Uncategorised

  • PERISTIWA BERGAMBAR 20 Okt ----- Mesyuarat S.P.A dengan SITF

    Peristiwa bergambar.

Aktiviti8_1

 

Aktiviti8_2
  • BERITA RINGKAS 21 Okt ----- S.P.A terima pelawat dari Philippines

    PUTRAJAYA 20 Okt ----- Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (S.P.A) terima kunjungan delegation of Career executive board of Philippines petang semalam. Delegasi seramai (5) orang pegawai itu diketuai oleh Atty. Maria Anthonette Velasco-Allones, Ceso I. Ketibaan telah disambut oleh Setiausaha S.P.A, Dato’ Zainal Abidin Ahmad dan sesi taklimat mengenai S.P.A telah disampaikan oleh beliau. ----- MediaSPA

Aktiviti9_1

 

Aktiviti9_2

 

Aktiviti9_3
  • Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 36 Tahun 2015

    Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 36/2015 telah membincangkan dan meluluskan pelantikan seramai 758 orang dan seramai 1,011 orang pegawai telah diberi pengesahan dalam perkhidmatan dan pemberian taraf berpencen. Manakala, tiga (3) orang pegawai telah diberi pelanjutan tempoh percubaan dan seorang (1) telah ditamatkan perkhidmatan. Selain itu suruhanjaya juga telah membincangkan dan mempertimbangkan dua (2) kertas Tindakan Tatatertib, dua (2) kertas Lembaga Rayuan Kenaikan Pangkat dan enam (6) kertas Lembaga Rayuan Tatatertib.

Aktiviti10_1

 

Aktiviti10_2

 

Aktiviti10_3
  • BERITA RINGKAS 23 Okt ----- Delegasi dari Kazakhstan ke S.P.A

    PUTRAJAYA 23 Okt ----- Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (S.P.A) hari ini terima kunjungan daripada Regional Hub of civil service in Astana, Kazakhstan. Delegasi diketuai oleh Chairman of Steering Committee Regional Hub of Civil service in Astana, H.E Alikhan Baimenov. Satu sesi taklimat mengenai Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia telah disampaikan oleh Setiausaha S.P.A, Dato’ Zainal Abidin Ahmad. ----- MediaSPA

Aktiviti11_1

 

Aktiviti11_2

 

Aktiviti11_3

 

Aktiviti11_4
  • Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 37 Tahun 2015

    Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 37/2015 telah membincangkan dan meluluskan pelantikan seramai 382 orang dan seramai 903 orang pegawai telah diberi pengesahan dalam perkhidmatan dan pemberian taraf berpencen. Manakala dua (2) orang telah ditamatkan perkhidmatan. Selain itu Suruhanjaya juga telah membincangkan dan mempertimbangkan satu (1) kertas Tindakan Tatatertib, lima (5) kertas Lembaga Rayuan Kenaikan Pangkat dan sembilan (9) kertas Lembaga Rayuan Tatatertib.

Aktiviti12_1

 

Aktiviti12_2

 

Aktiviti12_3
  • BERITA RINGKAS 28 Okt ----- "Laksanakan tugas dengan penuh tanggungjawab" --- Setiausaha S.P.A

    PUTRAJAYA 27 Okt ----- Dato’ Zainal Abidin Ahmad mengingatkan kepada semua peringkat pegawai di S.P.A supaya melaksanakan tugas dengan penuh tanggungjawab dan memberikan komitment agar program atau aktiviti yang ditetapkan dapat berjalan dengan lancar. Beliau berkata demikian di majlis perhimpunan bulanan S.P.A di Putrajaya, petang semalam. Menurutnya lagi, S.P.A sebagai agensi peneraju dalam urusan pelantikan calon ke dalam perkhidmatan awam, mempunyai tanggungjawab besar untuk disempurnakan. Dato’ Zainal Abidin juga memaklumkan bahawa S.P.A telah berjaya memperoleh pensijilan MS ISO 9001: 2008 untuk tahun ke 9 berturut-turut dan mengucapkan tahniah kepada warga S.P.A. Perhimpunan bulanan itu turut dihadiri Pengerusi S.P.A, Dato’ Seri Arpah Abdul Razak. ----- MediaSPA

Aktiviti13_1

 

Aktiviti13_2

 

Aktiviti13_3

 

Aktiviti13_4
  • PERISTIWA BERGAMBAR 29 Okt ----- Mesyuarat Pra Suruhanjaya

    Peristiwa bergambar.

Aktiviti14_1

 

Aktiviti14_2

 

Aktiviti14_3
  • BERITA RINGKAS 30 Okt ----- Pengerusi S.P.A Serah Surat Tawaran Pelantikan PTD

    KUALA LUMPUR 30 Okt ----- Pengerusi S.P.A, Dato’ Seri Arpah Abdul Razak hari ini telah menyampaikan surat tawaran pelantikan Pegawai Tadbir Dan Diplomatik (PTD) Gred M41 di INTAN Bukit Kiara. Majlis turut dihadiri Setiausaha S.P.A Dato’ Zainal Abidin Ahmad, Timbalan Setiausaha (Perkhidmatan) Puan Salmah Idris. Hadir sama Pengarah INTAN Dato’ Dr. Mazlan Yusoff. Majlis yang bermula jam 9.00 pagi tadi dimulakan dengan amanat yang disampaikan oleh Dato’ Seri Arpah dan seterusnya penyampaian surat tawaran pelantikan ke Jawatan PTD. ----- MediaSPA

Aktiviti15_1

 

Aktiviti15_2

 

Aktiviti15_3

 

Aktiviti15_4

 

Aktiviti15_5

 

Aktiviti15_6
  • PERISTIWA BERGAMBAR 1 Sept ----- Pengerusi S.P.A Hadir di majlis Sambutan Hari Kebangsaan 2015 di Dataran Merdeka

    Peristiwa bergambar.

Aktiviti1_1

 

Aktiviti1_2
  • BERITA RINGKAS 1 Sept ----- Kunjungan Hormat Pengerusi S.P.A Ke Atas Ketua Menteri Melaka

    MELAKA 1 Sept ----- Pengerusi S.P.A Dato’ Seri Arpah Abdul Razak hari ini telah membuat kunjungan hormat ke atas Ketua Menteri Melaka, YAB Datuk Seri Haji Idris Haron di Ayer Keroh, Melaka pagi tadi. Pengerusi S.P.A itu turut diiringi Setiausaha Puan Lim Mooi Eia dan Timbalan Setiausaha (Pengambilan) Dato’ Zainal Abidin Ahmad. Hadir sama Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka, Datuk Wira Haji Naim Abu Bakar. Kunjungan selama 45 minit itu diadakan di kediaman rasmi Ketua Menteri. Seterusnya Dato’ Seri Arpah mengadakan Mesyuarat bersama-sama Exco Hal Ehwal Syarikat, Sumber Manusia dan NGO, YB Datuk M.S Mahadeven serta pegawai-pegawai kanan pejabat Ketua Menteri. ----- MediaSPA

Aktiviti2_1

 

Aktiviti2_2

 

Aktiviti2_3

 

Aktiviti2_4

 

Aktiviti2_5
  • PERISTIWA BERGAMBAR 2 Sept ----- Lawatan Dato' Seri Arpah Abdul Razak ke pusat temu duga S.P.A di Melaka

    Peristiwa bergambar.

