- BERITA BERGAMBAR 21 Jan ----- Mesyuarat Bersama Pengerusi-Pengerusi dan Setiausaha-Setiausaha SPA Negeri
Peristiwa bergambar.
Peristiwa bergambar.
Peristiwa bergambar.
Kota Kinabalu, 18 Januari - Seminar SPA Outreach di Auditorium Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Kota Kinabalu Sabah.
Peristiwa bergambar
Peristiwa bergambar
Peristiwa bergambar
Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 3/2014 telah membincangkan dan meluluskan pelantikan seramai 225 orang dan seramai 737 orang pegawai telah diberi pengesahan dalam perkhidmatan dan pemberian taraf berpencen. Manakala, 20 orang pegawai telah diberi pelanjutan tempoh percubaan dan seorang (1) orang pegawai telah ditamatkan perkhidmatan.Selain itu suruhanjaya juga telah membincangkan dan mempertimbangkan enam (6) kertas tindakan tatatertib dan 11 kertas Lembaga Rayuan Tatatertib.
PULAU PINANG, 20 Jan ----- Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (S.P.A) hari ini telah mengadakan Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 3/2014 di Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang. Mesyuarat dipengerusikan oleh YBhg. Tan Sri Mahmood Adam, Pengerusi S.P.A. Turut hadir, YBhg. Dato’ R.Segarajah,Timbalan Pengerusi S.P.A, Ahli-Ahli Suruhanjaya, YBhg. Datuk Ramli Juhari, Setiausaha S.P.A, Pegawai Tugas-tugas Khas dan pegawai kanan S.P.A. Sejurus selesai Mesyuarat Suruhanjaya, satu sesi taklimat mengenai SPRM telah disampaikan oleh YBhg. Dato’ Samarajoo Manikam, Pengarah SPRM Negeri Pulau Pinang. --- MediaSPA
Peristiwa bergambar
Peristiwa bergambar
Peristiwa bergambar
PUTRAJAYA 16 Jan ----- Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (S.P.A) hari ini telah melancarkan Kad Pegawai Kerajaan untuk penjawat awam. Pelancarannya telah disempurnakan oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, YB Datuk Joseph Entulu Anak Belaun di Dewan Temu duga S.P.A Putrajaya. Dalam ucapan aluan, YBhg Tan Sri Mahmood Adam berkata penggunaan kad ini adalah merupakan keperluan yang telah diarahkan oleh Kerajaan agar kad untuk penjawat awam ini di adakan sebagai pengenalan diri. Sementara itu, YB Datuk Joseph Entulu berkata penggunaan kad identiti ini akan dilaksanakan mengikut peringkat di Kementerian atau Jabatan dan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam telah pun memulakan pengunaannya . ---- MediaSPA
Peristiwa bergambar
Peristiwa bergambar
Peristiwa bergambar
Peristiwa bergambar
Peristiwa bergambar
Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 2/2014 telah membincangkan dan meluluskan pelantikan seramai 3,921 orang dan seramai 721 orang pegawai telah diberi pengesahan dalam perkhidmatan dan pemberian taraf berpencen. Manakala, 23 orang pegawai telah diberi pelanjutan tempoh percubaan dan seorang (1) orang pegawai telah ditamatkan perkhidmatan. Selain itu suruhanjaya juga telah membincangkan dan mempertimbangkan lima (5) kertas tindakan tatatertib dan 11 kertas Lembaga Rayuan Tatatertib
Peristiwa bergambar
Peristiwa bergambar
Peristiwa bergambar
Peristiwa bergambar
Peristiwa bergambar
Peristiwa bergambar
Peristiwa bergambar
Peristiwa bergambar
Peristiwa bergambar
NILAI 7 Januari ----- Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia telah menerima Anugerah Tahap Cemerlang (4 Bintang) “Pencapaian Tertinggi Dalam Pengurusan Kewangan” berdasarkan Indeks Akauntabiliti oleh Jabatan Audit Negara bagi tahun penilaian 2012. Sebanyak 22 agensi persekutuan termasuk Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia telah menerima sijil serta piala yang telah disampaikan oleh Ketua Setiausaha Negara, YBhg. Tan Sri Dr. Ali Hamsa di satu majlis yang diadakan di Akademi Audit Negara semalam. Setiausaha S.P.A, YBhg. Datuk Ramli Juhari hadir dan menerima anugerah tersebut. Turut hadir Timbalan Setiausaha (Perkhidmatan), Puan Lim Mooi Eia dan Setiausaha Bahagian (Pengurusan) Encik Mohd Nazri Dollah ----- MediaSPA
Peristiwa bergambar
Peristiwa bergambar
Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 42/2013 telah membincangkan dan meluluskan pelantikan seramai 409 orang dan seramai 1,119 orang pegawai telah diberi pengesahan dalam perkhidmatan dan pemberian taraf berpencen. Manakala, 28 orang pegawai telah diberi pelanjutan tempoh percubaan. Selain itu suruhanjaya jugatelah membincangkan dan mempertimbangkan empat (4) kertas tindakan tatatertib dan 14 kertas Lembaga Rayuan Tatatertib
