Pembantu Pembedahan Pergigian Gred U1

KLASIFIKASI PERKHIDMATAN : PERUBATAN DAN KESIHATAN
KUMPULAN PERKHIDMATAN : PELAKSANA
SYARAT LANTIKAN : 1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
  1. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan Sijil Pembantu Pembedahan Pergigian yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

    (Gaji permulaan ialah pada Gred U1: RM1,561.00).

SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU : 2. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
PROGRAM TRANSFORMASI MINDA : 3. Pegawai dalam percubaan adalah dikehendaki hadir dengan jayanya Program Transformasi Minda yang ditetapkan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan yang berkenaan.
PENGESAHAN DALAM PERKHIDMATAN : 4. Pegawai yang dilantik adalah layak disahkan dalam perkhidmatan apabila telah:
  1.  memenuhi tempoh percubaan;
  2. hadir dengan jayanya Program Transformasi Minda yang ditetapkan; dan
  3. diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
KENAIKAN PANGKAT KE GRED U2 : 5. Pembantu Pembedahan Pergigian Gred U1 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Pembantu Pembedahan Pergigian Gred U2 yang kosong apabila telah:
  1. disahkan dalam perkhidmatan;
  2. mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
  3. memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
  4. diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
KENAIKAN PANGKAT KE GRED U3 : 6. Pembantu Pembedahan Pergigian Gred U2 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Pembantu Pembedahan Pergigian Gred U3 yang kosong apabila telah:
  1. mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
  2. memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
  3. diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
KENAIKAN PANGKAT KE GRED U4 : 7. Pembantu Pembedahan Pergigian Gred U3 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Pembantu Pembedahan Pergigian Gred U4 yang kosong apabila telah:
  1. mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
  2. memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
  3. diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
SYARAT PENINGKATAN
SECARA LANTIKAN KE
JAWATAN JURUTERAPI
PERGIGIAN GRED U5 ATAU
JURUTEKNOLOGI PERGIGIAN
GRED U5
: 8. Pembantu Pembedahan Pergigian yang menunjukkan prestasi yang cemerlang adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Juruterapi Pergigian Gred U5 atau Juruteknologi Pergigian Gred U5 yang kosong mengikut syarat syarat yang ditetapkan dalam skim perkhidmatan berkenaan.
DESKRIPSI TUGAS : Bertanggungjawab menjalankan tugasan sokongan klinikal - membantu Pakar, Pegawai Pergigian dan Juruterapi Pergigian dalam mengendalikan pesakit, membantu mengurus bilik /surgeri pergigian, melaksana kawalan jangkitan silang, menyelenggara peralatan bio-medikal pergigian, merekod status kegigian pesakit termasuk membantu dalam tugasan atas panggilan agar masyarakat menerima penyampaian perkhidmatan kesihatan pergigian yang lebih efisien.
Nota: Skim perkhidmatan ini membatalkan skim perkhidmatan Pembantu Pembedahan Pergigian yang berkuat kuasa pada 1 Julai 2016 (Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2016).