Pembantu Pertahanan Awam Gred KP1

KLASIFIKASI PERKHIDMATAN : KESELAMATAN DAN PERTAHANAN AWAM
KUMPULAN PERKHIDMATAN : PELAKSANA
SYARAT LANTIKAN : 1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
    1. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

      (Gaji permulaan ialah pada Gred KP1: RM1,500.00); atau

    2. Sijil Vokasional Malaysia dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan.

      (Gaji permulaan ialah pada Gred KP1: RM1,500.00); atau

    3. bekas anggota polis atau tentera yang sekurang- kurangnya berpangkat Konstabel atau Prebet atau yang setaraf dengannya dan telah disahkan dalam jawatan tersebut serta mempunyai rekod perkhidmatan yang baik dan berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu dengan memuaskan.

      (Gaji permulaan ialah pada Gred KP1: RM1,500.00); atau

    4. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

      (Gaji permulaan ialah pada Gred KP1: RM1,561.00); atau

    5. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

      (Gaji permulaan ialah pada Gred KP1: RM1,622.00).

dan

  1. mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti yang berikut:
    1. tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa bersepatu;
    2. berat badan sekurang-kurangnya 48kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita;
    3. mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26;
    4. mempunyai sekurang-kurangnya 79sm ukuran dada yang biasa dan 84sm semasa menarik nafas (lelaki sahaja);
    5. lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V6/9 tanpa menggunakan cermin mata;
    6. pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan
    7. diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan yang berdaftar.
SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU : 2. Calon bagi lantikan dengan kelayakan 1(a)(i), 1(a)(ii), 1(a)(iv) dan 1(a)(v) hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
PROGRAM TRANSFORMASI MINDA/PEPERIKSAAN : 3. Pegawai dalam percubaan adalah dikehendaki hadir dengan jayanya Program Transformasi Minda dan lulus peperiksaan perkhidmatan yang ditetapkan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan yang berkenaan.
PENGESAHAN DALAM PERKHIDMATAN : 4. Pegawai yang dilantik adalah layak disahkan dalam perkhidmatan apabila telah:
  1.  memenuhi tempoh percubaan;
  2. hadir dengan jayanya Program Transformasi Minda dan lulus peperiksaan perkhidmatan yang ditetapkan; dan
  3. diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
KENAIKAN PANGKAT KE GRED KP2 : 5. Pembantu Pertahanan Awam Gred KP1 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Pembantu Pertahanan Awam Gred KP2 yang kosong apabila telah:
  1. disahkan dalam perkhidmatan;
  2. mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
  3. memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
  4. diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
KENAIKAN PANGKAT KE GRED KP3 : 6. Pembantu Pertahanan Awam Gred KP2 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Pembantu Pertahanan Awam Gred KP3 yang kosong apabila telah:
  1.  mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
  2. memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
  3. diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
KENAIKAN PANGKAT KE GRED KP4 : 7. Pembantu Pertahanan Awam Gred KP3 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Pembantu Pertahanan Awam Gred KP4 yang kosong apabila telah:
  1.  mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
  2. memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
  3. diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
SYARAT PENINGKATAN
SECARA LANTIKAN KE
JAWATAN PENOLONG
PENGUASA PERTAHANAN AWAM
GRED KP5
: 8. Pembantu Pertahanan Awam yang menunjukkan prestasi yang cemerlang adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Penolong Pegawai Pertahanan Awam Gred KP5 yang kosong mengikut syarat-syarat yang ditetapkan dalam skim perkhidmatan berkenaan.
DESKRIPSI TUGAS : Bertanggungjawab mengetuai Pejabat Pertahanan Awam Daerah yang bertanggungjawab ke atas tugas-tugas pentadbiran/kewangan, pengurusan pasukan dan operasi bencana di daerah berkenaan.
Nota: Skim perkhidmatan ini membatalkan skim perkhidmatan Pembantu Pertahanan Awam yang berkuat kuasa pada 1 Julai 2016 (Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2016).