Aktiviti3_1

 

Aktiviti3_2
  • BERITA RINGKAS 2 Sept ----- Mesyuarat S.P.A Dengan Kementerian, Jabatan Dan Pentadbiran Negeri Di Bawah Bidang Kuasa S.P.A

    PUTRAJAYA 2 Sept ----- Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (S.P.A) hari ini mengadakan Mesyuarat Dengan Kementerian, Jabatan Dan Pentadbiran Negeri Di Bawah Bidang Kuasa S.P.A. Mesyuarat yang diadakan di Dewan Utama, Kementerian Kewangan Malaysia di pengerusikan oleh Dato’ Seri Arpah Abdul Razak. Turut hadir, Setiausaha S.P.A, Puan Lim Mooi Eia, Timbalan Setiausaha (Pengambilan) Dato’ Zainal Abidin Ahmad, Timbalan Setiausaha (Perkhidmatan) Puan Salmah Idris, pegawai-pegawai kanan S.P.A serta wakil-wakil Kementarian dan Jabatan. Mesyuarat dimulakan dengan perutusan Pengerusi S.P.A, Dato’ Seri Arpah Abdul Razak, sesi pembentangan kertas kerja mengenai peluang pekerjaan dalam perkhidmatan awam kepada OKU. Antara perbincangan yang sedang berlangsung sekarang ialah urusan pelantikan secara kontrak dan isu-isu tatatertib atau rayuan tatatertib. Mesyuarat dijangka selesai pada jam 1 tengah hari ini . ----- MediaSPA

Aktiviti4_1

 

Aktiviti4_2

 

Aktiviti4_3

 

Aktiviti4_4

 

Aktiviti4_5

 

Aktiviti4_6

 

Aktiviti4_7
  • PERISTIWA BERGAMBAR 4 Sept ----- Mesyuarat Pra Suruhanjaya

    Peristiwa bergambar.

Aktiviti5_1

 

Aktiviti5_2
  • BERITA RINGKAS 8 Sept ----- Dato' Seri Arpah Abdul Razak hadir di majlis jamuan makan malam

    KUCHING 7 Sept ----- Dato’ Seri Arpah Abdul Razak malam tadi hadir di majlis makan malam sempena Mesyuarat Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan (SPKP), di Kuching Sarawak. Turut hadir, Datuk Azailiza Mohd Ahad, Tan Sri Dato’ Seri Zulkefli Ahmad Makinuddin, Tan Sri Dato’ Seri Md. Raus Sharif, Dato Rhodzariah Bujang, Datuk Tun Abd Majid Tun Hamzah. Hadir sama Setiausaha S.P.A, Puan Lim Mooi Eia. Terdahulu pada sebelah petang, Dato’ Seri Arpah telah mempengerusikan Mesyuarat Pra SPKP. ----- MediaSPA

Aktiviti6_1

 

Aktiviti6_2

 

Aktiviti6_3

 

Aktiviti6_4
  • BERITA RINGKAS 9 Sept ----- Dato' Seri Arpah Abdul Razak Pengerusikan Mesyuarat SPKP Ke - 127

    KUCHING 8 Sept ----- Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan (SPKP) telah mengadakan mesyuaratnya yang ke-127 di Pullman Hotel, Kuching, Sarawak semalam. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Pengerusi SPKP, Dato’ Seri Arpah Abdul Razak. Turut hadir Ahli-Ahli SPKP iaitu YBhg Peguam Cara Negara,Yang Amat Arif Presiden Mahkamah Rayuan, Yang Amat Arif Hakim Besar Malaya, Yang Amat Arif Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Yang Arif Hakim Mahkamah Persekutuan, Yang Arif Hakim Mahkamah Tinggi dan Setiausaha SPKP, Puan Lim Mooi Eia. Hadir sama Timbalan Peguam Cara Negara I dan pegawai-pegawai kanan Urus Setia SPKP. Mesyuarat telah menimbangkan kertas-kertas bagi urusan pelantikan, pemangkuan, kenaikan pangkat, surcaj dan isu-isu dasar perkhidmatan berkaitan Pegawai Undang-Undang dalam Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan. ----- SPKP/MediaSPA

Aktiviti7_1

 

Aktiviti7_2

 

Aktiviti7_3

 

Aktiviti7_4

 

Aktiviti7_5

 

Aktiviti7_6
  • BERITA RINGKAS 9 Sept ----- Dato' Seri Arpah hadir di majlis perhimpunan bulanan S.P.A di Kuching Sarawak

    KUCHING 8 Sept ----- Pengerusi S.P.A Dato’ Seri Arpah Abdul Razak menghadiri perhimpunan bulanan anjuran Urus Setia S.P.A Cawangan Sarawak, di Bangunan Sultan Iskandar Kuching, petang semalam. Antara lain dalam ucapan yang disampaikan oleh Pengerusi S.P.A itu ialah mengenai soal Integriti, komitment kepada tugas dan penggunaan teknologi. Dato’ Seri Arpah juga mengingatkan warga S.P.A supaya menjaga imej Suruhanjaya Perkhidmatan Awam serta bersedia menghadapi cabaran serta memberi kerjasama kepada semua pihak termasuklah pelanggan. Hadir sama di majlis perhimpunan itu, Setiausaha Puan Lim Mooi Eia, Timbalan Setiausaha (Perkhidmatan) Puan Salmah Idris. ----- MediaSPA

Aktiviti8_1

 

Aktiviti8_2

 

Aktiviti8_3

 

Aktiviti8_4
  • BERITA RINGKAS 9 Sept ----- Mesyuarat Suruhanjaya Di Kota Kinabalu Sabah

