Uncategorised

  • BERITA RINGKAS 21 April ----- Penjawat awam seharusnya jaga kesihatan ----- Dato' Seri Arpah

    PUTRAJAYA 20 April ----- Pengerusi S.P.A, Dato’ Seri Arpah Abdul Razak berkata, penjawat awam seharusnya menjaga kesihatan dan mempunyai fizikal yang baik dan seterusnya dapat memberikan perkhidmatan yang cemerlang kepada perkhidmatan awam. Beliau berkata demikian pada majlis perhimpunan bulanan yang berkonsepkan secara santai dengan tema cergas dan sihat di Putrajaya petang semalam. Menurutnya lagi, S.P.A kini telah mengambil langkah iaitu pembaharuan bagi beberapa jawatan yang dikenalpasti melalui proses tapisan di Assessment Centre dan mereka akan diuji tahap kecergasan fizikal melalui ujian UKJK, BMI yang akan menentukan sama ada mereka layak ke peringkat seterusnya iaitu temu duga. Terdahulu, satu majlis ringkas penyampaian kit perlindungan lengkap denggi telah disampaikan oleh Dato’ Mustapha Ahmad S.Marican daripada Yayasan Kesejahteraan Bandar, Kementerian Wilayah Persekutuan untuk diagihkan kepada warga S.P.A. MediaSPA

Aktiviti6_1

 

Aktiviti6_2

 

Aktiviti6_3

 

Aktiviti6_4
  • BERITA RINGKAS 27 April ----- Mesyuarat Suruhanjaya dan lawatan kerja S.P.A ke Akademi Maritim Sultan Ahmad Shah (AMSAS)

    KUANTAN 26 April ----- Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (S.P.A) telah membuat lawatan kerja ke Akademi Maritim Sultan Ahmad Shah (AMSAS), di Kuantan Pahang semalam. Delegasi rombongan yang terdiri daripada Ahli-Ahli Suruhanjaya diketuai oleh Pengerusi S.P.A, Dato’ Seri Arpah Abdul Razak. Terdahulu Dato’ Seri Arpah telah mempengerusikan Mesyuarat Suruhanjaya Bil 15/2016 dan turut menghadiri bengkel tatatertib. MediaSPA

Aktiviti7_1

 

Aktiviti7_2

 

Aktiviti7_3

 

Aktiviti7_4

 

Aktiviti7_5
  • BERITA RINGKAS 27 April ----- Puan Salmah Idris Terima Anugerah Ahli PUSPANITA Cemerlang Peringkat Kebangsaan

    PUTRAJAYA 26 April ----- Timbalan Setiausaha (Perkhidmatan) Puan Salmah Idris yang juga Ahli Jawatankuasa Kerja Tertinggi dan Biro Keusahawanan telah menerima Anugerah Ahli PUSPANITA Cemerlang peringkat Kebangsaan pada satu majlis Mesyuarat Agung Perwakilan PUSPANITA Ke-34 yang telah dirasmikan oleh Penaung PUSPANITA, Datin Seri Rosmah Mansor di Putrajaya semalam. Turut hadir pada majlis itu Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr. Ali Hamsa dan yang Di Pertua PUSPANITA Puan Seri Rohani Abdullah. MediaSPA

Aktiviti8_1
  • BERITA RINGKAS 4 Mac ----- Mesyuarat SPA dan JASA

    PUTRAJAYA 3 Mac ----- Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (S.P.A) telah mengadakan mesyuarat bersama Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA). Mesyuarat yang dihadiri Ketua Pengarah JASA Datuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi, dipengerusikan oleh Dato’ Seri Arpah Abdul Razak. Hadir sama Setiausaha S.P.A Dato’ Zainal Abidin Ahmad dan pegawai-pegawai kanan. ----- MediaSPA

Aktiviti1_1

 

Aktiviti1_2

 

Aktiviti1_3
  • Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 8 Tahun 2016

    Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 8/2016 telah membincangkan dan meluluskan pelantikan seramai 668 orang. Manakala, dua belas (12) orang pegawai telah diberi pelanjutan tempoh percubaan dan dua (2) orang telah ditamatkan perkhidmatan. Selain itu Suruhanjaya juga telah membincangkan dan mempertimbangkan dua (2) kertas Tatatertib, dua (2) kertas Lembaga Rayuan Kenaikan Pangkat dan sebelas (11) kertas Lembaga Rayuan Tatatertib.

