Accessibility Tools

Skip to main content

Pusat Temu Duga

Pusat Temu Duga SPA

Pusat Temu Duga SPA

  • 1. Pusat Temu Duga SPA Kangar, Perlis

    Alamat :
    Pusat Temu Duga SPA Kangar, Perlis
    No. 2 Aras 1, Blok A, Pusat Tranformasi Bandar (UTC) Perlis, Jalan Seri Sena, 01000 Kangar, Perlis
    Telefon : +604 9777297

      
  • 2. Pusat Temu Duga SPA Alor Setar, Kedah

    Alamat :
    Pusat Temu Duga SPA Alor Setar, Kedah
    Aras 8, Wisma Persekutuan Alor Setar
    Jalan Kampung Baru, 05000 Alor Setar, Kedah
    Telefon : +604 7364033

     
  • 3. Pusat Temu Duga SPA Georgetown, Pulau Pinang

    Alamat :
    Pusat Temu Duga SPA Georgetown, Pulau Pinang
    2B-SPA-3.11, Aras 3, Pusat Transformasi Bandar (UTC),
    Kompleks Tun Abdul Razak (KOMTAR),
    10000 George Town, Pulau Pinang
    Telefon : +604 2612240

     
  • 4. Pusat Temu Duga SPA Ipoh, Perak

     

    Alamat :
    Pusat Temu Duga SPA Ipoh, Perak
    Lot 29 & 31, Aras 2, Pusat Transformasi Bandar (UTC) Perak, Jalan Dato’ Onn Jaafar,
    30300 Ipoh,Perak
    Telefon : +605 2461568

      
  • 5. Pusat Temu Duga SPA Putrajaya

     

    Alamat :
    Pusat Temu Duga SPA Putrajaya
    Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia, Wilayah Persekutuan Putrajaya
    Aras 2 dan 12, Blok F1, Kompleks F, No.2, Lebuh Perdana Timur, Presint 1, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
    62000 Putrajaya, Malaysia.
    Telefon : +603 8091 9000

      
  • 6. Pusat Temu Duga SPA Seremban, Negeri Sembilan

     

    Alamat :
    Pusat Temu Duga SPA Seremban, Negeri Sembilan
    Lot L1.05 & L1.06, Tingkat 1,
    UTC Negeri Sembilan @ Angsana Seremban,
    Jalan Kuala Pilah, Ampangan
    70400 Seremban, Negeri Sembilan
    Telefon : +606-7613202

      
  • 7. Pusat Temu Duga SPA Ayer Keroh, Melaka

     

    Alamat :
    Pusat Temu Duga SPA Ayer Keroh, Melaka
    Aras 1, Menara Persekutuan, Jalan Persekutuan, MITC,
    75450, Ayer Keroh, Melaka
    Telefon : +606 3171075

      
  • 8. Pusat Temu Duga SPA Johor Bahru, Johor

     

    Alamat :
    Pusat Temu Duga SPA Johor Bahru, Johor
    Aras 3, Lot L3-UTC-06 & 07
    Galleria@Kotaraya, Pusat Transformasi Bandar (UTC), Jalan Trus
    80000 Johor Bahru,Johor
    Telefon : +607-2072202

      
  • 9. Pusat Temu Duga SPA Kuantan, Pahang

     

    Alamat :
    Pusat Temu Duga SPA Kuantan, Pahang
    Lot 5-01 & 5-02, Tingkat 5, Mahkota Square. Jalan Mahkota
    25000 Kuantan, Pahang
    Telefon : +609 5051142

      
  • 10. Pusat Temu Duga SPA Kuala Terengganu, Terengganu

    Alamat :
    Pusat Temu Duga SPA Kuala Terengganu, Terengganu
    Lot No. 25, 26, 27 dan 28,
    Tingkat 1, Pusat Niaga Paya Keladi Fasa 1,
    20000, Kuala Terengganu, Terengganu
    Telefon : +609 6229265

      
  • 11. Pusat Temu Duga SPA Kota Bharu, Kelantan

    Alamat :
    Pusat Temu Duga SPA Kota Bharu,Kelantan
    Lot 1211, Tingkat G, 1 & 2
    Jalan Pengkalan Chepa
    15400 Kota Bharu, Kelantan
    Telefon : +609 7440735

      
  • 12. Pusat Temu Duga SPA Kuching, Sarawak

     

    Alamat :
    Pusat Temu Duga SPA Kuching, Sarawak
    Lot 28, Aras 2, Pusat Transformasi Bandar (UTC) Sarawak (UTC),
    Bangunan UTC Sarawak, Jalan Bukit Mata,
    93100 Kuching, Sarawak
    Telefon : +6082 240682

      
  • 13. Pusat Temu Duga SPA Sibu, Sarawak

     

    Pusat Temu Duga Sibu
    Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia
    Pusat Transformasi Bandar (UTC)
    Aras 4, Lot 146
    Sibu Central Market Multi-Story Carpark
    No.2, Jalan Bengkel
    96000 Sibu, Sarawak
    Telefon : +6084 342346

      
  • 14. Pusat Temu Duga SPA Miri, Sarawak

     

    Alamat :
    Pusat Temu Duga SPA Miri, Sarawak
    Lot A5, Aras Bawah
    Pusat Transformasi Bandar (UTC) Miri
    Lot 526, Jalan Kwang Tung
    98000 Miri, Sarawak
    Telefon : +6085 424862

      
  • 15. Pusat Temu Duga SPA Kota Kinabalu, Sabah

    Alamat :
    Pusat Temu Duga SPA Kota Kinabalu, Sabah
    Aras 1, Blok A,
    Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Sabah,
    Jalan UMS/Sulaman, Likas,
    88450 Kota Kinabalu, Sabah
    Telefon : +6088 488922

      
  • 16. Pusat Temu Duga SPA Sandakan, Sabah

     

    Alamat :
    Pusat Temu Duga SPA Sandakan, Sabah
    Tingkat 2, Wisma Persekutuan Sandakan
    Batu 7, Jalan Labuk,
    90500 Sandakan, Sabah
    Telefon : +6089-660734

      
  • 17. Pusat Temu Duga SPA Tawau, Sabah

    Alamat :
    Pusat Temu Duga SPA Tawau, Sabah
    Tingkat Bawah, Wisma Persekutuan Tawau,
    Jalan Dunlop, Bandar Sabindo,
    91000 Tawau, Sabah
    Telefon : +6089-776236

      

Continue reading

Program

Program

Bengkel Tata Kelola Urusan Tatatertib

  • Tujuan
    1. Berkongsi pengetahuan dan kemahiran menguruskan tindakan tatatertib
    2. Saluran mendapatkan khidmat nasihat dan rundingcara urusan tatatertib
    3. Membantu pengurusan tatatertib yang cekap dan berkesan
  • Perkhidmatan Ditawarkan
    1. Panduan tindakan tatatertib dan rayuan tindakan tatatertib
    2. Panduan penyediaan dokumen tindakan tatatertib dan rayuan tatatertib
    3. Panduan dan nasihat umum peraturan, tanggungjawab dan hak penjawat awam
  • Perundingcara Pegawai Bahagian Naik Pangkat dan Tatatertib Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia.
  • Penyertaan Terbuka kepada penjawat awam dan agensi berkaitan.
  • Urusan Dibuka pada :
    1. Waktu pejabat sebaik-baiknya dengan temu janji
    2. Talian internet melalui Sistem Pengurusan Aduan Awam SPA atau SISPAA SPA
    3. Talian telefon melalui nombor 03-8091 9000

Continue reading

Bimbingan Dan Pelajaran

Bimbingan Dan Pelajaran

  • Siri 1 - Tatakelakuan Dalam Perkhidmatan Awam

    Pendahuluan
    Kawalan tatatertib merupakan satu alat pengurusan yang penting bagi mewujudkan pentadbiran yang cekap di dalam melaksanakan segala fungsi serta tanggungjawab ke arah pencapaian matlamat dan objektif sesebuah Jabatan.

    Peraturan Tatakelakuan dan Tatatertib
    Peraturan mengenai tatakelakuan dan tatatertib bagi anggota perkhidmatan awam adalah diperuntukkan di bawah Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993. Secara keseluruhannya peraturan-peraturan ini mengandungi peruntukan-peruntukan berikut:
    1. Peraturan-peraturan mengenai tatakelakuan (code of conducts) serta larangan/kesalahan khusus;
    2. Tanggungjawab serta tugas kawalan dan pengawasan tatatertib;
    3. Prosedur dan tatacara tindakan tatatertib;
    4. Hukuman tatatertib;
    5. Peruntukan pelbagai yang berkaitan

    Tatakelakuan (Code Of Conducts)
    Tatakelakuan (code of conducts) bagi anggota perkhidmatan awam adalah seperti diperuntukkan di bawah peraturan 4, Peraturan-peraturan tersebut iaitu:
    "4 (1) Seseorang pegawai hendaklah pada setiap masa memberikan taat setia kepada yang di- Pertuan Agong, negara dan Kerajaan; (2) Seseorang pegawai tidak boleh;-

    (a) membelakangkan tugas awamnya demi kepentingan peribadinya;
    (b) berkelakuan dengan sedemikian cara yang mungkin menyebabkan kepentingan peribadi nya bercanggah dengan tugas awamnya;
    (c ) berkelakuan dengan apa-apa cara yang mungkin menyebabkan syak yang munasabah bahawa:-

    (i) dia telah membiarkan kepentingan peribadinya bercanggah dengan tugas awamnya se-hingga menjejaskan kebergunaannya sebagai seorang pegawai awam; atau
    (ii) dia telah menggunakan kedudukan awam nya bagi faedahnya sendiri;


    (d) berkelakuan dengan sedemikian cara hingga memburukkan/mencemarkan nama perkhidmatan awam;
    (e) kurang cekap atau kurang berusaha;
    (f) tidak jujur atau tidak amanah;
    (g) tidak bertanggungjawab;
    (h) membawa atau cuba membawa apa-apa bentuk pengaruh atau tekanan luar untuk menyokong atau memajukan apa-apa tuntutan berhubung dengan atau terhadap perkhidmatan awam, sama ada tuntutan itu ialah tuntutannya sendiri atau tuntutan mana- mana pegawai lain;
    (i) ingkar perintah atau berkelakuan dengan apa- apa cara yang boleh ditafsirkan dengan munasabah sebagai ingkar perintah; dan
    (j) cuai dalam melaksanakan tugas-tugasnya.

    "4A (1) Seseorang pegawai tidak boleh melaku- kan gangguan seksual terhadap orang lain,iaitu,seseorang pegawai tidak boleh;-

    (a) membuat cubaan untuk merapati orang lain secara seksual, atau meminta layanan seksual daripada orang itu: atau
    (b) melakukan apa-apa perbuatan yang bersifat seksual berhubung dengan orang lain, dalam keadaan yang setelah mengambil kira segala hal keadaan, akan menyebabkan seseorang yang waras tersinggung, terhina atau terugut.
    (2) Sebutan dalam subperaturan (1) tentang perlakuan se suatu perbuatan yang bersifat seksual kepada orang lain :-

    (a) termasuklah perbuatan sesuatu pernyataan yang bersifat seksual kepada, atau di hadapan, orang lain itu sama ada pernyataan itu dibuat secara li san, bertulis atau dengan apa-apa lain;

    (b) tidak terhad kepada perlakuan perbuatan itu di tempat kerja atau dalam waktu kerja sahaja selagi perlakuan itu memburukkan atau mencemarkan nama perkhidmatan awam.

    Kewajipan Mematuhi Peraturan
    Seseorang pegawai hendaklah mematuhi peruntukan peraturan-peraturan ini dan pelanggaran mana-mana peruntukan tersebut boleh menyebabkan dikenakan tindakan tatatertib.
    Seseorang pegawai dianggap telah melanggar peruntukan peraturan-peraturan ini jika didapati telah melakukan apa-apa perbuatan atau salah laku yang bertentangan

    Surat Aku Janji
    Kegagalan seseorang pegawai memberi aku janji sebagaimana dikehendaki atau gagal mematuhi terma-terma aku janji juga merupakan pelanggaran tatatertib.

    Tugas Kawalan Tatatertib
    Tiap-tiap pegawai adalah bertanggungjawab menjalankan kawalan dan pengawasan tatatertib keatas pegawai bawahannya dan mengambil tindakan yang sesuai dengan seberapa segera. Kegagalan menjalankan tanggungjawab ini hendaklah disifatkan sebagai cuai dalam melaksanakan tugas serta tidak bertanggungjawab dan boleh dikenakan tindakan tatatertib.

  • Siri 2 - Pihak Berkuasa Tatatertib

    Pendahuluan
    Sesuatu tindakan tatatertib ke atas mana-mana pegawai yang telah melakukan pelanggaran tatatertib hendaklah dilaksanakan oleh sesebuah Pihak Berkuasa Tatatertib (PBT) atau Lembaga Tatatertib (LTT) yang mempunyai bidang kuasa sebagaimana ditetapkan dalam peraturan-peraturan yang berkaitan.

    Peruntukan Perlembagaan Persekutuan
    Mengikut Perkara 144 (1) Perlembagaan Persekutuan, kawalan tatatertib adalah merupakan salah satu fungsi tugas Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. Walau bagaimanapun selaras dengan peruntukan Perkara 144 (5B), Yang di Pertuan Agong telah membuat peraturan-peraturan bagi menubuhkan lembaga-lembaga di peringkat Kementerian dan Jabatan bagi menjalankan sebahagian kuasa dan tugas Suruhanjaya berhubung kawalan tatatertib ini.

    Penubuhan Lembaga-Lembaga Tatatertib
    Bagi Perkhidmatan Awam Am Persekutuan, penubuhan serta keanggotaan sesebuah Lembaga Tatatertib di peringkat Kementerian dan Jabatan adalah seperti diperuntukkan di bawah Peraturan 2, Peraturan-peraturan Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam, 1993 [ P.U. (A) 396] serta Jadual di bawah peraturan tersebut. Lembaga-lembaga Tatatertib ini adalah mempunyai bidang kuasa tatatertib mengikut seperti yang ditetapkan dalam Jadual yang berkenaan yang pada keseluruhannya adalah berasaskan kepada kumpulan perkhidmatan serta mengikut tempat bertugas seseorang pegawai yang diambil tindakan tatatertib itu, iaitu seperti berikut:
    1. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam;
    2. Lembaga Tatatertib Kumpulan Pengurusan ( No. 1);
    3. Lembaga Tatatertib Kumpulan Pengurusan ( No.2);
    4. Lembaga Tatatertib Kumpulan Sokongan (No.1);
    5. Lembaga Tatatertib Kumpulan Sokongan (No.2);

    Suruhanjaya Perkhidmatan Awam
    Suruhanjaya Perkhidmatan Awam adalah sebagai Pihak Berkuasa Tatatertib yang mempunyai bidang kuasa untuk mengenakan hukuman buang kerja atau turun pangkat bagi semua pegawai dalam Kumpulan Pengurusan Tertinggi dan Kumpulan Pengurusan dan Profesional. Selain itu Suruhanjaya Perkhidmatan Awam adalah sebagai Lembaga Rayuan Tatatertib Perkhidmatan Awam bagi semua kumpulan pegawai yang telah dikenakan apa-apa tindakan/hukuman tatatertib oleh Lembaga Tatatertib selainnya.

    Lembaga Tatatertib (LTT) Kumpulan Pengurusan (No.1)
    LTT ini dianggotai oleh Ketua Setiausaha Negara (KSN) sebagai Pengerusi dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) serta seorang pegawai yang dilantik oleh Perdana Menteri sebagai Ahli.
    LTT ini mempunyai bidang kuasa tindakan tatatertib bukan dengan tujuan buang kerja atau turun pangkat ke atas semua pegawai dalam Kumpulan Pengurusan Tertinggi serta pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional dalam Gred 48 yang setaraf, dan ke atas.

    Lembaga Tatatertib (LTT) Kumpulan Pengurusan (No.2)
    LTT ini dianggotai oleh KSU/ Ketua Pengarah/ SUK sebagai Pengerusi dan TKSU/TKP/TSUK serta seorang pegawai yang tidak lebih rendah dari Gred 48 yang setaraf, yang dilantik oleh KSU atau SUK sebagai Ahli. LTT ini mempunyai bidang kuasa tindakan tatatertib bukan dengan tujuan buang kerja atau turun pangkat ke atas pegawai dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional dalam Gred 41 yang setaraf,bagi tiap-tiap Kementerian/ Jabatan/Pentadbiran Negeri yang berkenaan .

    Lembaga Tatatertib (LTT) Kumpulan Sokongan (No.1)
    LTT ini dianggotai oleh KSU/KP/SUK sebagai Pengerusi dan TKSU/TKP/TSUK serta Penasihat Undang-Undang atau Wakil Peguam Negara sebagai Ahli.
    LTT ini mempunyai bidang kuasa tindakan tatatertib dengan tujuan buang kerja atau turun pangkat bagi pegawai dalam Kumpulan Sokongan bagi tiap-tiap Kementerian/Jabatan/Pentadbiran Negeri yang ber- kenaan.

    Lembaga Tatatertib (LTT) Kumpulan Sokongan (No.2)
    LTT ini dianggotai oleh TKSU/Ketua Jabatan atau Ketua Bahagian Tempatan/TSUK sebagai Pengerusi dan SUB/ Timbalan Ketua Jabatan atau Timbalan Ketua Bahagian Tempatan/KPSU serta seorang pegawai dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional yang dilantik oleh KSU atau SUK sebagai Ahli.
    LTT ini mempunyai bidang kuasa tindakan tatatertib bukan dengan tujuan buang kerja atau turun pangkat bagi pegawai dalam Kumpulan Sokongan bagi tiap-tiap Kementerian/Jabatan/Pentadbiran Negeri yang berkenaan.

    Kuorum Mesyuarat Lembaga Tatatertib (LTT) Penggantian Anggota Lembaga Tatatertib (LTT)
    Mengikut Peraturan 2(4), peraturan-peraturan yang berkenaan, kuorum bagi sesuatu mesyuarat LTT hendak lah terdiri daripada Pengerusi dan mana-mana seorang anggota lain.
    Mengikut Peraturan 2(3), KSN boleh atas sebab-sebab yang hendaklah direkodkannya secara bertulis, menamakan mana-mana pegawai yang berpangkat lebih tinggi daripada pegawai yang dikenakan tindakan tatatertib untuk menggantikan mana-mana anggota LTT.
    Dalam keadaan di mana Pengerusi atau anggota LTT itu menjadi pengadu dalam tindakan tatatertib terhadap se- seorang pegawai, mereka tidak boleh bersidang sebagai Pengerusi atau Ahli LTT untuk mendengar kes pegawai itu.
    Pegawai yang memangku sesuatu jawatan berkenaan boleh menjadi Pengerusi atau Ahli LTT. Walau bagaimanapun bagi pegawai yang menanggung kerja jawatan yang sepatutnya menjadi Pengerusi atau Ahli, kelulusan KSN adalah diperlukan.
    Peraturan mengenai penggantian anggota LTT ini hendaklah mengikut Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 7 Tahun 1995.

  • Siri 3 - Tatacara Tindakan Bagi Kes Tidak Hadir Bertugas Secara Berterusan & Tidak Dapat Dikesan

    Pendahuluan
    Tatacara tindakan bagi kes tidak hadir bertugas secara berterusan dan tidak dapat dikesan adalah diperuntukkan di bawah Peraturan 26, Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.

    Tindakan Ketua Jabatan
    Jika seseorang pegawai tidak hadir bertugas tanpa cuti atau tanpa terlebih dahulu mendapat kebenaran atau tanpa sebab yang munasabah selama 7 hari bekerja berturut-turut dan tidak dapat dikesan, Ketua Jabatan hendaklah menyebabkan suatu surat diserahkan kepada pegawai itu sendiri atau dihantar melalui Pos Berdaftar Akuan Terima (AT) kepada pegawai di alamatnya yang akhir diketahui, mengarahkan pegawai itu supaya melaporkan diri untuk bertugas dengan segera.
    Jika surat itu telah dapat diserahkan, Ketua Jabatan hendaklah sama ada pegawai itu telah hadir bertugas semula atau tidak, mengemukakannya suatu laporan kepada Pihak Berkuasa Tatatertib (PBT) untuk diambil tindakan tatatertib terhadap pegawai itu.
    Jika surat itu tidak dapat diserah/surat AT dikembalikan tidak terserah,Ketua Jabatan hendaklah melaporkan perkara itu kepada PBT yang mempunyai bidang kuasa mengenakan hukuman buang kerja atau turun pangkat ke atas pegawai itu.

    Tindakan Pihak Berkuasa Tatatertib
    Bagi kes di mana surat telah dapat di-serahkan PBT selepas menerima laporan daripada Ketua Jabatan, hendaklah mengambil langkah/tindakan tatatertib mengikut tatacara tindakan tatatertib biasa.

    Bagi kes di mana surat itu tidak dapat dise-rahkan/surat AT dikembalikan tidak terserah, PBT yang mempunyai bidang kuasa mengenakan hukuman buang kerja atau turun pangkat ke atas pegawai itu selepas menerima laporan daripada Ketua Jabatan, hendaklah mengambil langkah untuk menyiarkan suatu notis dalam sekurang-kurangnya satu suratkhabar harian yang diterbitkan dalam bahasa kebangsaan dan mempunyai edaran di seluruh negara yang ditentukan oleh PBT, mengikut Peraturan 26(4),Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib)1993. Notis akhbar tersebut hendaklah menyatakan:
    a. hakikat bahawa pegawai itu telah tidak hadir bertugas dan tidak dapat dikesan; dan
    b. mengkehendaki pegawai melaporkan diri untuk bertugas dalam masa 7 hari dari tarikh penyiaran notis itu.

