Juruteknologi Makmal Perubatan Gred U29

  • Kumpulan: Pelaksana
  • Kem/Jab: Kementerian Kesihatan
  • Jadual Gaji:
    GAJI MINIMUM GAJI MAKSIMUM KADAR KENAIKAN
    GAJI TAHUNAN
    RM1,797.00 RM5,753.00 RM145.00
  • Syarat Lantikan:
    1. warganegara Malaysia;
    2. berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
    3. Diploma dalam bidang teknologi makmal perubatan atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
      (Gaji permulaan ialah pada Gred U29: RM1,797.00).
    4. Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
  • Deskripsi Tugas:
    1. Diagnostik:
      1. Melakukan prosedur dan analisis makmal serta menghasilkan keputusan tepat bagi membantu Pegawai Perubatan membuat diagnosis terhadap sesuatu penyakit bagi pengujian hematologi, biokimia, virologi, bacteriologi, dadah, sitologi, histopatologi dan lain-lain yang terdapat di hospital dan klinik kesihatan.
      2. Membantu bagi menjalankan ujian makmal bagi kes-kes pandemic seperti covid 19, influenza dan lain-lain lagi.
      3. Membantu penyediaan sampel post mortem dan pengujian dadah bagi kes-kes melibatkan undang-undang.
    2. Diagnostik khas:
      1. Menjalankan ujian diagnostic khas bagi penyakit-penyakit seperti leptospirosis, tuberculosis, HIV, pengujian protein, genetic, perubatan nuclear, PCR dan lain-lain yang memerlukan prosedur, kemahiran dan makmal khas.
    3. Penyelidikan:
      1. Membantu didalam penyelidikan bagi inokulasi sel dan penjagaan haiwan penyelidikan.
      2. Membantu menjalankan kerja rutin makmal didalam penyelidikan herba, nutrisi, metabolik, persekitaran, penyakit infeksi, kanser, imunologi,serangga, tumbuhan dan lain-lain melibatkan penyelidikan.
      3. Membantu dalam penjagaan makmal khas (special lab) seperti ABSL2, BSL3, SPF, GLP, GMP dan lain-lain di institute penyelidikan.
    4. Transfusi darah:
      1. Menjalankan ujian kumpulan darah bagi penderma.
      2. Menjalankan ujian saringan, keserasian darah ke atas sampel darah sebelum diberikan kepada pesakit
      3. Menyediakan komponen darah mengikut keperluan jabatan
      4. Menyimpan dan melakukan inventori bagi bekalan darah.