Juru X-Ray Gred U5

KLASIFIKASI PERKHIDMATAN : PERUBATAN DAN KESIHATAN
KUMPULAN PERKHIDMATAN : PELAKSANA/PENGURUSAN DAN PROFESIONAL (SKIM PERKHIDMATAN BERSEPADU)
SYARAT LANTIKAN : 1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

KELAYAKAN LANTIKAN KE GRED U5

  1. Diploma Radiografi, Diploma Pengimejan Perubatan, Diploma dalam bidang Radioterapi atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

    (Gaji permulaan ialah pada Gred U5: RM1,974.00).

KELAYAKAN LANTIKAN KE GRED U9

  1. Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian dalam bidang Pengimejan Diagnostik dan Radioterapi, Radioterapi atau bidang berkaitan atau Ijazah Sarjana Muda Pengimejan Perubatan dengan Kepujian atau Ijazah Sarjana Muda Radiografi dengan Kepujian yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

    (Gaji permulaan ialah pada Gred U9: RM2,580.00).

SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU : 2. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang- kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
PROGRAM TRANSFORMASI MINDA : 3. Pegawai dalam percubaan adalah dikehendaki hadir dengan jayanya Program Transformasi Minda yang ditetapkan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan yang berkenaan.
PENGESAHAN DALAM PERKHIDMATAN : 4. Pegawai yang dilantik adalah layak disahkan dalam perkhidmatan apabila telah:
  1. memenuhi tempoh percubaan;
  2. hadir dengan jayanya Program Transformasi Minda yang ditetapkan; dan
  3. diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
KENAIKAN PANGKAT KE GRED U6 : 5. Juru X-Ray Gred U5 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Juru X-Ray Gred U6 yang kosong apabila telah:
  1. disahkan dalam perkhidmatan;
  2. mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
  3. memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
  4. diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
KENAIKAN PANGKAT KE GRED U7 : 6. Juru X-Ray Gred U6 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Juru X-Ray Gred U7 yang kosong apabila telah:
  1. mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
  2. memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
  3. diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
KENAIKAN PANGKAT KE GRED U9 : 7.
  1. Juru X-Ray Gred U5 atau Gred U6 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Juru X-Ray Gred U9 yang kosong apabila telah:
    1. disahkan dalam perkhidmatan;
    2. mempunyai kelayakan di perenggan 1(b);
    3. mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
    4. memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
    5. diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
  2. Juru X-Ray Gred U7 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Juru X-Ray Gred U9 yang kosong apabila telah:
    1. mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
    2. memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
    3. diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
KENAIKAN PANGKAT KE GRED U10 : 8. Juru X-Ray Gred U9 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Juru X-Ray Gred U10 yang kosong apabila telah:
  1. disahkan dalam perkhidmatan;
  2. mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
  3. memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
  4. diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
KENAIKAN PANGKAT KE GRED U12 : 9. Juru X-Ray Gred U10 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Juru X-Ray Gred U12 yang kosong apabila telah:
  1. mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
  2. memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
  3. diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
KENAIKAN PANGKAT KE GRED U13 : 10. Juru X-Ray Gred U12 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Juru X-Ray Gred U13 yang kosong apabila telah:
  1. mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
  2. memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
  3. diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
KENAIKAN PANGKAT KE GRED U14 : 11. Juru X-Ray Gred U13 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Juru X-Ray Gred U14 yang kosong apabila telah:
  1. mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
  2. memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
  3. diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
SYARAT PENINGKATAN SECARA LANTIKAN KE JAWATAN PENGAJAR GRED U9 : 12. Juru X-Ray Gred U5, U6 atau U7 yang menunjukkan prestasi yang cemerlang adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Pengajar Gred U9 yang kosong mengikut syarat-syarat yang ditetapkan dalam skim perkhidmatan berkenaan.
DESKRIPSI TUGAS :
  1. Diagnostik/Pengimejan Perubatan
    1. Menjalankan pemeriksaan Pengimejan diagnostik yang merangkumi: Radiografi Am, Radiografi Mudah Gerak, Tomografi Berkomputer (CT scan), Pengimejan Resonan Magnet (MRI), Angiografi, Pendigitalan dan Salinan imej Radiologi serta lain-lain lagi mengikut piawaian garis panduan yang telah ditetapkan bagi menghasilkan imej yang bernilai diagnostik.
    2. Memberikan khidmat nasihat sebelum, semasa dan selepas pemeriksaan dijalankan untuk menjaga kebajikan pesakit.
    3. Menghasilkan imej yang berkualiti serta menepati keperluan diagnosis mengikut piawaian yang telah ditetapkan.
    4. Melaksanakan fungsi penjagaan peralatan dan kawalan mutu bagi memastikan peralatan dapat menghasilkan imej yang berkualiti.
    5. Membantu pelaksanaan latihan dalam perkhidmatan untuk melengkapkan diri ke arah perkembangan kerjaya selaras dengan misi kementerian yang menekankan konsep profesionalisma dan perkhidmatan yang berkualiti.
    6. Membantu pelaksanaan aktiviti kualiti peringkat jabatan agar mutu perkhidmatan Radiologi dapat dijaga dan dipertingkat mengikut piawai yang ditetapkan.
    7. Memastikan aspek perlindungan sinaran terhadap diri sendiri, pesakit, orang awam dan staf diaplikasikan mengikut garis panduan yang telah ditetapkan.
  2. Terapi
    1. Mengendali peralatan radioterapi dan pengimejan dengan selamat.
    2. Melakukan prosedur simulasi yang betul mengikut teknik dan bahagian rawatan yang ditentukan.
    3. Menghasilkan alat aksesori rawatan.
    4. Memberi rawatan radiasi mengikut teknik dan kawasan rawatan yang ditentukan.
    5. Mengawasi kesan sampingan pesakit.
Nota: Skim perkhidmatan ini membatalkan skim perkhidmatan Juru X-Ray yang berkuat kuasa pada 1 Julai 2016 (Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2016).