Aktiviti2_1

 

Aktiviti2_2

 

Aktiviti2_3
  • BERITA RINGKAS 14 Mac ----- Majlis APC 2015 dan Jasamu Dikenang

    SERDANG 11 Mac ----- Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (S.P.A) telah mengadakan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2015 yang diadakan di Dewan MAEPS, Serdang Jumaat lepas. Seramai 37 penerima APC telah menerima sijil penghargaan yang disampaikan oleh Pengerusi S.P.A, Dato’ Seri Arpah Abdul Razak. S.P.A juga telah mengadakan majlis jasamu dikenang sempena tamat perkhidmatan Ahli-Ahli Suruhanjaya iaitu Dato’ Mohd Zain Mohd Dom, Tuan Haji Sumali Amat dan Dato’ Mhd Najri Abd Hamid. ----- MediaSPA

Aktiviti3_1

 

Aktiviti3_2

 

Aktiviti3_3

 

Aktiviti3_4

 

Aktiviti3_5
  • Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 9 Tahun 2016

    Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 9/2016 telah membincangkan dan meluluskan pelantikan seramai 286 orang. Manakala, dua belas (12) orang pegawai telah diberi pelanjutan tempoh percubaan. Selain itu Suruhanjaya juga telah membincangkan dan mempertimbangkan dua (2) kertas Lembaga Rayuan Kenaikan Pangkat dan sepuluh (10) kertas Lembaga Rayuan Tatatertib.

Aktiviti4_1

 

Aktiviti4_2

 

Aktiviti4_3
  • PERISTIWA BERGAMBAR 15 Mac ----- Pengerusi S.P.A Jalankan Sesi Temu Duga Pegawai Penyelidik

    Peristiwa bergambar.

Aktiviti5_1
  • BERITA RINGKAS 16 Mac ----- Taklimat Pengambilan PTD Gred M41 2016

    PUTRAJAYA 16 Mac ----- Pengerusi S.P.A, Dato’ Seri Arpah Abdul Razak hari ini mempengerusikan mesyuarat dan menyampaikan taklimat urusan temuduga pengambilan kadet Pegawai Tadbir Dan Diplomatik (PTD) Gred M41, tahun 2016, di Putrajaya. Taklimat turut dihadiri Setiausaha S.P.A, Dato’ Zainal Abidin Ahmad dan pegawai kanan dari Kementerian dan Jabatan. MediaSPA

Aktiviti6_1

 

Aktiviti6_2

 

Aktiviti6_3

 

Aktiviti6_4

 

Aktiviti6_5
  • BERITA RINGKAS 22 Mac ----- Temuduga jawatan PTD Gred M41 bermula hari ini

    PUTRAJAYA 22 Mac ----- Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (S.P.A) mula jalankan sesi temuduga jawatan Pegawai Tadbir Dan Diplomatik (PTD) Gred M41, bagi tahun 2016 bermula hari ini. Sesi temuduga PTD ini turut dijalankan disemua pusat-pusat temuduga S.P.A diseluruh negara. Sementara itu di Putrajaya seramai 30 orang calon dipanggil untuk sesi hari ini yang turut dijalankan oleh Pengerusi S.P.A, Dato’ Seri Arpah Abdul Razak bermula jam 8.30 pagi tadi. MediaSPA

Aktiviti7_1

 

Aktiviti7_2
  • Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 10 Tahun 2016

    Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 10/2016 telah membincangkan dan meluluskan pelantikan seramai 3,957 orang. Manakala, enam (6) orang pegawai telah diberi pelanjutan tempoh percubaan dan seorang (1) telah ditamatkan perkhidmatan. Selain itu Suruhanjaya juga telah membincangkan dan mempertimbangkan satu (1) kertas Tatatertib, satu (1) kertas Lembaga Rayuan Kenaikan Pangkat dan sepuluh (10) kertas Lembaga Rayuan Tatatertib.

