• Gred: U29, U32, U36
  • Kumpulan: Pelaksana
  • Kem/Jab: Kementerian Kesihatan
  • Jadual Gaji:
Gred Gaji Minimum Gaji Maksimum Kadar Kenaikan
Gaji Tahunan
U29 RM1,797.00 RM5,753.00 RM145.00
U32 RM2,331.00 RM6,394.00 RM155.00
U36 RM3,590.00 RM7,605.00 RM180.00

 

SYARAT LANTIKAN :
1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:  
(a) warganegara Malaysia;  
(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan  
(c)    
(i) Diploma dalam bidang kejururawatan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya serta telah berdaftar dengan Lembaga Jururawat Malaysia.
(Gaji permulaan ialah pada Gred U29: RM1,797.00)
 
(ii) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian dalam subjek Bahasa Melayu (sekurang-kurangnya Gred C) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf dengannya oleh Kerajaan.  
     
DESKRIPSI TUGAS :
  1. Pemulihan anggota dengan menggunakan senaman, cahaya elektrik, sejuk air, urut dan karan/elektrik.
  2. Merancang program rawatan kepada pesakit supaya dapat memberi kesan yang diperlukan.
  3. Membantu doktor menentukan jenis penyakit, misalnya menguji dengan cara elektrik.
  4. Menyimpan laporan kemajuan pesakit-pesakit terutama penyakit yang mengambil masa panjang seperti polio.
  5. Memaklumkan kepada pegawai perubatan mengenai kesesuaian sesuatu skim rawatan terhadap seseorang pesakit.
  6. Membuat pesanan bekalan peralatan.
  7. Mengajar pesakit-pesakit mengenai senaman yang perlu dilakukan di rumah terutama bagi mereka yang tinggal berjauhan dan sukar untuk datang ke hospital.
  8. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh pegawai atasan dari semasa ke semasa.
     
JURURAWAT GRED U29
  1. Melakukan penilaian pesakit/klien dari segi fizikal, mental dan psikososial.
  2. Menganalisa dan menginterpretasi menggunakan kemahiran berfikir secara rasional untuk menentukan diagnosa kejururawatan bagi memberi perawatan mengikut keperluan pesakit/klien.
  3. Menganalisa dan menginterpretasi menggunakan kemahiran berfikir secara rasional untuk menentukan diagnosa kejururawatan bagi memberi perawatan mengikut keperluan pesakit/klien.
  4. Menganalisa dan menginterpretasi menggunakan kemahiran berfikir secara rasional untuk menentukan diagnosa kejururawatan bagi memberi perawatan mengikut keperluan pesakit/klien.
  5. Merancang perawatan pesakit/klien melalui pendekatan patient centred care bagi meningkatkan kualiti hidup
  6. Melakukan pemeriksaan alat perubatan berfungsi dan selamat digunakan
  7. Melakukan pemeriksaan ubat-ubatan dan troli kecemasan mengikut jadual yang ditetapkan.
  8. Melakukan pemeriksaan peralatan steril dan consumable item.
  9. Memeriksa, merekod suhu rangkaian sejuk mengikut jadual yang ditetapkan dan melapor sebarang keabnormalan serta susuli tindakan seterusnya.
  10. Bekerjasama dengan semua anggota kesihatan dan kumpulan sokongan yang lain dalam menjalankan aktiviti perawatan kejururawatan.
  11. Mengambil tindakan segera dan melapor sekiranya terdapat sebarang insiden.
  12. Mengamalkan konsep hospital mesra ibadah.
  13. Mengamalkan patient and family’s right dalam perawatan pesakit/ klien.
  14. Memberi orientasi pesakit semasa kemasukan pesakit.
  15. Mengurus harta benda pesakit/ klien.
  16. Memberi input mengenai kemajuan pesakit semasa rondaan Pakar Perubatan/ Pegawai Perubatan dan Pasukan Kejururawatan.
  17. Melibatkan diri dalam bedside teaching.
  18. Membantu pelaksanaan discharge care plan serta temu janji untuk memenuhi setiap keperluan pesakit/ klien.
  19. Menguruskan kes kematian.