    KOTA KINABALU 9 Sept ----- Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (S.P.A) hari ini telah mengadakan Mesyuarat Suruhanjaya kali ke 32/2015 yang diadakan di Kota Kinabalu, Sabah. Mesyuarat mingguan ini telah di pengerusikan oleh Pengerusi S.P.A, Dato’ Seri Arpah Abdul Razak. Turut hadir Ahli-Ahli Suruhanjaya, Setiausaha S.P.A Puan Lim Mooi Eia, Timbalan-Timbalan Setiausaha serta pegawai-pegawai kanan. ----- MediaSPA

Aktiviti9_1

 

Aktiviti9_2

 

Aktiviti9_3

 

Aktiviti9_4

 

Aktiviti9_5
  • BERITA RINGKAS 10 Sept ----- "Jangan runtuhkan moral diri sendiri melalui sosial media" ---- Pengerusi S.P.A

    KOTA KINABALU 9 Sept ----- Pengerusi S.P.A, Dato’ Seri Arpah Abdul Razak mengingatkan warga S.P.A supaya jangan terlalu mudah meruntuhkan moral diri sendiri dengan secara sengaja atau tidak sengaja melalui sosial media. Beliau berkata demikian di majlis perhimpunan bulanan anjuran urus setia S.P.A Cawangan Sabah, di Kota Kinabalu petang semalam. Tambahnya lagi kita sebagai penjawat awam juga mestilah setia kepada kerajaan semasa yang memerintah. “Jangan menokok tambah isu-isu yang boleh menjejaskan perkhidmatan awam atau kerajaan yang sengaja direka oleh pihak-pihak tertentu yang tidak bertanggungjawab” tegasnya. Di akhir majlis, Dato’ Seri Arpah telah melancarkan Ekosistem Kundusif Sektor Awam (EKSA) peringkat S.P.A. ----- MediaSPA

Aktiviti10_1

 

Aktiviti10_2

 

Aktiviti10_3
  • BERITA RINGKAS 10 Sept ----- Dato' Seri Arpah Abdul Razak Pengerusikan Mesyuarat Khas Suruhanjaya

    KOTA KINABALU 10 Sept ----- Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (S.P.A) hari ini telah mengadakan Mesyuarat Khas Suruhanjaya yang diadakan di Kota Kinabalu, Sabah. Mesyuarat yang bermula jam 9.00 pagi tadi dipengerusikan oleh Dato’ Seri Arpah Abdul Razak. Turut hadir Ahli-Ahli Suruhanjaya, Setiausaha Puan Lim Mooi Eia serta pegawai-pegawai kanan S.P.A. ----- MediaSPA

Aktiviti11_1

 

Aktiviti11_2

 

Aktiviti11_3

 

Aktiviti11_4

 

Aktiviti11_5

 

Aktiviti11_6
  • BERITA RINGKAS 11 Sept ----- Kunjungan hormat Pengerusi S.P.A Ke atas Pengerusi S.P.A Negeri Sabah

    KOTA KINABALU 10 Sept ----- Pengerusi S.P.A, Dato’ Seri Arpah Abdul Razak membuat kunjungan hormat ke atas Pengerusi S.P.A Negeri Sabah, Datuk Ismail Awang Besar di pejabatnya di Wisma MUIS di Kota Kinabalu, Sabah, petang semalam. Turut bersama dalam kunjungan hormat itu Setiausaha S.P.A Puan Lim Mooi Eia, Timbalan Setiausaha (Pengambilan) Dato’ Zainal Abidin Ahmad, Timbalan Setiausaha (Perkhidmatan) Puan Salmah Idris dan pegawai kanan S.P.A. Sesi taklimat dan perbincangan berlangsung selama 50 minit. ----- MediaSPA

Aktiviti12_1

 

Aktiviti12_2

 

Aktiviti12_3

 

Aktiviti12_4

 

Aktiviti12_5
  • BERITA RINGKAS 14 Sept ----- Peperiksaan online bagi memasuki Perkhidmatan Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma

    PUTRAJAYA 14 Sept ----- Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (S.P.A) hari ini telah mengadakan peperiksaan online bagi memasuki Perkhidmatan Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma. Peperiksaan yang bermula pada jam 10.00 pagi tadi telah dihadiri seramai 17,683.00 dan beroperasi di Puncak Semangat Technology, Wisma Amtek, Petaling Jaya Selangor. Turut hadir dan manyaksikan perjalanan peperiksaan, Setiausaha S.P.A, Puan Lim Mooi Eia, Timbalan Setiausaha (Pengambilan) Dato’ Zainal Abidin Ahmad dan pegawai kanan S.P.A. Peperiksaan tamat pada jam 11.30 pagi ----- MediaSPA

Aktiviti13_1

 

Aktiviti13_2

 

Aktiviti13_3
  • BERITA RINGKAS 15 Sept ----- Pengerusi S.P.A hadir mesyuarat bersama YB Menteri Kesihatan

    PUTRAJAYA 15 Sept ----- Pengerusi S.P.A Dato’ Seri Arpah Abdul Razak pagi tadi hadir ke perjumpaan khas dan mesyuarat bersama YB Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr. S.Subramaniam yang diadakan di Bilik Gerakan kementerian Kesihatan di Kompleks E, Putrajaya. Hadir sama Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA), Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal, Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (P) Dato' Jalil Marzuki, Timbalan Setiausaha (Pengambilan) S.P.A, Dato’ Zainal Abidin Ahmad, pegawai-pegawai kanan JPA dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). ----- MediaSPA

Aktiviti14_1

 

Aktiviti14_2

 

Aktiviti14_3
  • Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 32 Tahun 2015

    Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 32/2015 telah membincangkan dan meluluskan pelantikan seramai 259 orang dan seramai 1,441 orang pegawai telah diberi pengesahan dalam perkhidmatan dan pemberian taraf berpencen. Manakala, lapan orang (8) orang pegawai telah diberi pelanjutan tempoh percubaan dan dua orang (2) telah ditamatkan perkhidmatan. Selain itu suruhanjaya juga telah membincangkan dan mempertimbangkan tiga (3) kertas Tindakan Tatatertib, dua (2) kertas Lembaga Rayuan Kenaikan Pangkat dan lapan belas (18) kertas Lembaga Rayuan Tatatertib.