SELANGAU 31 Okt ----- Pengerusi S.P.A, Dato’ Seri Arpah Abdul Razak hadir di Program Sehati Sejiwa di Selangau, Sibu Sarawak. Program bersama Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) dengan kerjasama Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA), dan Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) telah dirasmikan oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, YB Datuk Joseph Entulu Belaun. Antara program ialah taklimat persediaan menghadiri temuduga oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia. ----- MediaSPA
Kota Kinabalu 4 Januari ----- Seminar S.P.A Outreach anjuran Akademi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (ASPA) mengenai “Tips dan Panduan Memasuki Pekhidmatan Awam Malaysia” telah diadakan di Bilik Seminar Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Sabah. Seminar ini dihadiri seramai 65 peserta telah dirasmikan oleh Ybhg Datuk Ramli bin Juhari, Setiausaha Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia. Turut hadir, Tuan Hj Musa bin Sulaiman dan pegawai-pegawai kanan Urusetia Sabah. Tujuan seminar ini diadakan adalah untuk membantu calon-calon yang memohon pekerjaan dengan SPA supaya memperlengkapkan diri dengan ilmu serta mengetahui teknik-teknik menghadiri temu duga.
Pada hari berikutnya, seramai 28 orang hadir menerima surat tawaran pelantikan bagi jawatan Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat Gred S27, Pembantu Hal Ehwal Islam Gred S17 serta surat pengesahan pelantikan, pengesahan dalam perkhidmatan dan pemberian taraf berpencen kepada kakitangan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah di bawah lantikan SPA. Penyerahan ini telah disampaikan oleh Ybhg. Datuk Ramli bin Juhari di bilik Ruang Menunggu Temuduga Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia Urusetia Sabah.
GENTING HIGHLANDS 2 Nov ----- Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (S.P.A) telah mengadakan bengkel penggubalan soalan peperiksaan yang diadakan di Awana, Genting Highlands. Bengkel tiga (3) hari yang bermula hari ini telah dirasmikan oleh Pengerusi S.P.A, Dato’ Seri Arpah Abdul Razak. Turut hadir Ahli-Ahli Suruhanjaya, Setiausaha S.P.A, Dato’ Zainal Abidin Ahmad, Timbalan Setiausaha (Perkhidmatan), Puan Salmah Idris dan pegawai-pegawai kanan S.P.A. Terdahulu pada sebelah pagi, Dato’ Seri Arpah mempengerusikan Mesyuarat Suruhanjaya Bil 38/2015. ----- MediaSPA
PUTRAJAYA 4 Januari ----- Pengerusi S.P.A, YBhg. Tan Sri Mahmood Adam hari ini telah melancarkan IM4U Rakan Muda S.P.A. IM4U Rakan Muda S.P.A ini adalah ilham daripada beliau yang bertujuan untuk merapatkan hubungan antara S.P.A dengan anak-anak muda supaya golongan ini tidak menganggap S.P.A hanyalah untuk orang-orang tertentu sahaja. Katanya lagi, mereka yang berumur 40 tahun ke bawah bolehlah mendaftar secara online di Portal S.P.A. Beliau berkata demikian di Majlis Perasmian Seminar S.P.A Outreach “Tips Dan Panduan Memasuki Perkhidmatan Awam” bertempat di Dewan Temu duga, Putrajaya hari ini. Turut hadir, Timbalan Pengerusi S.P.A, YBhg. Dato’ R. Segarajah dan pegawai-pegawai kanan S.P.A. Seminar SPA Outreach ini akan diadakan pada setiap hari Sabtu atau Ahad di seluruh Negara sepanjang tahun 2014 ini dan mereka yang berminat boleh melayari Portal S.P.A di www.spa.gov.my . Terdahulu dari itu, Tan Sri Mahmood Adam telah menyampaikan taklimat mengenai tips dan panduan memasuki perkhidmatan awam. Beliau juga turut menyampaikan sijil kepada para peserta. ---- MediaSPA
Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 38/2015 telah membincangkan dan meluluskan pelantikan seramai 74 orang dan seramai 1,176 orang pegawai telah diberi pengesahan dalam perkhidmatan dan pemberian taraf berpencen. Manakala, lapan (8) orang pegawai telah diberi pelanjutan tempoh percubaan. Selain itu Suruhanjaya juga telah membincangkan dan mempertimbangkan sembilan (9) kertas Tatatertib, lima (5) kertas Lembaga Rayuan Kenaikan Pangkat dan sepuluh (10) kertas Lembaga Rayuan Tatatertib .
