Penolong Pegawai Farmasi Gred U29

  • Kumpulan: Pelaksana
  • Kem/Jab:Kementerian Kesihatan
  • Jadual Gaji:
    GAJI MINIMUM GAJI MAKSIMUM KADAR KENAIKAN
    GAJI TAHUNAN
    RM1,797.00 RM5,753.00 RM145.00
  • Syarat Lantikan:
    1. warganegara Malaysia;
    2. berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
    3. Diploma dalam bidang farmasi yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
      (Gaji permulaan ialah pada Gred U29: RM1,797.00)
    4. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
  • Skop Fungsi dan Bidang Tugas:
    1. Memastikan persekitaran tempat kerja bersih, kemas dan selamat sebelum, semasa dan selepas pengoperasian perkhidmatan farmasi.
    2. Menokok tambah stok ubat di kaunter bagi memastikan kelancaran operasi perkhidmatan.
    3. Melaksanakan aktiviti pembekalan ubat-ubatan kepada pesakit luar dan pesakit di dalam wad berdasarkan garispanduan yang ditetapkan.
    4. Membantu aktiviti pembekalan ubat-ubatan yang menggunakan Perkhidmatan Tambah Nilai (VAS) seperti Farmasi Pandu Lalu, Kad Temu Janji dan lain-lain perkhidmatan VAS yang disediakan di Fasiliti Kesihatan.
    5. Melaksanakan aktiviti pengeluaran farmaseutikal steril dan bukan steril mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.
    6. Melaksanakan aktiviti pembungkusan semula ubat-ubatan dan produk farmaseutikal mengikut SOP yang ditetapkan.
    7. Melaksanakan aktiviti penganalisaan sampel ke atas produk farmaseutikal dan kosmetik di pasaran serta produk aduan (penguatkuasaan farmasi) bagi memastikan produk tersebut adalah berkualiti dan selamat kepada pengguna.