Aktiviti15_1

 

Aktiviti15_2

 

Aktiviti15_3
  • BERITA RINGKAS 17 Sept ----- Kunjungan hormat Delegasi SPA Negeri Pahang dan Negeri Terengganu ke atas Dato' Seri Arpah Abdul Razak

    PUTRAJAYA 17 Sept ----- Pengerusi S.P.A, Dato’ Seri Arpah Abdul Razak hari ini menerima kunjungan hormat Pengerusi SPA Negeri Pahang, YH. Dato’ Haji Mohamad Ridzwan Haji Mohd Tahar dan Pengerusi SPA Negeri Terengganu, Dato’ Haji Mohd @ Daik Ngah. Delegasi Pengerusi SPA Negeri-negeri bersama-sama Ahli-Ahli Suruhanjaya itu turut diberi taklimat oleh Setiausaha S.P.A Malaysia Puan Lim Mooi Eia. Terdahulu ketibaan YH. Dato’ Haji Mohamad Ridzwan dan Dato’ Haji Mohd @ Daik disambut oleh Dato’ Seri Arpah di pejabatnya di Putrajaya. ----- MediaSPA

Aktiviti16_1

 

Aktiviti16_2

 

Aktiviti16_3

 

Aktiviti16_4

 

Aktiviti16_5
  • Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 33 Tahun 2015

    Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 33/2015 telah membincangkan dan meluluskan pelantikan seramai 4,504 orang dan seramai 1,323 orang pegawai telah diberi pengesahan dalam perkhidmatan dan pemberian taraf berpencen. Manakala, lima orang (5) orang pegawai telah diberi pelanjutan tempoh percubaan dan seorang (1) telah ditamatkan perkhidmatan. Selain itu suruhanjaya juga telah membincangkan dan mempertimbangkan lima (5) kertas Tindakan Tatatertib, satu (1) kertas Lembaga Rayuan Kenaikan Pangkat dan dua puluh satu (21) kertas Lembaga Rayuan Tatatertib.

Aktiviti17_1

 

Aktiviti17_2

 

Aktiviti17_3
  • BERITA RINGKAS 23 Sept ----- "Terima kasih semua warga S.P.A" --- Puan Lim Mooi Eia

    PUTRAJAYA 22 Sept ----- “Terima kasih semua warga S.P.A” itulah kata-kata akhir Puan Lim Mooi Eia sebagai Setiausaha S.P.A yang bersara wajib sebagai penjawat awam pada hari ini. Beliau berkata demikian dalam ucapan balas dihadapan warga S.P.A pada perhimpunan bulanan di Putrajaya petang semalam. Turut hadir Pengerusi S.P.A Dato’ Seri Arpah Abdul Razak, Ahli-Ahli Suruhanjaya serta warga S.P.A. Terdahulu dalam ucapan aluan, Dato’ Seri Arpah Abdul Razak yang mewakili kerajaan mengucapkan terima kasih atas sumbangan Puan Lim Mooi Eia yang turut membawa pelbagai kejayaan melalui Transformasi S.P.A antaranya pelaksanaan peperiksaan on line. Di majlis itu juga Pengerusi S.P.A turut melancarkan aplikasi mobile yang dipanggil myS.P.A yang bertujuan untuk mendapatkan maklumat lebih pantas terutama pelanggan S.P.A, antaranya keputusan temu duga dan sebagainya. ----- MediaSPA

Aktiviti18_1

 

Aktiviti18_2

 

Aktiviti18_3

 

Aktiviti18_4

 

Aktiviti18_5

 

Aktiviti18_6

 

Aktiviti18_7

 

Aktiviti18_8

 

Aktiviti18_9

 

Aktiviti18_10
  • BERITA RINGKAS 28 Sept ----- Dato' Zainal Abidin Ahmad mulakan tugas sebagai Setiausaha S.P.A yang baharu hari ini

    PUTRAJAYA 28 Sept ----- Dato’ Zainal Abidin Ahmad dilantik sebagai Setiausaha S.P.A yang baharu berkuatkuasa hari ini. Beliau merupakan Setiausaha S.P.A ke sembilan belas (19) menggantikan Puan Lim Mooi Eia yang bersara wajib pada 22 September lepas. Pengerusi S.P.A, Dato’ Seri Arpah Abdul Razak turut mengucapkan tahniah atas pelantikan Dato’ Zainal Sebagai Setiausaha S.P.A yang baharu. ----- MediaSPA

Aktiviti19_1
  • BERITA RINGKAS 30 Sept ----- Lawatan Kerja MIROS Ke S.P.A

    PUTRAJAYA 29 Sept ----- Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) telah membuat lawatan kerja ke Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (S.P.A) semalam. Rombongan seramai lapan (8) orang pegawai diketuai oleh Ketua Bahagian Khidmat Pengurusan, Aidanurfirhan Badaruddin. Lawatan kerja adalah bertujuan untuk berkongsi pengalaman berhubung urusan Pengambilan, Naik Pangkat & Tatatertib dan Perkhidmatan. Satu sesi taklimat mengenai S.P.A telah disampaikan oleh Setiausaha Bahagian (Pengambilan)Tuan Haji Abdullah Tahir. ----- MediaSPA

Aktiviti20_1

 

Aktiviti20_2
  • BERITA RINGKAS 30 Sept ----- Mohd Razif Ab Latif dari S.P.A terima Anugerah Khas Pencapaian Sukan

    PUTRAJAYA 29 Sept ----- Mohd Razif Ab Latif dari Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (S.P.A) telah menerima Anugerah Khas Pencapaian Sukan sempena Hari Inovasi dan Kecemerlangan Jabatan Perdana Menteri 2015. Anugerah disampaikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) Datuk Joseph Entulu Anak Belaun di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya(PICC), Putrajaya semalam. Majlis turut dihadiri Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal. Turut hadir Pengerusi S.P.A Dato’ Seri Arpah Abdul Razak dan Setiausaha S.P.A, Dato’ Zainal Abidin Ahmad. ----- MediaSPA

Aktiviti21_1

 

Aktiviti21_2

 

Aktiviti21_3
  • BERITA RINGKAS 25 Ogos ----- Mesyuarat bagi membincangkan arahan pelantikan pegawai kaum Cina dan India

    PUTRAJAYA 25 Ogos ----- Pengerusi S.P.A, Dato’ Seri Arpah Abdul Razak hari ini mempengerusikan mesyuarat bagi membincangkan arahan pelantikan pegawai Cina dan India di kaunter agensi-agensi kerajaan. Mesyuarat yang diadakan di Putrajaya turut di hadiri Setiausaha Puan Lim Mooi Eia dan wakil pegawai daripada agensi yang terlibat. ----- MediaSPA

Aktiviti24_1

 

Aktiviti24_2

 

Aktiviti24_3
  • PERISTIWA BERGAMBAR 26 Ogos ----- Mesyuarat Penyediaan Perancangan Strategik S.P.A 2016-2020

    Peristiwa bergambar.

Aktiviti25_1

 

Aktiviti25_2

 

Aktiviti25_3

 

Aktiviti25_4
  • PERISTIWA BERGAMBAR 1 Ogos ----- Setiausaha S.P.A Serah Surat Tawaran Pelantikan

    Peristiwa bergambar.

