KLASIFIKASI PERKHIDMATAN |
: |
PERUBATAN DAN KESIHATAN |
KUMPULAN PERKHIDMATAN |
: |
PELAKSANA |
SYARAT LANTIKAN |
: |
1. |
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
- Diploma Teknologi Makmal Perubatan atau Diploma dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred U5: RM1,974.00).
|
SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU |
: |
2. |
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang- kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. |
PROGRAM TRANSFORMASI MINDA |
: |
3. |
Pegawai dalam percubaan adalah dikehendaki hadir dengan jayanya Program Transformasi Minda yang ditetapkan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan yang berkenaan. |
PENGESAHAN DALAM PERKHIDMATAN |
: |
4. |
Pegawai yang dilantik adalah layak disahkan dalam perkhidmatan apabila telah:
- memenuhi tempoh percubaan;
- hadir dengan jayanya Program Transformasi Minda yang ditetapkan; dan
- diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
|
KENAIKAN PANGKAT KE GRED U6 |
: |
5. |
Juruteknologi Makmal Perubatan Gred U5 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Penolong Juruteknologi Makmal Perubatan Gred U6 yang kosong apabila telah:
- disahkan dalam perkhidmatan;
- mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
- memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
- diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
|
KENAIKAN PANGKAT KE GRED U7 |
: |
6. |
Juruteknologi Makmal Perubatan Gred U6 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Juruteknologi Makmal Perubatan Gred U7 yang kosong apabila telah:
- mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
- memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
- diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
|
KENAIKAN PANGKAT KE GRED U8 |
: |
7. |
Juruteknologi Makmal Perubatan Gred U7 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Juruteknologi Makmal Perubatan Gred U8 yang kosong apabila telah:
- mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
- memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
- diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
|
SYARAT PENINGKATAN SECARA LANTIKAN KE JAWATAN PEGAWAI SAINS GRED C9 ATAU PENGAJAR GRED U9 |
: |
8. |
Juruteknologi Makmal Perubatan yang menunjukkan prestasi yang cemerlang adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Pegawai Sains Gred C9 atau Pengajar Gred U9 yang kosong mengikut syarat-syarat yang ditetapkan dalam skim perkhidmatan berkenaan. |
DESKRIPSI TUGAS |
: |
- Diagnostik:
- Melakukan prosedur dan analisis makmal serta menghasilkan keputusan tepat bagi membantu Pegawai Perubatan membuat diagnosis terhadap sesuatu penyakit bagi pengujian hematologi, biokimia, virologi, bacteriologi, dadah, sitologi, histopatologi dan lain-lain yang terdapat di hospital dan klinik kesihatan.
- Membantu bagi menjalankan ujian makmal bagi kes-kes pandemic seperti covid 19, influenza dan lain-lain lagi.
- Membantu penyediaan sampel post mortem dan pengujian dadah bagi kes-kes melibatkan undang-undang.
- Diagnostik khas:
- Menjalankan ujian diagnostic khas bagi penyakit-penyakit seperti leptospirosis, tuberculosis, HIV, pengujian protein, genetic, perubatan nuclear, PCR dan lain-lain yang memerlukan prosedur, kemahiran dan makmal khas.
- Penyelidikan:
- Membantu didalam penyelidikan bagi inokulasi sel dan penjagaan haiwan penyelidikan.
- Membantu menjalankan kerja rutin makmal didalam penyelidikan herba, nutrisi, metabolik, persekitaran, penyakit infeksi, kanser, imunologi,serangga, tumbuhan dan lain-lain melibatkan penyelidikan.
- Membantu dalam penjagaan makmal khas (special lab) seperti ABSL2, BSL3, SPF, GLP, GMP dan lain-lain di institute penyelidikan.
- Transfusi darah:
- Menjalankan ujian kumpulan darah bagi penderma.
- Menjalankan ujian saringan, keserasian darah ke atas sampel darah sebelum diberikan kepada pesakit
- Menyediakan komponen darah mengikut keperluan jabatan
- Menyimpan dan melakukan inventori bagi bekalan darah.
|
Nota: Skim perkhidmatan ini membatalkan skim perkhidmatan Juruteknologi Makmal Perubatan yang berkuat kuasa pada 1 Julai 2016 (Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2016). |