Peristiwa bergambar
PUTRAJAYA 12 Nov ----- Setiausaha S.P.A, Dato’ Zainal Abidin Ahmad pagi ini mempengerusikan Mesyuarat pra Suruhanjaya yang diadakan di Putrajaya. Mesyuarat turut dihadiri Timbalan Setiausaha (Pengambilan) Haji Abdullah Tahir, Timbalan Setiausaha (Perkhidmatan) Puan Salmah Idris serta pegawai-pegawai kanan S.P.A. ----- MediaSPA
Peristiwa bergambar
PORT DICKSON 13 Nov ----- Setiausaha S.P.A, Dato’ Zainal Abidin Ahmad telah merasmikan Bengkel Pengurusan Pelan Kesinambungan Perkhidmatan S.P.A, di Port Dickson malam tadi. Bengkel tiga (3) hari bermula semalam turut dihadiri Ahli Suruhanjaya, Timbalan Setiausaha (Perkhidmatan) Puan Salmah Idris, Timbalan Setiausaha (Pengambilan) Tuan Haji Abdullah Tahir serta pegawai-pegawai kanan S.P.A. Bengkel anjuran Bahagian Pengurusan dan ASPA itu turut menjemput pegawai perunding keselamatan maklumat sektor awam daripada MAMPU. Antara perkara yang akan dibincangkan dalam bengkel itu ialah mengenai pelan tindakan balas kecemasan (ERP) dan pelan komunikasi krisis (CCP). ----- MediaSPA
Peristiwa bergambar
Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 39/2015 telah membincangkan dan meluluskan pelantikan seramai 1,236 orang dan seramai 2,622 orang pegawai telah diberi pengesahan dalam perkhidmatan dan pemberian taraf berpencen. Manakala, tiga belas (13) orang pegawai telah diberi pelanjutan tempoh percubaan dan dua (2) orang telah ditamatkan perkhidmatan. Selain itu Suruhanjaya juga telah membincangkan dan mempertimbangkan satu (1) kertas Tatatertib, enam (6) kertas Lembaga RayuanKenaikan Pangkat dan lima (5) kertas Lembaga Rayuan Tatatertib.
Peristiwa bergambar
MELAKA 18 Nov ----- Pengerusi S.P.A Dato’ Seri Arpah Abdul Razak telah merasmikan bengkel Pelan Strategik ICT (PSICT) 2016-2020 di Melaka. Bengkel tiga (3) hari bermula semalam turut dihadiri Ahli Suruhanjaya, Setiausaha S.P.A, Dato’ Zainal Abidin Ahmad, Timbalan Setiausaha (Perkhidmatan) Puan Salmah Idris, Timbalan Setiausaha (Pengambilan) Tuan Haji Abdullah Tahir, Setiausaha-Setiausaha Bahagian serta pegawai-pegawai dari setiap Bahagian. ----- MediaSPA
Peristiwa bergambar
MELAKA 19 Nov ----- Sesi pembentangan kumpulan dalam bengkel pelan strategik ICT (PSICT) S.P.A 2016-2020 iaitu semakan Visi dan Misi ICT, semakan teras strategik ICT dan objektif, telah selesai sebentar tadi. Ahli Suruhanjaya, Tuan Haji Sumali Amat turut menyampaikan rumusan serta pandangan. Hadir sama Setiausaha S.P.A Dato’ Zainal Abidin Ahmad, Timbalan Setiausaha (Perkhidmatan) Puan Salmah Idris, Timbalan Setiausaha (Pengambilan) Tuan Haji Abdullah Tahir, pegawai-pegawai kanan S.P.A. Bengkel yang bermula selasa lepas, berakhir hari ini. ----- MediaSPA
Peristiwa bergambar.