Aktiviti1

 

Aktiviti1
  • PERISTIWA BERGAMBAR 27 Ogos ----- Kursus Pengurusan Stress dan Emosi

    Peristiwa bergambar.

Aktiviti26_1

 

Aktiviti26_2

 

Aktiviti26_3
  • BERITA RINGKAS 1 Ogos ----- Majlis Makan Malam Bersempena Program Hari Kerjaya

    PERLIS 31 Julai ----- Menteri Besar Perlis YAB Datuk Seri Azlan Man hadir di majlis makan malam bersempena dengan Program Hari Kerjaya dan hari Mesra Pelanggan Negeri Perlis 2015. Turut hadir di majlis itu Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Joseph Entulu Anak Belaun, Pengerusi S.P.A, Dato’ Seri Arpah Abdul Razak, Pengerusi S.P.P, Tan Sri Dr. Haili Dolhan, Ketua Pengarah MAMPU Datuk Seri Zainal Rahim dan Setiausaha S.P.A Puan Lim Mooi Eia. Terdahulu pada sebelah petang Timbalan Setiausaha (Pengambilan) En Zainal Abidin Ahmad telah di temu bual di radio Perlis fm.----- MediaSPA

Aktiviti2_1

 

Aktiviti2_2

 

Aktiviti2_3

 

Aktiviti2_4
  • BERITA RINGKAS 27 Ogos ----- "Hargailah keamanan, peliharalah keharmonian"----- Pengerusi S.P.A

    PUTRAJAYA 27 Ogos ----- Pengerusi S.P.A, Dato’ Seri Arpah Abdul Razak mengingatkan warga S.P.A supaya tidak terlibat dalam program-program yang boleh menggugat keselamatan dan kesejahteraan negara seperti yang dirancang oleh kumpulan-kumpulan atau pertubuhan yang tidak berdaftar. Beliau berkata demikian di majlis perhimpunan bulanan S.P.A di Putrajaya petang semalam. Katanya lagi “ saya ingin berpesan kepada semua rakyat Malaysia hargailah keamanan, peliharalah keharmonian pupulklah perpaduan, marilah kita bersyukur di atas kenikmatan kebebasan yang kita kecapi hari ini”. Kita selaku penjawatn awam adalah tertakluk pada Etika Perkhidmatan Awam dan Aku Janji dan dilarang menyertai sebarang perhimpunan haram yang dianjurkan oleh pertubuhan yang tidak berdaftar” katanya. ----- MediaSPA

Aktiviti27_1

 

Aktiviti27_2

 

Aktiviti27_3

 

Aktiviti27_4
  • BERITA RINGKAS 3 Ogos ----- Karnival Kerjaya & Hari Mesra Pelanggan 2015 Di Perlis

    PERLIS 1 Ogos ----- Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (S.P.A) telah mengadakan Karnival Kerjaya & Hari Mesra Pelanggan 2015 yang diadakan di Dewan Seri Melati Beseri, Perlis pada Sabtu lepas. Perasmian Karnival kerjaya anjuran bersama Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP), Unit Tadbiran Dan Perancangan Pengurusan Manusia ( MAMPU) peringkat Negeri Perlis telah disempurnakan oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Datuk Joseph Entulu Anak Belaun. Turut hadir Speaker Dewan Undangan Negeri, YB. Tuan Haji Hamdan Bahari, Pengerusi S.P.A, Dato’ Seri Arpah Abdul Razak, Pengerusi SPP, Tan Sri Dr. Haili Dolhan, Ketua Pengarah MAMPU Datuk Seri Zainal Rahim serta wakil Jabatan Kerajaan Negeri dan Persekutuan.----- MediaSPA

Aktiviti3_1

 

Aktiviti3_2

 

Aktiviti3_3

 

Aktiviti3_4

 

Aktiviti3_5

 

Aktiviti3_6

 

Aktiviti3_7

 

Aktiviti3_8

 

Aktiviti3_9
  • BERITA RINGKAS 4 Ogos ----- Majlis Jamuan Hari Raya Peringkat S.P.A

    PUTRAJAYA 4 Ogos ----- Pengerusi S.P.A Dato’ Seri Arpah Abdul Razak telah menghadiri majlis jamuan hari raya peringkat S.P.A yang diadakan di Putrajaya semalam. Majlis yang bermula jam 12.30 tengah hari turut di hadiri Ahli-Ahli Suruhanjaya, Setiausaha Puan Lim Mooi Eia, pegawai-pegawai kanan serta warga S.P.A. Dato’ Seri Arpah turut menyampaikan hadiah cabutan no bertuah kepada warga S.P.A yang hadir.----- MediaSPA

Aktiviti4_1

 

Aktiviti4_2

 

Aktiviti4_3

 

Aktiviti4_4

 

Aktiviti4_5

 

Aktiviti4_6

 

Aktiviti4_7
  • PERISTIWA BERGAMBAR 2 Julai ----- Mesyuarat Pra Suruhanjaya

    Peristiwa bergambar.

Aktiviti1

 

Aktiviti1
  • Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 28 Tahun 2015

    Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 28/2015 telah membincangkan dan meluluskan pelantikan seramai 162 orang dan seramai 705 orang pegawai telah diberi pengesahan dalam perkhidmatan dan pemberian taraf berpencen. Manakala, tiga orang (3) orang pegawai telah diberi pelanjutan tempoh percubaan dan tiga orang (3) telah ditamatkan perkhidmatan.Selain itu suruhanjaya juga telah membincangkan dan mempertimbangkan satu (1) kertas Lembaga Rayuan Kenaikan Pangkat dan tujuh belas (17) kertas Lembaga Rayuan Tatatertib. .

Aktiviti5_1

 

Aktiviti5_2

 

Aktiviti5_3
  • PERISTIWA BERGAMBAR 8 Julai ----- Dato' Seri Arpah mengadakan perjumpaan dengan Datuk Mohd Zain dan Setiausaha S.P.A

    Peristiwa bergambar

Aktiviti2_1

 

Aktiviti2_2
  • BERITA RINGKAS 5 Ogos ----- Majlis Jamuan Hari Raya JPM 2015

    PUTRAJAYA 5 Ogos ----- Jabatan Perdana Menteri (JPM) hari ini mengadakan majlis sambutan hari raya 2015 yang diadakan di dewan Perdana, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). Majlis Hari Raya JPM yang bertemakan “Di sini Kasih Bersemi” di hadiri Perdana Menteri YAB Dato' Sri Haji Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak, Timbalan Perdana Menteri Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi serta Menteri Kabinet. Turut hadir, Pengerusi S.P.A Dato’ Seri Arpah Abdul Razak, Setiausaha Puan Lim Mooi Eia.----- MediaSPA

Aktiviti6_1

 

Aktiviti6_2

 

Aktiviti6_3

 

Aktiviti6_4

 

Aktiviti6_5
  • Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 25 Tahun 2015

    Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 25/2015 telah membincangkan dan meluluskan pelantikan seramai 3,462 orang dan seramai 1,330 orang pegawai telah diberi pengesahan dalam perkhidmatan dan pemberian taraf berpencen. Manakala, lapan orang (8) orang pegawai telah diberi pelanjutan tempoh percubaan. Selain itu suruhanjaya juga telah membincangkan dan mempertimbangkan sebelas (11) kertas Lembaga Rayuan Tatatertib.

