KLASIFIKASI PERKHIDMATAN |
: |
PERTANIAN |
KUMPULAN PERKHIDMATAN |
: |
PELAKSANA (SKIM PERKHIDMATAN BERSEPADU) |
SYARAT LANTIKAN |
: |
1. |
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
KELAYAKAN LANTIKAN KE GRED G1
- Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan Sijil Perhutanan Renjer Hutan daripada Institut Latihan Perhutanan Sabah atau Sekolah Latihan Perhutanan Sarawak atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred G1: RM1,561.00).
KELAYAKAN LANTIKAN KE GRED G5
-
- Sijil Perhutanan Renjer Hutan daripada Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred G5: RM1,731.00); atau
- Diploma Perhutanan, Diploma dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred G5: RM1,974.00).
Â
|
SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU |
: |
2. |
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. |
SYARAT PENINGKATAN SECARA LANTIKAN |
: |
3. |
Pegawai sedang berkhidmat dalam skim perkhidmatan Pengawas Hutan adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Penolong Pemelihara Hutan Gred G5, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:
-
- mempunyai kelayakan di perenggan 1(b); atau
- lulus Peperiksaan Khas; dan
- had umur pelantikan:
- berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau
- berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau
- berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.
|
PROGRAM TRANSFORMASI MINDA/PEPERIKSAAN |
: |
4. |
Pegawai dalam percubaan adalah dikehendaki hadir dengan jayanya Program Transformasi Minda dan lulus peperiksaan perkhidmatan yang ditetapkan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan yang berkenaan. |
PENGESAHAN DALAM PERKHIDMATAN |
: |
5. |
Pegawai yang dilantik adalah layak disahkan dalam perkhidmatan apabila telah:
- Â memenuhi tempoh percubaan;
- hadir dengan jayanya Program Transformasi Minda dan lulus peperiksaan perkhidmatan yang ditetapkan; dan
- diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
|
KENAIKAN PANGKAT KE GRED G2 |
: |
6. |
Renjer Hutan/Penolong Pemelihara Hutan Gred G1 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Renjer Hutan/Penolong Pemelihara Hutan Gred G2 yang kosong apabila telah:
- disahkan dalam perkhidmatan;
- mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
- memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
- diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
|
KENAIKAN PANGKAT KE GRED G3 |
: |
7. |
Renjer Hutan/Penolong Pemelihara Hutan Gred G2 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Renjer Hutan/Penolong Pemelihara Hutan Gred G3 yang kosong apabila telah:
- Â mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
- memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
- diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
|
KENAIKAN PANGKAT KE GRED G5 |
: |
8. |
- Renjer Hutan/Penolong Pemelihara Hutan Gred G1 atau Gred G2 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Renjer Hutan/Penolong Pemelihara Hutan Gred G5 yang kosong apabila:
- disahkan dalam perkhidmatan;
- mempunyai kelayakan di perenggan 1(b);
- mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
- memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
- diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
- Renjer Hutan/Penolong Pemelihara Hutan Gred G3 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Renjer Hutan/Penolong Pemelihara Hutan Gred G5 yang kosong apabila telah:
- mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
- memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
- diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
|
KENAIKAN PANGKAT KE GRED G6 |
: |
9. |
Renjer Hutan/Penolong Pemelihara Hutan Gred G5 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Renjer Hutan/ Penolong Pemelihara Hutan Gred G6 yang kosong apabila telah:
- disahkan dalam perkhidmatan;
- Â mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
- memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
- diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
|
KENAIKAN PANGKAT KE GRED G7 |
: |
10. |
Renjer Hutan/Penolong Pemelihara Hutan Gred G6 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Renjer Hutan/ Penolong Pemelihara Hutan Gred G7 yang kosong apabila telah:
- Â mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
- memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
- diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
|
KENAIKAN PANGKAT KE GRED G8 |
: |
11. |
Renjer Hutan/Penolong Pemelihara Hutan Gred G7 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Renjer Hutan/ Penolong Pemelihara Hutan Gred G8 yang kosong apabila telah:
- Â mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
- memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
- diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
|
SYARAT PENINGKATAN SECARA LANTIKAN KE JAWATAN PEMELIHARA HUTAN GRED GV9 |
: |
12. |
Renjer Hutan/Penolong Pemelihara Hutan Gred G5, G6, G7 atau G8 yang menunjukkan prestasi yang cemerlang adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Pemelihara Hutan Gred G9 yang kosong mengikut syarat-syarat yang ditetapkan dalam skim perkhidmatan berkenaan. |
DESKRIPSI TUGAS |
: |
- Mengawalselia kerja-kerja Pembangunan Hutan, Operasi, Penguatkuasaan Kilang, Pencerobohan Hutan Rekreasi di bawah jagaan Renjer.
- Mengawalselia kakitangan, barang tugasan harian.
- Menghadiri mesyuarat-mesyuarat yang berkaitan dengan Jabatan.
- Menyediakan laporan-laporan kepada Pegawai Hutan mengenai kemajuan kerja-kerja pembangunan.
- Mengawalselia kerja operasi termasuk kutipan hasil keluaran kayu hasil hutan.
- Menyemak dan memantau lesen operasi hutan juga industri berasaskan kayu.
- Penguatkuasaan undang-undang hutan dan industri berasaskan kayu dan mengambil tindakan apabila perlu.
- Menyediakan laporan kepada tuan Pegawai Hutan mengenai kemajuan kerja-kerja penebangan usahasilan, penguatkuasaan pelesenan pada tiap-tiap bulan dan melaksanakan arahannya.
- Mengawalselia kakitangan dan peringkat pekerja Pengawas Hutan/Kanan di Renjer dan Rekreasi.
- Mengawal selia kerja-kerja pembangunan, inventori dan rawatan hutan.
- Menghadiri mesyuarat, taklimat, bengkel, kursus dan lain-lain arahan Pegawai Hutan dari semasa ke semasa.
|
Nota: Skim perkhidmatan ini membatalkan skim perkhidmatan Renjer Hutan/Penolong Pemelihara Hutan yang berkuat kuasa pada 1 Julai 2016 (Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2016). |