Penolong Pegawai Perubatan Gred U5

KLASIFIKASI PERKHIDMATAN : PERUBATAN DAN KESIHATAN
KUMPULAN PERKHIDMATAN : PELAKSANA/PENGURUSAN DAN PROFESIONAL (SKIM PERKHIDMATAN BERSEPADU)
SYARAT LANTIKAN : 1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

KELAYAKAN LANTIKAN KE GRED U5

  1. Diploma Pembantu Perubatan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya dan telah berdaftar dengan Lembaga Pembantu Perubatan Malaysia.

    (Gaji permulaan ialah pada Gred U5: RM1,974.00).

KELAYAKAN LANTIKAN KE GRED U9

  1. Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya dan telah berdaftar dengan Lembaga Pembantu Perubatan Malaysia.

    (Gaji permulaan ialah pada Gred U9: RM2,580.00).

SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU : 2. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang- kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
PROGRAM TRANSFORMASI MINDA : 3. Pegawai dalam percubaan adalah dikehendaki hadir dengan jayanya Program Transformasi Minda yang ditetapkan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan yang berkenaan.
PENGESAHAN DALAM PERKHIDMATAN : 4. Pegawai yang dilantik adalah layak disahkan dalam perkhidmatan apabila telah:
  1. memenuhi tempoh percubaan;
  2. hadir dengan jayanya Program Transformasi Minda yang ditetapkan; dan
  3. diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
KENAIKAN PANGKAT KE GRED U6 : 5. Penolong Pegawai Perubatan Gred U5 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Penolong Pegawai Perubatan Gred U6 yang kosong apabila telah:
  1. disahkan dalam perkhidmatan;
  2. mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
  3. memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
  4. diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
KENAIKAN PANGKAT KE GRED U7 : 6. Penolong Pegawai Perubatan Gred U6 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Penolong Pegawai Perubatan Gred U7 yang kosong apabila telah:
  1. mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
  2. memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
  3. diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
KENAIKAN PANGKAT KE GRED U9 : 7.
  1. Penolong Pegawai Perubatan Gred U5 atau Gred U6 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Penolong Pegawai Perubatan Gred U9 yang kosong apabila telah:
    1. disahkan dalam perkhidmatan;
    2. mempunyai kelayakan di perenggan 1(b);
    3. mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
    4. memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
    5. diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
  2. Penolong Pegawai Perubatan Gred U7 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Penolong Pegawai Perubatan Gred U9 yang kosong apabila telah:
    1. mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
    2. memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
    3. diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
KENAIKAN PANGKAT KE GRED U10 : 8. Penolong Pegawai Perubatan Gred U9 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Penolong Pegawai Perubatan Gred U10 yang kosong apabila telah: telah:
  1. disahkan dalam perkhidmatan;
  2. mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
  3. memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
  4. diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
KENAIKAN PANGKAT KE GRED U12 : 9. Penolong Pegawai Perubatan Gred U10 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Penolong Pegawai Perubatan Gred U12 yang kosong apabila telah:
  1. mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
  2. memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
  3. diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
KENAIKAN PANGKAT KE GRED U13 : 10. Penolong Pegawai Perubatan Gred U12 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Penolong Pegawai Perubatan Gred U13 yang kosong apabila telah:
  1. mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
  2. memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
  3. diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
KENAIKAN PANGKAT KE GRED U14 : 11. Penolong Pegawai Perubatan Gred U13 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Penolong Pegawai Perubatan Gred U14 yang kosong apabila telah:
  1. mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
  2. memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
  3. diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
SYARAT PENINGKATAN SECARA LANTIKAN KE JAWATAN PEGAWAI SAINS GRED C9 ATAU PENGAJAR GRED U9 : 12. Penolong Pegawai Perubatan Gred U5, U6 atau U7 yang menunjukkan prestasi yang cemerlang adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Pegawai Sains Gred C9 atau Pengajar Gred U9 yang kosong mengikut syarat-syarat yang ditetapkan dalam skim perkhidmatan berkenaan.
DESKRIPSI TUGAS :
  1. Merawat pesakit di dalam skop yang ditetapkan.
  2. Bertanggungjawab di dalam merawat pesakit atau melaksana prosedur untuk tujuan rawatan di fasiliti-fasiliti yang ditetapkan.
  3. Melakukan Ujian dan saringan bagi tujuan diagnostik.
  4. Mengendalikan peralatan perubatan untuk tujuan rawatan.Bertanggungjawab di dalam menyedia,mengawal dan mengelola peralatan-peralatan perubatan di jabatan agar peralatan perubatan yang ada, diselenggara dan dapat digunakan di dalam keadaan baik dan selamat.
  5. Mengendalikan program-program kesihatan awam. Bertanggungjawab bagi mengendali dan melaksanakan program-program saringan, intervensi/rawatan awal kepada pesakit khususnya di program kesihatan awam dan perubatan
  6. Mengendalikan Perkhidmatan Pra Hospital
Nota: Skim perkhidmatan ini membatalkan skim perkhidmatan Penolong Pegawai Perubatan yang berkuat kuasa pada 1 Julai 2016 (Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2016).