Penolong Pegawai Kawalan Alam Sekitar Gred C5

KLASIFIKASI PERKHIDMATAN : SAINS
KUMPULAN PERKHIDMATAN : PELAKSANA
SYARAT LANTIKAN : 1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
  1. Diploma Sains dalam bidang Mikrobiologi, Kimia Industri atau Diploma Kejuruteraan dalam bidang Kejuruteraan Awam, Mekanikal, Alam Sekitar atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

    (Gaji permulaan ialah pada Gred C5: RM1,974.00).

SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU : 2. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
PROGRAM TRANSFORMASI MINDA/PEPERIKSAAN : 3. Pegawai dalam percubaan adalah dikehendaki hadir dengan jayanya Program Transformasi Minda dan lulus peperiksaan perkhidmatan yang ditetapkan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan yang berkenaan.
PENGESAHAN DALAM PERKHIDMATAN : 4. Pegawai yang dilantik adalah layak disahkan dalam perkhidmatan apabila telah:
  1. memenuhi tempoh percubaan;
  2. hadir dengan jayanya Program Transformasi Minda dan lulus peperiksaan perkhidmatan yang ditetapkan; dan
  3. diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
KENAIKAN PANGKAT KE GRED C6 : 5. Penolong Pegawai Kawalan Alam Sekitar Gred C5 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Penolong Pegawai Kawalan Alam Sekitar Gred C6 yang kosong apabila telah:
  1. disahkan dalam perkhidmatan;
  2. mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
  3. memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
  4. diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
KENAIKAN PANGKAT KE GRED C7 : 6. Penolong Pegawai Kawalan Alam Sekitar Gred C6 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Penolong Pegawai Kawalan Alam Sekitar Gred C7 yang kosong apabila telah:
  1. mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
  2. memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
  3. diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
KENAIKAN PANGKAT KE GRED C8 : 7. Penolong Pegawai Kawalan Alam Sekitar Gred C7 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Penolong Pegawai Kawalan Alam Sekitar Gred C8 yang kosong apabila telah:
  1. mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
  2. memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
  3. diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
SYARAT PENINGKATAN SECARA LANTIKAN KE JAWATAN PEGAWAI KAWALAN ALAM SEKITAR GRED C9 : 8. Penolong Pegawai Kawalan Alam Sekitar yang menunjukkan prestasi yang cemerlang adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Pegawai Kawalan Alam Sekitar Gred C9 yang kosong mengikut syarat-syarat yang ditetapkan dalam skim perkhidmatan berkenaan.
DESKRIPSI TUGAS : Melaksanakan penguatkuasaan Undang-undang Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan peraturan-peraturan di bawahnya dan Akta Zon Ekonomi Ekslusif 1984 dan peraturan-peraturan di bawahnya, pemeriksaan alat-alat pembakaran bahan api, logi pengolahan efluen dan kawalan pencemaran alam sekitar.
Nota: Skim perkhidmatan ini membatalkan skim perkhidmatan Penolong Pegawai Kawalan Alam Sekitar yang berkuat kuasa pada 1 Julai 2016 (Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2016).