KLASIFIKASI PERKHIDMATAN |
: |
PERUNDANGAN DAN KEHAKIMAN |
KUMPULAN PERKHIDMATAN |
: |
PELAKSANA |
SYARAT LANTIKAN |
: |
1. |
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
KELAYAKAN LANTIKAN KE GRED LA1 Jurubahasa Bahasa Melayu atau Jurubahasa Selain Bahasa Melayu
-
- Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dengan Kepujian dalam subjek Bahasa Inggeris pada peringkat peperiksaan tersebut.
(Gaji permulaan ialah pada Gred L1: RM1,500.00); atau
- Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dengan Kepujian dalam subjek Bahasa Inggeris pada peringkat peperiksaan tersebut dan Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred LA1: RM1,561.00); atau
- Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dengan Kepujian dalam subjek Bahasa Inggeris pada peringkat peperiksaan tersebut dan Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred L1: RM1,622.00).
KELAYAKAN LANTIKAN KE GRED LA5 Jurubahasa Bahasa Melayu atau Jurubahasa Selain Bahasa Melayu
-
- Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan Kepujian Bahasa Inggeris pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia.
(Gaji permulaan ialah pada Gred LA5: RM1,650.00); atau
- Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan Kepujian dalam subjek Bahasa Inggeris pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia.
(Gaji permulaan ialah pada Gred LA5: RM1,650.00); atau
- Sijil Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan Kepujian dalam subjek Bahasa Inggeris pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia.
(Gaji permulaan ialah pada Gred LA5: RM1,650.00); atau
- Diploma yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya dan Kepujian Bahasa Inggeris pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia.
(Gaji permulaan ialah pada Gred LA5: RM1,893.00).
|
SYARAT UJIAN LISAN BAHASA/DIALEK |
: |
2. |
Calon bagi lantikan Jurubahasa selain Bahasa Melayu hendaklah lulus Ujian Lisan bahasa/dialek berkaitan yang dikendalikan oleh Pihak Berkuasa Melantik. |
SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU |
: |
3. |
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang- kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. |
PROGRAM TRANSFORMASI MINDA/PEPERIKSAAN |
: |
4. |
Pegawai dalam percubaan adalah dikehendaki hadir dengan jayanya Program Transformasi Minda dan lulus peperiksaan perkhidmatan yang ditetapkan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan yang berkenaan. |
PENGESAHAN DALAM PERKHIDMATAN |
: |
5. |
Pegawai yang dilantik adalah layak disahkan dalam perkhidmatan apabila telah:
- Â memenuhi tempoh percubaan;
- hadir dengan jayanya Program Transformasi Minda dan lulus peperiksaan perkhidmatan yang ditetapkan; dan
- diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
|
KENAIKAN PANGKAT KE GRED LA2 |
: |
6. |
Jurubahasa Gred LA1 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Jurubahasa Gred LA2 yang kosong apabila telah:
- disahkan dalam perkhidmatan;
- mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
- memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
- diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
|
KENAIKAN PANGKAT KE GRED LA3 |
: |
7. |
Jurubahasa Gred LA2 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Jurubahasa Gred LA3 yang kosong apabila telah:
- Â mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
- memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
- diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
|
KENAIKAN PANGKAT KE GRED LA5 |
: |
8. |
- Jurubahasa Gred LA2 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Jurubahasa Gred LA3 yang kosong apabila telah:
- disahkan dalam perkhidmatan;
- mempunyai kelayakan di perenggan 1(b);
- Â mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
- memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
- diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
- Jurubahasa Gred LA3 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Jurubahasa Gred LA5 yang kosong apabila telah:
- Â mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
- memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
- diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
|
KENAIKAN PANGKAT KE GRED LA6 |
: |
9. |
Jurubahasa Gred LA5 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Jurubahasa Gred LA6 yang kosong apabila telah:
- disahkan dalam perkhidmatan;
- Â mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
- memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
- diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
|
KENAIKAN PANGKAT KE GRED LA7 |
: |
10. |
Jurubahasa Gred LA6 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Jurubahasa Gred LA7 yang kosong apabila telah:
- Â mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
- memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
- diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
|
KENAIKAN PANGKAT KE GRED LA8 |
: |
11. |
JJurubahasa Gred LA7 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Jurubahasa Gred LA8 yang kosong apabila telah:
- Â mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
- memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
- diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
|
SYARAT PENINGKATAN SECARA LANTIKAN KE JAWATAN PENOLONG PEGAWAI UNDANG-UNDANG GRED L5 |
: |
12. |
Jurubahasa Gred LA1, LA2 atau LA3 yang menunjukkan prestasi yang cemerlang adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Penolong Pegawai Undang-Undang Gred L5 yang kosong mengikut syarat syarat yang ditetapkan dalam skim perkhidmatan berkenaan. |
SYARAT PENINGKATAN SECARA LANTIKAN KE JAWATAN PEGAWAI UNDANG-UNDANG GRED L9 |
: |
13. |
Jurubahasa Gred LA5, LA6, LA7 atau LA8 yang menunjukkan prestasi yang cemerlang adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Pegawai Undang-Undang Gred L9 yang kosong mengikut syarat-syarat yang ditetapkan dalam skim perkhidmatan berkenaan. |
DESKRIPSI TUGAS |
: |
Bertanggungjawab menterjemah kes-kes dalam mahkamah terbuka dan kamar hakim, mencatat/ merekodkan prosiding atau keputusan kes-kes di dalam fail-fail yang telah dibicarakan, mengemaskinikan Buku Ekshibit dan Diari Mahkamah, menyediakan laporan harian/ bulanan serta memastikan dan menyediakan fail-fail kes sebelum dihantar kepada Hakim. |
Nota: Skim perkhidmatan ini membatalkan skim perkhidmatan Jurubahasa yang berkuat kuasa pada 1 Julai 2016 (Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2016). |