Aktiviti3_1

 

Aktiviti3_2
  • PERISTIWA BERGAMBAR 6 Ogos ----- Mesyuarat Pra Suruhanjaya

    Peristiwa bergambar.

Aktiviti7_1

 

Aktiviti7_2
  • PERISTIWA BERGAMBAR 9 Julai ----- Mesyuarat Pra Suruhanjaya

    Peristiwa bergambar.

Aktiviti4_1

 

Aktiviti4_2
  • PERISTIWA BERGAMBAR 10 Ogos ----- Pengerusi S.P.A Hadir di Upacara lawatan rasmi Perdana Menteri Vietnam

    Peristiwa bergambar.

Aktiviti8_1

 

Aktiviti8_2

 

Aktiviti8_3
  • BERITA RINGKAS 10 Julai ----- Ahli Suruhanjaya Baharu

    PUTRAJAYA 10 Julai ----- Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (S.P.A) hari ini telah menerima dua (2) orang Ahli Suruhanjaya yang baharu iaitu Datuk Abd Shukor Ibrahim dan Dato’ Norzam Mohd Nor. Majlis angkat sumpah jawatan dan taat setia telah diadakan di hadapan Hakim Mahkamah Rayuan, YA Tan Sri Idrus Harun di Istana Kehakiman pagi tadi.----- MediaSPA

Aktiviti5_1

 

Aktiviti5_2

 

Aktiviti5_3
  • PERISTIWA BERGAMBAR 10 Ogos ----- Dato' Seri Arpah Mesyuarat Urusan Jawatan di KKM

    Peristiwa bergambar.

Aktiviti9_1
  • PERISTIWA BERGAMBAR 10 Julai ----- Majlis Tadarus Dan Khatam Al Quran

    Peristiwa bergambar

Aktiviti6_1

 

Aktiviti6_2

 

Aktiviti6_3
  • BERITA RINGKAS 11 Ogos ----- Kunjungan Hormat Pengerusi S.P.A Ke Atas Menteri Kesihatan Malaysia

    PUTRAJAYA 11 Ogos ----- Pengerusi S.P.A, Dato’ Seri Arpah Abdul Razak pagi tadi mengadakan Kunjungan Hormat Ke atas Menteri Kesihatan Malaysia, YB Datuk Seri Dr. S. Subramaniam di pejabatnya di Putrajaya. Turut hadir Setiausaha S.P.A Puan Lim Mooi Eia serta pegawai-pegawai kanan dan seterusnya mengadakan perbincangan selama 50 minit. ----- MediaSPA

Aktiviti10_1

 

Aktiviti10_2

 

Aktiviti10_3
  • Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 26 Tahun 2015

    Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 26/2015 telah membincangkan dan meluluskan pelantikan seramai 1,870 orang dan seramai 1,046 orang pegawai telah diberi pengesahan dalam perkhidmatan dan pemberian taraf berpencen. Manakala, tujuh orang (7) orang pegawai telah diberi pelanjutan tempoh percubaan dan seorang (1) telah ditamatkan perkhidmatan. Selain itu suruhanjaya juga telah membincangkan dan mempertimbangkan sembilan belas (19) kertas Lembaga Rayuan Tatatertib.

Aktiviti7_1

 

Aktiviti7_2
  • PERISTIWA BERGAMBAR 11 Ogos ----- Pengerusi S.P.A Hadir Ke Mesyuarat Bersama KPWKM

    Peristiwa bergambar.

Aktiviti11_1

 

Aktiviti11_2
  • BERITA RINGKAS 23 Julai ----- Dato' Seri Arpah Abdul Razak Pengerusi S.P.A Yang Baharu

    PUTRAJAYA 23 Julai ----- Dato’ Seri Arpah Abdul Razak dilantik sebagai Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (S.P.A) yang baharu bermula hari ini setelah majlis angkat sumpah jawatan dan setia di hadapan Hakim Mahkamah Persekutuan, YA Tan Sri Dato’ Seri Abdull Hamid Embong di Istana Kehakiman pagi tadi. Turut mengiringi ke majlis angkat sumpah, Setiausaha S.P.A Puan Lim Mooi Eia. Seterusnya Dato’ Seri Arpah membuat kunjungan hormat ke atas Ketua Hakim Negara, YAA Tun Arifin Zakaria ----- MediaSPA

Aktiviti8_1

 

Aktiviti8_2

 

Aktiviti8_3

 

Aktiviti8_4
  • BERITA RINGKAS 12 Ogos ----- Kunjungan Hormat Pengerusi S.P.A Ke Atas Menteri Di Jabatan Perdana Menteri

    PUTRAJAYA 12 Ogos ----- Pengerusi S.P.A, Dato’ Seri Arpah Abdul Razak membuat kunjungan hormat ke atas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB Hjh Nancy Hj Shukri di pejabatnya di Presint 3, Putrajaya sebentar tadi. Kunjungan selama 50 minit Pengerusi turut diiringi Setiausaha S.P.A Puan Lim Mooi Eia dan Setiausaha Bahagian Urus Setia Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman Perundangan En Anuar Othman. ----- MediaSPA

Aktiviti12_1

 

Aktiviti12_2

 

Aktiviti12_3
  • BERITA RINGKAS 24 Julai ----- Pengerusi S.P.A Hadir ke Taklimat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam

    PUTRAJAYA 24 Julai ----- Pengerusi S.P.A Dato’ Seri Arpah Abdul Razak pagi ini hadir ke taklimat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam yang disampaikan oleh Setiausaha Puan Lim Mooi Eia. Hadir sama Ahli-Ahli Suruhanjaya yang baharu iaitu Datuk Abd Shukor Ibrahim dan Dato’ Norzam Mohd Nor. ----- MediaSPA

Aktiviti9_1

 

Aktiviti9_2

 

Aktiviti9_3
  • Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 29 Tahun 2015

    Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 29/2015 telah membincangkan dan meluluskan pelantikan seramai 444 orang dan seramai 726 orang pegawai telah diberi pengesahan dalam perkhidmatan dan pemberian taraf berpencen. Manakala, tujuh orang (7) orang pegawai telah diberi pelanjutan tempoh percubaan dan dua orang (2) telah ditamatkan perkhidmatan. Selain itu suruhanjaya juga telah membincangkan dan mempertimbangkan satu (1) kertas Tindakan Tatatertib dan sembilan belas (19) kertas Lembaga Rayuan Tatatertib.

