Pembantu Kesihatan Awam Gred U19

  • Klasifikasi Perkhidmatan: Perubatan dan Kesihatan
  • Kumpulan Perkhidmatan: Pelaksana
  • Kementerian/Jabatan: Kementerian Kesihatan Malaysia
1. JADUAL GAJI  
 
Gaji Minimum : RM1,360.00
Gaji Maksimum : RM4,052.00
Kadar Kenaikan Gaji Tahunan : RM100.00
 
     
2. SYARAT LANTIKAN  
  Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:  
  a. warganegara Malaysia; dan  
  b. berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan  
  c. Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Pembantu Kesihatan Awam yang diiktiraf oleh kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan pada Gred U19: RM1,418.12)
 
     
3. SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU  
  Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.  
     
4. SYARAT PENINGKATAN SECARA LANTIKAN (PSL) BAGI PEGAWAI SEDANG BERKHIDMAT  
  Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Perawatan Kesihatan dan Pembantu Operasi adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Pembantu Kesihatan Awam Gred U19 tertakluk kepada kekosongan jawatan dan memenuhi syarat berikut:
  1. telah disahkan dalam perkhidmatan; dan
  2. mempunyai kelayakan di perkara 2(c) di atas atau lulus Peperiksaan Khas; dan
  3. had umur pelantikan:
    1. berumur kurang daripada 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau
    2. berumur kurang daripada 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau
    3. berumur kurang daripada 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.
 
     
5. DESKRIPSI TUGAS  
  1. Penguatkuasaan Undang-undang Kesihatan Awam
    1. Membantu PPKP dalam pemeriksaan dan penguatkuasaan undang-undang kesihatan awam.
    2. Pematuhan tatacara penghantaran notis dan saman.
    3. Penyimpanan dan rekod eksibit.
    4. Membantu dalam penyediaan laporan secara berkala.
  2. Pencegahan dan pengawalan penyakit
    1. Membantu dalam pelaksanaan survelan penyakit dan kesiapsiagaan kecemasan kesihatan awam termasuk krisis, wabak dan bencana
    2. Melaksanakan semburan kabus (fogging) larvaciding, Ultra Low Volume (ULV) dan residual spray (focal spray)
    3. Membuat disinfeksi premis dan telaga tercemar
    4. Pengendalian hazard dalam penggunaan racun dan bahan kimia
  3. Keselamatan dan kualiti makanan
    1. Membantu PPKP dalam pemeriksaan kebersihan persekitaran premis makanan.
    2. Penyediaan peralatan dan penyimpanan sampel makanan.
  4. Pelaksanaan Bekalan Air Dan Kesihatan Alam Sekeliling
    1. Mengumpulkan data asas lokaliti, gerak kerja dan epidemiologi penyakit berjangkit
    2. Menyediakan peta rantaian bekalan air minum di kawasan luar bandar
    3. Menyediakan sistem sanitasi dan sanitari di kawasan luar bandar
     
6. MAKLUMAT TAMBAHAN  
 
  • Kelayakan Sijil Pembantu Kesihatan Awam hendaklah mendaftarkan kelayakan tersebut di dalam Sistem SPA9 melalui menu “Maklumat Pemohon” -> “Maklumat Kelayakan Akademik” -> “Pengajian Tinggi”.
 
     
  Rujukan:
Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2016
Laman Web EZSkim