Pembantu Penerangan Gred S1
KLASIFIKASI PERKHIDMATAN | : | SOSIAL | |
KUMPULAN PERKHIDMATAN | : | PELAKSANA | |
SYARAT LANTIKAN | : | 1. | Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
|
SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU | : | 2. | Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. |
PROGRAM TRANSFORMASI MINDA/PEPERIKSAAN | : | 3. | Pegawai dalam percubaan adalah dikehendaki hadir dengan jayanya Program Transformasi Minda dan lulus peperiksaan perkhidmatan yang ditetapkan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan yang berkenaan. |
PENGESAHAN DALAM PERKHIDMATAN | : | 4. | Pegawai yang dilantik adalah layak disahkan dalam perkhidmatan apabila telah:
|
KENAIKAN PANGKAT KE GRED S2 | : | 5. | Pembantu Penerangan Gred S1 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Pembantu Penerangan Gred S2 yang kosong apabila telah:
|
KENAIKAN PANGKAT KE GRED S3 | : | 6. | Pembantu Penerangan Gred S2 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Pembantu Penerangan Gred S3 yang kosong apabila telah:
|
KENAIKAN PANGKAT KE GRED S4 | : | 7. | Pembantu Penerangan Gred S3 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Pembantu Penerangan Gred S4 yang kosong apabila telah:
|
SYARAT PENINGKATAN SECARA LANTIKAN KE JAWATAN PENOLONG PEGAWAI PENERANGAN GRED S5 ATAU PENGHULU GRED NP5 |
: | 8. | Pembantu Penerangan yang menunjukkan prestasi yang cemerlang adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Penolong Pegawai Penerangan Gred S5 atau Penghulu Gred NP5 yang kosong mengikut syarat-syarat yang ditetapkan dalam skim perkhidmatan berkenaan. |
DESKRIPSI TUGAS | : | Bertanggungjawab membantu Pegawai Penerangan Daerah/ Penolong Pegawai Penerangan melaksanakan kegiatan luar dan kegiatan sivik, menyampaikan ceramah dan penerangan kepada orang ramai, mengumpul dan memajukan laporan reaksi, menyediakan jadual lawatan bulanan, merekod dan mengedar bahan-bahan penerbitan. | |
Nota: Skim perkhidmatan ini membatalkan skim perkhidmatan Pembantu Penerangan yang berkuat kuasa pada 1 Julai 2016 (Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2016). |