PUTRAJAYA 2 Dis ----- Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan (SPKP) telah mengadakan Mesyuarat SPKP ke-128 pada 1 Disember 2015 di Putrajaya yang telah dipengerusikan oleh YBhg. Dato' Seri Arpah Abdul Razak, Pengerusi SPKP. Mesyuarat berkenaan turut dihadiri YBhg. Peguam Negara, YBhg. Peguam Cara Negara,Yang Amat Arif Presiden Mahkamah Rayuan, Yang Amat Arif Hakim Besar Malaya, Yang Amat Arif Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Yang Arif Hakim Mahkamah Tinggi, YBhg. Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan dan Setiausaha SPKP, YBhg. Dato' Zainal Abidin bin Ahmad serta pegawai-pegawai kanan Urus Setia SPKP. Mesyuarat telah menimbangkan kertas-kertas SPKP bagi urusan pelantikan,kenaikan pangkat, surcaj, tahan kerja dan isu-isu dasar serta ketetapan(ruling) berkaitan Pegawai Undang-Undang dalam Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan. ----- SPKP/MediaSPA
PUTRAJAYA 20 Nov ----- Pengerusi S.P.A Dato’ Seri Arpah Abdul Razak hari ini menerima kunjungan hormat Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Dato’ Sri Ismail Ahmad. Dato’ Seri Arpah seterusnya mengadakan Mesyuarat yang turut dihadiri Setiausaha S.P.A, Dato’ Zainal Abidin Ahmad, Timbalan Setiausaha (Pengambilan) Tuan Haji Abdullah Tahir pegawai-pegawai kanan JPJ dan S.P.A . ----- MediaSPA
PUTRAJAYA 2 Dis ----- Setiausaha S.P.A, Dato’ Zainal Abidin Ahmad hari ini telah merasmikan Konvensyen Kumpulan Inovatif Dan Kreatif (KIK) peringkat S.P.A 2015 yang diadakan di Putrajaya. Sebanyak enam (6) kumpulan bertanding terdiri dari Kumpulan Pixe11, PKPK SPA, NT dot, Citra, Kenyalang dan Rafflesia. Turut hadir menyaksikan persembahan KIK, Timbalan Setiausaha (Perkhidmatan) Puan Salmah Idris, Timbalan Setiausaha (Pengambilan) Tuan Haji Abdullah Tahir pegawai-pegawai kanan dan warga S.P.A. ----- MediaSPA
PUTRAJAYA 20 Nov ----- Pengerusi S.P.A Dato’ Seri Arpah Abdul Razak mempengerusikan mesyuarat bersama Jabatan Perrkhidmatan Awam (JPA). Mesyuarat yang bermula sebentar tadi dihadiri Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Pembangunan), Dato’ Jalil Marzuki. Turut hadir Timbalan Setiausaha (Pengambilan) Tuan Haji Abdullah Tahir . ----- MediaSPA
MELAKA 3 Dis ----- Pengerusi S.P.A Dato’ Seri Arpah Abdul Razak hari ini telah membuat kunjungan hormat ke atas Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Datuk Seri Utama Mohd Khalil Yaakob di pejabatnya di Air Keroh, Melaka. Turut hadir dalam kunjungan hormat Setiausaha S.P.A, Dato’ Zainal Abidin Ahmad, Timbalan Setiausaha (Perkhidmatan) Puan Salmah Idris dan Timbalan Setiausaha (Pengambilan) Tuan Haji Abdullah Tahir. ----- MediaSPA
PULAU PINANG 23 Nov ----- Pengerusi S.P.A, Dato’ Seri Arpah Abdul Razak hari ini membuat kunjungan hormat ke atas Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Yang Berhormat Dato’ Seri Farizan Darus, di Menara KOMTAR, Pulau Pinang. Turut hadir dalam kunjungan hormat, Setiausaha S.P.A Dato’ Zainal Abidin Ahmad, Timbalan Setiausaha (Perkhidmatan) Puan Salmah Idris dan Timbalan Setiausaha (Pengambilan) Tuan Haji Abdullah Tahir. Selepas itu sesi taklimat dan perbincangan telah diadakan yang turut dihadiri Ahli-Ahli Suruhanjaya serta pegawai-pegawai kanan S.P.A. Terdahulu pada sebelah pagi, Dato’ Seri Arpah telah mempengerusikan Mesyuarat Suruhanjaya. ----- MediaSPA
