Pemeriksa Kereta Motor Gred AB5

KLASIFIKASI PERKHIDMATAN : PENGANGKUTAN
KUMPULAN PERKHIDMATAN : PELAKSANA (SKIM PERKHIDMATAN BERSEPADU)
SYARAT LANTIKAN : 1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

KELAYAKAN LANTIKAN KE GRED AB1

    1. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta mempunyai pengalaman berkhidmat sebagai mekanik kenderaan.

      (Gaji permulaan ialah pada Gred AB1: RM1,500.00); atau

    2. Sijil Vokasional Malaysia dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan.

      (Gaji permulaan ialah pada Gred AB1: RM1,500.00); atau

    3. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

      (Gaji permulaan ialah pada Gred AB1: RM1,561.00); atau

    4. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

      (Gaji permulaan ialah pada Gred AB1: RM1,622.00).

KELAYAKAN LANTIKAN KE GRED AB5

    1. Sijil Kejuruteraan dalam bidang Kejuruteraan Jentera atau Automotif atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

      (Gaji permulaan ialah pada Gred AB5: RM1,731.00); atau

    2. Diploma Kemahiran Malaysia dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

      (Gaji permulaan ialah pada Gred AB5: RM1,731.00); atau

    3. Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

      (Gaji permulaan ialah pada Gred AB5: RM1,812.00); atau

    4. Diploma Teknologi dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

      (Gaji permulaan ialah pada Gred AB5: RM1,974.00); atau

    5. Diploma Kejuruteraan dalam bidang Kejuruteraan Jentera atau Automotif yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

      (Gaji permulaan ialah pada Gred AB5: RM2,055.00).

  1. mempunyai Lesen Memandu sekurang-kurangnya Kelas B2 dan Lesen Memandu Kelas D yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan yang sah dan bersih serta mempunyai pengalaman memandu selepas memiliki kedua-dua lesen tersebut selama tidak kurang daripada 1 tahun.

dan

  1. lulus ujian-ujian yang ditetapkan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan dari semasa ke semasa.
SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU : 2. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian   (sekurang- kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. 
PROGRAM TRANSFORMASI MINDA/PEPERIKSAAN : 3. Pegawai dalam percubaan adalah dikehendaki hadir dengan jayanya Program Transformasi Minda dan lulus peperiksaan perkhidmatan yang ditetapkan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan yang berkenaan.
PENGESAHAN DALAM PERKHIDMATAN : 4. Pegawai yang dilantik adalah layak disahkan dalam perkhidmatan apabila telah:
  1.  memenuhi tempoh percubaan;
  2. hadir dengan jayanya Program Transformasi Minda dan lulus peperiksaan perkhidmatan yang ditetapkan;
  3. mempunyai Lesen Memandu Kelas B yang sah dan memiliki Lesen Memandu Kelas D yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan [kecuali Lesen Memandu Percubaan (P)]; dan
  4. diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
KENAIKAN PANGKAT KE GRED AB2 : 5. Pemeriksa Kereta Motor Gred AB1 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Pemeriksa Kereta Motor Gred AB2 yang kosong apabila telah:
  1. disahkan dalam perkhidmatan;
  2. mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
  3. memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
  4. diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
KENAIKAN PANGKAT KE GRED AB3 : 6. Pemeriksa Kereta Motor Gred AB2 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Pemeriksa Kereta Motor Gred AB3 yang kosong apabila telah:
  1.  mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
  2. memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
  3. diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan. 
KENAIKAN PANGKAT KE GRED AB5 : 7.
  1. Pemeriksa Kereta Motor Gred AB1 dan Gred AB2 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Pemeriksa Kereta Motor Gred AB5 yang kosong apabila telah:
    1. disahkan dalam perkhidmatan;
    2. mempunyai kelayakan di perenggan 1(b);
    3.  mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
    4. memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
    5. diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
  2. Pemeriksa Kereta Motor Gred AB3 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Pemeriksa Kereta Motor Gred AB5 yang kosong apabila telah:
    1. mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
    2. memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
    3. diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan. 
KENAIKAN PANGKAT KE GRED AB6 : 8. Pemeriksa Kereta Motor Gred AB5 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Pemeriksa Kereta Motor Gred AB6 yang kosong apabila telah:
  1. disahkan dalam perkhidmatan;
  2. mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
  3. memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
  4. diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan. 
KENAIKAN PANGKAT KE GRED AB7 : 9. Pemeriksa Kereta Motor Gred AB6 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Pemeriksa Kereta Motor Gred AB7 yang kosong apabila telah:
  1. mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
  2. memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
  3. diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
KENAIKAN PANGKAT KE GRED AB8 : 10. Pemeriksa Kereta Motor Gred AB7 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Pemeriksa Kereta Motor Gred AB8 yang kosong apabila telah:
  1.  mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
  2. memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
  3. diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
SYARAT PENINGKATAN SECARA LANTIKAN KE JAWATAN PELUKIS PELAN (KEJURUTERAAN AWAM) /PENOLONG JURUTERA GRED JA5 ATAU PENOLONG PEGAWAI PENGUAT KUASA GRED KP5 : 11. Pemeriksa Kereta Motor Gred AB1, AB2 atau AB3 yang menunjukkan prestasi yang cemerlang adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Pelukis Pelan (Kejuruteraan Awam)/Penolong Jurutera Gred JA5 atau Penolong Pegawai Penguat Kuasa Gred KP5 yang kosong mengikut syarat syarat yang ditetapkan dalam skim perkhidmatan berkenaan.
SYARAT PENINGKATAN SECARA LANTIKAN KE JAWATAN JURUTERA GRED J9 ATAU PEGAWAI PENGUAT KUASA GRED KP9 : 12. Pemeriksa Kereta Motor Gred AB5, AB6, AB7 atau AB8 yang menunjukkan prestasi yang cemerlang adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Jurutera Gred J9 atau Pegawai Penguat Kuasa Gred KP9 yang kosong mengikut syarat- syarat yang ditetapkan dalam skim perkhidmatan berkenaan.
Nota: Skim perkhidmatan ini membatalkan skim perkhidmatan Pemeriksa Kereta Motor yang berkuat kuasa pada 1 Julai 2016 (Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2016).