Aktiviti13_1

 

Aktiviti13_2

 

Aktiviti13_3
  • BERITA RINGKAS 27 Julai ----- Dato' Seri Arpah Pengerusikan Mesyuarat Suruhanjaya Yang Pertama

    PUTRAJAYA 27 Julai ----- Dato’ Seri Arpah Abdul Razak hari ini mempengerusikan mesyuarat Suruhanjaya yang pertama setelah dilantik sebagai Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia Khamis lepas. Mesyuarat bermula jam 9.00 pagi tadi turut dihadiri Ahli-Ahli Suruhanjaya, Setiausaha Puan Lim Mooi Eia dan pegawai-pegawai kanan S.P.A. ----- MediaSPA

Aktiviti10_1

 

Aktiviti10_2
  • BERITA RINGKAS 14 Ogos ----- Majlis Jamuan Hari Raya Kompleks C

    PUTRAJAYA 14 Ogos ----- Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Dr. Ali Hamsa hadir di majlis jamuan hari raya yang diadakan di dataran Kompleks C, Putrajaya semalam. Majlis turut di hadiri Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA), Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal, Pengerusi S.P.A Dato’ Seri Arpah Abdul Razak, Ketua Jabatan dan semua warga Kompleks C. Tan Sri Dr. Ali Hamsa turut menyampaikan duit raya kepada kanak-kanak tadika warga S.P.A. ----- MediaSPA

Aktiviti14_1

 

Aktiviti14_2

 

Aktiviti14_3

 

Aktiviti14_4
  • BERITA RINGKAS 28 Julai ----- Penjawat awam elak daripada terjebak dalam penyebaran berita palsu --- Pengerusi S.P.A

    PUTRAJAYA 28 Julai ----- Pengerusi S.P.A, Dato’ Seri Arpah Abdul Razak menyeru kepada warga S.P.A supaya mengelak daripada terjebak dalam penyebaran berita palsu yang diperolehi dari sosial media yang boleh menimbulkan kekeliruan orang ramai. Beliau berkata demikian dalam ucapan di perhimpunan bulanan S.P.A di Putrajaya petang tadi. Yang turut hadir Setiausaha Puan Lim Mooi Eia, pegawai-pegawai kanan serta warga S.P.A. Menurutnya lagi, sebagai penjawat awam mestilah dapat menilai dengan baik sama ada berita yang diperolehi itu memberi manfaat atau sebaliknya. Dalam ucapan di perhimpunan yang pertama dihadiri bersama-sama warga S.P.A itu beliau turut menasihatkan warga S.P.A supaya dapat menjalankan tugas dan tanggungjawab seperti yang diamanahkan. ----- MediaSPA

Aktiviti11_1

 

Aktiviti11_2

 

Aktiviti11_3

 

Aktiviti11_4
  • BERITA RINGKAS 14 Ogos ----- Kunjungan Hormat Pengerusi S.P.A Ke Atas Menteri Di Jabatan Perdana Menteri

    PUTRAJAYA 14 Ogos ----- Pengerusi S.P.A, Dato’ Seri Arpah Abdul Razak membuat kunjungan hormat Ke atas Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Joseph Entulu Anak Belaun semalam. Turut mengiringi Pengerusi S.P.A Setiausaha Puan Lim Mooi Eia. Kunjungan hormat selama 55 minit itu di adakan di pejabat Menteri itu di Putrajaya. ----- MediaSPA

Aktiviti15_1

 

Aktiviti15_2
  • BERITA RINGKAS 29 Julai ----- Peperiksaan Online Jurufotografi Gred B27,Pereka Gred B17 dan Pereka Gred B41

    PUTRAJAYA 29 Julai ----- Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (S.P.A) hari ini telah menjalankan peperiksaan online bagi tiga (3) jawatan iaitu Pereka Gred B17, Jurufotografi Gred B27 dan Pereka Gred B41. Pengerusi S.P.A Dato’ Seri Arpah Abdul Razak hadir ke bilik operasi peperiksaan di Putrajaya dan menyaksikan perjalanan peperiksaan yang bermula jam 10.00 pagi tadi. Turut hadir Setiausaha Puan Lim Mooi Eia dan panel penilai Anugerah Inovasi Teknologi Maklumat dan Komunikasi (AIICT) yang diketuai oleh Timbalan Ketua Pengarah (TMK) MAMPU, Dr. Suhazimah Dzazali. Terdahulu sesi taklimat peperiksaan online S.P.A kepada delegasi Panel (AIICT) 2015 telah disampaikan oleh Puan Lim Mooi Eia. ----- MediaSPA

Aktiviti12_1

 

Aktiviti12_2

 

Aktiviti12_3

 

Aktiviti12_4

 

Aktiviti12_5
  • BERITA RINGKAS 14 Ogos ----- Majlis pelancaran sambutan bulan Kebangsaan dan kibar Jalur Gemilang Kompleks C 2015

    PUTRAJAYA 14 Ogos ----- Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) hari ini telah mengadakan majlis pelancaran sambutan bulan Kebangsaan dan kibar Jalur Gemilang Kompleks C 2015. Majlis yang diadakan di Dataran Kompleks C itu telah dilancarkan oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA), Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal. Turut hadir Setiausaha S.P.A Puan Lim Mooi Eia serta warga Kompleks C. ----- MediaSPA

Aktiviti16_1

 

Aktiviti16_2

 

Aktiviti16_3

 

Aktiviti16_4

 

Aktiviti16_5
  • BERITA RINGKAS 30 Julai ----- Kunjungan Hormat Dato' Seri Arpah Abdul Razak Ke Atas Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal

    PUTRAJAYA 30 Julai ----- Pengerusi S.P.A Dato’ Seri Arpah Abdul Razak pagi ini membuat kunjungan hormat ke atas Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA), Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal di pejabatnya di Putrajaya. Turut hadir Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (P), Dato’ Jalil Marzuki, Setiausaha S.P.A Puan Lim Mooi Eia dan Timbalan Setiausaha (Pengambilan) En Zainal Abidin Ahmad. Dato’ Seri Arpah turut mengadakan perbincangan bersama-sama Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal selama 40 minit. ----- MediaSPA

Aktiviti13_1

 

Aktiviti13_2

 

Aktiviti13_3
  • Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 30 Tahun 2015

    Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 30/2015 telah membincangkan dan meluluskan pelantikan seramai 852 orang dan seramai 715 orang pegawai telah diberi pengesahan dalam perkhidmatan dan pemberian taraf berpencen. Manakala, seorang (1) orang pegawai telah diberi pelanjutan tempoh percubaan dan dua orang (2) telah ditamatkan perkhidmatan. Selain itu suruhanjaya juga telah membincangkan dan mempertimbangkan satu (1) kertas Tindakan Tatatertib dan empat belas (14) kertas Lembaga Rayuan Tatatertib.