    Tindakan Selepas Penyiaran Notis Di Akhbar
    Jika pegawai melapor diri untuk bertugas dalam masa 7 hari dari tarikh penyiaran notis tersebut, Ketua Jabatan hendaklah melaporkan kepada Pihak Berkuasa Tatatertib (PBT) untuk diambil tindakan tatatertib terhadap pegawai itu mengikut tatacara tindakan tatatertib biasa.
    Jika pegawai tidak melaporkan diri untuk bertugas dalam masa 7 hari dari tarikh penyiaran notis tersebut, pegawai hendaklah disifatkan sebagai telah dibuang kerja berkuatkuasa mulai tarikh dia tidak hadir bertugas. Seterusnya pembuangan kerja tersebut hendaklah diberitahu dalam Warta Kerajaan, mengikut Per-aturan 26(7), Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993

  • Siri 4 - Tatacara Tindakan Tatatertib Biasa : Kes Tidak Hadir Bertugas Serta Kes Tatakelakuan atau Prestasi Kerja Yang Tidak Memuaskan

    Pendahuluan
    Tatacara tindakan tatatertib kes tidak hadir bertugas untuk sesuatu tempoh tertentu serta kes tatakelakuan atau prestasi kerja yang tidak memuaskan adalah diperuntukkan di bawah Peraturan 35, 36 dan 37, Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.

    Laporan Pelanggaran Tatatertib
    Mengikut Peraturan 3C,Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993, tiap-tiap pegawai khususnya Ketua Jabatan adalah bertanggungjawab untuk menjalankan kawalan dan pengawasan tatatertib ke atas pegawai bawahannya dan mengambil tindakan yang sesuai dengan seberapa segera yang mungkin bagi apa-apa kesalahan atau pelanggaran tatatertib yang dilakukan. Ketua Jabatan adalah bertanggungjawab mengemukakan laporan mengenai sesuatu pelanggaran tatatertib tersebut kepada PBT yang berkenaan. Secara umumnya laporan tersebut hendaklah mengandungi perkara-perkara berikut:

    1. keterangan mengenai pegawai dan jawatannya;
    2. kenyataan perkhidmatan yang kemaskini
    3. butir-butir mengenai perbuatan salah laku serta fakta tarikh,masa atau tempoh masa kesalahan dilakukan;
    4. keterangan mengenai kesalahan yang dilakukan serta apa-apa peruntukan peraturan termasuk perintah atau arahan yang dilanggar;
    5. bukti/dokumen sokongan, laporan siasatan, keterangan saksi dan sebagainya;
    6. apa-apa tindakan yang telah diambil secara pentadbiran ke atas pegawai itu.

    Penentuan Jenis Kesalahan [Peraturan 35]
    Selepas menerima sesuatu laporan pelanggaran tatatertib, Pengerusi LTT yang rendah (yang mempunyai kuasa untuk mengenakan hukuman selain buang kerja atau turun pangkat), hendaklah menimbangkan laporan tersebut dan menentukan sama ada kesalahan yang diadukan itu adalah dari jenis yang patut dikenakan:

    1. hukuman buang kerja atau turun pangkat ( Peraturan 37) ; atau
    2. suatu hukuman yang lebih ringan daripada buang kerja atau turun pangkat (Peraturan 36)

    Penentuan jenis kesalahan yang dibuat oleh Pengerusi LTT itu akan menentukan jenis tindakan tatatertib yang akan diambil ke atas pegawai yang terlibat. Jika diputuskan bahawa kesalahan itu adalah dari jenis yang patut dikenakan hukuman buang kerja atau turun pangkat, kes tersebut hendaklah dirujukkan kepada PBT yang tinggi (yang mempunyai kuasa untuk mengenakan hukuman buang kerja atau turun pangkat).

    Tindakan Tatatertib Tidak Dengan Tujuan Buang Kerja Atau Turun Pangkat [Peraturan 36]
    Mengikut Peraturan 36(1), jika Pengerusi LTT menentukan bahawa kesalahan yang diadukan itu adalah dari jenis yang patut dikenakan hukuman yang lebih ringan daripada buang kerja atau turun pangkat dan setelah berpuas hati wujud suatu kesalahan tatatertib, Pengerusi LTT hendaklah menghadapkan surat pertuduhan kepada pegawai untuk membuat representasi pembelaan diri dalam tempoh 21 hari dari tarikh penerimaan surat pertuduhan itu.
    Seterusnya LTT hendaklah menimbangkan representasi pegawai tesebut serta membuat keputusan/ hukuman ke atas pegawai.

    Tindakan Tatatertib Dengan Tujuan Buang Kerja Atau Turun Pangkat [Peraturan 37]
    Jika Pengerusi LTT yang rendah telah menentukan bahawa kesalahan yang diadukan itu adalah dari jenis yang patut dikenakan hukuman buang kerja atau turun pangkat, Pengerusi LTT yang tinggi yang kepadanya kes itu dirujukkan hendaklah menimbang serta menentukan bahawa wujud suatu kes prima facie untuk mengambil tindakan tatatertib tersebut dan hendaklah mengarahkan supaya suatu pertuduhan dihadapkan kepada pegawai itu untuk membuat representasi pembelaan diri dalam tempoh 21 hari dari tarikh penerimaan surat pertuduhan itu.
    Seterusnya LTT hendaklah menimbangkan representasi pegawai tersebut serta membuat keputusan/ hukuman ke atas pegawai.

    Surat Pertuduhan Tatatertib
    Sesuatu pertuduhan tatatertib hendaklah jelas serta mengandungi fakta dan butir-butir yang spesifik berhubung perbuatan salah laku yang pegawai itu dipertuduhkan serta peruntukan mana-mana peraturan yang dilanggar. Perbuatan serta kesalahan tersebut hendaklah dikaitkan dengan mana-mana peruntukan peraturan tatakelakuan yang berkenaan yang dinyatakan di bawah Peraturan 4,Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.
    Surat pertuduhan tatatertib hendaklah ditandatangan oleh Pengerusi LTT atau ahli LTT bagi pihak Pengerusi.

    Keputusan Tatatertib
    Keputusan/hukuman tatatertib hendaklah diberitahu kepada pegawai dan hendaklah terus dilaksanakan sewajarnya meskipun ada rayuan dibuat terhadap keputusan/hukuman itu. Surat keputusan tersebut hendaklah mengandungi fakta yang tepat serta dapatan bersalah (finding of guilt) pegawai atas pertuduhan yang telah dihadapkan.Surat keputusan juga hendaklah menyatakan peluang bagi membuat rayuan ke atas keputusan tersebut kepada Lembaga Rayuan Tatatertib Perkhidmatan Awam,dalam tempoh 14 hari dari tarikh penerimaan surat keputusan itu.

    Rekod Tatatertib
    Semua rekod serta dokumen berkaitan tindakan tatatertib hendaklah dipelihara sewajarnya. Sesuatu keputusan tindakan tatatertib dan keputusan Lembaga Rayuan Tatatertib hendaklah direkodkan dalam Buku Rekod Perkhidmatan pegawai dengan menyatakan butir-butir kesalahan yang dilakukan serta hukuman yang dikenaka

  • Siri 5 - Tatacara Tindakan Tatatertib Bagi Kes Sabitan/Pegawai Kepada Prisiding Jenayah

    Pendahuluan
    Tatacara tindakan tatatertib bagi kes sabitan jenayah/pegawai tertakluk kepada prosiding jenayah adalah diperuntukkan di bawah Peraturan 28, 29 dan 33, Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.

    Tafsiran 'Sabitan', 'Kesalahan Jenayah' dan 'Mahkamah' [Peraturan 3]

    1. Sabitan ertinya suatu dapatan oleh mahkamah di bawah mana-mana undang-undang bertulis bahawa seseorang itu bersalah atas suatu kesalahan jenayah.
    2. Jenayah ertinya apa-apa kesalahan yang melibatkan fraud, ketidakjujuran atau tingkahlaku keji.
    3. Mahkamah ertinya mahkamah yang termasuk Mahkamah Syariah.

    Prosiding Jenayah Dimulakan Ke Atas Pegawai
    Jika prosiding jenayah dimulakan terhadap seseorang pegawai, Pendaftaran Mahkamah hendaklah mengemukakan/Ketua Jabatan hendaklah mendapatkan laporan yang berkaitan prosiding tersebut. Seterusnya Ketua Jabatan hendaklah mengemukakan laporan itu kepada (PBT) yang mempunyai bidangkuasa untuk menjatuhkan hukuman buang kerja atau turun pangkat, beserta syor sama ada pegawai itu patut ditahan kerja.
    Setelah menimbangkan laporan tersebut PBT boleh menahan pegawai daripada menjalankan tugas (TAHAN KERJA) mengikut peraturan 44 (1) (a), Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.
    Jika prosiding jenayah itu terhadap pegawai berkeputusan dengan pensabitan, PBT hendaklah menggantung pegawai daripada menjalankan tugas (GANTUNG KERJA) di bawah Peraturan 45 (1) (a), berkuatkuasa mulai tarikh sabitan, sementara menunggu keputusan tindakan tatatertib yang berkait daripada sabitan tersebut. Seseorang pegawai yang digantung kerja tidak berhak menerima apa-apa bahagian emolumen sepanjang tahun penggantungan kerja tersebut.
    Jika prosiding jenayah tersebut berkeputusan dengan pembebasan, pegawai itu hendaklah dibenarkan menjalankan semua tugasnya serta berhak menerima apa-apa emolumen yang tidak dibayar dalam tempoh tahan kerja serta cuti rehat tahunan dan segala kelayakan lain yang pegawai itu berhak.

    Tindakan Tatatertib
    Mengikut Peraturan 29 iaitu dalam kes di mana pegawai telah disabitkan atas ke- salahan jenayah, Ketua Jabatan hendak lah mendapatkan salinan keputusan mahkamah dan mengemukakannya kepada PBT yang berkenaan beserta rekod perkhidmatan pegawai dan perakuan mengenai tindakan/hukuman yang patut dikenakan ke atas pegawai, bergantung kepada jenis dan seriusnya kesalahan itu berbanding dengan takat mana sabitan itu telah memburukkan nama perkhidmatan awam.
    PBT yang berkenaan hendaklah menimbangkan laporan, rekod perkhidmatan dan perakuan Ketua Jabatan mengikut Peraturan 33 (1) dan seterusnya membuat keputusan/hukuman terhadap pegawai.
    Mengikut Peraturan 45A, jika prosiding tatatertib berkeputusan dengan buang kerja, pegawai itu tidak berhak kepada apa-apa emolumen yang telah tidak di bayar kepadanya dalam tempoh tahan kerja atau gantung kerja itu. Sebaliknya jika prosiding tatatertib tersebut berkeputusan dengan suatu hukuman selain buang kerja, pegawai itu berhak menerima semua bahagian emolumen yang berkenaan itu.

    Tindakan Tatatertib Dengan Tujuan Buang Kerja Atau Turun Pangkat [Peraturan 37]
    Jika Pengerusi LTT yang rendah telah menentukan bahawa kesalahan yang diadukan itu adalah dari jenis yang patut dikenakan hukuman buang kerja atau turun pangkat, Pengerusi LTT yang tinggi yang kepadanya kes itu dirujukkan hendaklah menimbang serta menentukan bahawa wujud suatu kes prima facie untuk mengambil tindakan tatatertib tersebut dan hendaklah mengarahkan supaya suatu pertuduhan dihadapkan kepada pegawai itu untuk membuat representasi pembelaan diri dalam tempoh 21 hari dari tarikh penerimaan surat pertuduhan itu.
    Seterusnya LTT hendaklah menimbangkan representasi pegawai tersebut serta membuat keputusan/ hukuman ke atas pegawai.

    Pengecualian Daripada Hak Untuk Didengar
    Bagi tujuan mengambil tindakan tatatertib ke atas seseorang pegawai yang telah disabitkan kesalahan jenayah ini, pegawai tersebut tidak perlu dihadapkan dengan apa-apa surat pertuduhan atau diberi hak untuk didengar. Tindakan tatatertib bagi kes sabitan jenayah ini juga tidak melibatkan tindakan bagi penentuan jenis kesalahan serta penentuan kes prima facie yang diperlukan bagi kes-kes tindakan tatatertib biasa.

    Keputusan Tatatertib
    Keputusan/hukuman tatatertib hendaklah diberitahu kepada pegawai dan hendaklah terus dilaksanakan sewajarnya meskipun ada rayuan dibuat terhadap keputusan/hukuman itu. Surat keputusan tersebut hendaklah men gandungi fakta yang tepat serta pernyataan mengenai sabitan yang berkaitan dan kenyataan bahawa pegawai telah memburukkan nama perkhidmatan awam. Surat keputusan juga hendaklah menyatakan peluang bagi membuat rayuan ke atas keputusan tersebut kepada Lembaga Rayuan Tatatertib Perkhidmatan Awam,dalam tempoh 14 hari dari tarikh penerimaan surat keputusan itu.

    Rekod Tatatertib
    Semua rekod serta dokumen berkaitan tindakan tatatertib hendaklah dipelihara sewajarnya. Sesuatu keputusan tindakan tatatertib dan keputusan Lembaga Rayuan Tatatertib hendaklah direkodkan dalam Buku Rekod Perkhidmatan pegawai dengan menyatakan butir-butir kesalahan yang dilakukan serta hukuman yang dikenakan.

  • Siri 6 - Tatacara Tindakan Tatatertib Bagi Kes Perintah Tahanan Pengawasan Kediaman Terhad, Buang Negeri DSB

    Pendahuluan
    Tatacara tindakan tatatertib bagi kes yang berbangkit daripada perintah tahanan, pengawasan, kediaman terhad, buang negeri dan sebagainya adalah diperuntukkan di bawah Peraturan 32 dan 33, Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.

    Prosedur Jika Terdapat Perintah Tahanan, Buang Negeri DSB.
    Jika suatu perintah tahanan (tidak termasuk tahanan reman), pengawasan, kediaman terhad, buang negeri, deportasi atau apa-apa bentuk sekatan telah dibuat terhadap seseorang pegawai di bawah mana-mana undang-undang yang berhubung dengan keselamatan,pencegahan jenayah,imigresen atau perlindungan wanita dan gadis atau perlindungan kanak-kanak, Ketua Jabatan hendaklah mendapatkan suatu salinan perintah itu daripada pihak berkuasa yang berkenaan dan mengemukakannya kepada Pihak Berkuasa Tatatertib (PBT) yang mempunyai bidang kuasa untuk menjatuhkan hukuman buang kerja atau turun pangkat, beserta rekod perkhidmatan pegawai dan perakuan mengenai tindakan/hukuman yang patut dikenakan ke atas pegawai, bergantung kepada takat keburukan yang telah dibawa oleh pegawai itu kepada perkhidmatan awam.
    Setelah menimbangkan laporan tersebut PBT boleh menggantung pegawai daripada menjalankan tugas (GANTUNG KERJA) di bawah Peraturan 45(1)(b), Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993, berkuatkuasa dari tarikh kuatkuasa perintah itu. Seseorang pegawai yang digantung kerja tidak berhak menerima apa-apa bahagian emolumen sepanjang tempoh penggantungan kerja tersebut.

    Tindakan Tatatertib
    Bagi tujuan mengambil tindakan tatatertib ke atas seseorang pegawai yang telah dikenakan perintah tahanan,pengawasan kediaman terhad, buang negeri dan sebagainya ini, pegawai tersebut tidak perlu dihadapkan dengan apa-apa surat pertuduhan atau diberi hak untuk didengar. Tindakan tatatertib bagi kes perintah tahanan ini juga tidak melibatkan tindakan bagi penentuan jenis kesalahan serta penentuan kes prima facie yang diperlukan bagi kes-kes tindakan tatatertib biasa.

    Pengecualian Daripada Hak Untuk Didengar
    Bagi tujuan mengambil tindakan tatatertib ke atas seseorang pegawai yang telah dikenakan perintah tahanan,pengawasan kediaman terhad, buang negeri dan sebagainya ini, pegawai tersebut tidak perlu dihadapkan dengan apa-apa surat pertuduhan atau diberi hak untuk didengar. Tindakan tatatertib bagi kes perintah tahanan ini juga tidak melibatkan tindakan bagi penentuan jenis kesalahan serta penentuan kes prima facie yang diperlukan bagi kes-kes tindakan tatatertib biasa.

    Tindakan Tatatertib Dengan Tujuan Buang Kerja Atau Turun Pangkat [Peraturan 37]
    Jika Pengerusi LTT yang rendah telah menentukan bahawa kesalahan yang diadukan itu adalah dari jenis yang patut dikenakan hukuman buang kerja atau turun pangkat, Pengerusi LTT yang tinggi yang kepadanya kes itu dirujukkan hendaklah menimbang serta menentukan bahawa wujud suatu kes prima facie untuk mengambil tindakan tatatertib tersebut dan hendaklah mengarahkan supaya suatu pertuduhan dihadapkan kepada pegawai itu untuk membuat representasi pembelaan diri dalam tempoh 21 hari dari tarikh penerimaan surat pertuduhan itu.
    Seterusnya LTT hendaklah menimbangkan representasi pegawai tersebut serta membuat keputusan/ hukuman ke atas pegawai.

    Keputusan Tatatertib
    Keputusan/hukuman tatatertib hendaklah diberitahu kepada pegawai dan hendaklah terus dilaksanakan sewajarnya meskipun ada rayuan dibuat terhadap keputusan/ hukuman itu. Surat keputusan tersebut hendaklah mengandungi fakta yang tepat serta pernyataan mengenai apa-apa perintah yang berkaitan dan kenyataan bahawa pegawai telah memburukkan nama perkhidmatan awam. Surat keputusan juga hendaklah menyatakan peluang bagi membuat rayuan ke atas keputusan tersebut kepada Lembaga Rayuan Tatatertib Perkhidmatan Awam, dalam tempoh 14 hari dari tarikh penerimaan surat keputusan itu.

    Rekod Tatatertib
    Semua rekod serta dokumen berkaitan tindakan tatatertib hendaklah dipelihara sewajarnya. Sesuatu keputusan tindakan tatatertib dan keputusan Lembaga Rayuan Tatatertib hendaklah direkodkan dalam Buku Rekod Perkhidmatan pegawai dengan menyatakan butir-butir kesalahan yang dilakukan serta hukuman yang dikenakan.

  • Siri 7 - Tahan Kerja Dan Gantung Kerja

    Pendahuluan
    Tahan kerja dan gantung kerja adalah diperuntukkan di bawah Peraturan 43, 44 dan 45 Peraturan-peraturan Pegawai Am (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.
    Sesuatu keputusan bagi mengenakan perintah tahan kerja atau gantung kerja ke atas seseorang pegawai hanya boleh dibuat oleh (PBT) yang berkenaan yang mempunyai bidang kuasa bagi mengenakan hukuman buang kerja atau turun pangkat, iaitu Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) atau Lembaga Tatatertib Kumpulan Sokongan (No. 1),
    1. mengikut kumpulan perkhidmatan pegawai yang terlibat.

    Prosedur Jika Terdapat Perintah Tahanan, Buang Negeri DSB.
    Jika suatu perintah tahanan (tidak termasuk tahanan reman), pengawasan, kediaman terhad, buang negeri, deportasi atau apa-apa bentuk sekatan telah dibuat terhadap seseorang pegawai di bawah mana-mana undang-undang yang berhubung dengan keselamatan,pencegahan jenayah,imigresen atau perlindungan wanita dan gadis atau perlindungan kanak-kanak, Ketua Jabatan hendaklah mendapatkan suatu salinan perintah itu daripada pihak berkuasa yang berkenaan dan mengemukakannya kepada Pihak Berkuasa Tatatertib (PBT) yang mempunyai bidang kuasa untuk menjatuhkan hukuman buang kerja atau turun pangkat, beserta rekod perkhidmatan pegawai dan perakuan mengenai tindakan/hukuman yang patut dikenakan ke atas pegawai, bergantung kepada takat keburukan yang telah dibawa oleh pegawai itu kepada perkhidmatan awam.
    Setelah menimbangkan laporan tersebut PBT boleh menggantung pegawai daripada menjalankan tugas (GANTUNG KERJA) di bawah Peraturan 45(1)(b), Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993, berkuatkuasa dari tarikh kuatkuasa perintah itu. Seseorang pegawai yang digantung kerja tidak berhak menerima apa-apa bahagian emolumen sepanjang tempoh penggantungan kerja tersebut.

    Tahan Kerja Bagi Maksud Penyiasatan [Per. 43]
    Jika seseorang pegawai dikatakan atau disyaki telah melakukan suatu kesalahan jenayah atau suatu kesalahan tatatertib yang serius, dan Ketua Jabatan berpendapat bahawa bagi memudahkan penyiasatan dijalankan pegawai patut dihalang daripada hadir bertugas, Ketua Jabatan itu boleh memperakukan kepada PBT yang berkenaan untuk pegawai ditahan kerja.
    PBT yang berkenaan boleh menahan kerja pegawai itu mengikut Peraturan 43, bagi suatu tempoh tidak melebihi 2 bulan, iaitu bagi maksud memudahkan penyiasatan terhadap pegawai itu. Seseorang pegawai yagn ditahan kerja bagi maksud penyiasatan ini berhak menerima emolumen sepenuhnya dalam tempoh tahan kerja tersebut.
    Di dalam memutuskan sama ada hendak menahan kerja pegawai atau tidak, PBT hendaklah mengambil kira faktor berikut:

    1. kesalahan yang disyaki itu adalah secara langsung berhubung dengan tugas pegawai; dan
    2. kehadiran pegawai di pejabat akan mengendalakan penyiasatan.

    Jika dalam tempoh tahan kerja itu prosiding jenayah dimulakan terhadap pegawai di mahkamah atau tindakan tatatertib dengan tujuan buang kerja atau turun pangkat telah diambil ke atasnya, tahan kerja ini hendaklah terhenti berkuatkuasa mulai tarikh prosiding jenayah atau tindakan tatatertib itu dimulakan dan PBT hendaklah mengambil tindakan selanjutnya mengikut Peraturan 44.

    Tahan Kerja [Per. 44]
    Mengikut Peraturan 44, jika prosiding jenayah atau prosiding tindakan tatatertib dengan tujuan buang kerja atau turun pangkat telah dimulakan terhadap pegawai itu, PBT yang berkenaan boleh menahan pegawai itu daripada menjalankan tugas (tahan kerja).

    Di dalam memutuskan sama ada hendak menahan kerja pegawai atau tidak, PBT hendaklah mengambil kira faktor berikut:

    1. kesalahan yang disyaki itu adalah secara langsung berhubung dengan tugas pegawai;
    2. kehadiran pegawai di pejabat untuk menjalankan tugasnya itu boleh memalukan atau menjejaskan nama atau imej Jabatan; atau
    3. dengan mengambil kita jenis kesalahan yang dipertuduhkan, penahanan kerja pegawai akan menyebabkan Kerajaan menanggung kerugian.

