Penolong Pegawai Veterinar Gred G5

KLASIFIKASI PERKHIDMATAN : PERTANIAN
KUMPULAN PERKHIDMATAN : PELAKSANA (SKIM PERKHIDMATAN BERSEPADU)
SYARAT LANTIKAN : 1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

KELAYAKAN LANTIKAN KE GRED G1

    1. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

      (Gaji permulaan ialah pada Gred G1: RM1,500.00); atau

    2. Sijil Vokasional Malaysia dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan.

      (Gaji permulaan ialah pada Gred G1: RM1,500.00); atau

    3. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

      (Gaji permulaan ialah pada Gred G1: RM1,561.00); atau

       
    4. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

      (Gaji permulaan ialah pada Gred G1: RM1,622.00).

KELAYAKAN LANTIKAN KE GRED G5

    1. Sijil Veterinar yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

      (Gaji permulaan ialah pada Gred G5: RM1,731.00); atau

    2. Diploma Veterinar, Diploma dalam bidang Kesihatan Haiwan dan Penternakan atau Sains Veterinar yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

      (Gaji permulaan ialah pada Gred G5: RM2,055.00).

       
SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU : 2. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
PROGRAM TRANSFORMASI MINDA/PEPERIKSAAN : 3. Pegawai dalam percubaan adalah dikehendaki hadir dengan jayanya Program Transformasi Minda dan lulus peperiksaan perkhidmatan yang ditetapkan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan yang berkenaan.
PENGESAHAN DALAM PERKHIDMATAN : 4. Pegawai yang dilantik adalah layak disahkan dalam perkhidmatan apabila telah:
  1.  memenuhi tempoh percubaan;
  2. hadir dengan jayanya Program Transformasi Minda dan lulus peperiksaan perkhidmatan yang ditetapkan; dan
  3. diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
KENAIKAN PANGKAT KE GRED G2 : 5. Pembantu Veterinar/Penolong Pegawai Veterinar Gred G1 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Pembantu Veterinar/Penolong Pegawai Veterinar Gred G2 yang kosong apabila telah:
  1. disahkan dalam perkhidmatan;
  2. mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
  3. memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
  4. diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
KENAIKAN PANGKAT KE GRED G3 : 6. Pembantu Veterinar/Penolong Pegawai Veterinar Gred G2 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Pembantu Veterinar/Penolong Pegawai Veterinar Gred G3 yang kosong apabila telah:
  1.  mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
  2. memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
  3. diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
KENAIKAN PANGKAT KE GRED G5 : 7.
  1. Pembantu Veterinar/Penolong Pegawai Veterinar Gred G1 atau Gred G2 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Pembantu Veterinar/Penolong Pegawai Veterinar Gred G5 yang kosong apabila:
    1. disahkan dalam perkhidmatan;
    2. mempunyai kelayakan di perenggan 1(b);
    3. memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
    4. diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
  2. Pembantu Veterinar/Penolong Pegawai Veterinar Gred G3 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Pembantu Veterinar/Penolong Pegawai Veterinar Gred G5 yang kosong apabila telah:
    1. mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
    2. memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
    3. diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
KENAIKAN PANGKAT KE GRED G6 : 8. Pembantu Veterinar/Penolong Pegawai Veterinar Gred G5 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Pembantu Veterinar/Penolong Pegawai Veterinar Gred G6 yang kosong apabila telah:
  1. disahkan dalam perkhidmatan;
  2.  mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
  3. memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
  4. diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
KENAIKAN PANGKAT KE GRED G7 : 9. Pembantu Veterinar/Penolong Pegawai Veterinar Gred G6 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Pembantu Veterinar/Penolong Pegawai Veterinar Gred G7 yang kosong apabila telah:
  1.  mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
  2. memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
  3. diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
KENAIKAN PANGKAT KE GRED G8 : 10. Pembantu Veterinar/Penolong Pegawai Veterinar Gred G7 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Pembantu Veterinar/Penolong Pegawai Veterinar Gred G8 yang kosong apabila telah:
  1.  mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
  2. memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
  3. diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
SYARAT PENINGKATAN
SECARA LANTIKAN KE
JAWATAN PEGAWAI
VETERINAR GRED GV9
: 11. Pembantu Veterinar/Penolong Pegawai Veterinar Gred G5, G6, G7 atau G8 yang menunjukkan prestasi yang cemerlang adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Pegawai Veterinar Gred GV9 yang kosong mengikut syarat-syarat yang ditetapkan dalam skim perkhidmatan berkenaan.
DESKRIPSI TUGAS : Bertanggungjawab menjalankan tugas-tugas pengurusan haiwan, kesihatan haiwan, kesuburan haiwan dan penguatkuasaan undang-undang veterinar di peringkat Kumpulan Pelaksana, melaksanakan kerja-kerja di Pusat Perkhidmatan Industri Tenusu (PPIT), pemeriksaan di pusat kuarantin haiwan, ante-mortem dan post-mortem di abattoir dan loji pemprosesan, memberi khidmat nasihat ternakan, pengumpulan data haiwan dan penyediaan laporan berkaitan.
Nota: Skim perkhidmatan ini membatalkan skim perkhidmatan Pembantu Veterinar/Penolong Pegawai Veterinar yang berkuat kuasa pada 1 Julai 2016 (Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2016).