Penolong Pegawai Teknologi Makanan Gred C5

KLASIFIKASI PERKHIDMATAN : SAINS
KUMPULAN PERKHIDMATAN : PELAKSANA
SYARAT LANTIKAN : 1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
  1. Diploma Teknologi Makanan atau Diploma dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

    (Gaji permulaan ialah pada Gred C5: RM1,974.00)

SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU : 2. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
PROGRAM TRANSFORMASI MINDA/PEPERIKSAAN : 3. Pegawai dalam percubaan adalah dikehendaki hadir dengan jayanya Program Transformasi Minda dan lulus peperiksaan perkhidmatan yang ditetapkan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan yang berkenaan.
PENGESAHAN DALAM PERKHIDMATAN : 4. Pegawai yang dilantik adalah layak disahkan dalam perkhidmatan apabila telah:
  1. memenuhi tempoh percubaan;
  2. hadir dengan jayanya Program Transformasi Minda dan lulus peperiksaan perkhidmatan yang ditetapkan; dan
  3. diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
KENAIKAN PANGKAT KE GRED C6 : 5. Penolong Pegawai Teknologi Makanan Gred C5 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Penolong Pegawai Teknologi Makanan Gred C6 yang kosong apabila telah:
  1. disahkan dalam perkhidmatan;
  2. mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
  3. memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
  4. diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
KENAIKAN PANGKAT KE GRED C7 : 6. Penolong Pegawai Teknologi Makanan Gred C6 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Penolong Pegawai Teknologi Makanan Gred C7 yang kosong apabila telah:
  1. mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
  2. memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
  3. diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
KENAIKAN PANGKAT KE GRED C8 : 7. Penolong Pegawai Teknologi Makanan Gred C7 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Penolong Pegawai Teknologi Makanan Gred C8 yang kosong apabila telah:
  1. mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
  2. memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
  3. diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
SYARAT PENINGKATAN SECARA LANTIKAN KE JAWATAN PEGAWAI TEKNOLOGI MAKANAN GRED C9 : 8. Penolong Pegawai Teknologi Makanan yang menunjukkan prestasi yang cemerlang adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Pegawai Teknologi Makanan Gred C9 yang kosong mengikut syarat-syarat yang ditetapkan dalam skim perkhidmatan berkenaan.
DESKRIPSI TUGAS : Bertanggungjawab menjalankan analisis mikrobiologi dan kimia ke atas contoh-contoh makanan, penyediaan bahan-bahan kimia dan peralatan serta menyediakan laporan-laporan analisis kajian makmal.
Nota: Skim perkhidmatan ini membatalkan skim perkhidmatan Penolong Pegawai Teknologi Makanan yang berkuat kuasa pada 1 Julai 2016 (Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2016).