    Perintah tahan kerja ini boleh berkuatkuasa mulai dari tarikh pegawai ditangkap atau tarikh saman telah disampaikan kepadanya atau tarikh yang ditetapkan oleh PBT itu, sehingga prosiding jenayah atau prosiding tataTertib itu berkeputusan. Dalam tempoh penahanan kerja tersebut, pegawai berhak menerima tidak kurang setengah bahagian emolumennya mengikut sebagaimana diputuskan oleh PBT.

    PBT boleh memanggil balik pegawai untuk bertugas walaupun prosiding jenayah atau prosiding tatatertib yang berkenaan belum selesai dan dia hendaklah dibayar emolumen penuh mulai tarikh menjalankan semual tugasnya itu. Walau bagaimanapun apa-apa bahagian emolumen yang tidak dibayar semasa tahan kerja tersebut, tidak boleh dibayar sehingga prosiding terseut berkeputusan. Jika prosiding jenayah atau tindakan tatatertib itu berkeputusan dengan pegawai dibebaskan, apa-apa bahagian emolumen yang tidak dibayar semasa tahan kerja itu hendaklah dibayar kepadanya.

    Gantung Kerja [Per. 45]
    PBT yang berkenaan boleh menggantung seseorang pegawai daripada menjalankan tugasnya (gantung kerja) jika:

    1. pegawai itu telah disabitkan oleh mana-mana mahkamah; atau
    2. suatu perintah tahanan, pengawasan, kediaman terhad, buang negeri dan sebagainya seperti dinyatakan di bawah Peraturan 32 telah dibuat terhadap pegawai.

    Penggantungan kerja ini hendaklah berkuatkuasa mulai tarikh sabitan atau tarikh kuatkuasa perintah-perintah itu. Seseorang pegawai yang digantung kerja tidak boleh dibenarkan menerima apa-apa bahagian emolumen yang telah tidak dibayar dalam tempoh tahan kerja dan sepanjang tempoh gantung kerja tersebut.

    Emolumen Yang Tidak Dibayar
    Jika prosiding tatatertib yang berbangkit daripada sabitan atau perintah-perintah tersebut berkeputusan dengan pegawai dibuang kerja, pegawai itu tidak berhak kepada apa-apa bahagian emolumen yang telah tidak dibayar semasa tahan kerja atau gantung kerja itu.
    Sebaliknya jika prosiding tatatertib tersebut berkeputusan dengan hukuman selain buang kerja, pegawai itu berhak menerima apa-apa bahagian emolumen yang telah tidak dibayar semasa tahan kerja dan atau gantung kerja itu dan pegawai itu hendaklah diarah menjalankan semula tugasnya.

  • Siri 8 - Rayuan Tatatertib

    Pendahuluan
    Perkara mengenai rayuan tatatertib adalah diperuntukkan di bawah Peraturan-peraturan Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam, 1993 [P.U.(A) 396].

    Hak Merayu [Peraturan 14]
    Mana-mana pegawai yang terkilan dengan keputusan Lembaga Tatatertib (LTT) Kementerian/Jabatan boleh merayu terhadap keputusan tersebut kepada Lembaga Rayuan Tatatertib Perkhidmatan Awam (LRTT)

    Lembaga Rayuan Tatatertib Perkhidmatan Awam [Peraturan 12]
    Lembaga Rayuan Tatatertib Perkhidmatan Awam adalah terletak di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia.

    Bagaimana Membuat Rayuan [Peraturan 15]
    Sesuatu rayuan hendaklah di buat secara bertulis kepada:
    Pengerusi
    Lembaga Rayuan Tatatertib Perkhidmatan Awam
    Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia
    Aras 9, Blok C7, Parcel C
    Pusat Pentabdiran Kerajaan Persekutuan
    62502 Putrajaya.
    Surat rayuan hendaklah dihantar melalui Ketua Jabatan dalam tempoh 14 hari dari tarikh menerima keputusan tatatertib.

    Tindakan Ketua Jabatan
    Apabila menerima rayuan daripada mana- mana pegawai, Ketua Jabatan hendaklah tidak lewat daripada 30 hari dari tarikh penerimaan rayuan tersebut mengemukakannya kepada Lembaga Tatatertib yang berkaitan, beserta dengan ulasannya.

    Tindakan Lembaga Tatatertib
    Apabila menerima rayuan itu, Lembaga Tatatertib hendaklah tidak lewat daripada 30 hari dari tarikh penerimaan rayuan tersebut mengemukakannya surat rayuan itu beserta salinan semua rekod prosiding tatatertib, termasuk alasan/asas yang digunakan bagi membuat keputusan tatatertib berkenaan kepada Lembaga Rayuan Tatatertib Perkhidmatan Awam.

    Maklumat/Dokumen Yang Perlu Dikemukakan Oleh Jabatan Kepada Lembaga Rayuan
    Maklumat/dokumen yang perlu dikemukakan oleh Jabatan kepada Lembaga Rayuan Tatatertib (LRTT) adalah seperti senarai semak, iaitu mengikut mana yang berkaitan dengan sesuatu kes tindakan tatatertib itu.

    Keputusan Lembaga Rayuan
    Maklumat/dokumen yang perlu dikemukakan oleh Jabatan kepada Lembaga Rayuan Tatatertib (LRTT) adalah seperti senarai semak, iaitu mengikut mana yang berkaitan dengan sesuatu kes tindakan tatatertib itu.

    Keputusan Lembaga Rayuan
    Keputusan Lembaga Rayuan Tatatertib adalah muktamad

    Senarai Semak Dokumen

    1. Nombor Kad Pengenalan pegawai.
    2. Kenyataan Perkhidmatan yang kemaskini
    3. Laporan pelanggaran tatatertib termasuk laporan siasatan (jika ada)
    4. Surat pertuduhan
    5. Akuan terima surat pertuduhan
    6. Representasi pembelaan diri
    7. Ulasan Ketua Jabatan terhadap representasi pembelaan dir
    8. Minit Mesyuarat LTT Menjatuhkan Hukuman
    9. Surat Keputusan LTT
    10. Akuan terima surat keputusan
    11. Surat Rayuan
      Peraturan 14(1) & 15(1) LTTPA 1993 [P.U.(A) 396]
    12. Ulasan Ketua Jabatan terhadap rayuan
      Peraturan 15(2) LTTPA 1993 [P.U.(A) 396]
    13. Alasan Lembaga Tatatertib Jabatan bagi mencapai keputusannya
      Peraturan 15(3) LTTPA 1993 [P.U.(A) 396]
    14. Pertuduhan mahkamah
    15. Syor Ketua Jabatan
    16. Keputusan mahkamah
    17. Pengesahan ada/tiada rayuan
    18. Perakuan Ketua Jabatan mengenai hukuman di bawah Peraturan 29(2)
    19. Surat Perintah Gantung Kerja
    20. Salinan Perintah tahanan / pengawasan
    21. Salinan Kad Perakam Waktu yang lengkap bagi kesalahan tidak hadir bertugas, tidak mengetip kad perakam waktu dan datang lewat ke pejabat
    22. Kenyataan Cuti yang kemaskini bagi kesalahan tidak hadir bertugas
    23. Dokumen Sokongan:
      i. Laporan BPR (bagi kes BPR)
      ii. Lain-lain dokumen yang berkaitan dengan kes tersebut (jika ada)

    Nota:

    • Perkara / dokumen di bil. 14 hingga 20 adalah bagi kes Sabitan Jenayah dan / atau kes Perintah Tahanan.
    • Semua dokumen yang berkaitan hendaklah disediakan dalam 2 salinan
    • LTT - Lembaga Tatatertib
    • LTTPA - Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam
  • Siri 9 - Kesilapan Lazim Dalam Urusan Tindakan Tatatertib

    Salah satu fungsi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) ialah bertindak sebagai Pihak Berkuasa Rayuan Tatatertib bagi pegawai yang tidak berpuas hati terhadap tindakan tatatertib yang dikenakan oleh Lembaga Tatatertib Jabatan (LTJ) terhadap mereka. Pegawai yang dimaksudkan ialah mereka yang berada dalam perkhidmatan Awam Am Persekutuan, perkhidmatan bersama serta perkhidmatan awam Negeri Pulau Pinang, Melaka, Negeri Sembilan dan Perlis.

    Semasa menimbangkan rayuan tatatertib, SPA mendapati sebahagian daripada tindakan tatatertib yang telah diputuskan oleh LTJ adalah tidak teratur atau mengandungi kesilapan teknikal yang serius.

    Sebagai salah satu usaha SPA mengurangkan berlakunya kesilapan tersebut berikut disenaraikan (Jadual 1) kesilapan lazim yang dilakukan oleh LTJ untuk dijadikan iktibar dan panduan aar kesilapan yang sama tidak berulang.

    Melalui panduan ini juga ia akan dapat membanti pihak yang berkenaan khususnya pegawai/urusetia yang terlibat secara langsung di dalam urusan tindakan tatatertib ke arah mewujudkan pengurusan tatatertib yang lebih cekap dan berkesan.

    Jadual 1 : Kesilapan dan Pembetulan

    Bil. Perkara Kesilapan Pembetulan
    1.  Surat Rayuan Lewat dan Salah Alamat Banyak rayuan tatatertib lewat dikemukakan dan dialamatkan kepada Ketua Jabatan aau Pengerusi LTJ. Peraturan 15(1) & 15(2) dalam Peraturan-Peraturan Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam 1993 mengkehendaki pegawai mengemukakan rayuan dalam tempoh 14 hari dari tarikh keputusan disampaikan dan Ketua Jabatan pula perlu mengedarkannya kepada LTJ dalam tempoh 30 hari dari tarikh rayuan diterima. Pegawai hendaklah mengalamatkan rayuan mereka kepada Pengerusi Lembaga Rayuan Tatatertib Perkhidmatan Awam, iaitu SPA melalui Ketua Jabatan masing-masing. Dari segi undang-undang SPA tidak perlu menimbang rayuan yang lewat diterima dan tidak dialamatkan kepadanya kerana rayuan itu dianggap tidak wujud.
    2. Kesalahan Menggunakan Peraturan Ada LTJ yang mengambil tindakan tatatertib menggunakan Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 (Pindaan 2002) Nama peraturan yang dimaksudkan itu tidak wujud. Yang ada ialah Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 yang mana di dalamnya telah termasuk pindaan yang telah diluluskan dalam tahun 2002. Perlu diingatkan bahawa apa yang berlaku dalam tahun 2002 ialah pindaan terhadap peraturan tahun 1993 sahaja, dan bukannya penggubalan satu peraturan yang baru bagi menggantikan Peraturan 1993.
    3. Ulasan Ketua Jabatan Terhadap Rayuan Ketua Jabatan tidak memberikan sebarang ulasan terhadap rayuan pegawai. Ini bercanggah dengan kehendak Peraturan 15(2) dalam Peraturan-Peraturan Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam 1993. Ulasan Ketua Jabatan penting kerana ia dapat memudahkan Lembaga Rayuan Tatatertib membuat pertimbangan. Ulasan yang dimaksudkan termasuklah kenyataan 'Tiada ulasan'. Ketua Jabatan wajar memberi ulasan terhadap rayuan pegawai terutama mengenai kenyataan yang membabitkan jabatan dan pegawai lain. Misalnya pegawai mendakwa telah memohon cuti rehat pada salah satu tarikh yang beliau dituduh tidak hadir bertugas tetapi tidak diluluskan oleh ketuanya. Jika dakwaan ini tidak diulas, keputusan boleh memihak kepada pegawai.
    4. LTJ Tidak Memberikan Alasan Keputusannya Kebanyakan LTJ tidak menyatakan alasan yang telah digunakan semasa mencapai keputusannya. Apabila pegawai membuat rayuan, Pengerusi LTJ memberikan ulasan, dan bukannya alasan penghakiman LTJ seperti yang dikehendaki oleh peraturan 15(3) dalam Peraturan-Peraturan Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam 1993. Menurut peraturan 15(3) dalam Peraturan-Peraturan Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam 1993, yang perlu disertakan bersama-sama dengan rayuan pegawai ialah alasan penghakiman yang telah digunakan oleh LTJ. Jika alasan tersebut dicatatkan dalam minit mensyuaratnya, LTJ tidak perlu memberikan ulasan tambahan. Ingat: yang diperlukan ialah alasan LTJ, dan bukannya ulasan Pengerusi LTJ.
    5. Ulasan Tidak Dibuat Oleh Ketua Jabatan Ada ulasan terhadap sesuatu rayuan tatatertib dibuat dan ditandatangani oleh pegawai yang bukan Ketua Jabatan pegawai. Peraturan 15(2) dalam Peraturan-Peraturan Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam 1993 memberi tanggungjawab kepada Ketua Jabatan untuk mengulas rayuan pegawai (jika ada), dan bukannya pegawai yang lain. Takrif 'Ketua Jabatan' yang diberikan dalam Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 amat luas untuk memudahkan jabatan mendapatkan pegawai yang sesuai untuk melaksanakan tanggungjawab ini. Tindakan meminta pegawai yang menganggotai LTJ memainkan peranan sebagai Ketua Jabatan kepada pegawai yang dituduh hendaklah dielakkan.
    6. Ulasan Yang Tidak Relevan Kadangkala Ketua Jabatan dan/atau Pengerusi LTJ memasukkan ulasan yang tidak ada kaitan dengan pertuduhan yang dikenakan kepada pegawai. Misalnya, Ketua Jabatan atau Pengerusi LTJ mengungkit kesalahan pegawai yang lepas yang telah pun diambil tindakan. Mereka diingatkan supaya mengelak daripada memasukkan kenyataan yang tidak relevan dan yang boleh menimbulkan prejudis atau bias terhadap pegawai yang dituduh. Tindakan ini juga boleh menyebabkan pegawai dibebaskan jika mereka membuat rayuan ke mahkamah.
    7. Pertuduhan Yan Tidak Tepat Ada LTJ yang mengenakan tuduhan yang tidak tepat. Misalnya tuduhan yang dikenakan ialah untuk tindakan surcaj tetapi pegawai dikenakan hukuman amaran, sedangkan dalam surat pertuduhan tidak ada dinyatakan pegawai akan dikenakan tindakan tatatertib. Tindakan tatatertib yang diambil ke atas pegawai hendaklah jelas dan spesifik. Jika LTJ bercadang untuk mengenakan juga hukuman tatatertib di samping tindakan surcaj, perkara itu hendaklah dinyatakan dalam surat pertuduhan supaya pegawai boleh membela diri.
    8. Pertuduhan Yang Kabur Pertuduhan yang dikenakan kepada pegawai kabur sehingga menyulitkan mereka untuk mempertahankan diri dan melemahkan peluang Kerajaan untuk menang jika kes tersebut dicabar di mahkamah. Setiap pertuduhan perlu jelas, terperinci dan spesifik. Tuduhan perlu menyatakan sekurang-kurangnya jenis kesalahan serta tarikh, masa dan tempat kesalahan tersebut dilakukan. Misalnya, jika pegawai dituduh memberi isyarat lucah, perlu dijelaskan bagaimanakah isyarat itu telah ditunjukkan; bila ianya dilakukan; dan di mana. Lebih baik lagi jika dinyatakan sekali saksi yang boleh mengesahkan dakwaan itu.
    9. Hukuman Yang Tidak Tepat Ada LTJ yang menjatuhkan hukuman yang berbeza dengan hukuman yang ditetapkan dalam peraturan 38, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993. Terdapat kes di mana pegawai dijatuhi hukuman menggantikan hari yang mereka tidak hadir bertugas dengant ugas lebih masa; atau diminta mengganti kerugian akibat kerosakan harta jabatan sebagai denda. Setiap hukuman yang hendak dijatuhkan hendaklah selaras dengan peraturan 38, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993. Jika pegawai hendak dikenakan hukuman denda, gunakan peraturan 38(b) dan 39(2), (3), (4), (5) dan (6) dalam Peraturan itu, iaitu tidak lebih 7 hari emolumen. Denda dalam bentuk yang lain, jika perlu, hendaklah diuruskan mengikut prosedur yang lain.
    10. Hukuman Yang Tidak Setimpal Hukuman yang dikenakan tidak setimpal dengan kesalahan yang mereka lakukan, iaitu sama ada hukumannya terlalu berat bagi kesalahan yang ringan, atau kesalahannya berat tetapi hukumannya ringan. Terdapat pegawai yang telah dijatuhi hukuman buang kerja kerana didapati bersalah menukarkan cek kerajaan milik pegawai di jabatannya dengan wang tunai, sedangkan perkara itu pernah menjadi amalan di jabatan beliau tidak lama sebelum beliau dituduh. Tidak dinafikan perbuatan itu salah, tetapi ianya tidak menyebabkan sebarang kerugian wang kepada Kerajaan. Ada pula pegawai yang melakukan kesalahan tidak hadir bertugas tanpa cuti atau tanpa kebenaran atau tanpa sebab yang munasabah berbulan-bulan atau bertahun lamanya tetapi hanya dikenakan hukuman 'lucut hak emolumen'. Hukuman yang dijatuhkan, terutama buang kerja ataupun turun pangkat, mestilah setimpal dengan kesalahan yang dilakukan oleh pegawai. Ini penting kerana mahkamah kini telah mula menunjukkan kecenderungan mempersoalkan kemunasabahan hukuman yang dijatuhkan oleh LTJ.
    11. Hanya Dikenakan Tindakan Potong Gaji Pegawai yang melakukan kesalahan tidak hadir bertugas tanpa cuti atau tanpa kebenaran terlebih dahulu atau tanpa sebab yang munasabah biasanya hanya dikehendaki memulangkan gaji bagi hari yang mereka tidah hadir bertugas itu. Tiada sebarang tindakan tatatertib diambil selepas itu kerana Ketua Jabatan beranggapan tindakan memotong gaji itu sudah memadai. Jika terbukti pegawai telah tidak hadir bertugas tanpa cuti, tanpa kebenaran atau tanpa sebab yang munasabah, maka tindakan tatatertib hendaklah dipertimbangkan walaupun gaji mereka telah dipotong. Perlu diingat bahawa pemotongan gaji di bawah Perintah Am 14A bab 'C' merupakan tindakan secara pentadbiran sahaja berdasarkan kepada prinsip 'tidak hadir bekerja maka tidak ada gaji' ('rate for the job'). Jika pegawai disabitkan, LTJ boleh mengenakan hukuman tatatertib 'lucut hak emolumen' bagi tarikh-tarikh pegawai tidak hadir bertugas. Walau bagaimanapun pelaksanaan hukuman itu tidak boleh dibuat lagi sekali.
    12. Keputusan Yang Berbeza Keputusan yang disampaikan kepada pegawai berbeza dengan keputusan Mesyuarat LTJ. Ada kalanya keputusan yang dicatatkan dalam minit mesyuarat LTJ berbeza dengan keputusan yang disampaikan kepada pegawai. LTJ hendaklah mempastikan keputusan yang disampaikan kepada pegawai sama dengan keputusan yang tercatat dalam minit mesyuaratnya. Tidak boleh dimasukkan sebarang tokok-tambah sama ada dalam surat keputusan tatatertib atau dalam minit mesyuarat.
    13. Surat Keputusan LTJ Tidak Ditandatangani Oleh Pengerusinya Atau Ahli Bagi Pihak Pengerusi Surat keputusan LTJ ditandatangani oleh pegawai lain. Mengikut Peraturan 53, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993, mengkehendaki semua surat-menyurat antara Pihak Berkuasa Tatatertib dengan pegawai yang dituduh hendaklah ditandatangani oleh Pengerusi atau oleh mana-mana ahli bagi pihak Pengerusi.
    14. Bilangan Pertuduhan Dalam Surat Pertuduhan Dan Dalam Minit Mesyuarat LTJ Berbeza Terdapat keputusan LTJ menyatakan hukuman yang dikenakan ialah bagi 2 pertuduhan, tetapi dalam surat pertuduhan pegawai hanya dihadapkan dengan satu pertuduhan sahaja.

    Contohnya, dalam surat pertuduhan pegawai dituduh dengan satu pertuduhan sahaja, iaitu kesalahan tidak hadir bertugas, tetapi dalam surat keputusan LTJ, pegawai dikenakan hukuman buang kerja atas 2 pertuduhan.
    LTJ hendaklah mempastikan hukuman yang diputuskan adalah konsisten dengan pertuduhan yang dihadapkan kepada pegawai. Jika pegawai dihadapkan dengan satu pertuduhan maka LTJ hendaklah menimbangkan kes tersebut berdasarkan kepada satu pertuduhan itu sahaja. LTJ tidak boleh mengambil kira pertuduhan lain yang tidak termasuk dalam surat pertuduhan tersebut. Penambahan sebarang pertuduhan lain dalam surat keputusan akan menjejaskan hak pegawai membela diri.
    15. Keputusan Yang Aneh Terdapat kes pegawai dipanggil bertugas semula setelah tidak hadir bertugas selama setahun. Selepas mereka bertugas semula, tindakan tatatertib pun dimulakan dan pegawai akhirnya dikenakan tindakan buang kerja. Dalam rayuannya pegawai melahirkan rasa hairan mengapa dia dibuang kerja sedangkan Ketua Jabatan telah memanggil beliau bertugas semula? Tindakan mengarahkan pegawai bertugas semula perlu dilakukan di peringkat awal mereka tidak hadir bertugas. Sama ada pegawai kembali bertugas atau pun tidak, proses tindakan tatatertib perlu diteruskan bagi tarikh yang mereka telah tidak hadir bertugas itu. Tindakan mengarahkan pegawai bertugas semula setelah sekian lama tidak bertugas akan menimbulkan anggapan bahawa kesalahan mereka telah dimaafkan. Hukuman yang dijatuhkan setelah pegawai bertugas semula, terutama hukuman buang kerja, akan kelihatan pelik kepada mereka yang tidak memahami prosedur tatatertib.
    16. Tanggungjawab Ketua Jabatan Dalam Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 yang telah dipinda dan dikuatkuasakan pada 20 Jun 2002, peruntukan mengenai tanggungjawab Ketua Jabatan dalam urusan tatatertib telah diletakkan di bahagian awal, iaitu Peraturan 3C. Ini sebagai usaha hendak memberikan penekanan akan betapa pentingnya peranan mereka. Tahap kesedaran Ketua Jabatan mengenai tanggungjawab mereka menguatkuasakan peraturan tatatertib di agensi masing-masing masih boleh dipertingkatkan. Integriti seseorang Ketua Jabatan itu dan agensi mereka sudah pasti akan dipertikai dan diperlekehkan oleh pegawai bawahannya jika mereka tidak melihat bukti bahawa ketua mereka bersungguh-sungguh dalam mematuhi Peraturan 3C, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.
    17. Kesalahan Menggunakan Peraturan 36 dan 37 Masih terdapat LTJ yang menggunakan peraturan yang tidak tepat dalam menentukan jenis kesalahan atau tujuan tindakan tatatertib. Jenis atau tujuan tindakan tatatertib yang dinayatakn di dalam surat pertuduhan hendaklah selaras dengan bidang kuasa LTJ, iaitu mengikut jenis hukuman tatatertib yang dicadang hendak dikenakan kepada pegawai, sama ada dengan tujuan buang kerja atau turun pangkat (Peraturan 37) atau bukan dengan tujuan buang kerja atau turun pangkat (Peraturan 36).
    18. Kesilapan Tarikh Surat Pertuduhan Terdapat LTJ yang mengeluarkan surat pertuduhan pada tarikh yang sama dengan tarikh LTJ menjatuhkan hukuman. Hukuman tatatertib tidak boleh dijatuhkan pada tarikh yang sama dengan tarikh surat pertuduhan. Jika persamaan tarikh itu bukan satu kesilapan, ini bermakna prinsip "natural justice" dan "right to be heard" telah tidak dipatuhi. Menurut peraturan 36(1) dan 37(2), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993, pegawai yang dituduh diberi peluang mengemukakan representasi terhadap pertuduhan yang dikenakan kepadanya dalam tempoh 21 hari dari tarikh penerimaan surat pertuduhan.

