Pelukis Pelan (Kejuruteraan Awam) / Penolong Jurutera Gred JA5

KLASIFIKASI PERKHIDMATAN : KEJURUTERAAN
KUMPULAN PERKHIDMATAN : PELAKSANA (SKIM PERKHIDMATAN BERSEPADU)
SYARAT LANTIKAN : 1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

KELAYAKAN LANTIKAN KE GRED JA1

    1. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan Kepujian dalam subjek Pendidikan Seni Visual, Lukisan Geometri atau Lukisan Kejuruteraan pada peringkat peperiksaan tersebut.

      (Gaji permulaan ialah pada Gred JA1: RM1,500.00); atau

    2. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

      (Gaji permulaan ialah pada Gred JA1: RM1,561.00); atau

    3. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

      (Gaji permulaan ialah pada Gred JA1: RM1,622.00).

KELAYAKAN LANTIKAN KE GRED JA5

    1. Sijil Kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

      (Gaji permulaan ialah pada Gred JA5: RM1,731.00); atau

    2. Diploma Kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

      (Gaji permulaan ialah pada Gred JA5: RM2,055.00).

SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU : 2. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
SYARAT PENINGKATAN SECARA LANTIKAN : 3. Pegawai yang sedang berkhidmat dalam skim perkhidmatan Pembantu Kemahiran, Penjaga Jentera Elektrik atau Pemeriksa Kereta Motor Gred AB1, AB2 dan AB3 adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Pelukis Pelan (Kejuruteraan Awam)/Penolong Jurutera Gred JA5, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:
    1. mempunyai kelayakan di perenggan 1(b); atau
    2. lulus Peperiksaan Khas; dan
  1. had umur pelantikan:
    1. berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau
    2. berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau
    3. berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.
PROGRAM TRANSFORMASI MINDA/PEPERIKSAAN : 4. Pegawai dalam percubaan adalah dikehendaki hadir dengan jayanya Program Transformasi Minda dan lulus peperiksaan perkhidmatan yang ditetapkan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan yang berkenaan.
PENGESAHAN DALAM PERKHIDMATAN : 5. Pegawai yang dilantik adalah layak disahkan dalam perkhidmatan apabila telah:
  1.  memenuhi tempoh percubaan;
  2. hadir dengan jayanya Program Transformasi Minda dan lulus peperiksaan perkhidmatan yang ditetapkan; dan
  3. diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
KENAIKAN PANGKAT KE GRED JA2 : 6. Pelukis Pelan (Kejuruteraan Awam)/Penolong Jurutera Gred JA1 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Pelukis Pelan (Kejuruteraan Awam)/Penolong Jurutera Gred JA2 yang kosong apabila telah:
  1. disahkan dalam perkhidmatan;
  2. mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
  3. memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
  4. diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
KENAIKAN PANGKAT KE GRED JA3 : 7. Pelukis Pelan (Kejuruteraan Awam)/Penolong Jurutera Gred JA2 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Pelukis Pelan (Kejuruteraan Awam)/Penolong Jurutera Gred JA3 yang kosong apabila telah:
  1.  mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
  2. memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
  3. diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
KENAIKAN PANGKAT KE GRED JA5 : 8.
  1. Pelukis Pelan (Kejuruteraan Awam)/Penolong Jurutera Gred JA1 atau Gred JA2 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Pelukis Pelan (Kejuruteraan Awam)/Penolong Jurutera Gred JA5 yang kosong apabila telah:
    1. disahkan dalam perkhidmatan;
    2. mempunyai kelayakan di perenggan 1(b);
    3.  mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
    4. memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
    5. diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
  2. Pelukis Pelan (Kejuruteraan Awam)/Penolong Jurutera Gred JA3 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Pelukis Pelan (Kejuruteraan Awam)/Penolong Jurutera Gred JA5 yang kosong apabila telah:
    1.  mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
    2. memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
    3. diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
KENAIKAN PANGKAT KE GRED JA6 : 9. Pelukis Pelan (Kejuruteraan Awam)/Penolong Jurutera Gred JA5 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Pelukis Pelan (Kejuruteraan Awam)/Penolong Jurutera Gred JA6 yang kosong apabila telah:
  1. disahkan dalam perkhidmatan;
  2. mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
  3. memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
  4. diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
KENAIKAN PANGKAT KE GRED JA7 : 10. Pelukis Pelan (Kejuruteraan Awam)/Penolong Jurutera Gred JA6 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Pelukis Pelan (Kejuruteraan Awam)/Penolong Jurutera Gred JA7 yang kosong apabila telah:
  1. mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
  2. memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
  3. diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
KENAIKAN PANGKAT KE GRED JA8 : 11. Pelukis Pelan (Kejuruteraan Awam)/Penolong Jurutera Gred JA7 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Pelukis Pelan (Kejuruteraan Awam)/Penolong Jurutera Gred JA8 yang kosong apabila telah:
  1.  mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
  2. memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
  3. diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
SYARAT PENINGKATAN
SECARA LANTIKAN KE
JAWATAN JURUTERA GRED J9
: 12. Pelukis Pelan (Kejuruteraan Awam)/Penolong Jurutera Gred JA5, JA6, JA7 dan JA8 yang menunjukkan prestasi yang cemerlang adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Jurutera Gred J9 yang kosong mengikut syarat-syarat yang ditetapkan dalam skim perkhidmatan berkenaan.
DESKRIPSI TUGAS : Bertanggungjawab melukis, menyurih pelbagai pelan berkaitan lukisan arkitek, rangka bina, perspektif, rajah pembentukan besi, keratan rentas, kontur dan lain-lain berkaitan.
Nota: Skim perkhidmatan ini membatalkan skim perkhidmatan Pelukis Pelan (Kejuruteraan Awam)/Penolong Jurutera yang berkuat kuasa pada 1 Julai 2016 (Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2016).