KLASIFIKASI PERKHIDMATAN |
: |
PERUBATAN DAN KESIHATAN |
KUMPULAN PERKHIDMATAN |
: |
PELAKSANA/PENGURUSAN DAN PROFESIONAL (SKIM PERKHIDMATAN BERSEPADU) |
SYARAT LANTIKAN |
: |
1. |
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
KELAYAKAN LANTIKAN KE GRED U5
- Diploma dalam bidang kesihatan persekitaran yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred U5: RM1,974.00).
KELAYAKAN LANTIKAN KE GRED U9
- Ijazah Sarjana Muda Sains dengan Kepujian atau Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred U9: RM2,580.00).
|
SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU |
: |
2. |
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang- kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. |
SYARAT PENINGKATAN SECARA LANTIKAN |
: |
3. |
Pegawai yang sedang berkhidmat dalam skim perkhidmatan Pembantu Kesihatan Awam adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran/Pegawai Kesihatan Persekitaran Gred U5, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:
- mempunyai kelayakan di perenggan 1(a); dan
- had umur pelantikan:
- berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau
- berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau
- berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.
|
PROGRAM TRANSFORMASI MINDA |
: |
4. |
Pegawai dalam percubaan adalah dikehendaki hadir dengan jayanya Program Transformasi Minda yang ditetapkan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan yang berkenaan. |
PENGESAHAN DALAM PERKHIDMATAN |
: |
5. |
Pegawai yang dilantik adalah layak disahkan dalam perkhidmatan apabila telah:
- memenuhi tempoh percubaan;
- hadir dengan jayanya Program Transformasi Minda yang ditetapkan; dan
- diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
|
KENAIKAN PANGKAT KE GRED U6 |
: |
6. |
Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran/Pegawai Kesihatan Persekitaran Gred U5 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran/Pegawai Kesihatan Persekitaran Gred U6 yang kosong apabila telah:
- disahkan dalam perkhidmatan;
- mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
- memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
- diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
|
KENAIKAN PANGKAT KE GRED U7 |
: |
7. |
Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran/Pegawai Kesihatan Persekitaran Gred U6 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran/Pegawai Kesihatan Persekitaran Gred U7 yang kosong apabila telah:
- mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
- memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
- diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
|
KENAIKAN PANGKAT KE GRED U9 |
: |
8. |
- Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran/Pegawai Kesihatan Persekitaran Gred U5 atau Gred U6 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran/Pegawai Kesihatan Persekitaran Gred U9 yang kosong apabila telah:
- disahkan dalam perkhidmatan;
- mempunyai kelayakan di perenggan 1(b);
- mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
- memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
- diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
- Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran/Pegawai Kesihatan Persekitaran Gred U7 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran/Pegawai Kesihatan Persekitaran Gred U9 yang kosong apabila telah:
- mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
- memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
- diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
|
KENAIKAN PANGKAT KE GRED U10 |
: |
9. |
Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran/Pegawai Kesihatan Persekitaran Gred U9 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran/Pegawai Kesihatan Persekitaran Gred U10 yang kosong apabila telah:
- disahkan dalam perkhidmatan;
- mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
- memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
- diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
|
KENAIKAN PANGKAT KE GRED U12 |
: |
10. |
Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran/Pegawai Kesihatan Persekitaran Gred U10 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran/Pegawai Kesihatan Persekitaran Gred U12 yang kosong apabila telah:
- mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
- memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
- diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
|
KENAIKAN PANGKAT KE GRED U13 |
: |
11. |
Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran/Pegawai Kesihatan Persekitaran Gred U12 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran/Pegawai Kesihatan Persekitaran Gred U13 yang kosong apabila telah:
- mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
- memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
- diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
|
KENAIKAN PANGKAT KE GRED U14 |
: |
12. |
Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran/Pegawai Kesihatan Persekitaran Gred U13 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran/Pegawai Kesihatan Persekitaran Gred U14 yang kosong apabila telah:
- mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
- memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
- diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
|
KENAIKAN PANGKAT KE KUMPULAN PENGURUSAN TERTINGGI |
: |
12. |
Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran/Pegawai Kesihatan Persekitaran Gred U14 yang menunjukkan kebolehan yang terkemuka mutunya adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke gred yang lebih tinggi yang kosong dalam Kumpulan Pengurusan Tertinggi. |
SYARAT PENINGKATAN SECARA LANTIKAN KE JAWATAN PENGAJAR GRED U9 |
: |
14. |
Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran/Pegawai Kesihatan Persekitaran Gred U5, U6 atau U7 yang menunjukkan prestasi yang cemerlang adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Pengajar Gred U9 yang kosong mengikut syarat-syarat yang ditetapkan dalam skim perkhidmatan berkenaan. |
DESKRIPSI TUGAS |
: |
- Penguatkuasaan Perundangan Kesihatan Awam
- Bertindak sebagai pegawai risikan, serbuan dan pegawai penyiasat.