Continue reading

Carta Aliran

Carta Aliran

Carta Aliran Prosedur

  • Prosedur Tahan Kerja & Gantung Kerja

  • Prosedur Bagi Pegawai Yang Dikenakan Tindakan Perintah Tahanan

  • Prosedur Tindakan Tatatertib Pegawai Yang Terlibat Dengan Kes Jenayah

  • Prosedur Tindakan Tatatertib Bagi Kes Biasa

  • Prosedur Tindakan Tatatertib Tidak Hadir Bertugas Tanpa Cuti / Tanpa Kebenaran / Tanpa Sebab Yang Munasabah

Continue reading

Senarai Peraturan

Senarai Peraturan

Persekutuan

  • Perlembagaan Persekutuan;
  • Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993, [P.U.(A) 395]
  • Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) Pindaan 2002, [P.U.(A) 246]
  • Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) Pindaan 2006, [P.U.(A) 111]
  • Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) Pindaan 2006, [P.U.(A) 111]

Negeri Sembilan

  • Peraturan-Peraturan Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam Negeri Sembilan, 1996, [N.S.P.U.5]
  • Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) (Negeri Sembilan) 2006, [N.S.P.U.2]

Melaka

  • Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) (Negeri Melaka) 2002, [M.P.U.10]
  • Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) (Negeri Melaka) (Pindaan) 2003, [M.P.U.31]
  • Peraturan-Peraturan Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam Negeri Melaka 2005, [M.P.U.19]

Pulau Pinang

  • Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) (Pulau Pinang) 1997, [Pg.P.U.13]
  • Peraturan-Peraturan Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam Negeri Pulau Pinang 1989, [Pg.P.U.1]

Perlis

  • Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) Negeri Perlis 1993, [Ps.P.U.8]
  • Peraturan-Peraturan Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam Negeri Perlis 1993, [Ps.P.U.9]

Continue reading

Tindakan Tatatertib Am

Tindakan Tatatertib Am

Tindakan Tatatertib Am

  • 1. Adakah tindakan tatatertib dengan tujuan buang kerja atau turun pangkat boleh diambil ke atas pegawai yang telah bersara atas kesalahan yang dilakukan semasa dalam perkhidmatan?

    Tidak boleh.

  • 2. Adakah pegawai yang telah dihadapkan Surat Pertuduhan dengan tujuan buang kerja atau turun pangkat boleh bersara daripada perkhidmatan awam?

    Tidak boleh. Tempoh perkhidmatan pegawai itu disifatkan sebagai telah dilanjutkan melampaui umur persaraan dan dikira cuti tanpa gaji sehingga tindakan tatatertib itu diputuskan.

  • 3. Adakah tindakan tatatertib boleh diambil ke atas pegawai yang telah meletak jawatan daripada perkhidmatan awam?

    Tidak boleh.

  • 4. Adakah tindakan tatatertib boleh diteruskan ke atas pegawai yang telah meletak jawatan semasa tindakan tatatertib sedang berjalan?

    Tidak boleh.

  • 5. Apakah tindakan yang boleh diambil terhadap pegawai yang belum disahkan dalam perkhidmatan tetapi telah melakukan kesalahan tatatertib?

    Tindakan yang boleh diambil ke atas pegawai yang belum disahkan dalam perkhidmatan:

    a) Pegawai boleh dikenakan tindakan tatatertib; atau
    b) Ketua Jabatan boleh tidak memperakukan pengesahan dalam perkhidmatan pegawai dalam Jadual Ketiga, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2012 [P.U.(A) 1/2012] kepada Pihak Berkuasa Melantik.

  • 6. Apakah tindakan yang boleh diambil oleh Ketua Jabatan jika pegawai memperoleh sijil sakit palsu?

    Berdasarkan Surat Edaran rujukan JPA.(S)TT 343 Jld.2(67) bertarikh 26.3.2010 – Tindakan Tatatertib Ke Atas Pegawai Awam Yang Mengemukakan Sijil Cuti Sakit Palsu Atau Meminda Sijil Cuti Sakit, jika didapati sijil cuti sakit yang dikemukakan adalah palsu atau dipinda, tindakan berikut hendaklah diambil:

    a) melucutkan hak emolumen pegawai pada hari pegawai tidak hadir bertugas tanpa cuti;
    b) membuat laporan Polis sekiranya sijil cuti sakit berkenaan diperoleh daripada sindiket menjual sijil cuti sakit; dan
    c) mengambil tindakan tatatertib sehingga hukuman buang kerja ke atas pegawai kerana berkelakuan tidak jujur atau tidak amanah serta tidak bertanggungjawab iaitu melanggar tatakelakuan di bawah Peraturan 4(2)(f) dan (g), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 [P.U.(A) 395/1993].

  • 7. Jika Urus Setia Tatatertib mendapati terdapat kesilapan dalam surat pertuduhan terhadap seseorang pegawai, apakah tindakan yang seharusnya dilakukan oleh Urus Setia?

    Jika surat pertuduhan belum disampaikan kepada pegawai, surat pertuduhan baharu boleh dikeluarkan dan surat pertuduhan lama hendaklah dibatalkan.

    Jika surat pertuduhan telah dikeluarkan dan pegawai telah mengemukakan representasi, Lembaga Tatatertib perlu dimaklumkan mengenai kesilapan tersebut sebelum Lembaga Tatatertib membuat keputusan terhadap kes tatatertib pegawai.

  • 8. Bagaimana kaedah untuk menyediakan surat pertuduhan yang jelas dan tepat?

    Surat Pertuduhan boleh mengandungi lebih daripada satu pertuduhan.

    Setiap pertuduhan hendaklah mempunyai satu kesalahan sahaja. Fakta yang dipertuduhkan perlu jelas, terperinci dan spesifik yang mengandungi antara lain jenis kesalahan, tarikh, masa dan tempat kesalahan tersebut berlaku serta
    peraturan yang berkaitan dengan kesalahan.

    Contohnya, jika pegawai dituduh tidak hadir bertugas, maklumat spesifik seperti tarikh-tarikh tidak hadir bertugas dan tempat bertugas perlu dinyatakan dalam surat pertuduhan.

  • 9. Alamat yang manakah perlu digunakan untuk penyediaan dan penyerahan Surat Pertuduhan?

    Mengikut Peraturan 52(1), P.U.(A) 395/1993, pegawai hendaklah memberikan Ketua Jabatan alamat kediamannya atau apa-apa perubahan alamat itu bagi maksud penyampaian notis atau dokumen berkaitan.

    Serahan apa-apa dokumen tatatertib dibuat kepada pegawai menggunakan alamat kediaman terakhir yang dimaklumkan/ diberikan oleh pegawai kepada Ketua Jabatan.

  • 10. Apakah kaedah penyerahan Surat Pertuduhan?

    Mengikut Peraturan 52(2), P.U.(A) 395/1993, apa-apa notis, dokumen atau komunikasi yang ditinggalkan di, atau diposkan ke atau dihantar dengan apa-apa cara lain yang munasabah ke alamat bagi penyampaian yang diberikan di bawah subperaturan (1) hendaklah disifatkan telah disampaikan atau diberitahu dengan sempurna kepada pegawai itu.

    Surat Pertuduhan boleh dipos atau dihantar dengan apa-apa cara lain yang munasabah seperti menyerahkan secara kediri kepada pegawai. Sekiranya serahan dibuat menggunakan Pos Berdaftar, serahan dianggap lengkap apabila akuan penerimaan ditandatangani oleh pegawai.

  • 11. Bolehkah Pihak Berkuasa Tatatertib bersidang untuk menjatuhkan hukuman ke atas pegawai sekiranya tempoh representasi pembelaan diri pegawai belum tamat 21 hari?

    Tidak boleh.

  • 12. Siapakah yang menganggotai Lembaga Tatatertib sesuatu jabatan/kementerian?

    Mengikut Peraturan 2, Peraturan-Peraturan Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam 1993 [P.U.(A) 396/1993] keanggotaan Lembaga Tatatertib terdiri dari anggota yang dinyatakan dalam ruang 4 jadual. Pengerusi – Ketua Jabatan/Ketua Bahagian Ahli I – Timbalan Ketua Jabatan/Timbalan Ketua Pengarah (Pegawai yang paling kanan selepas Pengarah) Ahli II - Seseorang pegawai P&P yang dilantik oleh Ketua Setiausaha Kementerian.

  • 13. Bagaimana kaedah untuk melantik Pengerusi ganti Lembaga Tatatertib?

    Pelantikan jawatan tersebut perlu dibuat oleh KSN seperti yang diperuntukkan di bawah Peraturan 3, P.U.(A) 396/1993.

Continue reading

Tindakan Tatatertib Jenayah

Tindakan Tatatertib Jenayah

Tindakan Tatatertib Jenayah

  • 1. Apakah prosedur tatatertib yang perlu diambil sekiranya seseorang pegawai disabitkan oleh mahkamah?

    Prosedur tindakan tatatertib jenayah.

  • 2. Apakah tindakan yang perlu diambil ke atas pegawai yang ditahan polis?

    Perintah Tahan Kerja di bawah Peraturan 43, P.U.(A) 395/1993 boleh dikenakan ke atas pegawai yang ditahan polis.

  • 3. Apakah tindakan yang perlu diambil ke atas pegawai yang telah dituduh di mahkamah?

    Perintah Tahan Kerja di bawah Peraturan 44, P.U.(A) 395/1993 boleh dikenakan ke atas pegawai yang telah dituduh di mahkamah.

     
  • 4. Adakah pegawai yang sedang ditahan kerja di bawah Peraturan 44(1)(a), P.U.(A) 395/1993 layak dibayar emolumen

    Merujuk kepada Peraturan 44(6), P.U.(A) 395/1993, pegawai berhak menerima tidak kurang daripada setengah emolumennya mengikut pertimbangan Pihak Berkuasa Tatatertib (PBT).

  • 5. Apakah perakuan Ketua Jabatan di bawah Peraturan 29(2), P.U.(A) 395/1993?

    Perakuan Ketua Jabatan di bawah Peraturan 29(2), P.U.(A) 395/1993 hendaklah disediakan apabila seseorang pegawai telah disabit oleh mahkamah. Ketua Jabatan perlu memilih sama ada:

    1. Pegawai dibuang kerja atau diturunkan pangkat;
    2. Pegawai patut dihukum dengan hukuman selain buang kerja dan turun pangkat;
    3. Perkhidmatan pegawai patut ditamatkan demi kepentingan awam; atau
    4. Tiada hukuman patut dikenakan.
  • 6. Apakah yang perlu dilakukan apabila seseorang pegawai telah disabitkan oleh mahkamah?

    PBT hendaklah mengeluarkan perintah gantung kerja terhadap pegawai yang telah disabit oleh mahkamah seperti yang diperuntukan di bawah Peraturan 28(6) dan Peraturan 45, P.U.(A) 395/1993.


    Ketua Jabatan selanjutnya hendaklah mengemukakan perakuan di bawah Peraturan 29(2), P.U.(A) 395/1993 kepada PBT.


    Selaras dengan Peraturan 33, P.U.(A) 395/1993, PBT hendaklah membuat penentuan hukuman terhadap pegawai setelah menimbang laporan berkaitan sabitan jenayah, rekod perkhidmatan dan perakuan Ketua Jabatan di bawah Peraturan 29(2) Peraturan yang sama.

  • 7. Adakah pegawai yang sedang digantung kerja di bawah Peraturan 45(a), P.U.(A) 395/1993 layak dibayar emolumen?

    Merujuk kepada Peraturan 45(b), P.U.(A) 395/1993, pegawai tidak berhak menerima apa-apa emolumen sepanjang tempoh penggantungan kerjanya.

     

Continue reading

Tidak Hadir Bertugas

 Tidak Hadir Bertugas

Tidak Hadir Bertugas

  • 1. Sekiranya seseorang pegawai yang telah ditangkap/ditahan oleh pihak polis atau SPRM kerana disyaki melakukan jenayah dan telah ditahan reman (yang menyebabkan pegawai tidak hadir bertugas), adakah tindakan tatatertib tidak hadir bertugas boleh diambil ke atas pegawai tersebut?

    Tidak boleh kerana ketidakhadiran pegawai mempunyai alasan yang munasabah.

    Sekiranya pegawai masih tidak hadir selepas dibebaskan, tindakan tatatertib boleh diambil ke atas pegawai bagi ketidakhadiran tersebut.

  • 2. Berapakah tempoh yang boleh dianggap tidak hadir bertugas?

    Peraturan 23, P.U.(A) 395/1993 menjelaskan tidak hadir termasuklah tidak hadir bagi apa-apa jua tempoh masa dan tempat pegawai itu dikehendaki hadir bagi pelaksanaan tugas-tugasnya.

    Tiada tempoh minimum atau maksimum bagi kesalahan Tidak Hadir Bertugas.

  • 3. Apakah yang perlu dilakukan sekiranya pegawai kembali bertugas dalam tempoh penyiaran Notis (prosedur jika pegawai tidak hadir tanpa cuti dan tidak dapat dikesan)?

    Peraturan 26(5), P.U.(A) 395/1993, menjelaskan jika pegawai kembali bertugas ke pejabat dalam masa 7 hari dari tarikh penyiaran notis, Ketua Jabatan hendaklah melaporkan kepada Pihak Berkuasa Tatatertib yang berkenaan supaya prosiding tindakan tatatertib biasa dikenakan terhadap pegawai.

     
  • 4. Pegawai hanya datang pagi dan petang untuk mengetik kad perakam waktunya. Pegawai sebenarnya tidak bertugas. Bolehkah pegawai dikenakan tuduhan ‘tidak hadir bertugas’?

    Pegawai boleh dikenakan pertuduhan tidak hadir termasuklah tidak hadir bagi apa-apa jua tempoh masa pada masa dan tempat pegawai itu dikehendaki hadir bagi pelaksanaan tugas-tugasnya.

     

Continue reading

Penyalahgunaan Dadah

Penyalahgunaan Dadah

Penyalahgunaan Dadah

  • 1. Apakah jenis prosedur tatatertib yang perlu diambil bagi kesalahan penyalahgunaan dadah?

    Terdapat 3 keadaan yang membezakan jenis prosedur tatatertib yang akan digunakan bagi tujuan tindakan tatatertib:

    a. Sabitan jenayah di Mahkamah di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952 atau Akta Racun 1952.
    • Surat pertuduhan tidak perlu dihadapkan.
    • Kesalahan pegawai telah dibuktikan melalui sabitan di Mahkamah.
    • Pihak Berkuasa Tatatertib (PBT) membuat penentuan hukuman sahaja.

    b. Perakuan Pegawai Perubatan Kerajaan.
    • Surat pertuduhan perlu dihadapkan.
    • Perakuan Pegawai Perubatan Kerajaan di bawah Peraturan 7(2), P.U.(A)395/1993 dilaksana bersama P.U.(A)132/2007.
    • Pegawai dibawa ke hadapan Pegawai Perubatan Kerajaan untuk pemeriksaan fizikal bagi tujuan mengisi Borang 7 selepas jabatan menerima keputusan ujian air kencing daripada Jabatan Patologi/ Jabatan Kimia.
    • PBT perlu membuat dapatan salah dan hukuman semasa mesyuarat.

    c. Perintah di bawah Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983.
    • Surat pertuduhan perlu dihadapkan atas kesalahan mencemarkan nama perkhidmatan awam.
    • Bukan suatu sabitan jenayah.
    • PBT perlu membuat dapatan salah dan hukuman semasa mesyuarat.

  • 2. Bolehkah tindakan tatatertib diambil terhadap pegawai yang diketahui menagih dadah?

    Boleh. Tindakan tatatertib ini diambil di bawah Peraturan 7(2) P.U.(A) 395/1993 setelah Pegawai Perubatan Kerajaan memperakukan pegawai ialah seorang penagih dadah atau menggunakan atau mengambil selain bagi maksud perubatan, suatu dadah berbahaya atau menyalahgunakan suatu dadah berbahaya yang disenaraikan dalam Jadual Pertama kepada Akta Dadah Berbahaya 1952.

  • 3. Bolehkah pegawai yang diperakukan oleh Pegawai Perubatan Kerajaan mengambil/menyalahgunakan dadah dikenakan tindakan tatatertib sehingga buang kerja?

    Boleh. Jenis tindakan tatatertib adalah bergantung kepada keputusan penentuan jenis kesalahan tatatertib oleh Pengerusi Lembaga Tatatertib.

Continue reading

Rayuan Kenaikan Pangkat / Pemangkuan

Rayuan Kenaikan Pangkat / Pemangkuan

Rayuan Kenaikan Pangkat / Pemangkuan

  • 1. Adakah SPA melaksanakan urusan naik pangkat?

    SPA hanya melaksanakan urusan naik pangkat bagi Ahli Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Awam.

     

  • 2. Rayuan kenaikan pangkat/pemangkuan kumpulan pegawai yang manakah dipertimbangkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam selaku Lembaga Rayuan Kenaikan Perkhidmatan Awam?

    Lembaga Rayuan Kenaikan Perkhidmatan Awam di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam menguruskan rayuan kenaikan pangkat/pemangkuan bagi kumpulan pegawai berikut:

    1. Semua kumpulan pegawai kecuali Gred 2 hingga Gred 16 atau Gred setaraf dalam Perkhidmatan Awam Persekutuan;
    2. Pegawai Kumpulan Pengurusan dan Ikhtisas dalam Perkhidmatan Awam
      Negeri Melaka;
    3. Pegawai Kumpulan ‘A’ dalam Perkhidmatan Awam Pulau Pinang dan Perlis;
    4. Pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional dalam Perkhidmatan Awam Negeri Sembilan.
  • 3. Bilakah pegawai boleh mengemukakan rayuan kenaikan pangkat/pemangkuan?

    Sesuatu rayuan kenaikan pangkat/pemangkuan hendaklah dikemukakan melalui Pengerusi Lembaga yang berkenaan dalam masa 30 hari daripada tarikh pegawai menerima keputusan Lembaga itu.

  • 4. Apakah dokumen yang perlu dikemukakan kepada Lembaga Rayuan Kenaikan Perkhidmatan Awam bagi urusan rayuan kenaikan pangkat/pemangkuan?

    Pegawai merayu perlu mengemukakan surat rayuan melalui Pengerusi Lembaga yang berkenaan.

    Manakala Urus Setia Lembaga yang berkenaan perlu mengemukakan dokumen seperti yang dinyatakan di Lampiran C Surat Pekeliling Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Bilangan 2 Tahun 2017.

Continue reading

Rayuan Tatatertib

Rayuan Tatatertib

Rayuan Tatatertib

  • 1. Bilakah pegawai boleh mengemukakan rayuan tindakan tatatertib?

    Mengikut Peraturan 15(1), P.U.(A) 396/1993, rayuan tindakan tatatertib hendaklah dikemukakan secara bertulis kepada Lembaga Rayuan Tatatertib Perkhidmatan Awam di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam melalui Ketua Jabatan dalam tempoh 14 hari dari tarikh pegawai menerima keputusan tindakan tatatertib.

     

     

  • 2. Bolehkah rayuan tindakan tatatertib dikemukakan selepas tempoh 14 hari?

    Boleh. Walau bagaimanapun, Lembaga Rayuan Tatatertib akan sahkan bahawa surat itu diterima tetapi tidak akan dipertimbangkan kerana rayuan di buat melepasi tempoh membuat rayuan. Surat keputusan makluman ini perlu dikemukakan kepada pegawai.

     

  • 3. Perlukah rayuan tindakan tatatertib dikemukakan melalui Ketua Jabatan?

    Ya, mengikut Peraturan 15(1), P.U.(A) 396/1993.

     

  • 4. Adakah Ketua Jabatan perlu mengemukakan ulasan terhadap rayuan tindakan tatatertib pegawai?

    Ya, mengikut Peraturan 15(2), P.U.(A) 396/1993.

     

  • 5. Apakah dokumen yang perlu dikemukakan kepada Lembaga Rayuan Tatatertib Perkhidmatan Awam?

  • 6. Apakah keputusan yang boleh dibuat oleh Lembaga Rayuan Tatatertib Perkhidmatan Awam?