PUTRAJAYA 4 Dis ----- Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (S.P.A) hari ini menerima kunjungan pelajar akhir Fakulti Perakaunan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Melaka. Satu sesi taklimat kerjaya telah disampaikan oleh Timbalan Setiausaha (Pengambilan) Tuan Haji Abdullah Tahir. S.P.A juga turut menerima kunjungan pelajar daripada Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Haji Hassan Yunus Kluang Johor, semalam. ----- MediaSPA
Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 40/2015 telah membincangkan dan meluluskan pelantikan seramai 179 orang dan seramai 1,313 orang pegawai telah diberi pengesahan dalam perkhidmatan dan pemberian taraf berpencen. Manakala, sebelas (11) orang pegawai telah diberi pelanjutan tempoh percubaan dan tiga (3) orang telah ditamatkan perkhidmatan. Selain itu Suruhanjaya juga telah membincangkan dan mempertimbangkan satu (1) kertas Tatatertib, empat (4) kertas Lembaga Rayuan Kenaikan Pangkat dan 14 kertas Lembaga Rayuan Tatatertib.
LANGKAWI 7 Dis ----- Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (S.P.A) telah mengadakan Mesyuarat Suruhanjaya Bil 41/2015 di Langkawi International Convention Centre (LICC), semalam. Mesyuarat dipengerusikan oleh Dato’ Seri Arpah Abdul Razak . Hadir sama, Ahli-Ahli Suruhanjaya, Setiausaha Dato’ Zainal Abidin Ahmad, Timbalan Setiausaha (Perkhidmatan) Puan Salmah Idris, Timbalan Setiausaha (Pengambilan) Tuan Haji Abdullah Tahir, serta pegawai-pegawai kanan. ----- MediaSPA
PULAU PINANG 24 Nov ----- Pengerusi S.P.A Dato’ Seri Arpah Abdul Razak hari ini telah mempengerusikan Mesyuarat Khas Suruhanjaya Bil 2/2015 yang diadakan di Pulau Pinang. Mesyuarat yang bermula jam 9.00 pagi tadi turut dihadiri Ahli-Ahli Suruhanjaya, Setiausaha S.P.A. Dato’ Zainal Abidin Ahmad, Timbalan Setiausaha (Perkhidmatan) Puan Salmah Idris, Timbalan Setiausaha (Pengambilan) Tuan Haji Abdullah Tahir dan pegawai-pegawai kanan S.P.A. ----- MediaSPA
LANGKAWI 8 Dis ----- Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (S.P.A) telah membuat lawatan kerja ke Jabatan Laut Wilayah Utara di Langkawi semalam. Rombongan yang di ketuai oleh Pengerusi S.P.A, Dato’ Seri Arpah Abdul Razak serta Ahli-Ahli Suruhanjaya turut diberi taklimat oleh Timbalan Ketua Pengarah Laut, Dato’ Rossid Musa. Rombongan seterusnya dibawa melawat di sekitar Pulau Langkawi dengan menaiki bot Jabatan Laut Malaysia. ----- MediaSPA
PULAU PINANG 25 Nov ----- Pengerusi S.P.A, Dato’ Seri Arpah Abdul Razak hari ini hadir ke taklimat oleh Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional (JPNIN). Taklimat satu jam setengah yang turut dihadiri Ahli-Ahli Suruhanjaya itu adalah berkaitan dengan urusan pelantikan di jabatan tersebut. Turut hadir Setiausaha S.P.A Dato’ Zainal Abidin Ahmad, Timbalan Setiausaha (Pengambilan) Tuan Haji Abdullah Tahir dan pegawai-pegawai kanan S.P.A. ----- MediaSPA
Peristiwa bergambar.