Aktiviti8_1

 

Aktiviti8_2

 

Aktiviti8_3
  • BERITA RINGKAS 23 Mac ----- Mesyuarat Majlis Bersama Jabatan (MBJ) Bil.1/2016

    PUTRAJAYA 23 Mac ----- Setiausaha S.P.A Dato’ Zainal Abidin Ahmad petang ini mempengerusikan Mesyuarat bersama jabatan (MBJ) Bil.1/2016 yang diadakan di Putrajaya. Mesyuarat turut dihadiri Timbalan Setiausaha (Perkhidmatan) Puan Salmah Idris, Timbalan Setiausaha (Pengambilan) Tuan Haji Abdullah Tahir serta wakil pihak pekerja. MediaSPA

Aktiviti9_1

 

Aktiviti9_2

 

Aktiviti9_3

 

Aktiviti9_4
  • BERITA RINGKAS 28 Mac ----- Zamri Mohd Jalil YDP PASPA 2016/2017

    SPA 25 Mac ----- Zamri Mohd Jalil dilantik sebagai Yang Di Pertua PASPA yang baharu untuk menerajui Persatuan Anggota Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (PASPA) bagi sesi 2016/2017. Mesyuarat agung PASPA yang diadakan pada jumaat lepas turut menampilkan 7 (tujuh) muka baharu antaranya Zainal Bahauddin Timbalan YDP I, Noor Dasrafeezal Abdul Shukor dilantik sebagai Bendahari, Muhamad Syafiq Azwad Zulkefle (Agama), Muhamad Hafiz Yusof (Ekonomi), Abdul Shukor Mohamed (Kebajikan), Mohd Shamshul Kamar Ahmad (Sukan) dan Wan Mohd Syafiq Wan Nazri (Penerbitan). Terdahulu dalam ucapan Penaung PASPA, Dato’ Zainal Abidin Ahmad berkata agar PASPA terus menjaga kebajikan ahli-ahlinya serta membantu apabila menghadapi sebarang masalah bagi meringankan beban yang dihadapi. Sementara itu, Pengerusi S.P.A Dato’ Seri Arpah turut mengucapkan tahniah atas pelantikan AJK yang baharu dan beliau berharap agar kerjasama dan saling bantu membantu untuk kebaikan persatuan . MediaSPA

Aktiviti10_1

 

Aktiviti10_2

 

Aktiviti10_3

 

Aktiviti10_4

 

Aktiviti10_5
  • Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 11 Tahun 2016

    Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 11/2016 telah membincangkan dan meluluskan pelantikan seramai 260 orang dan seramai 1,125 orang pegawai telah diberi pengesahan dalam perkhidmatan dan pemberian taraf berpencen. Manakala, enam (6) orang pegawai telah diberi pelanjutan tempoh percubaan dan dua (2) orang telah ditamatkan perkhidmatan. Selain itu Suruhanjaya juga telah membincangkan dan mempertimbangkan dua (2) kertas Tatatertib, dua (2) kertas Lembaga Rayuan Kenaikan Pangkat dan sepuluh (10) kertas Lembaga Rayuan Tatatertib.

Aktiviti11_1

 

Aktiviti11_2

 

Aktiviti11_3
  • BERITA RINGKAS 4 Jan ----- Dato' Seri Arpah Abdul Razak pengerusikan Mesyuarat Suruhanjaya

    PUTRAJAYA 4 Jan ----- Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (S.P.A) hari ini telah mengadakan Mesyuarat Suruhanjaya Bil 1/2016 yang diadakan di Putrajaya. Mesyuarat yang bermula jam 2.30 petang tadi dipengerusikan oleh Dato’ Seri Arpah Abdul Razak. Mesyuarat turut dihadiri Ahli-Ahli Suruhanjaya, Setiausaha Dato’ Zainal Abidin Ahmad, Timbalan Setiausaha (Perkhidmatan) Puan Salmah Idris, Timbalan Setiausaha (Pengambilan) Tuan Haji Abdullah Tahir dan pegawai-pegawai kanan S.P.A. ----- MediaSPA

Aktiviti1_1

 

Aktiviti1_2

 

Aktiviti1_3
  • Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 1 Tahun 2016

    Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 1/2016 telah membincangkan dan meluluskan pelantikan seramai 136 orang dan seramai 1,523 orang pegawai telah diberi pengesahan dalam perkhidmatan dan pemberian taraf berpencen. Manakala, sepuluh (10) orang pegawai telah diberi pelanjutan tempoh percubaan dan tiga (3) orang telah ditamatkan perkhidmatan. Selain itu Suruhanjaya juga telah membincangkan dan mempertimbangkan satu (1) kertas Tatatertib, empat (4) kertas Lembaga Rayuan Kenaikan Pangkat dan lima (5) kertas Lembaga Rayuan Tatatertib. 