    Berdasarkan Peraturan 16(4), P.U.(A) 396/1993 Lembaga Rayuan Tatatertib Perkhidmatan Awam boleh-

    1. menghantar balik kes itu kepada Lembaga Tatatertib untuk ditimbang semula;
    2. mengesahkan keputusan Lembaga Tatatertib;
    3. mengesahkan keputusan Lembaga Tatatertib tentang salah laku perayu itu tetapi mengubah hukuman itu kepada hukuman yang lebih ringan; atau
    4. mengakaskan keputusan dan hukuman Lembaga Tatatertib dan membebaskan perayu.

Continue reading

Sukatan / Syarat

Sukatan / Syarat Peperiksaan

Continue reading

Permohonan Jawatan Pegawai Perubatan Gred UD41/ Pegawai Pergigian Gred UG41/ Pegawai Farmasi Gred UF41

Permohonan Jawatan Pegawai Perubatan Gred UD41/ Pegawai Pergigian Gred UG41/ Pegawai Farmasi Gred UF41

  • 1. Siapakah yang boleh memohon jawatan ini?

    Semua pemohon yang memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam bidang perubatan, pergigian dan farmasi dari universiti tempatan dan luar negara yang diiktiraf oleh Kerajaan boleh memohon jawatan Pegawai Perubatan Gred UD41, Pegawai Pergigian Gred UG41 dan Pegawai Farmasi Gred UF41.

  • 2.Bagaimana untuk memohon?

    Pemohon perlu melengkapkan permohonan melalui Sistem SPA9 dengan memastikan maklumat peribadi, pendidikan (Bahasa Melayu peringkat SPM) serta Nombor pendaftaran Majlis Perubatan Malaysia (MMC), Lembaga Farmasi Malaysia atau Majlis Pergigian Malaysia diisi dengan lengkap.

  • 3. Bagaimana pemohon dimaklumkan mengenai keputusan permohonan?

    Pemohon boleh menyemak keputusan permohonan melalui Sistem SPA9 di mana calon yang berjaya akan ditukar status kepada ‘Lantikan Kontrak’.

  • 4. Apa tindakan selanjutnya selepas berjaya mendapat status ‘Lantikan Kontrak’ dalam Sistem SPA9?

    Penempatan calon akan ditentukan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

  • 5. Bilakah saya akan mendapat surat tawaran untuk lapor diri?

    Urusan tawaran pelantikan dan tarikh lapor diri bertugas akan ditentukan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia.

Continue reading

Syarat Umum

Syarat Umum

SYARAT UMUM SKIM PERKHIDMATAN BAGI MAKSUD PELANTIKAN KE DALAM PERKHIDMATAN AWAM

KEWARGANEGARAAN
Calon bagi lantikan hendaklah seorang warganegara Malaysia.

HAD UMUR
Calon hendaklah berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.

PENETAPAN GAJI PERMULAAN
Gaji permulaan yang lebih tinggi daripada gaji minimum boleh ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan berasaskan kepada pengalaman kerja berkaitan.

TEMPOH PERCUBAAN
Pegawai yang dilantik adalah dikehendaki berkhidmat dalam tempoh percubaan selama 1 hingga 3 tahun.

LATIHAN
Pegawai boleh dikehendaki mengikuti latihan yang ditetapkan oleh Ketua Jabatan/Ketua Perkhidmatan yang berkenaan.

PERGERAKAN GAJI TAHUNAN
Pergerakan Gaji Tahunan adalah tidak automatik dan akan ditetapkan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan berdasarkan prestasi perkhidmatan.

KEPERLUAN KOMPETENSI POTENSI
Pegawai hendaklah memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan untuk kenaikan pangkat


Rujukan:
Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2024

  • Sistem Pendaftaran Pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (Sistem SPA9)

    1. Pemohon boleh merujuk terlebih dahulu kepada maklumat Syarat Permohonan dalam Portal Rasmi SPA untuk keterangan mengenai jawatan yang bersesuaian dengan kelayakan akademik yang dimiliki sebelum mengemukakan permohonan dalam Sistem SPA9.
    2. Pendaftaran pekerjaan melalui Sistem SPA9 hanya terhad kepada permohonan pekerjaan bagi Pihak Berkuasa Melantik berikut:
      1. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA)
        • Perkhidmatan Awam Am Persekutuan
        • Pentadbiran Kerajaan Negeri Perlis
        • Pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan
        • Pentadbiran Kerajaan Negeri Melaka
        • Pentadbiran Kerajaan Negeri Pulau Pinang
      2. Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan (SPKP)
        • Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan
    3. Pautan untuk mendaftarkan pekerjaan melalui Sistem SPA9:
      1. Sistem Pendaftaran Pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (Sistem SPA9)
      2. Panduan Pengguna Sistem SPA9
      3. Soalan Lazim Mengenai Pendaftaran Sistem SPA9
      4. Infografik Mengenai Sistem SPA9
  • Pengumuman Penting Mengenai Permohonan Pekerjaan Melalui Sistem SPA9

    1. Pendaftaran Akaun Baharu Sistem SPA9
      1. Mulai 1 Julai 2016, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia telah menambah baik Pendaftaran Pengguna dan Lupa Kata Laluan melalui integrasi maklumat dengan Jabatan Pendaftaran Negara. 
      2. Pemohon berikut hendaklah mendaftarkan ID pengguna SPA9 menggunakan Nombor Kad Pengenalan dan Nama Penuh di Pendaftaran Pengguna (sila pastikan ejaan huruf, jarak dan/atau tanda huruf seperti di dalam Kad Pengenalan):
        • Pemohon yang pernah berdaftar dalam Borang SPA9 dan
        • Pemohon yang pertama kali ingin memohon pekerjaan melalui SPA
      3. Bagi tujuan log masuk, No. Kad Pengenalan adalah nombor kad pengenalan pemohon dan Kata Laluan adalah seperti yang didaftarkan oleh pemohon.
      4. Pemohon yang telah berdaftar dalam Sistem SPA9 tetapi terlupa kata laluan boleh mengisi maklumat di Lupa Kata Laluan untuk menetapkan semula kata laluan.
    2. Maklumat Penting Mengenai Permohonan Pekerjaan Melalui Sistem SPA9
        1. Pemohon hanya dibenarkan mendaftarkan maksimum sehingga 15 jawatan sahaja (termasuk latihan separa perubatan);
        2. Tempoh sah laku pendaftaran pemohon adalah selama satu (1) tahun daripada tarikh pendaftaran (iaitu tarikh pemohon menghantar Perakuan Pemohon dalam Sistem SPA9);
        3. Permohonan pekerjaan melalui Sistem SPA9 adalah tertakluk kepada dasar ‘One Step Lower seperti contoh dalam jadual berikut:

      Kelayakan Akademik Gred Jawatan Yang Boleh Dimohon
      Ijazah Sarjana Muda Gred 9
      Ijazah Sarjana Muda 
      dan
      Diploma/Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM)/Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM)/Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)/Sijil Politeknik/kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya
      Gred 9
      dan
      Gred 5
      Diploma/STPM/STAM/Matrikulasi KPM/Sijil Politeknik/kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya Gred 5
      Diploma/STPM/STAM/Matrikulasi KPM/Sijil Politeknik/kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya
      dan
      SPM/SVM
      Gred 5
      dan
      Latihan Separa Perubatan (bagi pemohon yang memiliki kelayakan sijil SPM)
      dan
      Gred 1
      SPM/SVM Gred 1
      dan
      Latihan Separa Perubatan (bagi pemohon yang memiliki kelayakan sijil SPM)

      *Pemohon Orang Kurang Upaya (OKU) adalah dikecualikan daripada dasar ‘One Step Lower’.


      1. Pendaftaran pemohon yang tidak memenuhi kriteria seperti di Perkara (b)(i) dan (b)(iii) di atas akan memberi kesan terhadap pertimbangan permohonan pekerjaan melalui Sistem SPA9.
      2. Bagi urusan pengambilan yang dijalankan, hanya pemohon yang melepasi syarat tapisan yang ditetapkan akan dipanggil untuk menduduki Penilaian Memasuki Perkhidmatan Awam (PSEE)/ujian. Calon yang lulus dalam PSEE/ujian tersebut seterusnya akan dipanggil ke sesi temu duga. Panggilan ke PSEE/ujian/temu duga akan dikeluarkan kepada calon yang terlibat melalui e-mel yang didaftarkan dalam Sistem SPA9 serta melalui hebahan pemakluman penjadualan PSEE/ujian/temu duga dalam Portal Rasmi SPA dan Facebook Rasmi SPA. 
      3. Pemohon hendaklah memastikan alamat e-mel yang didaftarkan dalam Sistem SPA9 adalah tepat serta sentiasa menyemak folder Inbox/Spam Mail/Junk Mail dalam e-mel bagi mengelakkan terlepas pandang menerima e-mel pemakluman mengenai panggilan peperiksaan/ujian/temu duga. 
      4. Pemohon bertanggungjawab supaya sentiasa peka dan menyemak dari semasa ke semasa segala pemakluman terkini dalam Portal Rasmi SPA, Facebook SPA serta folder Inbox/Spam Mail/Junk Mail dalam e-mel yang didaftarkan dan semakan status permohonan dalam Sistem SPA9. 

Continue reading

Urusan Permohonan Pekerjaan

Urusan Permohonan Pekerjaan

  • 1. Saya berminat menjadi penjawat awam. Bagaimana saya boleh memohon pekerjaan dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA)?

    Permohonan pekerjaan boleh dibuat melalui Sistem Pendaftaran Pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA9) di pautan: SPA9.

  • 2. Adakah SPA9 menguruskan pengambilan semua jawatan tetap dalam perkhidmatan awam?

    Tidak.

    Permohonan pekerjaan melalui SPA9 hanya melibatkan urusan pengambilan yang dilaksanakan oleh Pihak Berkuasa Melantik berikut:

    i. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA)

    1. Perkhidmatan Awam Am Persekutuan;
    2. Pentadbiran Kerajaan Negeri Perlis;
    3. Pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan;
    4. Pentadbiran Kerajaan Negeri Melaka; dan
    5. Pentadbiran Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

    ii. Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan (SPKP)

    1. Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan.

    Bagi perkhidmatan lain seperti perkhidmatan pendidikan, pasukan polis, Angkatan Tentera Malaysia dan pentadbiran kerajaan negeri yang lain, pemohon pekerjaan hendaklah merujuk kepada Pihak Berkuasa Melantik yang berkaitan.

  • 3. Adakah saya perlu menunggu iklan kekosongan jawatan dikeluarkan sebelum saya memohon pekerjaan melalui SPA9?

    Tidak perlu.

    Permohonan SPA9 boleh dibuat pada bila-bila masa sepanjang tahun. Pemohon hendaklah memastikan permohonan SPA9 masih dalam tempoh sah laku pendaftaran ketika iklan kekosongan jawatan yang dimohon dikeluarkan.

  • 4. Berapa lamakah tempoh sah laku pendaftaran SPA9?

    Selama satu (1) tahun daripada tarikh pemohon menghantar Perakuan Pemohon melalui SPA9.

  • 5. Tempoh sah pendaftaran SPA9 saya telah tamat/luput. Adakah permohonan pekerjaan saya masih akan diproses?

    Tidak akan diproses. Pemohon hendaklah memperbaharui permohonan SPA9 sekiranya masih berminat untuk memohon pekerjaan melalui SPA.

  • 6. Saya akan klik ‘Hantar Perakuan’ untuk mengemas kini permohonan pada setiap kali saya log masuk ke SPA9. Adakah tindakan ini menjejaskan permohonan pekerjaan saya?

    Ya.

    Kekerapan pemohon mengemas kini permohonan SPA9 boleh menjejaskan urusan pada peringkat tapisan dan menyebabkan permohonan terdahulu terbatal. Tarikh pendaftaran SPA9 akan berubah kepada tarikh terkini pemohon menghantar Perakuan Pemohon melalui SPA9. Oleh yang demikian, pemohon tidak perlu klik ‘Hantar Perakuan’ setiap kali log masuk ke SPA9 sekiranya tiada perubahan pada maklumat pendaftaran SPA9.

  • 7. Saya memohon sesuatu jawatan dalam SPA9 selepas tarikh tutup iklannya. Adakah permohonan tersebut akan diproses bagi urusan ini?

    Tidak.

  • 8. Apakah had maksimum bilangan jawatan yang boleh saya mohon melalui SPA9?

    Bilangan jawatan yang boleh dimohon melalui SPA9 adalah sehingga 15 jawatan sahaja (termasuk Latihan Separa Perubatan).

  • 9. Bolehkah saya menghantar permohonan pekerjaan kepada SPA secara pos/serahan tangan/e-mel?

    Tidak boleh kerana hanya permohonan pekerjaan yang diterima melalui SPA9 (SPA9) akan diproses.

  • 10. Saya merupakan Orang Kurang Upaya (OKU). Adakah saya diberi keistimewaan untuk dilantik menjadi penjawat awam?

    Pemohon OKU boleh memohon jawatan bersesuaian di semua gred (Gred 1, 5 dan/atau 9) mengikut kelayakan akademik yang diperoleh. Dalam urusan pengambilan yang dilaksanakan, pemohon OKU yang memenuhi syarat kelayakan minimum yang ditetapkan bagi jawatan yang dimohon adalah dikecualikan Penilaian Memasuki Perkhidmatan Awam (PSEE) dan akan dipanggil ke peringkat seterusnya.

    Pelantikan calon OKU ke sesuatu jawatan adalah dilaksanakan mengikut kesesuaian fungsi tugas, persekitaran kerja dan ketersediaan kemudahan mesra OKU oleh Kementerian/Jabatan/Agensi terlibat.

  • 11. Saya merupakan pemegang biasiswa kerajaan. Adakah saya akan mendapat pertimbangan khas untuk dilantik ke dalam Perkhidmatan Awam?

    Tidak.

    Pemegang biasiswa kerajaan adalah tertakluk kepada prosedur pengambilan yang sama seperti pemohon yang lain mengikut peraturan yang sedang berkuat kuasa.

  • 12. Saya merupakan pemastautin tetap. Adakah saya boleh memohon pekerjaan melalui SPA9?

    Tidak boleh. Permohonan pekerjaan melalui SPA9 adalah terhad kepada warganegara Malaysia sahaja.

  • 13. Saya tidak pasti jawatan apa yang sesuai dengan kelayakan akademik saya. Bagaimanakah saya memilih jawatan yang bersesuaian dengan kelayakan saya?

    Pemohon disarankan merujuk maklumat Syarat Permohonan (pautan ke Syarat Permohonan) dalam Portal Rasmi SPA sebelum membuat permohonan.

  • 14. Saya merupakan graduan luar negara. Bagaimanakah saya tahu institusi pengajian tinggi saya adalah diiktiraf untuk pelantikan ke dalam Perkhidmatan Awam?

    Pengiktirafan kelayakan akademik yang diperoleh dari institusi pengajian tinggi awam/swasta/luar negara adalah di bawah bidang kuasa Agensi Kelayakan Malaysia (MQA). Pemohon disarankan membuat semakan pengiktirafan kelayakan akademik yang diperoleh dengan pihak MQA melalui Portal Rasmi MQA (https://www2.mqa.gov.my/mqr/) atau melalui Sistem Pengiktirafan Kelayakan Perkhidmatan Awam (eSisraf) (https://www2.mqa.gov.my/esisraf/kelayakan.cfm).

  • 15. Saya memiliki kelayakan PMR, SPM dan Diploma. Adakah saya layak memohon jawatan SPM (Gred 1)?

    Tidak layak kerana permohonan jawatan dalam SPA9 adalah berdasarkan ketetapan dasar One Step Lower (pautan ke  Syarat Permohonan) seperti ringkasan berikut:

    Bil. Kelayakan Akademik Pemohon Gred Jawatan Yang Boleh Dipohon
    1.  Ijazah Sarjana Muda/ setaraf Gred 9
    2.
    Ijazah Sarjana Muda/setaraf dan Diploma/STPM/STAM/Sijil Matrikulasi KPM/Sijil Politeknik/setaraf Gred 9 dan Gred 5
    3. Diploma/STPM/STAM/Sijil Matrikulasi KPM/Sijil Politeknik/setaraf dan SPM/SVM Gred 5 dan Gred 1
    4. SPM/ SVM  Gred 1

    *Pemohon Orang Kurang Upaya (OKU) adalah dikecualikan dari dasar ini.

  • 16. Saya memiliki kelayakan Sijil Matrikulasi dari institusi pengajian tinggi awam. Bolehkah saya memohon jawatan yang mensyaratkan kelayakan masuk di peringkat Sijil Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia?

    Tidak boleh.

    Hanya pemohon yang memiliki Sijil Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia boleh memohon jawatan di Gred 5 mengikut syarat skim perkhidmatan yang ditetapkan dalam Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2024: Pelaksanaan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam Bagi Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan.

  • 17. Adakah pegawai sedang berkhidmat diberi keutamaan dalam urusan pengambilan sesuatu jawatan?

    Tidak.

    Pegawai sedang berkhidmat adalah tertakluk kepada prosedur pengambilan yang sama seperti pemohon yang lain mengikut peraturan yang sedang berkuat kuasa.

  • 18. Saya merupakan anggota tentera sedang berkhidmat. Adakah saya layak memohon jawatan melalui SPA9?

    Tidak layak memohon kerana anggota tentera masih terikat kepada peraturan-peraturan perkhidmatan angkatan tentera yang sedang berkuat kuasa.

  • 19. Bolehkah saya memohon jawatan menggunakan kelayakan Sijil Kemahiran Malaysia sahaja?

    Tidak boleh kerana Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) sahaja tidak memadai untuk dipertimbangkan permohonan mana-mana jawatan melalui SPA9. Pemohon hendaklah memiliki kelayakan akademik pada peringkat SPM/SVM, Diploma/setaraf, Ijazah Sarjana Muda/setaraf untuk melayakkan diri memohon jawatan yang bersesuaian.

  • 21. Adakah saya akan disenaraihitamkan sekiranya saya menolak tawaran pelantikan?

    Tidak.

  • 22. Status permohonan sesuatu jawatan saya ialah “Tidak Melepasi Syarat-Syarat Yang Ditetapkan”. Bolehkah saya tahu apa maksud status ini?

    Status “Tidak melepasi syarat-syarat yang ditetapkan” bermaksud tidak memenuhi:

    a. Syarat yang ditetapkan dalam skim perkhidmatan berkaitan; atau
    b. Syarat-syarat khusus yang ditetapkan oleh Kementerian/Jabatan/Agensi seperti keperluan gred subjek tertentu, bidang pengkhususan, lokaliti, jantina dan lain-lain kriteria khusus mengikut keperluan perkhidmatan di Kementerian/Jabatan/Agensi berkenaan. Syarat-syarat khusus ini bukan sesuatu yang muktamad dan sentiasa berubah mengikut keperluan semasa Kementerian/Jabatan/Agensi. 

  • 23. Apakah had umur maksimum untuk memohon pekerjaan?

    a. Tiada had umur maksimum ditetapkan bagi pemohon lantikan terus;
    b. Bagi pemohon di kalangan pegawai sedang berkhidmat, had umur maksimum adalah 2 tahun daripada tarikh persaraan wajib; dan
    c. Bagi pemohon Latihan Separa Perubatan, had umur maksimum adalah sepertimana ditetapkan mengikut kategori pemohon.

  • 24. Saya telah berdaftar SPA9. Bagaimanakah cara untuk saya mendapat maklumat panggilan ke peperiksaan/temu duga?

    Calon yang layak hendaklah peka dan menyemak dari semasa ke semasa maklumat panggilan peperiksaan/temu duga melalui saluran berikut: 

    1. E-mel calon yang didaftarkan dalam SPA9 (calon hendaklah sentiasa peka terhadap kemasukan e-mel di semua peti seperti Inbox/ Promotions/ Social/ Junk/  Spam);
    2. Semakan penjadualan penilaian/ ujian/ temu duga di Portal Rasmi SPA (Semakan Penjadualan );
    3. Hebahan penjadualan penilaian/ ujian/ temu duga di Facebook Rasmi SPA (https://www.facebook.com/SPAMalaysia.gov); dan
    4. Semakan status dalam SPA9 melalui menu "Semakan Permohonan" -> "Status Permohonan" -> "Status Permohonan Semasa" -> rujuk kepada jawatan dan nombor urusan yang berkaitan untuk semakan status urusan terkini.
  • 25. Kenapakah saya tidak pernah dipanggil ke peperiksaan/temu duga?

    Pemohon SPA9 hendaklah berstatus melepasi syarat yang ditetapkan oleh Kementerian/ Jabatan/ Agensi untuk melayakkan diri dipanggil ke PSEE/ ujian. Panggilan ke sesi temu duga hanya akan dikeluarkan kepada calon yang lulus dalam PSEE/ ujian berkenaan.

  • 26. Kenapakah saya tidak dapat memohon jawatan SPM/setaraf (Gred 1)?

    Pemohon yang memiliki kelayakan Ijazah Sarjana Muda/setaraf adalah melebihi kelayakan untuk memohon jawatan SPM/setaraf (Gred 1) selaras dengan dasar ‘One Step Lower’ (pautan ke Syarat Permohonan ).

     

Continue reading

Polisi E-Penyertaan

Polisi E-Penyertaan

Dasar E-Penyertaan ini bertujuan untuk memulakan budaya dan amalan E-Penyertaan demi meningkatkan ketelusan dan penyertaan awam dalam mempertingkatkan mutu perkhidmatan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA). SPA sentiasa mengiktiraf penglibatan awam bagi membolehkan Suruhanjaya untuk meneroka perspektif yang lebih luas, sumber maklumat, dan penyelesaian yang berpotensi untuk meningkatkan keputusan dan perkhidmatan. Ia juga menyediakan asas bagi hubungan produktif, dialog dan perbincangan yang lebih baik, dan tadbir urus yang teratur.

Objektif E-Penyertaan adalah untuk melibatkan rakyat dalam dasar pembangunan dan proses membuat keputusan melalui penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi. Antara Saluran komunikasi yang digunakan adalah seperti Soal Selidik Atas Talian, Maklum Balas Pertanyaan, Undian, Emel dan Media Sosial SPA iaitu Facebook dan Twitter.

Oleh yang demikian, SPA amat mengalu-alukan penyertaan dengan mematuhi terma dan syarat penyertaan yang telah ditetapkan seperti berikut:

  1. Sebarang kenyataan yang menyentuh sensitiviti sesama kaum, agama dan politik adalah dilarang sama sekali.
  2. Dilarang menjatuhkan maruah, menyerang peribadi & mengeluarkan kenyataan yang boleh menyinggung perasaan peserta yang lain.
  3. Kawal kenyataan anda, elakkan dari mengeluarkan bahasa kesat dan kenegerian.
  4. Tidak digalakkan bersembang atau menghantar ayat yang lari daripada topik utama.
  5. Topik dan pautan ke laman web LUCAH adalah DILARANG sama sekali.
  6. Pastikan kenyataan/topik anda tidak menyalahi peraturan ‘COPYRIGHT LAW’, ‘TRADEMARK’, ‘PATENT’ dan lain-lain.
  7. DILARANG menggunakan ruangan E-Penyertaan ini sebagai tempat untuk menjalankan sebarang peraduan, skim piramid, skim cepat kaya, skim duit internet, surat berantai, emel sampah (junk e-mail) samada secara komersil atau sebaliknya.
  8. Tidak dibenarkan memuat naik fail-fail yang mengandungi virus-virus komputer seperti virus “Trojan Horses”, “worms”, “time bombs”, “cancel boots” atau apa-apa sahaja perisian atau program-program yang boleh merosakkan operasi sesebuah komputer pengguna yang lain.
  9. Pihak pentadbir ruangan E-Penyertaan di dalam mana-mana keadaan tidak mengesahkan, menyokong, mewakili atau menjamin sebarang kebenaran, ketepatan atau kebolehpercayaan mana-mana kenyataan/topik yang di buat di dalam ruangan E-Penyertaan ini. Individu itu sendiri seharusnya faham bahawa sebarang risiko berhubung kebolehpercayaan sesuatu bahan di dalam ruangan ini adalah ditanggung oleh individu itu sendiri.
  10. Pihak pentadbir ruangan E-Penyertaan berhak meminda dan memadam mana-mana kenyataan/topik pada bila-bila masa tanpa memaklumkan kepada penulis kenyataan/topik berkenaan.
  11. Pihak pentadbir ruangan E-Penyertaan berhak meminda Polisi dan Garis Panduan E-Penyertaan ini pada bila-bila masa tanpa sebarang pengumuman/notis.
  12. Sebagai peserta atau mengeluarkan kenyataan dalam ruangan E-Penyertaan ini, anda termaktub dengan terma dan syarat Garis Panduan E-Penyertaan.

Continue reading

Suara Anda

Suara Anda

Senarai yang dipaparkan ini adalah pendapat/ cadangan/ pertanyaan orang awam yang telah dikemukakan bagi meningkatkan mutu perkhidmatan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia. Setiap cadangan yang telah diambil tindakan akan dipaparkan di ruangan ini. Terima kasih di atas sokongan anda.

Kami mengalu-alukan kerjasama anda untuk memberi pendapat/ cadangan/ pertanyaan ke atas perkhidmatan kami. Saluran yang disediakan adalah:

  • Tahun 2018

    Senarai yang dipaparkan ini adalah pendapat/ cadangan/ pertanyaan orang awam yang telah dikemukakan bagi meningkatkan mutu perkhidmatan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia. Setiap pendapat/ cadangan/ pertanyaan yang telah diambil tindakan akan dipaparkan di ruangan ini. Terima kasih di atas sokongan anda.

     

    Bil. Pengguna Pendapat / Cadangan / Pertanyaan MAKLUM BALAS / TINDAKAN
    1. JIMSON BIN EBING Salam Sejahtera,

    Terima kasih atas jawaban yang profesional daripada pihak SPA mengenai cadangan/pendapat dan kritikan saya selama ini. Semoga pegawai-pegawai pengurusan dalam SPA sentiasa berjaya dan lebih prihatin kepada golongan-golangan yang tertindas khususnya mereka yang berada dalam gred 19 dan mempunyai Ijazah Sarjana Muda khususnya. Semoga kita diberkati tuhan sentiasa. Sekian.

    Terima Kasih.
    Salam Sejahtera tuan,

    Terima kasih atas sokongan tuan kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia. SPA Malaysia sentiasa mengalu-alukan sebarang cadangan dan idea penambahbaikan demi peningkatan kualiti perkhidmatan kepada para pelanggan SPA. Penghargaan tuan amatlah kami hargai.

    Sekian, terima kasih.

    Unit Perhubungan Korporat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia
    2. SHEREEN MANESH BINTI ABDULLAH Saya telah mendaftar untuk spa volunteer bagaimana nak memastikan pendaftaran saya itu telah mendapat pengesahan dari pihak spa volunteer? terima kasih. Salam sejahtera,

    Terima kasih kerana menggunakan sistem epertanyaan. Untuk makluman, pendaftaran saudari untuk menjadi ahli SPA Volunteer (SPAVOL) telah diterima dan berstatus 'aktif'. Saudari boleh menyemak pengesahan pendaftaran di Portal SPA. Saudari juga boleh like page Facebook SPAVOL dan follow Instagram SPAVOL untuk mengetahui aktiviti SPAVOL dimasa akan datang.

    Sekian, Terima kasih.

    Unit Perhubungan Korporat
    Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia
    3. CINDY YEO SIAW HUI Selamat malam, Tuan/Puan.

    Untuk tahun baru, portal SPA juga perlu ada penambahbaikan baru. Oleh itu, saya menyuarakan pendapat saya di sini.

    Saya telah lama membuat permohonan jawatan kosong di SPA, tapi malangnya, saya sering dikecewakan dengan komen tidak melepasi tapisan. Kriteria apa yang menyebabkan saya gagal melepasi tapisan?

    Sila beri jawapan yang lebih specifik agar saya tahu kriteria apa yang diwajibkan untuk jawatan yang dipohon.

    Sekian, terima kasih.
    Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia

    Tuan/Puan,

    1. Terlebih dahulu pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) ingin mengucapkan terima kasih di atas kesungguhan tuan/puan ingin berkhidmat dalam perkhidmatan awam. Semakan mendapati jawatan yang dimohon tidak melepasi tapisan yang ditetapkan setakat ini. Persaingan yang sengit di kalangan pemohon juga antara penyebab perkara ini berlaku. Apabila terlalu ramai pemohon memohon jawatan yang sama, tapisan yang lebih ketat/halus akan dipertimbangkan.

    2. Untuk makluman tuan/puan, Suruhanjaya ini mempunyai prosedur dan peraturan tertentu dalam urusan pengambilan. Semua permohonan akan ditapis secara adil dan saksama. Tapisan dari segi gred mata pelajaran /CGPA/bidang pengkhususan/kemahiran profesional dan syarat yang dikenakan oleh Kementerian /Jabatan bagi memilih calon yang terbaik bagi mengisi kekosongan jawatan tersebut.

    3. Selain itu, punca lain yang menyebabkan jawatan yang dimohon tidak melepasi tapisan yang ditetapkan adalah kerana kekerapan calon dalam mengemaskini borang pendaftaran juga boleh menjejaskan urusan di peringkat tapisan. Pengemaskinian borang akan menyebabkan tarikh permohonan akan berubah mengikut yang terkini. Oleh itu, sebaiknya calon tidak terlalu kerap mengemaskini borang pendaftaran dan menunggu sehingga tarikh permohonan luput boleh mengemaskini permohonan (jika tiada sebarang perubahan maklumat/jawatan yang ingin dilakukan).

    4. Namun begitu, jika tuan/puan ingin mengetahui dengan lebih lanjut mengenai permohonan tuan/puan yang tidak melepasi syarat semasa yang ditetapkan Suruhanjaya, sila hubungi Bahagian Pengambilan Khas (Unit Proses) di talian 03-8885 6256 / 6261 / 6280 / 6248 atau 03-8880 6451 (pengambilan bagi Gred 19 ke bawah), (Unit Separa Perubatan) di talian 03-8885 6254 / 6281 / 6295 / 6264 / 6267 atau 03-8880 6435 / 6436 (pengambilan Separa Perubatan Gred 29 dan 19), Bahagian Pengambilan (Unit Proses) di talian 03-8885 6364 / 6370 / 6345 / 6259 / 6355 / 6362 / 6128 / 6146 / 6374 (pengambilan bagi Gred 29 ke atas) atau (Unit Perubatan) di talian 03-8885 6313 / 6338 / 6372 (pengambilan bagi Gred 41).

    5. Diharapkan tuan/puan tidak berputus asa memandangkan urusan pengambilan yang dijalankan oleh SPA adalah adil dan telus berasaskan prosedur pengambilan yang diamalkannya. Hanya calon yang berjaya melepasi tapisan akan dipanggil temu duga. Semoga berjaya!

    Sekian, terima kasih.
    4. HAINAH BINTI DILIS Saya terlupa kata laluan. Saya masuk dlm laman lupa kata laluan dan semua maklumat sudah saya isi tetapi ianya tiada perubahan.. dalam keterangan ic salah dan nama ibu salah tetapi maklumat saya isi sudah betul.. tolong reset akaun saya kembali.. Salam sejahtera, Tuan/Puan/Cik,

    Sekiranya terlupa kata laluan, sila klik pautan LUPA KATA LALUAN dan anda boleh memilih reset kata laluan menggunakan dua pilihan iaitu:-

    i. Nama Ibu (tidak perlu binti) dan Negeri Kelahiran Calon

    ii. Alamat Pada Kad Pengenalan

    Secara automatik pilihan (i) akan dipilih. Jika anda ingin mengubah pada pilihan (ii), sila tukar pilihan anda di medan Jenis Soalan Keselamatan.

    Bagi pilihan (i), anda diminta memasukkan Kad Pengenalan dan Nama Penuh (seperti di dalam Kad Pengenalan).Masukkan nama pertama ibu dan negeri kelahiran anda. Kemudian masukkan kata laluan baharu (minima 8 aksara), sahkan kata laluan, masukkan Kod Keselamatan (case sensitive) dan klik HANTAR. Anda perlu mengingati nama pertama ibu (first name tanpa last name) dan negeri kelahiran sama seperti yang didaftarkan semasa pendaftaran MyID.

    Bagi pilihan (ii), anda diminta masukkan alamat anda sama seperti di dalam Kad Pengenalan.

    Pastikan semua medan bertanda * diisi. Selepas semua medan diisi, klik butang HANTAR. Anda boleh log masuk terus ke SPA8i sekiranya reset kata laluan berjaya.

    Terima kasih.
  • Tahun 2017

    Bil. Pengguna Pendapat / Cadangan / Pertanyaan Maklum Balas / Tindakan
    1. Gobril Marcos Anak Gundah Salam sejahtera. Saya yang bernama di atas merujuk kepada masalah berkenaan. Kenapa setiap kali saya cuba memohon dan mengemaskini akaun SPA langsung tidak memenuhi syarat yang ditetapkan oleh pihak tuan walhal saya seringkali mengemaskini akaun SPA terutamanya bagi jawatan pembantu kesihatan awam dan pembantu pembedahan pergigian. Ini sudah kali kesepuluh saya memohon jawatan ini, tetapi tidak memenuhi syarat sedangkan separa perubatan ini memenuhi syarat seperti dalam sijil akademik saya. Saya sangat hairan. Saya berharap sangat-sangat agar kali ini pihak tuan mempertimbangkan masalah ini. Setiap kali ada masalah sebegini, mesti saya membuat kritikan melalui saluran ini beberapa kali. Terima kasih. Salam sejahtera, Pertanyaan saudara dirujuk dan berdasarkan semakan ke atas pengkalan data, pihak kami mendapati saudara tidak mememuhi syarat 3 tahun berkhidmat dan ini merupakan punca utama suadara gagal tapisan awal. sehubungan dengan itu, mohon saudara mohon semula apabila memenuhi syarat tersebut nanti. Jika terdapat sebarang pertanyaan lanjut boleh berhubung di talian 082-240011. Sekian, terima kasih. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia Cawangan Sarawak
    2. Faizal Bin Marhan Untuk makluman saya telah menghadiri Ujian Fizikal untuk jawatan pegawal keselamatan kp11 yg telah diadakan pada hari ini 13 feb 2017 d Pejabat Ketua Pengawal Keselamatan Kerajaan Malaysia dan saya telah lulus semua ujian saringan bmi,pancaindera, dan hampir lulus keseluruhan namun begitu apabila pegawai berkenaan mendapati saya mempunyai jari yang lebih,saya terus digagalkan setelah mereka berbincang.Dengan alasan ketidasempurnaan anggota badan bagi saya ini satu DISKRIMINASI.Adakah ini dikira sebagai cacat atau tidak sempurna kerana sepengetahuan saya cacat atau tidak sempurna adalah kurang anggota tubuh badan. Ini adalah panggilan pertama saya selama 20 tahun dan agak berkecil hati dengan isu ini. Sekiranya berjari lebih dianggap ketidaksempurnaan tubuh badan dan boleh digagalkan, bolehkira ditambah didalam syarat-syarat menghadiri temuduga.Oleh demikian,tidaklah yang senasib seperti saya akan menerima atau memohon jawatan sepatutnya. Kerjasama dari pihak tuan saya dahulukan ucapan terima kasih Assalamualaikum tuan, Untuk makluman tuan seperti yang telah diberitahu oleh Ketua Penguji untuk jawatan KP11 adalah benar. Sememangnya kelebihan anggota jari atau kekurangan anggota badan adalah termaktub di dalam cacat anggota badan kerana ianya tidak seperti anggota badan yang sempurna. Syarat ini digunapakai untuk semua jawatan beruniform termasuklah jawatan Pegawai Keselamatan KP11. Untuk cadangan yang telah pihak tuan berikan supaya ditambah dalam syara-syarat temuduga pihak SPA akan mempertimbangkan hal tersebut. Walaubagaimanapun pihak SPA mengucapkan ribuan terima kasih diatas kehadiran tuan menjalani ujian fizikal dan pancaindera bagi jawatan KP11 ini. Sekian, terima kasih. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA)
    3. Siti Norshaheera Binti Mat Saat saya hadir semasa pemeriksaan fizikal yang dijalankan pada tarikah 17/2/2017 di dataran batu buruk kuala terengganu pada hari berkenaan bagi jawatan kp11. persoalannya?? kenapa dalam semakan pemohon spa menyatakan tidak hadir semasa ujian pemeriksaan? Adakah ini semua main dalam ketelusan menjalankan perkerjaan yang di amanahkan. Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Puan, Pada 17/2/2017 puan hadir ke ujian fizikal dan kecergasan bagi jawatan KP11 namun puan dimaklumkan oleh Ketua Penguji untuk tidak meneruskan Ujian Fizikal disebabkan faktor puan mengandung 7 bulan. Justifikasi mengapa pihak SPA menyatakan bahawa Puan tidak hadir ujian tersebut kerana Puan tidak langsung menjalani ujian fizikal tersebut dan SPA mengklasifikasikan puan sebagai calon tidak hadir Ujian Fizikal tersebut. Namun jika Puan masih berminat mengenai jawatan ini, Puan digalakkan untuk memohon dan seterusnya memastikan borang SPA8i berada dalam tempoh sah laku hanya 1 tahun sahaja. SPA tidak akan menyenaraihitamkan calon yang tidak hadir peperiksaan, ujian fizikal mahupun assessment centre. Dharapkan penjelasan ini dapat merungkaikan pertanyaan puan diatas, Sekian, terima kasih. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA)
    4. Mariati Binti Samat Salam sejahtera, Saya mencadangkan agar pilihan untuk memadam rekod permohonan SPA atas talian secara kekal diwujudkan agar tiada jemputan menghadiri peperiksaan/pusat penilaian/temu duga dihantar kepada calon-calon yang tidak lagi berminat. Saya ambil maklum rekod permohonan perlu dikemaskini dalam tempoh setahun daripada tarikh permohonan, tetapi dalam tempoh itu juga, panggilan daripada SPA tetap dikeluarkan. Sila pertimbangkan cadangan saya ini. Sekian, terima kasih. Assalamualaikum... Adalah dimaklumkan bahawa tempoh sah laku permohonan SPA8i adalah setahun. Sekiranya calon tidak mengemaskini permohonan selepas tarikh sah laku, calon tidak akan dipanggil/ditapis untuk temuduga seterusnya. Sekian, terima kasih.
    5. Nurul Badiah Binti Mohd Zainal Salam sejahtera. Seperti yang dinyatakan di atas. Apakah yang perlu saya lakukan jika institusi yang mengeluarkan sijil tiada dalam senarai? saya adalah graduan Physiotherapy daripada Meenakshi College,India. yang ada di dalam senarai adalah Meenakshi Ammal Dental College & Hospital. Untuk pengetahuan Tuan/Puan, ia sebenarnya university yang sama cuma berlainan department. Assalamualaikum. Semak dahulu pengiktirafan kelayakan bagi diploma/sijil yang dimiliki dengan klik kepada pautan eSisraf Sistem Pengiktirafan Kelayakan dalam Portal Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) di https://app.mohe.gov.my/iktiraf . Masukan nama Institusi dan pilih medan pengkhususan yang disenaraikan oleh KPT dalam medan yang disediakan dalam Sistem eSisraf tersebut. Sebagai peringatan, sekiranya diploma/sijil yang anda perolehi masih belum diiktiraf oleh Kerajaan bagi maksud lantikan dalam perkhidmatan awam (iaitu ijazah/diploma/sijil tiada dalam eSisraf), sila berhubung dengan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) mengenai pengiktirafan tersebut. Puan tidak dibenarkan mengisi bidang pengkhususan dari institusi yang masih belum diiktiraf kerajaan bagi maksud pelantikan dalam perkhidmatan awam dalam Borang SPA8i ini. Bidang kuasa pengiktirafan bidang atau kelulusan institusi pengajian tinggi adalah terletak di bawah bidang Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), bukan SPA. Syarat lantikan ke perkhidmatan awam pula memerlukan bidang atau kelulusan institusi berkenaan diiktiraf oleh KPT. Sehubungan itu, untuk pertanyaan lanjut berkaitan pengiktirafan, puan boleh menghubungi Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (Pengurusan Pengajian Tinggi), Kementerian Pendidikan Tinggi ditalian 03-8870 4308/ 6700 / 5199 / 5260 atau e-mel:recognition@mohe.gov.my untuk mendapatkan maklumat lanjut. Sekian, terima kasih.
    6. Jareh Jerry Bin Manginda Salam hormat, salam sejahtera tuan/puan. Saya terfikir memberikan cadangan kepada pihak spa / jpa bagi membangunkan data graduan siswazah bagi seluruh warganegara malaysia yang telah bergelar siswazah atau berkelulusan. Buat masa ini, data semakan siswazah hanya dapat disemak melalui ipta/ipts masing-masing. Oleh itu, adalah lebih baik jika dibangunkan data berpusat bagi semakan siswazah ini melalui spa / jpa. Contohnya, baiknya ada pautan carian senarai siswazah dalam laman web spa atau jpa. Seterusnya, sekiranya pemohon pekerjaan dalam online spa, hanya memasukkan no. K/p maka dipaparkan maklumat akademik bagi si pemohon pekerjaan tersebut. Bagi mengumpulkan data siswazah ini, semua lepasan ipta/ipts perlulah wajib mengisi maklumat dan upload sijil kelulusan masing-masing yang disahkan benar. Baik juga, jika data ini diambil dari data pmr/spm. Kebaikan dari cadangan ini, memudahkan pencarian dan pengesanan yang tepat tentang seseorang siswazah. Selain itu, kes-kes penipuan sijil kelulusan juga dapat dielakkan. Ini satu inovasi bagi memantapkan data siswazah di malaysia iaitu melalui data berpusat graduan siswazah malaysia. Sekian cadangan saya. Terima kasih. Salam Sejahtera, Pihak SPA mengucapkan terima kasih atas cadangan yang diberikan dan akan dipertimbangkan untuk penambahbaikan urusan-urusan di SPA di masa akan datang. SPA
    7. Mohd Fadzil Bin Mohd Yusoff Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera Merujuk kepada perkara di atas. Saya Mohd Fadzil bin Mohd Yusoff dari Melaka ingin memberikan pendapat terhadap sistem tapisan CGPA bagi sesuatu urusan pengambilan calon untuk sesuatu jawatan kumpulan Pengurusan dan Profesional (P&P) Gred 41 bagi pegawai sedang berkhidmat. Persoalan : Pihak SPA ada membuat tapisan bagi beberapa jawatan di dalam Pengurusan dan Profesional (P&P), saya ada terlibat dalam beberapa jawatan yang dilaksanakan urusan tapisan. Malangnya saya tidak melepasi tapisan semasa SPA. Cadangan : Saya mencadangkan agar syarat CGPA bagi pegawai yang sedang berkhidmat diturunkan agar kami dapat berpeluang dalam sesuatu urusan tapisan tersebut. Bagi kami yang menyambung pengajian secara PJJ, lebih-lebih lagi menggunakan wang sendiri, amatlah wajar jika kami diberi peluang untuk mencuba nasib dalam sesuatu urusan tapisan jawatan gred 41 tersebut. Saya memohon jasa baik pengursan Tapisan SPA dan Kementerian/ Jabatan agar tapisan CGPA bagi kami yang sedang berkhidmat ini diturunkan agar mendapat peluang mengambil bahagian dalam urusan pengambilan yang dibuat. Jika masih pihak SPA mengekalkan CGPA yang tinggi alamatnya kami yang CGPA rendah ini tiada peluang untuk ambil bahagian. Tidak mustahil CGPA yang rendah ini adalah calon yang sesuai utk mengisi kekosangan gred 41. Pengalaman yang ada perlu juga di ambil kira semasa tapisan dibuat. Pihak SPA perlulah membuat sesuatu pembaharuan dalam proses tapisan calon bagi pegawai yang sedang berkhidmat. Sekian, terima kasih. MOHD FADZIL BIN MOHD YUSOFF Melaka Tuan, Berkaitan dengan perkara tersebut, tuan boleh memohon jawatan yang diminati dan bersesuaian. Namun walaubagaimanapun, proses tapisan bagi kelayakan calon adalah tertakluk kepada pengisian dan kehendak jabatan/kementerian tersebut. Keperluan pada masa urusan pengambilan tersebut dilaksanakan dan ianya tidak statik dan akan berubah terhadap urusan pengambilan yang lain walaupun bagi urusan perjawatan yang sama.Tuan boleh merujuk pada maklumat mengenai kesesuaian jawatan yang dipohon dengan kelulusan akademik boleh didapati di ruangan Maklumat Jawatan (Gaji/Syarat Lantikan/Deskripsi Jawatan). Proses tapisan hanya akan dijalankan setelah Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia menerima laporan pengisian kekosongan jawatan dari Kementerian/Jabatan. Pemohon yang melepasi tapisan semasa akan dipanggil oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia bagi menghadiri ujian/ temu duga berdasarkan jawatan yang dipohon.
  • Tahun 2016

