Pembatalan Tawaran Pelantikan
Proses pembatalan tawaran pelantikan jika seseorang calon/ pegawai itu:
- didapati tidak sihat setelah diperiksa oleh pengamal perubatan berdaftar mengikut Peraturan 20(1)(a), P.U.(A) 1/2012; dan / atau
- tidak mematuhi mana-mana syarat akuan berkanun di bawah Akta Akuan Berkanun 1960 seperti yang disebut dalam Peraturan 20(1)(b), P.U.(A) 1/2012; dan / atau
- tidak mematuhi mana-mana syarat yang dinyatakan dalam Surat Aku Janji, Peraturan 20(3), P.U.(A) 1/2012.
Punca Kuasa:
- Peraturan 20, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2012 [P.U.(A) 1/2012];
- Pandangan Perundangan; dan
- Ketetapan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia.