Penolong Pegawai Pertanian Gred G5

KLASIFIKASI PERKHIDMATAN : PERTANIAN
KUMPULAN PERKHIDMATAN : PELAKSANA
SYARAT LANTIKAN : 1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
    1. Sijil Pertanian yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

      (Gaji permulaan ialah pada Gred G5: RM1,650.00); atau

    2. Diploma Pertanian, Diploma dalam bidang Hortikultur, Bioteknologi, Perniagaan Tani, Pengeluaran Makanan, Agroteknologi/Teknologi Pertanian yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

      (Gaji permulaan ialah pada Gred G5: RM1,974.00); atau

    3. Diploma Kejuruteraan dalam bidang Pertanian yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

      (Gaji permulaan ialah pada Gred G5: RM2,055.00).

SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU : 2. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
PROGRAM TRANSFORMASI MINDA/PEPERIKSAAN : 3. Pegawai dalam percubaan adalah dikehendaki hadir dengan jayanya Program Transformasi Minda dan lulus peperiksaan perkhidmatan yang ditetapkan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan yang berkenaan.
PENGESAHAN DALAM PERKHIDMATAN : 4. Pegawai yang dilantik adalah layak disahkan dalam perkhidmatan apabila telah:
  1. memenuhi tempoh percubaan;
  2. hadir dengan jayanya Program Transformasi Minda dan lulus peperiksaan perkhidmatan yang ditetapkan; dan
  3. diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
KENAIKAN PANGKAT KE GRED G6 : 5. Penolong Pegawai Pertanian Gred G5 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Penolong Pegawai Pertanian Gred G6 yang kosong apabila telah:
  1. disahkan dalam perkhidmatan;
  2. mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
  3. memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
  4. diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
KENAIKAN PANGKAT KE GRED G7 : 6. Penolong Pegawai Pertanian Gred G6 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Penolong Pegawai Pertanian Gred G7 yang kosong apabila telah:
  1. mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
  2. memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
  3. diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
KENAIKAN PANGKAT KE GRED G8 : 7. Penolong Pegawai Pertanian Gred G7 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Penolong Pegawai Pertanian Gred G8 yang kosong apabila telah:
  1. mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
  2. memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
  3. diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
SYARAT PENINGKATAN SECARA LANTIKAN KE JAWATAN PEGAWAI PERTANIAN GRED G9 : 8. Penolong Pegawai Pertanian yang menunjukkan prestasi yang cemerlang adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Pegawai Pertanian Gred G9 yang kosong mengikut syarat syarat yang ditetapkan dalam skim perkhidmatan berkenaan.
DESKRIPSI TUGAS : Membantu merancang aktiviti-aktiviti penerangan berhubung dengan polisi projek, menghadiri ceramah, dialog, kursus/latihan, memberi taklimat dan menerbitkan risalah dan bahan terbitan berhubung dengan projek pertanian.
Nota: Skim Perkhidmatan ini membatalkan skim perkhidmatan Penolong Pegawai Pertanian yang berkuat kuasa pada 1 Julai 2016 (Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2016).