    Bil. Pengguna Pendapat / Cadangan / Pertanyaan Maklum Balas / Tindakan
    1. Mohammad Effendi Bin Abdul Talib Pendapat saya, model peperiksaan online PTD yang dijalankan sekarang yang boleh diduduki di mana-mana sahaja tidak dapat mengukur tahap pengetahuan sebenar calon kerana calon mempunyai ekses kepada berbagai bentuk bantuan semasa menjawab soalan peperiksaan. Saya mencadangkan agar peperiksaan ini menggunakan model peperiksaan online yang dibuat dan digunapakai oleh Malaysian Insurance Institute dan juga IBFIM yang memerlukan calon untuk hadir di pusat makmal komputer bagi menduduki peperiksaan. Di mana calon tidak mempunyai ekses kepada sebarang bentuk bantuan dan rujukan semasa menjawab solan peperiksaan. Ini dapat memastikan hanya calon peperiksaan sahaja yang menjawab soalan peperiksaan tanpa sebarang bantuan yang tidak sepatutnya seperti menjawab solan beramai-ramai atau dengan google untuk mencari jawapan. Penambahbaikan segera perlu dilakukan bagi memberi lebih keadilan kepada semua calon peperiksaan dan memberi manfaat kepada SPA bagi mendapatkan hanya calon yang benar-benar layak. Sekian, terima kasih. Tuan, Pihak SPA telah mengkaji pelbagai kemungkinan bagi memastikan semua calon mendapat manfaat sebelum Peperiksaan Online ini diperkenalkan. Terima kasih atas cadangan yang diberikan. Sekian.
    2. Lai Ah Mooi Saya berpendapat segala persediaan dan pengendalian untuk Peperiksaan Online Memasuki Perkhidmatan Pegawai Tadbir Dan Diplomatik M41 oleh SPA pada 19 Jan 2016 adalah baik dan bagus. Saya amat berharap saya dapat dipanggil untuk mengikuti Program Assessment Centre. Terima kasih. Tuan, Terima kasih atas pandangan tuan. Selamat maju jaya. Sekian, terima kasih.
    3. Siti Nor Erwani Binti Mohd Sidik Masa yang diperuntukkan untuk menjawab soalan seksyen 2 tidak mencukupi. Pada pendapat saya, masa seharusnya ditambahkan lagi dengan sewajarnya. Salam Sejahtera, Peperiksaan telah selesai dijalankan. Untuk makluman seramai 57,320 orang telah berjaya memasuki peperiksaan tersebut termasuk calon-calon yang sedang berada di luar negara seperti Indonesia, Jepun, Korea, Singapura dan Australia. SPA sedang memproses data untuk tujuan mengeluarkan keputusan peperiksaan. Sekian, terima kasih.
    4. Hajar Awanis Binti Anuar Salam. Saya baru sahaja menerima keputusan kegagalan saya dalam PEPERIKSAAN PTD 19 Januari 2016 baru-baru ini. Apa yang saya kesal adalah sistem internet dan server yang sangat perlahan, saya hanya boleh log in masuk ketika lagi 10 minit sebelum peperiksaan section A tamat. Apa yang mendukacitakan, peperiksaan online ini bukanlah kali pertama SPA jalankan, SPA sewajarnya mengambil langkah-langkah yang lebih proaktif dan efisyen dalam menangani masalah "jammed" sebelum ingin log in portal peperiksaan tersebut. Salam Sejahtera, Terima kasih di atas cadangan puan terhadap penambahbaikan Sistem Peperiksaan Online SPA. Pihak SPA ambil maklum akan cadangan tersebut. Sekian, terima kasih.
    5. Mohd Izuwan Bin Mohd Ali Selamat pagi dan salam sejahtera, Saya terpanggil untuk memberikan sedikit pendapat mengenai PAC yang baru diadakan pada 13 Feb 2016. Tahun ini pihak spa telah memulakan semula pac bagi jawatan ptd. Memang ia satu langkah yang baik dan juga pihak spa telah memasukkan UKJK sebagai salah satu syarat wajib yang perlu dilalui sebelum berjaya meneruskan pac. Saya bukan bercakap dan memberi komen atas dasar tidak puas hati tetapi sekadar untuk memberikan sedikit cadangan dan pandangan. Di dalam pac kali ini BMI salah satu perkara yg perlu dilepasi oleh pemohon. Sekadar terlintas di pikiran, apakah kriteria yang dicari oleh pihak spa bagi mengisi kekosongan jawatan ini...? Tidak semestinya calon yang lebih bmi adalah calon yang tidak baik dan tidak semestinya calon yang lepas bmi dan ujian jasmani adalalah calon yang baik.sepatutnya pihak spa wajar memberikan peluang yang sama rata kepada semua calon dalam proses pac ini..ini kerana bagi saya adalah lebih baik calon dinilai dari semua aspek dan bukan hanya kepada aspek jasmani dan fizikal.sebelum mendapat tawaran pac kesemua calon ini telah melalui ujian online dan hanya mereka yang berjaya sahaja layak ke pac. Pihak spa juga semestinya lebih tahu dan arif mengenai tahap peperiksaan online yang telah dilalui oleh calon. Disini saya melihat proses pac pada tahun ini lebih kepada diskriminasi kepada mereka yang terlebih berat...peluang sama rata harus lah diberi kepada semua calon pac dalam menonjolkan keupayaan mereka. Sia sia sahaja meraka ini datang seawal jam 7 pagi bagi proses pac tetapi selepas menunggu hampir 2 jam mereka dipanggil ke bilik berasingan dan diberitahu bahawa mereka gagal kerana bmi mereka tidak melepasi syarat lulus iaitu dari 19-29.seharusnya nya calon dinilai dari semua aspek dari pengetahuan saya mereka yang berjaya dalam semua tahap akan ditawarkan sebagai kadet ptd. Dalam masa beberapa bulan mereka akan melengkapkan program kadet ptd dan inilah masa yang sesuai untuk membentuk seorang pegawai tadbir diplomatik yang berkualiti setaraf dengan kemegahan jawatan ini sendiri.apa pun ini hanyalah pandangan dan pendapat saya. Semuanya terserah kepada pihak spa dalam menntukan proses dan penilaian itue sendiri demi kebaikan di masa yang akan datang.... Sekian,terima kasih :-) Tuan, Pihak SPA dan JPA telah mempertimbangkan semua kriteria penilaian bagi membuat pemilihan terbaik Kadet Pegawai Tadbir dan Diplomatik Gred M41 bagi sesi 2016. Sekian.
    6. Nur Ain Binti Marsidi Salam 1 Malaysia, Tuan/puan Dengan rendah dirinya saya sebagai orang awam ingin memberi pendapat tentang tempat seminar spa outreach yang sering pihak tuan/puan anjurkan. Selama empat tahun saya menunggu nama daerah Kudat sebagai salah satu tempat untuk seminar ini dijalankan,tetapi rasanya sehingga kini masih belum menjadi pilihan pihak tuan/puan. Sekiranya sudi saya memohon pihak tuan/puan mengadakan seminar ini di daerah Kudat kerana ramai di antara sahabat dan kaum keluarga saya yang masih tidak mahir dan tahu tentang spa8.Kehadiran tuan/puan ke sini sangat saya hargai. Terima kasih atas perhatian dan maklumbalas dari pihak tuan/puan. Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada aduan puan yang bertarikh 17 Februari 2016. Terlebih dahulu Suruhanjaya ini menyucapkan ribuan terima kasih di atas cadangan puan berkenaan pelaksanaan Outreach SPA di Kudat. Suruhanjaya ini mengambil maklum di atas cadangan tersebut dan akan menyenaraikan Kudat sebagai destinasi Outreach SPA pada masa akan datang.
    7. Nor Amalina Binti Azmi Cadangan supaya spa memberi peluang kepada pemohon untuk mengisi jawatan mengikut kesemua kelayakan yang kami ada Dengan keadaan sekarang, pelajar yang tamat belajar teramat susah untuk mendapat kerja dan terpaksa bekerja biasa dan ala kadar sahaja. Saya rasa SPA patut memberi peluang kepada pelajar/pemohon mengisi jawatan mengikut kesemua kelayakan yang kami ada. Hal ini kerana untuk mendapat jawatan mengikut kelayakan teringgi teramat susah. Janganlah menyekat peluang kami dengan keadaan sekarang. Bukalah semula peluang seperti dahulu. Saya dan pemohon seangkatan amat menentang cara yang SPA gunakan sekarang ini. Fahamlah kesusahan dan peluang yang terlampau terhad yang ditanggung pelajar-pelajar sekarang ini. Terima Kasih Salam sejahtera, Untuk makluman puan, Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 28/2015 pada 03 Ogos 2015 telah memutuskan bahawa konsep One Step Lower akan dilaksanakan dalam permohonan jawatan dan telah berkuat kuasa bermula pada tarikh tersebut yang mana calon boleh memohon jawatan yang tidak melebihi satu peringkat lebih rendah dari kelayakan yang ditetapkan untuk jawatan tersebut dan calon juga turut mempunyai kelayakan di peringkat berkenaan. Sebagai contoh : 1. Calon yang memiliki kelayakan Ijazah Kepujian/Am boleh memohon jawatan yang mensyaratkan kelulusan di peringkat Diploma/STPM dengan syarat calon mempunyai kelayakan di peringkat Diploma/STPM. 2. Calon yang memiliki kelayakan Diploma/STPM pula boleh memohon jawatan yang mensyaratkan kelayakan masuk SPM. Sekian, terima kasih.
    8. Mohd Firdaus Bin Ramlan Kehadapan Dato' Seri Arpah, Assalamualaikum Dato' Seri, Biar saya terus kepada perkara pokok yang saya ingin kritik di sini mengenai pengendalian pihak SPA semasa PAC PTD M41 tahun ini. Sebenarnya Dato' Seri, saya tidak mahu memanjangkan perkara ini sejak 'dihalau balik' daripada PAC yang saya hadiri pada 17/02/2016 di Wilayah INTAN Selatan bulan yang lalu. Tetapi hari ini saya rasa terpanggil untuk mengkritik cara pihak SPA mengendalikan situasi dan ketelusan maklumat. Saya hairan Dato' Seri, kenapa SPA bagi saya masih tidak informatif dan mesra rakyat. melihat dengan keadaan politik dan kuasa media massa pada ketika ini, saya cadangkan SPA patut keluar dari Zon selesa dan berubah ke arah 'khidmat mesra kepada rakyat'. Ini ekoran situasi di mana saya dan beberapa calon lain telah 'dihalau balik' dari meneruskan PAC pada Februari yang lalu. Saya yakin dan percaya mungkin Dato' Seri maklum akan perkara ini. Alasan yang diberikan oleh Pegawai yang kendalikan PAC tersebut adalah Tan Sri KSN mengarahkan Calon Kadet PTD perlu mempunyai BMI dalam lingkungan 19-30. Saya tidak pasti adakah perkara itu benar namun saya ambil dari sudut positif. Cuma saya ingin kritik, mengapa 'tapisan' atau 'screening' ini tidak dimaklumkan atau dihebahkan kepada rakyat atau calon yang ingin mengambil pepereksaan PTD lebih awal. saya ada menghubungi SPA sebelum saya pergi ke PAC tersebut namun apa yang saya boleh katakan, Pegawai Dato' Seri masih kurang informatif dan tidak mampu menyampaikan maklumat yang lebih tepat. Dato' Seri, adakah negara kita sangat ketinggalan berbanding dengan kerajaan negara lain sehingga perkara yang amat mudah ini tidak mampu disampaikan kepada rakyat dengan telus dan tepat. adakah bajet negara yang digunakan untuk membangunkan modal insan pegawai kerajaan tidak membuahkan hasil malah masih kurang produktif. saya perlu katakan begini kepada Dato' Seri kerana saya adalah rakyat dan saya amat peka pada perkhidmatan kerajaan kepada rakyat. adakah permintaan Tan Sri KSN itu dikategorikan sebagai rahsia kerajaan yang sangat sulit dan mampu menggugat keselamatan negara sehingga tidak boleh dimaklumkan dengan tepat kepada rakyat. Maaf Dato' Seri, saya bukan seperti rakyat kebanyakan yang mudah terpedaya dengan retorik dan mainan politik yang tidak berkesudahan sampai ke hari ini. Persoalan saya amat mudah. Mengapa ianya tidak dimaklumkan sebagai syarat mandatori kepada Calon PTD seawal sebelum mengambil peperiksaan lagi. Saya mengikuti SPA melalui Facebook, mesyuarat demi mesyuarat untuk memilih dan menentukan kritiria calon yang hendak menjadi pegawai kerajaan. adakah membuang masa dan membazir wang rakyat merupakan keperluan SPA untuk melihat semangat Calon PTD. saya rasa Dato' Seri boleh bayangkan sendiri dari mula saya bertolak (Putrajaya) ke Kampus Intan Wilayah Selatan (Batu Pahat) dengan semangat mahu menjadi Pegawai PTD namun hakikatnya saya hanya membuang masa kerana alasan arahan Tan Sri KSN yang tidak disampaikan dengan cara yang lebih tepat. Jika maklumat itu disampaikan dengan baik dan lebih profesional, saya rasa tidak perlu membazirkan wang dan menggadai nyawa pada hari tersebut kerana memang tidak masuk akal untuk saya kurangkan berat badan dalam tempoh 10 hari. Dato' Seri, saya sebenarnya bukan seorang yang suka mengkritik kerana saya percaya setiap individu akan berubah ke arah yang lebih baik. cuma situasinya sekarang, maklumat yang begitu mudah tidak dapat disampaikan kepada rakyat dan ianya berlaku pada zaman yang serba moden. Saya tidak marah dan saya profesional Dato' Seri. Saya berkhidmat di sektor perbankan dan sememangnya 'work attitude' saya lebih kepada fakta dan ketelusan maklumat. saya pernah berkhidmat di sektor kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri. memang benar jurang kecekapan itu ada. tetapi saya yakin dan percaya perkhidmatan kerajaan pada masa ini sepatutnya lebih baik dan efisen namun sedih perkara yang amat mudah ini masih berlaku. saya mohon maaf sekiranya penulisan saya ini telah menyinggung perasaan Dato' Seri dan rakan-rakan perkhidmatan awam yang lain. Cuma saya harap pada masa hadapan, SPA lebih telus, mesra pengguna dan tidak mengambil mudah pada sesuatu perkara. kerana ia melibatkan nyawa dan wang ringgit rakyat. Semoga Dato' Seri terus mentadbir SPA dengan lebih baik. Sekian terima kasih. Sdra, terima kasih dan kami hargai di atas maklumbalas yang sdra berikan. Pandangan sdra tersebut akan kami ambilkira supaya pelaksanaan urusan pengambilan PTD di masa hadapan akan lebih sempurna. terima kasih.
    9. Mohd Badrul Hisyam Bin Mat Lazim Assalamualaikum w.b.t. Tuan/Puan, Saya adalah lulusan Ijazah Sarjana Muda (Sains) Perladangan dari Uitm. Saya berasa amat sedih dan kecewa setiap kali menyemak permohonan saya di portal SPA. Hal ini kerana semua keputusan adalah tidak melepasi syarat kemungkinan disebabkan tapisan pengkhususan. Untuk makluman pihak tuann/puan, kursus yang saya telah ikuti iaitu pengurusan perladangan merupakan satu kursus yang merangkumi pelbagai bidang seperti pertanian, ukur tanah, perakaunan, pengurusan dan sebagainya. Bukan itu sahaja, bahkan Pengurusan Perladangan juga merupakan sebahagian daripada pertanian dimana kebanyakan subjek yang di ambil adalah berkaitan pertanian sebagai contoh Agricultural Biotechnology, Soil Science, Plant pathology, Entomology dan sebagainya. Jadi di sini, saya ingin memohon agar pihak tuan/puan menyemak semula tentang tapisan pengkhususan kerana bidang kami juga menyumbang kepada bidang pertanian tetapi tidak layak untuk memohon jawatan seperti pegawai pertanian, pegawai penyelidik bahagian pertanian dan apa-apa jawatan yang berkaitan dengan pertanian. Tambahan pula, portal SPA tidak meminta transkrip sedangkan transkrip memaparkan maklumat yang lebih jelas tentang pengkhususan bidang. Saya faham pihak tuan/puan juga mengalami kesulitan untuk meneliti permohonan yang terlampau banyak. Namun begitu, saya amat berharap pihak tuan/puan juga dapat membuka peluang yang lebih besar kepada kami. Sekurang-kurangnya dipanggil untuk menghadiri temuduga agar apa yang kami pelajari tidak dipersiakan malahan dapat dipraktikkan di dalam dunia pekerjaan. Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak tuan/puan kerana memberikan ruang kepada saya untuk menyatakan kekesalan dan pendapat. Saya berharap pihak tuan/puan dapat memberikan feedback yang positif. Sekian terima kasih. Salam sejahtera. Saudara, Tiada tempoh yang ditetapkan bagi proses di atas kerana selepas selesai proses pendaftaran, semua data permohonan akan disimpan di dalam Bank Data Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia. Proses tapisan hanya akan dijalankan setelah Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia menerima laporan pengisian kekosongan jawatan dari Kementerian/Jabatan dan kelayakan pemohonadalah tertakluk kepada Kementerian /Jabatan tersebut. Pemohon yang melepasi tapisan semasa akan dipanggil oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia bagi menghadiri ujian/ temu duga berdasarkan jawatan yang dipohon. Terima kasih kerana menggunakan perkhidmatan e-pertanyaan. Kami mengambil perhatian cadangan saudara. Sekian.
    10. Norazlin Binti Ab Wahab Merujuk kepada tajuk di atas, walaupun status diberi SELESAI namun saya ingin menarik perhatian terhadap perkara 1 terutama dalam tapisan terhadap CGPA kerana saya tidak mempunyai masalah dalam kredit matapelajaran tertentu atau bidang pengkhususan dalam kes permohonan jawatan PTD. Apabila data telah dikecilkan dengan hanya mengambil kira CGPA di dalam kes ini, sudah tentu beberapa pemohon yang mempunyai kebarangkalian untuk melepasi exam online telah pun diketepikan. Inilah sebabnya saya memohon skop data diperluaskan dengan menilai setiap peperiksaan terutama diperingkat sekolah menengah. Kajian atau postmortem sepatutnya dibuat mengapa calon yang telah diberi peluang gagal melepasi saringan terutama di dalam kertas B. Saya memahami kemungkinan server untuk menampung jumlah calon peperiksaan online ini terhad kerana terdapat beberapa masalah teknikal telah diadukan ketika ia berlangsung. Sudah tentu dengan memperluaskan lagi bilangan calon akan menyebabkan lebih tinggi kebarangkalian masalah teknikal. Namun, apabila perkara ini dipandang remeh maka lihatlah hasilnya. Intelligent does not mean that you are wise, but wise is always intelligent. Dijajah negara bukanlah suatu pilihan tetapi dijajah pemikiran adalah pilihan diri sendiri. Sekian, terima kasih. Norazlin Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Terima kasih di atas pandangan yang cukup bernas dari pihak Puan. Walauapa jua cara, kriteria terkini yang dilihat pada setiap calon adalah keputusan CGPA terakhir. Sekian, terima kasih.

