Penolong Pegawai Latihan Gred E5

KLASIFIKASI PERKHIDMATAN : PERTANIAN
KUMPULAN PERKHIDMATAN : PELAKSANA/PENGURUSAN DAN PROFESIONAL (SKIM PERKHIDMATAN BERSEPADU)
SYARAT LANTIKAN : 1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

KELAYAKAN LANTIKAN KE GRED E1

    1. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan Kepujian dalam subjek Perdagangan pada peringkat peperiksaan tersebut.

      (Gaji permulaan ialah pada Gred E1: RM1,500.00); atau

    2. Sijil Vokasional Malaysia dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan.

      (Gaji permulaan ialah pada Gred E1: RM1,500.00); atau

    3. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

      (Gaji permulaan ialah pada Gred E1: RM1,561.00); atau

       
    4. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

      (Gaji permulaan ialah pada Gred E1: RM1,622.00); atau

    5. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan Sijil Perdagangan Malaysia peringkat Tertinggi (Perakaunan) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

      (Gaji permulaan ialah pada Gred E1: RM1,622.00).

KELAYAKAN LANTIKAN KE GRED E5

    1. Diploma Kemahiran Malaysia dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

      (Gaji permulaan ialah pada Gred E5: RM1,731.00); atau

    2. Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

      (Gaji permulaan ialah pada Gred E5: RM1,812.00); atau

    3. Diploma dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

      (Gaji permulaan ialah pada Gred E5: RM1,893.00).

       
     

KELAYAKAN LANTIKAN KE GRED E9

    1. Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

      (Gaji permulaan ialah pada Gred E9: RM2,250.00); atau

    2. Ijazah Sarjana Muda Kepujian yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

      (Gaji permulaan ialah pada Gred E9: RM2,470.00); atau

    3. Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

      (Gaji permulaan ialah pada Gred E9: RM2,690.00); atau

       
    4. Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

      (Gaji permulaan ialah pada Gred E9: RM3,020.00); atau

    5. Ahli Penuh Badan-badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan.

      (Gaji permulaan ialah pada Gred E9: RM3,020.00); atau

    6. Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan dan menjadi Ahli Penuh Badan-badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan.

      (Gaji permulaan ialah pada Gred E9: RM3,130.00) atau

    7. Ahli Penuh Institut Akauntan Malaysia.

      (Gaji permulaan ialah pada Gred E9: RM3,240.00).

      [Senarai Badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan di perenggan 1(c )(v) dan 1(c )(vi) adalah seperti di Lampiran B11B].

SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU : 2. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
PROGRAM TRANSFORMASI MINDA/PEPERIKSAAN : 3. Pegawai dalam percubaan adalah dikehendaki hadir dengan jayanya Program Transformasi Minda dan lulus peperiksaan perkhidmatan yang ditetapkan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan yang berkenaan.
PENGESAHAN DALAM PERKHIDMATAN : 4. Pegawai yang dilantik adalah layak disahkan dalam perkhidmatan apabila telah:
  1.  memenuhi tempoh percubaan;
  2. hadir dengan jayanya Program Transformasi Minda dan lulus peperiksaan perkhidmatan yang ditetapkan; dan
  3. diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
KENAIKAN PANGKAT KE GRED E2 : 5. Pembantu Pegawai Latihan/Penolong Pegawai Latihan/Pegawai Latihan Gred E1 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Pembantu Pegawai Latihan/Penolong Pegawai Latihan/Pegawai Latihan Gred E2 yang kosong apabila telah:
  1. disahkan dalam perkhidmatan;
  2. mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
  3. memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
  4. diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
KENAIKAN PANGKAT KE GRED E3 : 6. Pembantu Pegawai Latihan/Penolong Pegawai Latihan/Pegawai Latihan Gred E2 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Pembantu Pegawai Latihan/Penolong Pegawai Latihan/Pegawai Latihan Gred E3 yang kosong apabila telah:
  1.  mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
  2. memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
  3. diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
KENAIKAN PANGKAT KE GRED E5 : 7.
  1. Pembantu Pegawai Latihan/Penolong Pegawai Latihan/Pegawai Latihan Gred E1 atau Gred E2 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Pembantu Pegawai Latihan/ Penolong Pegawai Latihan/Pegawai Latihan Gred E5 yang kosong apabila telah:
    1. disahkan dalam perkhidmatan;
    2. mempunyai kelayakan di perenggan 1(b);
    3. memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
    4. diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
  2. Pembantu Pegawai Latihan/Penolong Pegawai Latihan/Pegawai Latihan Gred E3 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Pembantu Pegawai Latihan/Penolong Pegawai Latihan/Pegawai Latihan Gred E5 yang kosong apabila telah:
    1. mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
    2. memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
    3. diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
KENAIKAN PANGKAT KE GRED E6 : 8. Pembantu Pegawai Latihan/Penolong Pegawai Latihan/Pegawai Latihan Gred E5 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Pembantu Pegawai Latihan/Penolong Pegawai Latihan/Pegawai Latihan Gred E6 yang kosong apabila telah:
  1. disahkan dalam perkhidmatan;
  2. mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
  3. memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
  4. diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
KENAIKAN PANGKAT KE GRED E7 : 9. Pembantu Pegawai Latihan/Penolong Pegawai Latihan/Pegawai Latihan Gred E6 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Pembantu Pegawai Latihan/Penolong Pegawai Latihan/Pegawai Latihan Gred E7 yang kosong apabila telah:
  1.  mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
  2. memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
  3. diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
KENAIKAN PANGKAT KE GRED E9 : 10.
  1. Pembantu Pegawai Latihan/Penolong Pegawai Latihan/Pegawai Latihan Gred E5 atau Gred E6 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Pembantu Pegawai Latihan/ Penolong Pegawai Latihan/Pegawai Latihan Gred E9 yang kosong apabila telah:
    1. disahkan dalam perkhidmatan;
    2. mempunyai kelayakan di perenggan 1(C);
    3. memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
    4. diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
  2. Pembantu Pegawai Latihan/Penolong Pegawai Latihan/Pegawai Latihan Gred E7 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Pembantu Pegawai Latihan/Penolong Pegawai Latihan/Pegawai Latihan Gred E9 tanpa tertakluk kepada kekosongan jawatan apabila telah:
    1. mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
    2. memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
    3. diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
KENAIKAN PANGKAT KE GRED E10 : 11.
  1. Pembantu Pegawai Latihan/Penolong Pegawai Latihan/Pegawai Latihan Gred E9 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Pembantu Pegawai Latihan/Penolong Pegawai Latihan/Pegawai Latihan Gred E10 yang kosong apabila telah:
    1. disahkan dalam perkhidmatan;
    2. mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
    3. memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
    4. diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
  2. Pembantu Pegawai Latihan/Penolong Pegawai Latihan/Pegawai Latihan Gred E9 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Pembantu Pegawai Latihan/Penolong Pegawai Latihan/Pegawai Latihan Gred E10 tanpa tertakluk kepada kekosongan jawatan apabila telah:
    1. disahkan dalam perkhidmatan;
    2. mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
    3. memenuhi kriteria kecermelangan yang ditetapkan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan;
    4. memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
    5. diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
KENAIKAN PANGKAT KE GRED E12 : 12.
  1. Pembantu Pegawai Latihan/Penolong Pegawai Latihan/Pegawai Latihan Gred E10 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Pembantu Pegawai Latihan/Penolong Pegawai Latihan/Pegawai Latihan Gred E12 yang kosong apabila telah:
    1. mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
    2. memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
    3. diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
  2. Pembantu Pegawai Latihan/Penolong Pegawai Latihan/Pegawai Latihan Gred E10 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Pembantu Pegawai Latihan/Penolong Pegawai Latihan/Pegawai Latihan Gred E12 tanpa tertakluk kepada kekosongan jawatan apabila telah:
    1. mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
    2. memenuhi kriteria kecermelangan yang ditetapkan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan;
    3. memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
    4. diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
KENAIKAN PANGKAT KE GRED E13 : 13.
  1. Pembantu Pegawai Latihan/Penolong Pegawai Latihan/Pegawai Latihan Gred E12 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Pembantu Pegawai Latihan/Penolong Pegawai Latihan/Pegawai Latihan Gred E13 yang kosong apabila telah:
    1. mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
    2. memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
    3. diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
  2. Pembantu Pegawai Latihan/Penolong Pegawai Latihan/Pegawai Latihan Gred E12 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Pembantu Pegawai Latihan/Penolong Pegawai Latihan/Pegawai Latihan Gred E13 tanpa tertakluk kepada kekosongan jawatan apabila telah:
    1. mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
    2. memenuhi kriteria kecermelangan yang ditetapkan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan;
    3. memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
    4. diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
KENAIKAN PANGKAT KE GRED E14 : 14.
  1. Pembantu Pegawai Latihan/Penolong Pegawai Latihan/Pegawai Latihan Gred E13 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Pembantu Pegawai Latihan/ Penolong Pegawai Latihan/Pegawai Latihan Gred E14 yang kosong apabila telah:
    1. mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
    2. memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
    3. diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
  2. Pembantu Pegawai Latihan/Penolong Pegawai Latihan/Pegawai Latihan Gred E13 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Pembantu Pegawai Latihan/Penolong Pegawai Latihan/Pegawai Latihan Gred E14 tanpa tertakluk kepada kekosongan jawatan apabila telah:
    1. mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
    2. memenuhi kriteria kecermelangan yang ditetapkan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan;
    3. memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
    4. diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
KENAIKAN PANGKAT KE
KUMPULAN PENGURUSAN
TERTINGGI
: 15. Pembantu Pegawai Latihan/Penolong Pegawai Latihan/Pegawai Latihan Gred E14 yang menunjukkan kebolehan yang terkemuka mutunya adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke gred yang lebih tinggi yang kosong dalam Kumpulan Pengurusan Tertinggi.
Nota: Skim perkhidmatan ini membatalkan skim perkhidmatan Pembantu Pegawai Latihan/Penolong Pegawai Latihan/Pegawai Latihan yang berkuat kuasa pada 1 Julai 2016 (Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2016).