Aktiviti2_1

 

Aktiviti2_2

 

Aktiviti2_3
  • BERITA RINGKAS 5 Jan ----- Mesyuarat kajian S.P.A berkaitan pemberian empowerment

    PUTRAJAYA 5 Jan ----- Dato’ Zainal Abidin Ahmad hari ini mempengerusikan Mesyuarat kajian Suruhanjaya Perkhidmatan Awam berkaitan pemberian empowerment secara pentadbiran kepada agensi kerajaan negeri Sarawak di Putrajaya. Mesyuarat turut dihadiri Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak, Tan Sri Datuk Amar Haji Mohamad Morshidi Abdul Ghani, Timbalan Setiausaha (Pengambilan) Tuan Haji Abdullah Tahir, wakil pegawai dari Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). ----- MediaSPA

Aktiviti3_1

 

Aktiviti3_2
  • BERITA RINGKAS 6 Jan ----- Mesyuarat Jawatankuasa PTD

    PUTRAJAYA 6 Jan ----- Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (S.P.A) hari ini telah mengadakan Mesyuarat jawatankuasa Pegawai Tadbir Dan Diplomatik (PTD) Assessment Centre (PAC) bagi pengambilan Kadet PTD tahun 2016. Mesyuarat dipengerusikan oleh Timbalan Setiausaha (Pengambilan) Tuan Haji Abdullah Tahir. Turut hadir wakil pegawai daripada Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). ----- MediaSPA

Aktiviti4_1

 

Aktiviti4_2
  • Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 2 Tahun 2016

    Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 2/2016 telah membincangkan dan meluluskan pelantikan seramai 6 orang dan seramai 996 orang pegawai telah diberi pengesahan dalam perkhidmatan dan pemberian taraf berpencen. Manakala, sepuluh (10) orang pegawai telah diberi pelanjutan tempoh percubaan dan seorang (1) orang telah ditamatkan perkhidmatan. Selain itu Suruhanjaya juga telah membincangkan dan mempertimbangkan dua (2) kertas Tatatertib, dua (2) kertas Lembaga Rayuan Kenaikan Pangkat dan lima belas (15) kertas Lembaga Rayuan Tatatertib.

Aktiviti5_1

 

Aktiviti5_2

 

Aktiviti5_3
  • BERITA RINGKAS 13 Jan ----- Mesyuarat SKT

    PUTRAJAYA 13 Jan ----- Setiausaha S.P.A, Dato’ Zainal Abidin Ahmad pagi ini mempengerusikan mesyuarat pencapaian SKT 2015 dan perancangan SKT 2016 yang diadakan di Putrajaya. Mesyuarat turut dihadiri Timbalan Setiausaha (Perkhidmatan) Puan Salmah Idris, Timbalan Setiausaha (Pengambilan) Tuan Haji Abdullah Tahir dan pegawai-pegawai kanan S.P.A. ----- MediaSPA

Aktiviti6_1

 

Aktiviti6_2
  • BERITA RINGKAS 16 Jan ----- Sesi taklimat tips dan panduan menduduki peperiksaan online

    PUTRAJAYA 16 Jan ----- Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (S.P.A) telah mengadakan sesi taklimat tips dan panduan menduduki peperiksaan “online”, program assessement centre (PAC) dan temu duga untuk jawatan Pegawai Tadbir Dan Diplomatik (PTD). Sesi taklimat juga diadakan di Pusat temu duga S.P.A di Alor Setar Kedah, Johor Baharu, Kota Kinabalu Sabah dan di Kuching Sarawak. Sementara itu di Pusat temu duga S.P.A di Kuantan Pahang sesi taklimat telah disampaikan oleh Setiausaha S.P.A, Dato’ Zainal Abidin Ahmad. Pengerusi S.P.A, Dato’ Seri Arpah Abdul Razak hari ini turut meninjau perjalanan sesi taklimat yang diadakan di Putrajaya dan turut dihadiri Timbalan Setiausaha (Pengambilan) Tuan Haji Abdullah Tahir . ----- MediaSPA

Aktiviti7_1

 

Aktiviti7_2

 

Aktiviti7_3

 

Aktiviti7_4

 

Aktiviti7_5
  • PERISTIWA BERGAMBAR 17 Jan ----- Sesi taklimat tips dan panduan menduduki peperiksaan online

    Peristiwa bergambar.