     

  • Tahun 2015

    Bil. Pengguna Pendapat / Cadangan / Pertanyaan Maklum Balas / Tindakan
    1. Sharina Abdul Rani Saya ingin bertanya. Sekiranya status "MELEPASI SYARAT-SYARAT SEMASA YANG DITETAPKAN OLEH SURUHANJAYA " dan Tarikh Tutup Urusan adalah pada 08/01/2015 untuk jawatan PENOLONG PEGAWAI ANTIDADAH GRED S27. sekiranya jawatan ini telah diisi dan ditutup; 1. Adakah calon akan dimaklumkan jika tidak berjaya dengan menukar status urusan? 2. Ataupun Ia kekal seperti itu sehingga masa hadapan apabila kekosongan jawatan itu dibuka semula? Sekian terima kasih Salam sejahtera. Tuan/puan, Dimaklumkan bahawa calon yang melepasi tapisan merupakan calon yang memenuhi syarat skim dan melepasi asas tapisan yang dikenakan. Urusan tersebut kini di peringkat akhir. Sekiranya nama calon disenarai pendek, maka calon akan dijadualkan untuk menduduki peperiksaan / program penilaian / temuduga. Calon yang berjaya dipanggil bagi urusan tersebut akan dihubungi melalui surat secara rasmi dari SPA dan juga akan dipaparkan di portal rasmi SPA. Oleh itu, dinasihatkan agar tuan/puan melayari laman web SPA dari semasa ke semasa bagi mendapatkan maklumat terkini. Sekian, terima kasih.
    2. Siti Ratmah Binti Salih Penusol Assalamualaikum dan salam sejahtera, saya ingin bertanya bilakah pengambilan untuk jawatan Penolong Pegawai Imigresen Gred 27 bermula. Sekian. Salam sejahtera. Tuan,/Puan, Dimaklumkan bahawa urusan pengisian jawatan tersebut akan dilaksanakan sejurus sahaja permohonan pengisian diterima daripada pihak kementerian/jabatan. Sekiranya tuan/puan memenuhi syarat skim dan melepasi tapisan yang ditetapkan, maka tuan/puan akan dipanggil ke urusan ujian/temuduga. 2. Oleh itu, dinasihatkan agar tuan/puan melayari laman web SPA dari semasa ke semasa bagi mendapatkan maklumat terkini. Sekian, terima kasih
    3. Muhammad Baha Bin Mohd Roslan 1.Adakah latihan separa perubatan bertaraf sijil seperti latihan jururawat masyarakat,latihan pembantu pembedahan pergigian dan latihan pembantu kesihatan awam perlu menduduki ujian khas /exam online sebelum di panggil temuduga @ terus dipanggil temuduga..bagi bulan julai .sila jelaskan. 2.Bilakah tarikh sebenarnya temuduga latihan separa perubatan bagi ambilan bulan julai? Salam sejahtera, 1. Calon yang melepasi syarat semasa yang ditetapkan bagi Latihan Separa Perubatan bertaraf Sijil hanya perlu menjalani sesi temu duga sahaja. 2. Tarikh penjadualan temu duga Latihan Separa Perubatan bagi urusan pengambilan Julai 2015 adalah seperti dibawah : - Latihan Separa Perubatan bertaraf Sijil : 02/03/2015 - 13/03/2015 - Latihan Separa Perubatan bertaraf Diploma : 30/03/2015 - 10/04/2015 Sekian, terima kasih.
    4. Noranirah Binti Norsidi Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia. Saya penama di atas ingin bertanya mengenai jawatan Pembantu Operasi Gred N11. Saya ada memohon jawatan Pembantu Operasi Gred N11 dan status urusan melepasi syarat-syarat semasa yang ditetapkan oleh Suruhanjaya. Adakah temuduga bagi jawatan tersebut telah dijalankan oleh SPA? Sekian, terima kasih. Salam Sejahtera. Sukacita dimaklumkan bahawa saudari telah melepasi syarat semasa yang ditetapkan oleh Suruhanjaya untuk dipanggil temu duga bagi jawatan PEMBANTU OPERASI GRED N11 dan ianya masih dalam proses penjadualan temu duga. Calon yang berjaya untuk panggilan temu duga akan dimaklumkan melalui surat panggilan temu duga, Sistem Pesanan Ringkas (SMS), email dan juga boleh disemak di portal SPA di pautan Semakan Penjadualan Temu Duga. Ini adalah cara terbaik untuk tidak terlepas dari menghadiri sesi temu duga yang dijalankan. Oleh itu, dinasihatkan agar saudari melayari portal SPA dari semasa ke semasa bagi mendapatkan maklumat terkini. Dimaklumkan, calon yang menghadiri temu duga akan dipertimbangkan dengan adil dan saksama berdasarkan kompetensi dan prestasi semasa ditemu duga. Hanya calon yang memiliki penilaian tertinggi akan diperakukan Lembaga Temu Duga untuk dilantik bagi sesuatu jawatan. Diharap saudari dapat membuat persediaan yang rapi dalam temuduga yang bakal dihadiri kelak dan kami ucapkan semoga berjaya! Sekian, terima kasih.
    5. Nor Herdawati Binti Awang Saya seperti nama di atas ingin memohon pertukaran tempat temuduga.saya telah menerima panggilan temuduga bagi jawatan separa perubatan dari pihak tuan yang bertarikh 15 april 2015 bertempat dipusat temu duga spa alor setar, kedah tingkat 8, wisma persekutuan, jalan kampung baru, 05000 alor setar, kedah.saya memohon untuk menukar tempat temuduga saya di melaka.saya memohon maaf di atas kesulitan dari pihak saya.kerjasama dari pihak tuan saya dahulu kan dengan ucapan ribuan dan jutaan terima kasih. Salam sejahtera, Berkenaan pertukaran tarikh/tempat temu duga adalah dimaklumkan bahawa puan boleh mengemukakan emel kepada Puan Fathin Soraya (soraya.spa@1govuc.gov.my) beserta alasan yang kukuh. Pertukaran adalah tertakluk kepada persetujuan Suruhanjaya. Sila kemukakan maklumat berikut untuk rujukan : Nama: No. Kad pengenalan: Jawatan yang dipanggil temu duga: Tarikh / Tempat temu duga yang ingin dipohon: Sebab pertukaran beserta dokumen lampiran: Sebarang pertanyaan sila hubungi Puan Fathin Soraya di talian 03-8885 6252 atau unit sokongan Bahagian Pengambilan Khas ditalian berikut; 03-88856266 / 6273 / 6299 / 6283 / 6438 / 6289 ( Unit Temuduga) Sekian, terima kasih.
    6. Siti Zuriati Binti Abdullah Zawawi Salam.. Saya mendapat panggilan pemeriksaan fizikal dan ujian kecergasan N41 (Pegawai Penguatkuasa KPDNKK) pada 8hb Jan 2015. Sekarang saya hamil 15minggu. adakah pihak tuan memberi pengecualian pada wanita hamil atau saya perlu juga hadir pd hari ujian tersebut. terima kasih. Assalamualaikum & Salam 1Malaysia, Terima kasih atas maklum balas puan. Sekiranya puan berminat menjalani proses pemeriksaan fizikal, mohon kerjasama puan untuk membawa buku temu janji klinik. Walau bagaimanapun, ingin dimaklumkan bahawa calon mengandung tidak digalakkan untuk terus ke peringkat berkawad dan kecergasan. Sebagai salah satu syarat kelayakan, calon adalah diwajibkan LULUS untuk semua item daripada peringkat awal iaitu pemeriksaan pancaindera sehingga ujian kecergasan untuk melayakkan diri ke peringkat temu duga. Manakala, di peringkat kecergasan tersebut calon perlu membuat larian 2.4 KM, bangkit tubi, lompat berdiri dan larian ulang alik. Untuk makluman puan, pihak SPA tidak akan senaraihitamkan calon yang tarik diri/tidak hadir ke urusan ini. Puan akan dipanggil semula bagi urusan yang akan datang mengikut syarat-syarat semasa suruhanjaya. Sekian, terima kasih.
    7. Aini Anak Achong Salam 1 Malaysia. Terima kasih kepada pihak SPA kerana menyediakan kemudahan yang sewajarnya untuk memudahkan orang awam mengetahui peluang pekerjaan di dalam sektor awam khususnya kepada remaja dan belia yang sedang mencari pekerjaan. Melalui keluhan yang saya dengar daripada peserta peperiksaan, pendapat saya ialah supaya peperiksaan yang diduduki secara online dijalankan dengan lebih sistematik kerana masalah kami di Sarawak khususnya dari kawasan luar bandar sukar untuk mendapat talian internet yang baik. Akibatnya talian internet yang tidak baik ini, soalan peperikasaan tidak dapat diakses dan terlepas masa pula. Untuk mendudukinya semula tidak dapat kerana masa telah peperiksaan tamat. Ini menyebabkan mereka yang menduduki peperikaan ini terlepas peluang. Oleh itu kita mohon supaya pihak SPA mencari cara yang terbaik bagi menyelesaikan masalah ini. Terima kasih. Puan, Terima kasih atas keperihatinan puan terhadap perkara ini. Pihak SPA ambil maklum dan sentiasa berusaha untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada semua calon. Dengan komen yang membina daripada calon membolehkan pihak kami mengenalpasti permasalahan calon. Tindakan yang sewajarnya akan kami usahakan dari semasa ke semasa. Sekian, terima kasih.
    8. Mohd Suhaidi Bin Ibrahim Saya seperti nama diatas telah mendapat panggilan untuk pemeriksaan fizikal, pancaindera dan kecergasan penolong penguasa bomba gred KB29 dan pusat peperiksaan di Kota Bharu, Kelantan tarikh 22/3/2015 Saya menghadapi kesukaran untuk pulang ke Kelantan bagi menghadiri peperiksasan yang dijalankan. Oleh sebab itu saya ingin meminta untuk pertukaran pusat peperiksaan ke Putrajaya Diharap pihak tuan boleh memberi kebenaran pada saya untuk menukar pusat temuduga yang akan dijalankan pada 22/03/2015 ini. Jasa baik tuan amat saya hargai. Terima kasih, Assalamualaikum tuan, Urusan pemeriksaan fizikal dan temuduga penolong penguasa bomba gred KB29 Dimaklumkan bahawa permohonan tuan untuk bertukar pusat telah diluluskan. Sila hadirkan diri pada tarikh dan tempat seperti berikut: Nama : Mohd Suhaidi Bin Ibrahim No K/P : 810403036169 Tarikh : 22 Mac 2015 Hari : Ahad Tempat : Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia, Lebuh Wawasan, Persint 7, 62250 Putrajaya Sila bawa bersama surat panggilan pemeriksaan fizikal, pancaindera dan kecergasan penolong penguasa bomba gred KB29 pada hari tersebut Harap maklum
    9. Nurhafizah Bt Mohamed Salim Berhubung dengan perkara diatas saya ingin membuat pertanyaan, jika lulus Peperiksaan Memasuki Perkhidmatan Awam berapa lamakah tempoh sah laku Peperiksaan tersebut? Sekian Terima Kasih. Puan, Tempoh sah laku adalah 2 tahun. Namun yang demikian tertakluk sekiranya ada permohonan perubahan daripada Jabatan/ Kementerian dan mendapat kelulusan Suruhanjaya. Sekian, terima kasih.
    10. Muhammad Muizzuddin Bin Samiun Salam sejahtera, seperti tertera di atas, saya telah lupa kata laluan saya, dan apabila saya cuba untuk mensetkan semula, saya tidak berjaya,, ini kerana ditulis nama ibu pemohon atau negeri kelahiran tidak wujud/tidak betul. saya telah memasukkan dengan betul, tetapi tidak berjaya. Salam Sejahtera, Tuan/Puan, Terima kasih kerana menggunakan perkhidmatan e-Pertanyaan SPA. Sekiranya tuan/puan terlupa kata laluan, sila BERIKAN No KP, Nama Penuh, Nama Ibu dan Negeri Kelahiran tuan/puan untuk semakan SPA atau anda cuba masukkan nama ibu (first name) sahaja. Tiada lagi penghantaran emel untuk pengaktifan akaun, emel hanya digunakan sekiranya tuan/puan melepasi syarat tapisan serta dipanggil untuk menduduki peperiksaan atau temuduga. Sekian, terima kasih. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia.
  • Tahun 2014

    Bil. Pengguna Pendapat / Cadangan / Pertanyaan Maklum Balas / Tindakan
    1. Norfazlina Binti Surip Salam. Saya ingin bertanya mengenai status permohonan no urusan sm20130198 pegawai sains mikrobiologi perubatan (kkm). Status permohonan saya bagi jawatan ini "melepasi syarat syarat ditetapkan", adakah saya dipanggil untuk temuduga bagi jawatan ini?apakah status permohonan saya? Adakah setiap urusan yang berstatus " melepasi syarat syarat ditetapkan" akan dipanggil temuduga? Jika demikian, saya tidak mendapat panggilan temuduga untuk jawatan ini. Apakah yang bole saya lakukan? Harap mendapat penjelasan. Terima kasih. Salam sejahtera. Saudari, Dimaklumkan bahawa calon yang melepasi tapisan merupakan calon yang memenuhi syarat skim dan melepasi asas tapisan yang dikenakan. Urusan tersebut kini di peringkat akhir, sekiranya nama saudara disenarai pendek, maka akan dijadualkan untuk temuduga. Oleh itu saudari disarankan melayari portar rasmi dari masa kesemasa untuk mengetahui kedudukannya, Sekian, terima kasih.
    2. Muhamad Aliff Bin Basarudin Hai...saya ingin membuat pertanyaan.tentang semakan.maksud tidak melepasi syarat yang ditetapkan tu macam mana ya?mohon jawapan terima kasih Salam 1 Malaysia Tuan, Adalah dimaklumkan bahawa setiap permohonan pekerjaan dalam perkhidmatan awam yang diterima oleh Suruhanjaya akan didaftarkan dan diproses terlebih dahulu. Sekiranya tuan memenuhi syarat skim dan melepasi tapisan yang ditetapkan oleh Suruhanjaya ini, iaitu seperti bidang pengkhususan yang dimiliki atau CGPA atau kombinasi subjek (bagi jawatan yang menggunakan kelayakan masuk SPM/STPM) akan dipertimbangkan pada masa urusan pengisian jawatan tersebut dibuat. Jika kekosongan sesuatu jawatan sedikit/terhad dan calon yang memohon adalah ramai maka tapisan akan dipertingkatkan atau sebaliknya. Walaubagaimanapun, pengkhususan bidang juga tertakluk kepada permohonan daripada jabatan/kementerian. SPA hanya mengenakan tapisan kepada calon berdasarkan pengkususan bidang yang telah ditetapkan oleh jabatan/kementerian terlibat. Sekian, terima kasih.
    3. Diana Sakinah Binti Kamarunzaman Assalamualaikum dan salam sejahtera.. Saya merupakan pelajar tahun akhir, berstatus berijazah kelulusan dari USM, pengkhususan Audiologi. Saya telah pun menghantar permohonan untuk jawatan sebagai Pegawai Pemulihan Perubatan (Pendengaran) pada bulan April yang lepas, semasa saya berstatus pelajar akhir. Jadi, adakah saya perlu menghantar keputusan akhir peperiksaan saya ke SPA untuk rekod pihak tuan dan sekiranya perlu, tolong nyatakan alamat dan maklumat yang perlu saya lampirkan.. Terima Kasih Salam 1 Malaysia Puan, Berkaitan dengan perkara tersebut, puan perlu mengemaskini CGPA terakhir pada permohonan jawatan di SPA8i.Sekiranya puan memenuhi syarat skim dan melepasi tapisan yang ditetapkan oleh Suruhanjaya pada masa yang akan datang maka puan akan dipanggil untuk urusan tersebut. Sekian.
    4. Muhammad Gaddafi Bin Zawawi Assalamualaikum..tuan/puan bagaimanakah cara untuk saya mohon jawatan dalam separa perubatan seperti juxray,jurupulih anggota dan lain-lain. Wassalam Salam sejahtera. Puan boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai perkara ini dengan menghubungi unit sokongan Bahagian Pengambilan Khas ditalian berikut; 03-88856254 / 6264 / 6267 / 6281 / 6436 (Separa perubatan) 03-88856270 / 6268 / 6457 / 6453 ( Unit Pendaftaran ) Sekian,terima kasih.
    5. Fahzliman Ermand Selamat Sejahtera Tuan / Puan - Semasa mengisi data keputusan SPM 2000 tidak dapat di kemaskini dan juga SPM Ulangan 2003. Adakah SPM terbuka tidak boleh melebihi 3 tahun untuk mengisi keputusan di borang on line SPA. - Apa maksud status ini tolong jelaskan saya: Tarikh Tutup Urusan :18/02/2013 No. Urusan :(SM20130029) Status Urusan :TIDAK MELEPASI SYARAT-SYARAT SEMASA YANG DITETAPKAN OLEH SURUHANJAYA - Tujuan saya nak isi kekosongan Jawatan PENOLONG PEGAWAI PENDAFTARAN GRED KP27. Jasa Baik Tuan / Puan amat saya hargai Salam sejahtera, Saudara boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai perkara ini dengan menghubungi Unit Pendaftaran, SPA Bahagian Pengambilan Khas di talian 03-88856270 /6268 / 88806457 / 88806453 atau emel terus kepada nafisah@spa.gov.my 'TIDAK MELEPASI SYARAT-SYARAT SEMASA YANG DITETAPKAN OLEH SURUHANJAYA', ianya bermaksud calon tidak melepasi syarat-syarat yang ditetapkan dalam urusan tersebut sama ada bidang pengkhususan/kelayakan/cgpa/gred mata pelajaran. Syarat yang ditetapkan berubah-berubah mengikut keperluan Kementerian/Jabatan yang memerlukan pengisian. Sekian, terima kasih.
    6. Fazilah Bt Othman saya meneruskan pembelajaran di pusat latihan perindustrian teknologi tinggi (ADTEC KULIM),di bawah Jabatan Tenaga Manusia.saya mengambil kos Diploma Electronic Industri selama 24bulan.adakah Diploma saya ini di iktiraf @ sebaliknya? Salam sejahtera, Sila semak dahulu pengiktirafan kelayakan bagi diploma/sijil yang dimiliki dengan klik kepada pautan eSisraf Sistem Pengiktirafan kelayakan dalam borang SPA8i. Masukan nama Institusi dan pilih medan pengkhususan yang disenaraikan oleh JPA dalam medan yang disediakan dalam Sistem eSisraf tersebut. Selain itu, saya cadangkan kepada tuan/puan agar menggunakan Google Chrome atau Mozilla Firefox kerana ada masalah sedikit pada Internet Explorer atau safari dan berkemungkinan masalah tuan/puan tidak boleh kemaskini pada pilihan bidang pengkhususan adalah mungkin tuan/puan menggunakan pelayar (Browser) internet jenis Internet Explorer atau safari. Sebagai peringatan, sekiranya diploma/sijil yang anda perolehi masih belum diiktiraf oleh Kerajaan bagi maksud lantikan dalam perkhidmatan awam (iaitu ijazah/diploma/sijil tiada dalam eSisraf), sila berhubung dengan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mengenai pengiktirafan tersebut. Tuan/puan tidak dibenarkan mengisi bidang pengkhususan dari institusi yang masih belum diiktiraf kerajaan bagi maksud pelantikan dalam perkhidmatan awam dalam Borang SPA8i ini. Sekiranya masih gagal, sila berhubung terus dengan Unit Pendaftaran di talian 03-8885 6270/ 6268/ 6269/ 88806457 / 88806453 untuk bantuan lanjut. SPA memohon maaf di atas kesulitan yang dihadapi. Sekian, terima kasih.
    7. Kalaivani Batumalai Salam sejahtera tuan, Saya ingin bertanyakan adakah saya layak dipanggil menduduki peperiksaan kerana masih belum menerima sebarang panggilan untuk menduduki peperiksaan untuk kategori jawatan Ijazah atau Sarjana. Mohon maklum balas pihak tuan. Sekian, terima kasih. Salam sejahtera Tuan Mana-mana calon yang ada memohon jawatan dengan SPA akan dipanggil ke urusan peperiksaan / temuduga APABILA ADA PERMOHONAN PENGISIAN KEKOSONGAN JAWATAN DARIPADA KEMENTERIAN / JABATAN. Calon yang layak juga mesti melepasi syarat semasa daripad Kementerian / Jabatan dan SPA. Tuan juga boleh semak status jawatan yang dipohon melalui mykid tuan sendiri yang dibuat semasa mendaftar kerana ada makluman berkaitan dengan jawatanh yang ada dipohon. Sekian.
    8. Adzwan Alias Bin Rafael assalamualikum dan selamat tengah hari, saya adzwan alias ingin bertanyakan tentang jawatan PDRM yang telah saya daftar dari tahun 2011. adakah saya patut kemaskini kan pemohonan saya dan apakah patut saya nyatakan di bahagian pemohonan yang saya bsekarang berkhidmat sebagai Sukarelawan Simpanan Polis Diraja ( SSPDRM ). apakah saya patut nyatakan dalam borang pemohonan saya di Spa tentang perlibatan saya ini untuk menguatkan permohonan PDRM saya? Untuk memastikan pendaftaran anda tidak luput, sila semak status permohonan melalui MyID yang akan memaparkan tarikh daftar, tarikh luput permohonan serta status permohonan anda. Jika sudah luput anda perlu menyemak, mengemaskini dan klik simpan semua maklumat dan klik hantar supaya permohonan anda akan diproses. Maklumat sebagai sukarelawan tiada dalam permohonan SPA. Untuk makluman, SPA hanyalah menguruskan urusan permohonan sahaja manakala perjawatan/urusan pengambilan adalah diuruskan oleh PDRM sendiri. Oleh yang demikian, segala pertanyaan mengenai perjawatan/urusan pengambilan hendaklah dirujuk dengan pihak PDRM di Portal PDRM www.rmp.gov.my.
    9. Teh Kim Sin Tuan, saya telah mendaftar dan memohon semasa saya masih dalam pengajian master. Selepas itu, saya baru tahu bahawa pelajar tahun terakhir tidak dibenarkan membuat permohonan. Atas sebab di atas, permohonan saya tidak melepasi syarat yang ditetapkan oleh SPA. Selepas saya tamat pengajian master, saya mengemaskinikan maklumat pengajian saya dan membuat pembaharuan dalam beberapa jawatan yang dipohon, tetapi semakan status permohonan belum membuat sebarang pengemskinian seperti tarikh yang didaftar masih kekal dan tidak berubah dengan tarikh lama yang saya memohon pertama kali dan jawatan yang saya pohon tidak mengalami perubahan walaupun saya telah membuat perubahan.Sekian, terima kasih. Bolehkah saya membuat pendaftaran baru dengan myID? Saudara Semakan mendapati, pada menu pengajian tinggi tidak lengkap diisi. Tiada maklumat bidang dan pengkhususan dimasukkan. Sila lengkapkan maklumat yang bertanda *. Semak juga maklumat saudara di RESUME sebelum penghantaran maklumat dilakukan. Pastikan maklumat yang dimasukkan pada setiap menu berpadanan maklumatnya. Jika tidak padan maklumat permohonan saudara tidak terkini. Jika maklumat yang dimasukkan sama dan lengkap baru klik HANTAR. Semak semula di menu SEMAKAN PERMOHONAN pastikan tarikh daftar dan tarikh permohonan adalah sama. Jika sama, maklumat terkini saudara diterima di pihak kami. Jika tidak sama sila semak semula maklumat yang saudara masukkan adakah ia dipaparkan di resume atau pun tidak. Sekian, terima kasih.
    10. Atikah Hairani Binti Abdul Hamid salam 1malaysia..bagaimana cara untuk membolehkan saya update result spm saya kerana terdapat sedikit kesilapan dalam result spm tersebut..tidak seperti di ruangan pmr dan stpm terdapat button "-" di setiap subjek...harap ada jalan penyelesaian. Sila emelkan salinan result SPM anda ke hanim@spa.gov.my atau shafarina@spa.gov.my untuk semakan. Result SPM adalah daripada Lembaga Peperiksaan Malaysia dan tidak boleh diubah.

Continue reading

Permohonan Mendapatkan Maklumat

Permohonan Mendapatkan Maklumat

Jika anda mempunyai sebarang permohonan untuk mendapatkan maklumat mengenai Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia, sila kemukakan permohonan anda secara rasmi ke :

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia,
Aras 1, 2 & 4 -13, Blok F1, Kompleks F,
No.2, Lebuh Perdana Timur A, Presint 1,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62000 Putrajaya, Malaysia.

Telefon: +603 8091 9000

**Penafian - Permohonan sebarang maklumat dan data yang dipohon masih lagi bergantung kepada keputusan Suruhanjaya

    Continue reading

    Your message here