Penghulu Gred NP5

KLASIFIKASI PERKHIDMATAN : PENTADBIRAN DAN SOKONGAN
KUMPULAN PERKHIDMATAN : PELAKSANA
SYARAT LANTIKAN : 1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
    1. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya dan mempunyai pengalaman tidak kurang dari 10 tahun dalam bidang yang berkaitan, terlibat dalam aktiviti kemasyarakatan dan sukarela serta berpengetahuan luas dalam pembangunan masyarakat, adat istiadat, agama dan sosiobudaya tempatan.

      (Gaji permulaan ialah pada Gred NP5: RM1,812.00); atau

    2. Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

      (Gaji permulaan ialah pada Gred NP5: RM2,055.00); atau

    3. Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

      (Gaji permulaan ialah pada Gred NP5: RM2,055.00); atau

    4. Sijil Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

      (Gaji permulaan ialah pada Gred NP5: RM2,055.00); atau

    5. Diploma yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

      (Gaji permulaan ialah pada Gred NP5: RM2,298.00).

      (Calon dengan kelayakan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia, Sijil Tinggi Agama Malaysia, Sijil Matrikulasi KPM atau Diploma disyaratkan mempunyai pengalaman tidak kurang dari 5 tahun dalam bidang yang berkaitan, terlibat dalam aktiviti kemasyarakatan dan sukarela serta berpengetahuan luas dalam pembangunan masyarakat, adat istiadat, agama dan sosiobudaya tempatan).

SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU : 2. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
SYARAT PENINGKATAN SECARA LANTIKAN : 3. Pegawai sedang berkhidmat dalam skim perkhidmatan Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi), Pembantu Antidadah, Pembantu Belia dan Sukan, Pembantu Hal Ehwal Islam, Pembantu Pembangunan Masyarakat atau Pembantu Penerangan adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Penghulu Gred NP5, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:
    1. mempunyai kelayakan di perenggan 1(a); atau
    2. lulus Peperiksaan Khas;

      [Calon disyaratkan mempunyai pengalaman tidak kurang dari 10 tahun dalam bidang yang berkaitan, terlibat dalam aktiviti kemasyarakatan dan sukarela serta berpengetahuan luas dalam pembangunan masyarakat, adat istiadat, agama dan sosiobudaya tempatan].

    dan

  1. had umur pelantikan:
    1. berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau
    2. berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau
    3. berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.
PROGRAM TRANSFORMASI MINDA/PEPERIKSAAN : 4. Pegawai dalam percubaan adalah dikehendaki hadir dengan jayanya Program Transformasi Minda dan lulus peperiksaan perkhidmatan yang ditetapkan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan yang berkenaan.
PENGESAHAN DALAM PERKHIDMATAN : 5. Pegawai yang dilantik adalah layak disahkan dalam perkhidmatan apabila telah:
  1.  memenuhi tempoh percubaan;
  2. hadir dengan jayanya Program Transformasi Minda dan lulus peperiksaan perkhidmatan yang ditetapkan; dan
  3. diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
KENAIKAN PANGKAT KE GRED NP6 : 6. Penghulu Gred NP5 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Penghulu Gred NP6 yang kosong apabila telah:
  1. disahkan dalam perkhidmatan;
  2. mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
  3. memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
  4. diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
KENAIKAN PANGKAT KE GRED NP7 : 6. Penghulu Gred NP6 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Penghulu Gred NP7 yang kosong apabila telah:
  1. mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
  2. memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
  3. diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
KENAIKAN PANGKAT KE GRED NP8 : 7. Penghulu Gred NP7 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Penghulu Gred NP8 yang kosong apabila telah:
  1. mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
  2. memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
  3. diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
SYARAT PENINGKATAN SECARA LANTIKAN KE JAWATAN PEGAWAI TADBIR GRED N9, PEGAWAI PENERANGAN GRED S9, PEGAWAI PEMBANGUNAN MASYARAKAT GRED S9 ATAU PEGAWAI BELIA DAN SUKAN GRED S9 : 8. Penghulu yang menunjukkan prestasi yang cemerlang adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Pegawai Tadbir Gred N9, Pegawai Penerangan Gred S9, Pegawai Pembangunan Masyarakat Gred S9 atau Pegawai Belia dan Sukan Gred S9 yang kosong mengikut syarat-syarat yang ditetapkan dalam skim perkhidmatan berkenaan.
DESKRIPSI TUGAS : Bertanggungjawab sebagai Pegawai Perhubungan antara Kerajaan dengan rakyat bagi urusan-urusan yang berkaitan dengan Pentadbiran Tanah, Pentadbiran Agama Islam, Keselamatan Pembangunan, Kegiatan Sosial dan Kebajikan Masyarakat di peringkat kampung, mukim, daerah dan negeri.
Nota: Skim perkhidmatan ini membatalkan skim perkhidmatan Penghulu yang berkuat kuasa pada 1 Julai 2016 [Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2016].