Accessibility Tools

Skip to main content

Pengesahan Dalam Perkhidmatan

Pengesahan Dalam Perkhidmatan

  • 1. Apakah maksud Pengesahan Dalam Perkhidmatan?

    Pengesahan Dalam Perkhidmatan bermaksud proses memperakukan pegawai memenuhi semua syarat yang dinyatakan dalam skim perkhidmatan atau apa-apa syarat lain yang ditentukan dari semasa ke semasa. Setiap pegawai yang dilantik dikehendaki berkhidmat dalam tempoh percubaan satu (1) tahun hingga tiga (3) tahun.

     

  • 2. Apakah tujuan Pengesahan Dalam Perkhidmatan?

    Mengesahkan pegawai dalam perkhidmatan apabila telah berkhidmat dalam tempoh percubaan satu (1) hingga tiga (3) tahun dan memenuhi syarat-syarat perkhidmatan dengan perakuan Ketua Jabatan bahawa pegawai telah menjalankan tugas dengan jujur, tekun dan berkebolehan serta berpuas hati dengan sifat peribadi dan kelakuannya.

     

  • 3. Apakah dokumen yang diperlukan untuk proses urusan Pengesahan Dalam Perkhidmatan?

    Senarai semak bagi Pengesahan Dalam Perkhidmatan boleh diperolehi melalui Senarai Semak Urusan Perkhidmatan

  • 4. Bagaimanakah Suruhanjaya Perkhidmatan Awam menentukan tarikh Pengesahan Dalam Perkhidmatan seseorang pegawai?

    Berdasarkan Surat Pekeliling SPA Bilangan 3 Tahun 2011, penetapan tarikh Pengesahan Dalam Perkhidmatan bagi seseorang pegawai seperti berikut (mengikut mana yang terdahulu):

    i. sehari selepas genap satu (1) tahun perkhidmatan;
    ii. sehari selepas menghadiri Program Transformasi Minda (PTM), setelah genap setahun perkhidmatan;
    iii. sehari selepas lulus peperiksaan yang disyaratkan setelah genap setahun perkhidmatan;
    iv. sehari selepas tarikh kuat kuasa opsyen; dan
    v. sehari selepas mendapat perakuan Ketua Jabatan bagi pegawai yang dilanjutkan tempoh percubaan kerana tidak mendapat perakuan Ketua Jabatan.

  • 5. Berapa lamakah tempoh proses Urusan Pengesahan Dalam Perkhidmatan?

    28 hari daripada tarikh dokumen lengkap diterima oleh SPA.

     

  • 6. Bolehkah pegawai memohon salinan surat Pengesahan Dalam Perkhidmatan?

    i. Pegawai hendaklah memohon salinan surat daripada pihak Pengurusan Sumber Manusia (PSM) di tempat bertugas. Sekiranya tiada, PSM boleh memanjangkan permohonan tersebut kepada SPA.
    ii. Pegawai/ PSM boleh mencetak surat tersebut melalui https://myservice.spa.gov.my/
    iii. Pegawai/ PSM (Kementerian/ Jabatan/ Agensi yang telah menggunakan TERAS) boleh mencetak surat tersebut melalui https://teras.spa.gov.my/

  • 7. Apakah syarat-syarat Pengesahan Dalam Perkhidmatan?

    Pegawai yang dilantik adalah layak disahkan dalam perkhidmatan apabila telah:
    i. memenuhi tempoh percubaan;
    ii. hadir dengan jayanya Program Transformasi Minda dan/ atau lulus peperiksaan perkhidmatan yang ditetapkan; dan SYARAT-SYARAT PENGESAHAN DALAM PERKHIDMATAN MENGIKUT SKIM PERKHIDMATAN 19.08.2024
    iii. diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.

Continue reading

Pertukaran Perkhidmatan/Pertukaran Pelantikan

Pertukaran Perkhidmatan/Pertukaran Pelantikan

  • 1. Bolehkah seseorang pegawai yang berkhidmat di Badan Berkanun memohon untuk ditukar lantik ke Perkhidmatan Awam Persekutuan?

    Boleh sekiranya memenuhi syarat sebagaimana yang ditetapkan dalam Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 6 Tahun 2016.

  • 2. Bolehkah seseorang pegawai yang menjawat jawatan Pegawai Khidmat Pelanggan Gred N19 ditukar lantik ke jawatan Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N19?

    Tidak boleh. Pertukaran pelantikan hanya boleh dipertimbangkan dalam skim perkhidmatan yang sama sahaja.

  • 3. Apakah perbezaan antara pertukaran perkhidmatan dan pertukaran pelantikan dan apakah pekeliling-pekeliling yang perlu dirujuk?

    Pertukaran perkhidmatan adalah pertukaran dalam skim perkhidmatan yang sama di bawah Pihak Berkuasa Melantik yang sama tetapi berada di bawah Ketua Perkhidmatan yang berlainan (Surat Pekeliling SPA Bilangan 1 Tahun 2005).

    Manakala pertukaran pelantikan pula adalah pertukaran dalam skim perkhidmatan yang sama tetapi di bawah Pihak Berkuasa Melantik yang berlainan. [Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia (MyPPSM) Ceraian UP.1.3.2 Panduan Pertukaran Pelantikan].

Continue reading

Penamatan Perkhidmatan dan Pembatalan Tawaran Pelantikan

Penamatan Perkhidmatan dan Pembatalan Tawaran Pelantikan

  • 1. Apakah peraturan yang berkaitan dengan urusan Penamatan Perkhidmatan dan dalam keadaan yang bagaimanakah seseorang pegawai itu boleh ditamatkan perkhidmatan?

    Urusan Penamatan Perkhidmatan dilaksanakan mengikut Peraturan 48, 49 dan 50, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2012 [P.U.(A) 1/2012] seperti dinyatakan melalui Senarai Semak Urusan Perkhidmatan

  • 2. Apakah dokumen yang diperlukan untuk memproses urusan Penamatan Perkhidmatan?

    Dokumen-dokumen yang perlu dikemukakan kepada Suruhanjaya boleh diperolehi melalui Senarai Semak Urusan Perkhidmatan

     

  • 3. Apakah peraturan yang berkaitan dengan urusan Pembatalan Tawaran Pelantikan dan dalam keadaan yang bagaimanakah seseorang pegawai itu boleh dibatalkan tawaran pelantikannya?

    Urusan Pembatalan Pelantikan dilaksanakan mengikut Peraturan 20(5), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2012 [P.U.(A) 1/2012] seperti dinyatakan melalui Senarai Semak Urusan Perkhidmatan

Continue reading

Senarai Semak Urusan Perkhidmatan

Senarai Semak Urusan Perkhidmatan

Continue reading

Sertai Kami !!!