Juru X-Ray Gred U29

  • Gred: U29, U32, U36
  • Kumpulan: Pelaksana
  • Kem/Jab: Kementerian Kesihatan
  • Jadual Gaji:
Gred Gaji Minimum Gaji Maksimum Kadar Kenaikan
Gaji Tahunan
U29 RM1,797.00 RM5,753.00 RM145.00
U32 RM2,331.00 RM6,394.00 RM155.00
U36 RM3,590.00 RM7,605.00 RM180.00

 

SYARAT LANTIKAN :
1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:  
(a) warganegara Malaysia;  
(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan  
(c)    
(i) Diploma dalam bidang radiografi, pengimejan perubatan, radioterapi atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred U29: RM1,797.00).
 
(ii) Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.  
     
DESKRIPSI TUGAS :
  1. Diagnostik/Pengimejan Perubatan
    1. Menjalankan pemeriksaan Pengimejan diagnostik yang merangkumi: Radiografi Am, Radiografi Mudah Gerak, Tomografi Berkomputer (CT scan), Pengimejan Resonan Magnet (MRI), Angiografi, Pendigitalan dan Salinan imej Radiologi serta lain-lain lagi mengikut piawaian garis panduan yang telah ditetapkan bagi menghasilkan imej yang bernilai diagnostik.
    2. Memberikan khidmat nasihat sebelum, semasa dan selepas pemeriksaan dijalankan untuk menjaga kebajikan pesakit.
    3. Menghasilkan imej yang berkualiti serta menepati keperluan diagnosis mengikut piawaian yang telah ditetapkan.
    4. Melaksanakan fungsi penjagaan peralatan dan kawalan mutu bagi memastikan peralatan dapat menghasilkan imej yang berkualiti.
    5. Membantu pelaksanaan latihan dalam perkhidmatan untuk melengkapkan diri ke arah perkembangan kerjaya selaras dengan misi kementerian yang menekankan konsep profesionalisma dan perkhidmatan yang berkualiti.
    6. Membantu pelaksanaan aktiviti kualiti peringkat jabatan agar mutu perkhidmatan Radiologi dapat dijaga dan dipertingkat mengikut piawai yang ditetapkan.
    7. Memastikan aspek perlindungan sinaran terhadap diri sendiri, pesakit, orang awam dan staf diaplikasikan mengikut garis panduan yang telah ditetapkan.
  2. Terapi
    1. Mengendali peralatan radioterapi dan pengimejan dengan selamat.
    2. Melakukan prosedur simulasi yang betul mengikut teknik dan bahagian rawatan yang ditentukan.
    3. Menghasilkan alat aksesori rawatan.
    4. Memberi rawatan radiasi mengikut teknik dan kawasan rawatan yang ditentukan.
    5. Mengawasi kesan sampingan pesakit.