KLASIFIKASI PERKHIDMATAN |
: |
PERUBATAN DAN KESIHATAN |
KUMPULAN PERKHIDMATAN |
: |
PELAKSANA |
SYARAT LANTIKAN |
: |
1. |
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
-
- Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(Kelayakan lantikan untuk kegunaan di Pihak Berkuasa Tempatan). (Gaji permulaan ialah pada Gred U1: RM1,500.00); atau
- Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan Sijil Pembantu Kesihatan Awam yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred U1: RM1,561.00).
|
SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU |
: |
2. |
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. |
PROGRAM TRANSFORMASI MINDA |
: |
3. |
Pegawai dalam percubaan adalah dikehendaki hadir dengan jayanya Program Transformasi Minda yang ditetapkan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan yang berkenaan. |
PENGESAHAN DALAM PERKHIDMATAN |
: |
4. |
Pegawai yang dilantik adalah layak disahkan dalam perkhidmatan apabila telah:
- Â memenuhi tempoh percubaan;
- memiliki Sijil Pembantu Kesihatan Awam yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya [bagi pegawai yang dilantik menggunakan kelayakan di perenggan 1(a)(i)];
- hadir dengan jayanya Program Transformasi Minda yang ditetapkan; dan
- diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
|
KENAIKAN PANGKAT KE GRED U2 |
: |
5. |
Pembantu Kesihatan Awam Gred U1 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Pembantu Kesihatan Awam Gred U2 yang kosong apabila telah:
- disahkan dalam perkhidmatan;
- mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
- memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
- diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
|
KENAIKAN PANGKAT KE GRED U3 |
: |
6. |
Pembantu Kesihatan Awam Gred U2 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Pembantu Kesihatan Awam Gred U3 yang kosong apabila telah:
- mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
- memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
- diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
|
KENAIKAN PANGKAT KE GRED U4 |
: |
7. |
Pembantu Kesihatan Awam Gred U3 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Pembantu Kesihatan Awam Gred U4 yang kosong apabila telah:
- mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
- memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
- diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
|
SYARAT PENINGKATAN SECARA LANTIKAN KE JAWATAN PENOLONG PEGAWAI KESIHATAN PERSEKITARAN/PEGAWAI KESIHATAN PERSEKITARAN GRED U5 |
: |
8. |
Pembantu Kesihatan Awam yang menunjukkan prestasi yang cemerlang adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran/Pegawai Kesihatan Persekitaran Gred U5 yang kosong mengikut syarat syarat yang ditetapkan dalam skim perkhidmatan berkenaan. |
DESKRIPSI TUGAS |
: |
- Penguatkuasaan Undang-undang Kesihatan Awam
- Membantu PPKP dalam pemeriksaan dan penguatkuasaan undang-undang kesihatan awam.
- Pematuhan tatacara penghantaran notis dan saman.
- Penyimpanan dan rekod eksibit.
- Membantu dalam penyediaan laporan secara berkala.
- Pencegahan dan pengawalan penyakit
- Membantu dalam pelaksanaan survelan penyakit dan kesiapsiagaan kecemasan kesihatan awam termasuk krisis, wabak dan bencana
- Melaksanakan semburan kabus (fogging) larvaciding, Ultra Low Volume (ULV) dan residual spray (focal spray)
- Membuat disinfeksi premis dan telaga tercemar
- Pengendalian hazard dalam penggunaan racun dan bahan kimia
- Keselamatan dan kualiti makanan
- Membantu PPKP dalam pemeriksaan kebersihan persekitaran premis makanan.
- Penyediaan peralatan dan penyimpanan sampel makanan.
- Pelaksanaan Bekalan Air Dan Kesihatan Alam Sekeliling
- Mengumpulkan data asas lokaliti, gerak kerja dan epidemiologi penyakit berjangkit
- Menyediakan peta rantaian bekalan air minum di kawasan luar bandar
- Menyediakan sistem sanitasi dan sanitari di kawasan luar bandar
|
Nota: Skim perkhidmatan ini membatalkan skim perkhidmatan Pembantu Kesihatan Awam yang berkuat kuasa pada 1 Julai 2016 (Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2016). |