Pengesahan Dalam Perkhidmatan

Pengesahan Dalam Perkhidmatan bermaksud proses memperakukan pegawai memenuhi semua syarat yang dinyatakan dalam skim perkhidmatan atau apa-apa syarat lain yang ditentukan dari semasa ke semasa. Setiap pegawai yang dilantik dikehendaki berkhidmat dalam tempoh percubaan satu (1) tahun hingga tiga (3) tahun.

 

Mengesahkan pegawai dalam perkhidmatan apabila telah berkhidmat dalam tempoh percubaan satu (1) hingga tiga (3) tahun dan memenuhi syarat-syarat perkhidmatan dengan perakuan Ketua Jabatan bahawa pegawai telah menjalankan tugas dengan jujur, tekun dan berkebolehan serta berpuas hati dengan sifat peribadi dan kelakuannya.

 

Senarai semak bagi Pengesahan Dalam Perkhidmatan boleh diperolehi melalui pautan berikut: https://www.spa.gov.my/spa/laman-utama/bahagian-sumber-manusia/senarai-semak-urusan-perkhidmatan

 

Berdasarkan Surat Pekeliling SPA Bilangan 3 Tahun 2011, penetapan tarikh Pengesahan Dalam Perkhidmatan bagi seseorang pegawai seperti berikut (mengikut mana yang terdahulu):

i. sehari selepas genap satu (1) tahun perkhidmatan;
ii. sehari selepas menghadiri Program Transformasi Minda (PTM), setelah genap setahun perkhidmatan;
iii. sehari selepas lulus peperiksaan yang disyaratkan setelah genap setahun perkhidmatan;
iv. sehari selepas tarikh kuat kuasa opsyen; dan
v. sehari selepas mendapat perakuan Ketua Jabatan bagi pegawai yang dilanjutkan tempoh percubaan kerana tidak mendapat perakuan Ketua Jabatan.

 

28 hari daripada tarikh dokumen lengkap diterima oleh SPA.

 

i. Pegawai hendaklah memohon salinan surat daripada pihak Pengurusan Sumber Manusia (PSM) di tempat bertugas. Sekiranya tiada, PSM boleh memanjangkan permohonan tersebut kepada SPA.
ii. Pegawai/ PSM boleh mencetak surat tersebut melalui https://myservice.spa.gov.my/
iii. Pegawai/ PSM (Kementerian/ Jabatan/ Agensi yang telah menggunakan TERAS) boleh mencetak surat tersebut melalui https://teras.spa.gov.my/

 

Hits: 123669