Aktiviti8_1

 

Aktiviti8_2
  • Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 3 Tahun 2016

    Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 3/2016 telah membincangkan dan meluluskan pelantikan seramai 115 orang dan seramai 943 orang pegawai telah diberi pengesahan dalam perkhidmatan dan pemberian taraf berpencen. Manakala, tujuh (7) orang pegawai telah diberi pelanjutan tempoh percubaan dan tiga (3) orang telah ditamatkan perkhidmatan. Selain itu Suruhanjaya juga telah membincangkan dan mempertimbangkan satu (1) kertas Tatatertib, dua (2) kertas Lembaga RayuanKenaikan Pangkat dan sembilan (9) kertas Lembaga Rayuan Tatatertib.

Aktiviti9_1

 

Aktiviti9_2

 

Aktiviti9_3
  • BERITA RINGKAS 19 Jan ----- Dato' Seri Arpah pengerusikan mesyuarat bersama wanita MCA

    PUTRAJAYA 19 Jan ----- Pengerusi S.P.A, Dato’ Seri Arpah Abdul Razak hari ini mempengerusikan mesyuarat bersama delegasi wanita MCA di Putrajaya. Turut hadir Ketua Wanita MCA, Datuk Heng Seai Kie dan ahli jawatankuas MCA. Mesyuarat yang berkaitan dengan penyertaan kaum Cina dalam sektor awam itu turut dihadiri Setiausaha S.P.A, Dato’ Zainal Abidin Ahmad dan Timbalan Setiausaha (Pengambilan) Tuan Haji Abdullah Tahir. ----- MediaSPA

Aktiviti10_1

 

Aktiviti10_2
  • BERITA RINGKAS 20 Jan ----- Peperiksaan online untuk memasuki jawatan PTD Gred M41 berjalan lancar

    PUTRAJAYA 19 Jan -----Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (S.P.A) telah menjalankan peperiksaan online untuk memasuki jawatan Pegawai Tadbir Dan Diplomatik (PTD) Gred M41 yang diadakan malam tadi. Peperiksaan yang bermula jam 8.00 malam itu telah beroperasi dari Wisma CommerceDotCom di Petaling Jaya, Selangor. Pengerusi S.P.A Dato’ Seri Arpah Abdul Razak hadir bagi menyaksikan perjalanan peperiksaan. Peperiksaan yang berakhir jam 9.40 malam turut dihadiri calon-calon yang berada di 42 buah negara, antaranya Australia, Brunei, China, Egypt, France, Indonesia, Japan, Korea Selatan, Saudi Arabia, Singapura, Thailand dan United Kingdom. Sementara itu dalam ucapan yang disampaikan oleh Dato’ Seri Arpah, beliau mengucapkan syabas dan tahniah kepada pegawai-pegawai S.P.A yang bekerjasama sehingga peperiksaan ini berjalan dengan lancar. Keputusan peperiksaan dijangka akan diumumkan selepas Mesyuarat Suruhanjaya pada minggu hadapan di portal S.P.A www.spa.gov.my. ----- MediaSPA

Aktiviti11_1

 

Aktiviti11_2

 

Aktiviti11_3

 

Aktiviti11_4

 

Aktiviti11_5

 

Aktiviti11_6

 

Aktiviti11_7
  • BERITA RINGKAS 21 Jan ----- Amanat Tahun Baru 2016 bersama Menteri Di JPM Datuk Joseph Entulu Belaun

    PUTRAJAYA 21 Jan -----Warga Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (S.P.A), Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran Malaysia (SPP) dan Unit Pemodenan Tadbiran Dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) hari ini telah hadir di majlis Amanat Tahun Baru 2016 bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Joseph Entulu Belaun di Putrajaya. Turut hadir Pengerusi SPP Tan Sri Dr. Haili Dolhan, Pengerusi S.P.A Dato’ Seri Arpah Abdul Razak, Ketua Pengarah MAMPU dan pegawai-pegawai kanan. Di majlis itu juga MAMPU telah melancarkan buku bertajuk “Nilai Unggul Perkhidmatan Awam”, Teks ucapan Menteri telah disampaikan oleh Pengerusi SPP, Tan Sri Dr. Haili Dolhan. ----- MediaSPA