Aktiviti18_1

 

Aktiviti18_2
  • Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 20 Tahun 2015

    Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 20/2015 telah membincangkan dan meluluskan pelantikan seramai 269 orang dan seramai 1,107 orang pegawai telah diberi pengesahan dalam perkhidmatan dan pemberian taraf berpencen. Manakala, empat (4) orang pegawai telah diberi pelanjutan tempoh percubaan percubaan. Selain itu suruhanjaya juga telah membincangkan dan mempertimbangkan tiga (3) kertas tindakan tatatertib dan dua belas (12) kertas Lembaga Rayuan Tatatertib.

Aktiviti28

 

Aktiviti28
  • BERITA RINGKAS 19 Ogos ----- Kunjungan Hormat Pegawai Tertinggi CUEPACS Ke S.P.A

    PUTRAJAYA 19 Ogos ----- Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) hari ini telah membuat kunjungan hormat ke atas Pengerusi S.P.A, Dato’ Seri Arpah Abdul Razak. Delegasi seramai 7 pegawai tertinggi CUEPACS diketuai oleh Presidennya, Datuk Azih Muda. Satu sesi taklimat mengenai Suruhanjaya Perkhidmatan Awam telah disampaikan oleh Setiausaha S.P.A Puan Lim Mooi Eia. ----- MediaSPA

Aktiviti19_1

 

Aktiviti19_2
  • BERITA RINGKAS 3 Jun ----- Dato' R. Segarajah Tamat Perkhidmatan Sebagai Timbalan Pengerusi S.P.A Hari ini.

    PUTRAJAYA 3 Jun ----- Hari ini merupakan hari terakhir Dato’ R.Segarajah bertugas sebagai Timbalan Pengerusi S.P.A setelah dilantik sebagai Ahli Suruhanjaya pada 4 Jun 2012. Beliau yang ditemui Setiausaha S.P.A Puan Lim Mooi Eia serta pegawai-pegawai kanan dan kakitangan pejabat itu petang tadi mengucapkan terima kasih atas kerjasama yang diberikan kepadanya termasuk semua warga S.P.A selama beliau bertugas di sini. ----- MediaSPA

Aktiviti2

 

Aktiviti2

 

Aktiviti2
  • PERISTIWA BERGAMBAR 20 Ogos ----- Mesyuarat Pra Suruhanjaya

    Peristiwa bergambar.

Aktiviti20_1

 

Aktiviti20_2
  • PERISTIWA BERGAMBAR 4 Jun ----- Mesyuarat Pra Suruhanjaya

    Peristiwa bergambar

Aktiviti2

 

Aktiviti2
  • PERISTIWA BERGAMBAR 21 Ogos ----- Kursus Pengurusan Aset, Stor Dan Kewangan 2015

    Peristiwa bergambar.

Aktiviti21_1

 

Aktiviti21_2
  • BERITA RINGKAS 4 Jun ----- Sesi Taklimat Keselamatan Makumat Perkhidmatan

    PUTRAJAYA 4 Jun ----- Bahagian Pengurusan Maklumat hari ini telah menganjurkan program wacana ICT bersempena dengan bulan ICT S.P.A 2015. Satu sesi ceramah berkenaan keselamatan maklumat perkhidmatan telah disampaikan oleh Pengarah Pembangunan dan Keselamatan ICT MAMPU, Marsineh Jarmin. Antara lain dalam ceramah mengenai ICT yang disampaikan beliau ialah bagaimana MAMPU kini telah dapat mengawasi setiap komputer yang dibekalkan dan digunakan oleh setiap individu untuk tujuan keselamatan seperti tiada kebocoran maklumat. Dengan kemajuan teknologi, MAMPU juga turut mengesan sekiranya terdapat aktiviti-aktiviti yang dilakukan tiada kaitan dengan bidang tugas seseorang itu dengan menggunakan kemudahan komputer yang dibekalkan oleh jabatan/agensi ----- MediaSPA

Aktiviti4

 

Aktiviti4

 

Aktiviti4
  • PERISTIWA BERGAMBAR 24 Ogos ----- Pengerusi S.P.A Hadir Ke Mesyuarat Ketua Setiausaha Kementerian dan Ketua Perkhidmatan

    Peristiwa bergambar.

Aktiviti22_1
  • MESYUARAT SURUHANJAYA BIL. 21 BAGI TAHUN 2015

    Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 21/2015 telah membincangkan dan meluluskan pelantikan seramai 653 orang dan seramai 1,016 orang pegawai telah diberi pengesahan dalam perkhidmatan dan pemberian taraf berpencen. Manakala, seorang (1) orang pegawai telah diberi pelanjutan tempoh percubaan. Selain itu suruhanjaya juga telah membincangkan dan mempertimbangkan dua (2) kertas tindakan tatatertib dan enam (6) kertas Lembaga Rayuan Tatatertib

Aktiviti5

 

Aktiviti5

 

Aktiviti5
  • Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 31 Tahun 2015

    Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 31/2015 telah membincangkan dan meluluskan pelantikan seramai 568 orang dan seramai 817 orang pegawai telah diberi pengesahan dalam perkhidmatan dan pemberian taraf berpencen. Manakala, lapan orang (8) orang pegawai telah diberi pelanjutan tempoh percubaan dan duaorang (2) telah ditamatkan perkhidmatan.Selain itu suruhanjaya juga telah membincangkan dan mempertimbangkan dua (2) kertas Tindakan Tatatertib, satu (1) kertas Lembaga RayuanKenaikan Pangkat dan enam belas (16) kertas Lembaga Rayuan Tatatertib.

Aktiviti23_1

 

Aktiviti23_2

 

Aktiviti23_3
  • PERISTIWA BERGAMBAR 9 Jun ----- ASPA Anjur Bengkel Pembacaan Doa Dalam Majlis Rasmi

    Peristiwa bergambar.

Aktiviti6

 

Aktiviti6

 

Aktiviti6