PUTRAJAYA 26 Nov ----- Pengerusi S.P.A, Dato’ Seri Arpah Abdul Razak menyeru penjawat awam supaya mengamalkan cara hidup sihat kerana berupaya meningkatkan daya tumpuan dan fokus seseorang ke atas pelaksanaan tugasan seharian. Beliau berkata demikian dalam ucapan di perhimpunan bulanan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (S.P.A) di Putrajaya semalam. Katanya lagi “tubuh badan yang sihat, sudah tentu akan menyumbang kepada kecerdasan emosi dan pemikiran”. Turut hadir Setiausaha S.P.A, Dato’ Zainal Abidin Ahmad, Timbalan Setiausaha (Perkhidmatan) Puan Salmah Idris, Timbalan Setiausaha (Pengambilan) Tuan Haji Abdullah Tahir serta warga S.P.A. ----- MediaSPA
LANGKAWI 9 Dis ----- Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) hari ini telah menyampaikan taklimat kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (S.P.A) yang diadakan di Langkawi International Convention Centre (LCC). Taklimat yang disampaikan oleh Ketua Pengarah KEMAS, Dato’ Hassan Mohd Amin turut dihadiri Pengerusi S.P.A, Dato’ Seri Arpah Abdul Razak, Ahli-Ahli Suruhanjaya dan pegawai-pegawai kanan S.P.A. ----- MediaSPA
Peristiwa bergambar.
Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 41/2015 telah membincangkan dan meluluskan pelantikan seramai 685 orang dan seramai 2,625 orang pegawai telah diberi pengesahan dalam perkhidmatan dan pemberian taraf berpencen. Manakala, tiga belas (13) orang pegawai telah diberi pelanjutan tempoh percubaan dan seorang (1) orang telah ditamatkan perkhidmatan. Selain itu Suruhanjaya juga telah membincangkan dan mempertimbangkan satu (1) kertas Tatatertib, enam (6) kertas Lembaga Rayuan Kenaikan Pangkat dan sepuluh (10) kertas Lembaga Rayuan Tatatertib.
PUTRAJAYA 11 Dis ----- Pengerusi S.P.A Dato’ Seri Arpah Abdul Razak mengucapkan tahniah kepada warga Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (S.P.A) kerana telah memperolehi pelbagai kecemerlangan sepanjang tahun 2015. Beliau berkata demikian di majlis Malam Mesra Suruhanjaya Perkhidmatan Awam di Putrajaya malam tadi. Turut hadir Ahli-Ahli Suruhanjaya dan warga S.P.A. Menurutnya lagi kejayaan ini adalah hasil semangat kerjasama semua peringkat jawatan di S.P.A. Antaranya ialah Persidangan Suruhanjaya-Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia yang telah diadakan pada bulan Mei lepas . S.P.A juga telah memperolehi beberapa anugerah kecemerlangan sukan Jabatan Perdana Menteri (JPM). Di majlis ini juga Dato’ Seri Arpah telah melancarkan Buku Pelan Strategik SPA 2016-2020 dan penyampaian hadiah Konvensyen Kumpulan Inovatif Dan Kreatif (KIK) peringkat S.P.A 2015. ----- MediaSPA
Peristiwa bergambar.