Aktiviti12_1

 

Aktiviti12_2

 

Aktiviti12_3
  • BERITA RINGKAS 27 Jan ----- S.P.A tandatangani perjanjian Peperiksaan Online dengan NET2ONE Sdn Bhd

    PUTRAJAYA 27 Jan ----- Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (S.P.A) telah menandatangani perjanjian peperiksaan online dengan Syarikat NET2ONE Sdn.Bhd. di Putrajaya pagi tadi. Hadir menyaksikan perjanjian antara S.P.A dengan NET2ONE Sdn.Bhd, Pengerusi S.P.A Dato’ Seri Arpah Abdul Razak dan Pengerusi Altel Datuk Hilmi Mohd Nor. Dokumen perjanjian telah ditandatangani Dato’ Zainal Abidin Ahmad bagi pihak S.P.A dan Nik Abdul Aziz Nik Yaacob bagi pihak NET2ONE. Syarikat NET2ONE Sdn. Bhd. telah menyediakan perkhidmatan jalur lebar semasa peperiksaan Online yang dijalankan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia. ----- MediaSPA

Aktiviti13_1

 

Aktiviti13_2

 

Aktiviti13_3

 

Aktiviti13_4
  • BERITA RINGKAS 27 Jan ----- "S.P.A rancang program-program yang strategik" ----- Dato' Seri Arpah Abdul Razak

    PUTRAJAYA 27 Jan ----- Pengerusi S.P.A Dato’ Seri Arpah Abdul Razak hari ini menyeru kepada warga S.P.A agar membuat perancangan yang rapi dengan menjalankan program-program strategik dan mendatangkan faedah . Beliau berkata demikian dalam ucapan di majlis perhimpunan bulanan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (S.P.A) di Putrajaya sebentar tadi. Menurut beliau lagi peraturan-peraturan kewangan hendaklah dipatuhi mengikut SOP yang telah ditetapkan. “Dalam keadaan semasa, kita perlu dan hendaklah pandai merancang bagi memastikan pengunaannya secara optimum dengan bajet yang diperuntukkan kepada S.P.A” katanya. ----- MediaSPA

Aktiviti14_1

 

Aktiviti14_2

 

Aktiviti14_3
  • Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 4 Tahun 2016

    Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 4/2016 telah membincangkan dan meluluskan pelantikan seramai 2,333 orang dan seramai 1,330 orang pegawai telah diberi pengesahan dalam perkhidmatan dan pemberian taraf berpencen. Manakala, enam (6) orang pegawai telah diberi pelanjutan tempoh percubaan dan tiga (3) orang telah ditamatkan perkhidmatan. Selain itu Suruhanjaya juga telah membincangkan dan mempertimbangkan lapan (8) kertas Lembaga Rayuan Tatatertib.

Aktiviti15_1

 

Aktiviti15_2

 

Aktiviti15_3
  • BERITA RINGKAS 14 September ----- Majlis Menandatangani Kerjasama Strategik Antara SPA dan LHDNM

    PUTRAJAYA, 13 September ----- ----- Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) dan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) telah menandatangani kerjasama strategik Sistem Peperiksaan Online dan e-Tapis. Majlis yang diadakan di Menara Hasil, Cyberjaya itu telah dihadiri oleh Pengerusi SPA, YBhg. Tan Sri Arpah Abdul Razak, Setiausaha SPA, YBhg. Dato’ Zainal Abidin Ahmad dan pegawai pegawai kanan SPA. Sementara itu Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia dihadiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Sabin Samitah serta pegawai-pegawai kanan LHDNM. YBhg. Tan Sri Arpah dalam ucapannya berkata kerjasama ini adalah merupakan pilihan bijak dan tepat selaras dengan dasar NBOS kerajaan untuk berkongsi sistem-sistem ICT yang produktif dan berdaya saing dalam memastikan fungsi-fungsi agensi yang sama dapat dilaksanakan dengan efektif dan efisien di samping menjimatkan kos dan masa. LHDNM akan mengadakan peperiksaan online bagi jawatan Pegawai Eksekutif Gred 41 yang dijadualkan pada 20 September ini.----- MediaSPA

Aktiviti2_1

 

Aktiviti2_2

 

Aktiviti2_3
  • PERISTIWA BERGAMBAR 29 Jan ----- Mesyuarat Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB) S.P.A

    Peristiwa bergambar.