- Penyediaan kertas siasatan.
- Pengendalian dokumen, rekod dan eksibit (barang kes).
- Menjadi saksi dalam kes-kes pendakwaan.
- Analisa data aktiviti penguatkuasaan.
- Kawalan Penyakit (Penyakit Berjangkit, Penyakit Tidak Berjangkit,Kesihatan Pekerjaan dan Alam Sekeliling (KPAS), Penyakit Bawaan Vektor).
- Pemantauan dan pengumpulan data.
- Penyiasatan kes dan wabak.
- Pengesanan aktif kes ACD (Active Case Detection) / kontak kes penyakit berjangkit.
- Tindakan kawalan dan pencegahan.
- Menyediakan laporan harian dan laporan wabak.
- Pengambilan sampel klinikal dan persekitaran berkaitan penyakit berjangkit.
- Mengemaskini maklumat di Bilik Gerakan / CPRC iaitu senarai wabak semasa, senarai kes, carta, peta operasi dan lain-lain maklumat berkaitan aktiviti kawalan wabak.
- Promosi kesihatan.
- Kesihatan persekitaran dan pekerjaan.
- Keselamatan dan Kualiti Makanan.
- Pensampelan makanan.
- Penilaian risiko kebersihan premis makanan.
- Penyediaan laporan dan cadangan tindakan susulan.
- Kawalan pengimportan makanan.
- Kawalan pengeksportan makanan.
- Pemantauan pematuhan produk makanan, premis dan pengendali bagi Akta Makanan 1983 dan peraturan-peraturan di bawahnya.
- Pengumpulan dan analisa data.
- Bekalan Air dan Kebersihan Alam Sekeliling (BAKAS).
- Melaksanakan projek Bekalan Air Masyarakat Luar Bandar Kebersihan Alam Sekeliling.
- Melaksanakan perolehan logistik.
- Memeriksa dan memantau projek pelupusan air limbah.
- Menyelenggara dan kalibrasi peralatan ujian.
- Menyelenggara projek-projek BAKAS.
- Kawalan Mutu Air Minum (KMAM).
- Sediakan program dan jadual pensampelan.
- Melakukan pensampelan dan analisis di lapangan.
- Mengambil tindakan pemulihan ke atas perlanggaran kualiti sampel air.
- Menyelenggara dan kalibrasi peralatan ujian.
- Kesihatan Pintu Masuk Antarabangsa (Lapangan Terbang, Pelabuhan dan Darat).
- Menguatkuasakan Peraturan-peraturan Kesihatan Antarabangsa 1969 Semakan 2005 (Edisi Ke Tiga) dan semua perundangan di bawah kesihatan awam.
- Menguruskan permohonan Status Kapal (Advice Kapal) dan Pembaharuan Sijil `Ship Sanitation Control Exemption Certificate’ (SSCEC).
- Menjalankan pemeriksaan kapal ( Pensijilan SSCEC /SSCC atau Kuarantin, Sijil Port Health Clearance)
- Menjalankan pemeriksaan/ penilaian Sanitary Port.
- Menjalankan pemeriksaan bagi import/ eksport tisu manusia, organisma atau bahan patogenik, mayat atau apa-apa bahagiannya.
- Menjalankan siasatan kes penyakit berjangkit di pintu masuk.
- Menjalankan pemeriksaan status kesihatan dan aspek kebersihan anak kapal.
- Pengawasan aktiviti pewasapan kapal bagi pematuhan Hydrogen Cynide (Fumigation) Act 1953 (Revised 1981)
|
Nota: Skim perkhidmatan ini membatalkan skim perkhidmatan Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran/Pegawai Kesihatan Persekitaran yang berkuat kuasa pada 1 Julai 2016 (Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2016). |