Penilaian Memasuki Perkhidmatan Awam (PSEE)

Calon yang telah mendaftar melalui Sistem SPA9 akan dipanggil menduduki PSEE secara online sekiranya terdapat pengambilan bagi jawatan yang dimohon. Hanya calon-calon yang memenuhi syarat serta asas tapisan sahaja akan dipanggil menduduki PSEE.

 

Pengecualian PSEE hanya diberikan kepada calon Orang Kurang Upaya (OKU) sahaja.

 

Calon tidak dibenarkan untuk menukar tarikh PSEE yang telah dijadualkan.

 

Tidak boleh. Calon perlu menduduki PSEE mengikut tarikh dan masa yang telah ditetapkan.

Calon perlu sentiasa menyemak dari semasa ke semasa segala pemakluman terkini SPA melalui e-mel yang didaftarkan dalam SPA9, Portal Rasmi SPA dan Facebook Rasmi SPA bagi mengelakkan terlepas sebarang pemakluman untuk menduduki PSEE.

 

Calon akan dimaklumkan melalui alamat e-mel yang telah calon daftarkan di sistem SPA9, paparan di Portal Rasmi SPA dan paparan di Facebook Rasmi SPA sekurang-kurangnya tujuh (7) hari sebelum tarikh PSEE.

 

Sekiranya e-mel yang dihantar oleh SPA tidak diterima, kemungkinan e-mel tersebut masuk ke dalam folder 'SPAM/JUNK' e-mel calon. Calon dimohon untuk sentiasa menyemak folder 'SPAM/JUNK'.

Sekiranya e-mel tersebut masuk ke folder 'SPAM/JUNK', calon perlu klik ‘Not Spam’ bagi e-mel tersebut. Selepas langkah ini dilaksanakan, e-mel pemakluman SPA akan terus masuk ke dalam 'INBOX' e-mel calon.


Calon juga boleh mencetak makluman panggilan PSEE melalui semakan online di paparan Portal Rasmi SPA (www.spa.gov.my).

Calon perlu sentiasa menyemak dari semasa ke semasa segala pemakluman terkini SPA melalui e-mel yang didaftarkan dalam SPA9, Portal Rasmi SPA dan Facebook Rasmi SPA bagi mengelakkan calon terlepas sebarang pemakluman untuk menduduki PSEE.

 

Tidak perlu. Tiada pusat penilaian disediakan. Calon boleh mengakses sistem PSEE secara online di mana-mana sahaja lokasi yang mempunyai kemudahan capaian internet dengan menggunakan komputer, komputer riba (laptop) atau telefon pintar (smartphone).

 

Calon perlu membaca pemakluman panggilan PSEE dengan teliti kerana semua maklumat telah dinyatakan dengan jelas di dalam e-mel calon, semakan online di Portal Rasmi SPA dan Facebook Rasmi SPA.

Antara punca calon tidak dapat log-in sistem PSEE kerana:
i. ID dan kata laluan tidak tepat;
ii. Talian internet calon yang tidak stabil;
iii. Pautan URL tidak tepat;
iv. Calon log-in di luar waktu PSEE (sistem hanya boleh diakses bermula jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang pada hari penilaian yang telah ditetapkan sahaja); atau / dan
v. Calon log-in selain tarikh yang telah dinyatakan dalam panggilan menduduki PSEE.

 

Tidak. Calon yang tidak menduduki PSEE tidak akan disenaraihitamkan dari urusan SPA yang lain.

 

Penilaian psikometrik merupakan instrumen untuk mengukur kecenderungan, personaliti dan kesesuaian calon dengan jawatan yang dimohon berasaskan keserasian individu terhadap pekerjaan (job-fit), organisasi (organization-fit) dan sifat kerja berpasukan (team-fit).

 

Secara dasarnya penilaian psikometrik tiada jawapan betul atau salah. Penentuan sama ada calon melepasi atau tidak melepasi tahap penilaian mengambil kira skor merit, jumlah kekosongan jawatan yang ditawarkan dan bilangan calon yang menduduki PSEE.

 

Penilaian psikometrik tidak mempunyai pemarkahan khusus yang ditetapkan untuk menentukan kejayaan atau kegagalan seseorang calon kerana penilaian ini adalah berdasarkan skor merit calon.

 

Skor merit dalam penilaian psikometrik merujuk kepada tahap kesesuaian calon dengan jawatan yang dimohon. Semakin tinggi skor merit calon, semakin sesuai calon dengan jawatan yang dimohon.

 

Keputusan PSEE akan dimaklumkan dalam tempoh 15 hari bekerja dari tarikh PSEE dijalankan.

 

i. Menyediakan peranti (gadget) yang bersesuaian dan capaian internet yang baik;
ii. Merancang masa menjawab PSEE. Jawab awal bagi mengelakkan kesuntukan masa;
iii. Memastikan persekitaran yang selesa dan kondusif;
iv. Memastikan emosi ketika menjawab PSEE tenang dan dalam keadaan bersedia;
v. Membaca soalan dengan teliti dan terus menjawab;
vi. Menjawab dengan jujur; dan
vii. Memastikan calon tidak dipengaruhi dan diwakili oleh orang lain semasa menduduki PSEE.

 

Keputusan PSEE adalah muktamad dan sebarang rayuan tidak akan dipertimbangkan.

 

Tiada. Penilaian psikometrik memerlukan calon menjawab dengan jujur dan memberikan jawapan yang paling menggambarkan mengenai dirinya.


SPA tidak bertanggungjawab terhadap sebarang rujukan yang disediakan oleh pihak ketiga.

 

Hits: 83442