PUTRAJAYA 16 Dis ----- Inisiatif Inovasi Exam Online Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (S.P.A) mendapat tempat kedua Anugerah Inovasi Sektor Awam (AISA) 2015 dan membawa pulang wang tunai 100 ribu ringgit serta sijil penghargaan. Hadiah disampaikan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr. Ali Hamsa kepada Pengerusi S.P.A Dato’ Seri Arpah Abdul Razak pada majlis AISA 2015 yang diadakan di Putrajaya International Convention Centre (PICC) petang tadi. Yang turut hadir Setiausaha S.P.A, Dato’ Zainal Abidin Ahmad. Tempat pertama Anugerah AICC dimenangi oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri. Manakala Anugerah Inovasi Perdana Menteri (AIPM) dimenangi oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM). ----- MediaSPA
Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 34/2015 telah membincangkan dan meluluskan pelantikan seramai 616 orang dan seramai 1,345 orang pegawai telah diberi pengesahan dalam perkhidmatan dan pemberian taraf berpencen. Manakala, empat (4) orang pegawai telah diberi pelanjutan tempoh percubaan dan dua (2) orang telah ditamatkan perkhidmatan. Selain itu suruhanjaya juga telah membincangkan dan mempertimbangkan empat (4) kertas Tindakan Tatatertib, enam (6) kertas Lembaga Rayuan Kenaikan Pangkat dan dua puluh lima (25) kertas Lembaga Rayuan Tatatertib.
Peristiwa bergambar.
Peristiwa bergambar.
Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 42/2015 telah membincangkan dan meluluskan pelantikan seramai 3,643 orang dan seramai 2,468 orang pegawai telah diberi pengesahan dalam perkhidmatan dan pemberian taraf berpencen. Manakala, lapan belas (18) orang pegawai telah diberi pelanjutan tempoh percubaan dan tiga (3) orang telah ditamatkan perkhidmatan. Selain itu Suruhanjaya juga telah membincangkan dan mempertimbangkan dua (2) kertas Tatatertib, lapan (8) kertas Lembaga Rayuan Kenaikan Pangkat dan tiga belas (13) kertas Lembaga Rayuan Tatatertib.
KUALA LIPIS 10 Okt ----- Pengerusi S.P.A, Dato’ Seri Arpah Abdul Razak telah merasmikan Program Semarak (Team Building) Bahagian Pengambilan di Kem Bina Negara, Kuala Lipis, Pahang. Program tiga (3) hari 9-11 Oktober 2015 dimulakan dengan acara Treasure Hunt . Setiausaha S.P.A, Dato’ Zainal Abidin Ahmad telah melepaskan pasukan berkenderaan menuju ke Kem Bina Negara (BTN), Kuala Lipis, Pahang. Program turut dihadiri Setiausaha Bahagian Pengambilan, Tuan Haji Abdullah Tahir. Antara program yang dijalankan adalah taklimat oleh pegawai dari Biro Tatanegara serta aktiviti berkumpulan. ----- MediaSPA
SERDANG 24 Dis ----- Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (S.P.A) antara 11 ribu peserta yang menyertai perarakan sempena Sambutan Maulidur Rasul S.A.W Peringkat Kebangsaan Tahun 1437/2015M yang diadakan di Taman Expo Pertanian Malaysia (MAEPS) Serdang semalam. Yang turut hadir Setiausaha S.P.A Dato’ Zainal Abidin Ahmad, Timbalan Setiausaha (Perkhidmatan) Puan Salmah Idris, Timbalan Setiausaha (Pengambilan) Tuan Haji Abdullah Tahir. Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah berkenan merasmikan dan menyampaikan Anugerah Maulidur Rasul. ----- MediaSPA
Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 35/2015 telah membincangkan dan meluluskan pelantikan seramai 270 orang dan seramai 910 orang pegawai telah diberi pengesahan dalam perkhidmatan dan pemberian taraf berpencen. Manakala, empat (4) orang pegawai telah diberi pelanjutan tempoh percubaan dan tiga (3) orang telah ditamatkan perkhidmatan. Selain itu suruhanjaya juga telah membincangkan dan mempertimbangkan tiga (3) kertas Tindakan Tatatertib, dan sebelas (11) kertas Lembaga Rayuan Tatatertib.
PUTRAJAYA 15 Okt ----- Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (S.P.A) hari ini telah mengadakan Mesyuarat bersama Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) di Putrajaya. Mesyuarat di pengerusikan oleh Dato’ Seri Arpah Abdul Razak. Turut hadir, Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Pembangunan) Dato’ Jalil Marzuki. Hadir sama Setiausaha S.P.A Dato’ Zainal Abidin Ahmad, pegawai-pegawai kanan S.P.A dan JPA. Mesyuarat yang bermula jam 9.00 pagi tadi adalah berkaitan dengan urusan perjawatan. ----- MediaSPA
Peristiwa bergambar.
Peristiwa bergambar.