KLASIFIKASI PERKHIDMATAN |
: |
KESELAMATAN DAN PERTAHANAN AWAM |
KUMPULAN PERKHIDMATAN |
: |
PELAKSANA/PENGURUSAN DAN PROFESIONALÂ (SKIM PERKHIDMATAN BERSEPADU)Â |
SYARAT LANTIKAN |
: |
1. |
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
KELAYAKAN LANTIKAN KE GRED KP5
-
- Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred KP5: RM1,650.00); atau
- Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred KP5: RM1,650.00); atau
- Sijil Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred KP5: RM1,650.00); atau
- Diploma yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred KP5: RM1,893.00).
KELAYAKAN LANTIKAN KE GRED KP9
-
- Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred KP9: RM2,250.00); atau
- Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred KP9: RM2,470.00); atau
- Ijazah Sarjana Muda Undang-undang yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred KP9: RM2,580.00).
dan
- mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti yang berikut:
- tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa bersepatu;
- berat badan sekurang-kurangnya 48kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita;
- mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26;
- mempunyai sekurang-kurangnya 79sm dan 84sm ukuran dada yang biasa dan semasa menarik nafas (lelaki sahaja);
- lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V6/9 tanpa menggunakan cermin mata;
- pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan
- diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan yang berdaftar.
|
SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU |
: |
2. |
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang- kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. |
SYARAT PENINGKATAN SECARA LANTIKAN |
: |
3. |
Pegawai sedang berkhidmat dalam skim perkhidmatan Pegawai Imigresen adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Penolong Penguasa Imigresen/Penguasa Imigresen Gred KP5, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:
-
- mempunyai kelayakan di perenggan 1(a); atau
- lulus Peperiksaan Khas; dan
- had umur pelantikan:
- berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau
- berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau
- berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.
|
PROGRAM TRANSFORMASI MINDA/PEPERIKSAAN |
: |
4. |
Pegawai dalam percubaan adalah dikehendaki hadir dengan jayanya Program Transformasi Minda dan lulus peperiksaan perkhidmatan yang ditetapkan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan yang berkenaan. |
PENGESAHAN DALAM PERKHIDMATAN |
: |
5. |
Pegawai yang dilantik adalah layak disahkan dalam perkhidmatan apabila telah:
- memenuhi tempoh percubaan;
- hadir dengan jayanya Program Transformasi Minda dan lulus peperiksaan perkhidmatan yang ditetapkan;
- diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
|
KENAIKAN PANGKAT KE GRED KP6 |
: |
6. |
Penolong Penguasa Imigresen/Penguasa Imigresen Gred KP5 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Penolong Penguasa Imigresen/Penguasa Imigresen Gred KP6 yang kosong apabila telah:
- disahkan dalam perkhidmatan;
- mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
- memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
- diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
|
KENAIKAN PANGKAT KE GRED KP7 |
: |
7. |
Penolong Penguasa Imigresen/Penguasa Imigresen Gred KP6 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Penolong Penguasa Imigresen/Penguasa Imigresen Gred KP7 yang kosong apabila telah:
- mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
- memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
- diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
|
KENAIKAN PANGKAT KE GRED KP8 |
: |
8. |
- Penolong Penguasa Imigresen/Penguasa Imigresen Gred KP5 atau Gred KP6 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Penolong Penguasa Imigresen/Penguasa Imigresen Gred KP9 yang kosong apabila telah:
- disahkan dalam perkhidmatan;
- mempunyai kelayakan di perenggan 1(b);
- mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
- memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
- diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
- Penolong Penguasa Imigresen/Penguasa Imigresen Gred KP7 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Penolong Penguasa Imigresen/Penguasa Imigresen Gred KP9 yang kosong apabila telah:
- mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
- memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
- diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
|
KENAIKAN PANGKAT KE GRED KP10 |
: |
9. |
Penolong Penguasa Imigresen/Penguasa Imigresen Gred KP9 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Penolong Penguasa Imigresen/Penguasa Imigresen Gred KP10 yang kosong apabila telah:
- disahkan dalam perkhidmatan;
- mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
- memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
- diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
|
KENAIKAN PANGKAT KE GRED KP12 |
: |
10. |
Penolong Penguasa Imigresen/Penguasa Imigresen Gred KP10 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Penolong Penguasa Imigresen/Penguasa Imigresen Gred KP12 yang kosong apabila telah:
- mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
- memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
- diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
|
KENAIKAN PANGKAT KE GRED KP13 |
: |
11. |
Penolong Penguasa Imigresen/Penguasa Imigresen Gred KP12 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Penolong Penguasa Imigresen/Penguasa Imigresen Gred KP13 yang kosong apabila telah:
- mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
- memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
- diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
|
KENAIKAN PANGKAT KE GRED KP14 |
: |
12. |
Penolong Penguasa Imigresen/Penguasa Imigresen Gred KP13 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Penolong Penguasa Imigresen/Penguasa Imigresen Gred KP14 yang kosong apabila telah:
- mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
- memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
- diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
|
KENAIKAN PANGKAT KE KUMPULAN PENGURUSAN TERTINGGI |
: |
9. |
Penolong Penguasa Imigresen/Penguasa Imigresen Gred KP14 yang menunjukkan kebolehan yang terkemuka mutunya adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke gred yang lebih tinggi yang kosong dalam Kumpulan Pengurusan Tertinggi. |
DESKRIPSI TUGAS |
: |
Bertanggungjawab dalam aspek operasi, penguatkuasaan, pencegahan dan keselamatan negara. |
Nota: Skim perkhidmatan ini membatalkan skim perkhidmatan Penolong Penguasa Imigresen/Penguasa Imigresen yang berkuat kuasa pada 1 Julai 2016 (Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2016). |