Penilaian Menengah Rendah (PMR)/Sijil Rendah Pelajaran (SRP)
    Gred 19

    dan

    Latihan Separa Perubatan
    (bagi pemohon yang memiliki kelayakan sijil SPM)

    dan

    Gred 11
    PT3/PMR/SRP Gred 11
         
        iv. Pendaftaran pemohon yang tidak memenuhi kriteria seperti di Perkara 2(b)(i) dan 2(b)(iii) di atas akan memberi kesan terhadap pertimbangan permohonan pekerjaan melalui Sistem SPA9.
        v. Bagi urusan pengambilan yang dijalankan, hanya pemohon yang melepasi syarat tapisan yang ditetapkan akan dipanggil untuk menduduki peperiksaan/ujian. Calon yang lulus dalam peperiksaan/ujian tersebut seterusnya akan dipanggil ke sesi temu duga. Panggilan ke peperiksaan/ujian/temu duga akan dikeluarkan kepada calon yang terlibat melalui e-mel yang didaftarkan dalam Sistem SPA9 serta melalui hebahan pemakluman penjadualan peperiksaan/ujian/temu duga dalam Portal Rasmi SPA dan Facebook Rasmi SPA. 
        vi. Pemohon hendaklah memastikan alamat e-mel yang didaftarkan dalam Sistem SPA9 adalah tepat serta sentiasa menyemak folder Inbox/Spam Mail/Junk Mail dalam e-mel bagi mengelakkan terlepas pandang menerima e-mel pemakluman mengenai panggilan peperiksaan/ujian/temu duga. 
        vii. Pemohon bertanggungjawab supaya sentiasa peka dan menyemak dari semasa ke semasa segala pemakluman terkini dalam Portal Rasmi SPA, Facebook SPA serta folder Inbox/Spam Mail/Junk Mail dalam e-mel yang didaftarkan dan semakan status permohonan dalam Sistem SPA9. 
         

Â