Aktiviti16_1

 

Aktiviti16_2

 

Aktiviti16_3
  • BERITA RINGKAS 16 September ----- Mesyuarat Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan (SPKP) ke - 134

    PUTRAJAYA, 15 September ----- ----- Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan (SPKP) telah mengadakan Mesyuarat yang ke-134 di Putrajaya, semalam. Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Pengerusi SPKP, YBhg. Tan Sri Arpah Abdul Razak turut dihadiri oleh Ahli-Ahli SPKP iaitu Peguam Negara, Yang Amat Arif Hakim Besar Malaya, Yang Arif Hakim Mahkamah Tinggi Kuching dan Setiausaha SPKP, YBhg. Dato' Zainal Abidin Ahmad. Turut hadir mesyuarat berkenaan adalah Peguam Cara Negara II, Timbalan Ketua Pendaftar (Polisi) Mahkamah Persekutuan dan pegawai-pegawai kanan Urus Setia SPKP. Mesyuarat telah menimbangkan kertas-kertas bagi urusan penentuan gaji permulaan, kenaikan pangkat, pemangkuan, tatatertib, surcaj dan isu-isu dasar perkhidmatan berkaitan Pegawai Undang-Undang dalam Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan.----- SPKP/MediaSPA

Aktiviti3_1

 

Aktiviti3_2

 

Aktiviti3_3

 

Aktiviti3_4

 

Aktiviti3_5
  • PERISTIWA BERGAMBAR 29 Jan ----- Mesyuarat PASPA

    Peristiwa bergambar.

Aktiviti17_1

 

Aktiviti17_2
  • BERITA RINGKAS 18 September ----- Majlis Sanjungan Budi Lambaian Kasih

    PUTRAJAYA, 15 September ----- ----- Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia telah mengadakan Majlis Sanjungan Budi Lambaian Kasih sempena meraikan warga SPA yang telah dan akan bersara pada tahun 2017. Majlis yang diadakan di Dewan Serbaguna Kementerian Pengangkutan Malaysia Presint 4, Putrajaya dihadiri oleh Pengerusi SPA, YBhg. Tan Sri Arpah Abdul Razak, Timbalan Pengerusi SPA, YBhg. Dato’ Sri Zoal Azha Yusof, Ahli-Ahli Suruhanjaya, Setiausaha SPA, YBhg. Dato’ Zainal Abidin Ahmad, pegawai-pegawai kanan dan warga SPA. Tan Sri Arpah turut menyampaikan sijil penghargaan dan cenderamata kepada pesara dan pegawai-pegawai yang akan bersara wajib pada hujung tahun ini.----- MediaSPA

Aktiviti4_1

 

Aktiviti4_2

 

Aktiviti4_3

 

Aktiviti4_4
  • BERITA RINGKAS 29 Jan ----- Kunjungan Hormat Matthew Anak Dominic Ke atas Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak

    KUCHING 29 Jan ----- Setiausaha Bahagian Urus Setia S.P.A Cawangan Sarawak Matthew Anak Dominic membuat kunjungan hormat ke atas Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak, YB Tan Sri Datuk Amar Mohamad Morshidi Ghani. Kunjungan hormat yang diadakan pada selasa lepas telah berlangsung di pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri, di Wisma Bapa Malaysia, Petra jaya Kuching. ----- MediaSPA/Swk

Aktiviti18_1

 

Aktiviti18_2
  • Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 27 Tahun 2017

    Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 27/2017 telah membincangkan dan meluluskan pelantikan seramai 1,276 orang dan seramai 502 orang pegawai telah diberi pengesahan dalam perkhidmatan dan pemberian taraf berpencen Manakala, 22 orang pegawai telah diberi pelanjutan tempoh percubaan dan dua orang (2) telah ditamatkan perkhidmatan Selain itu Suruhanjaya juga telah membincangkan dan mempertimbangkan empat (4) kertas Lembaga Rayuan Kenaikan Pangkat dan tujuh (7) kertas Lembaga Rayuan Tatatertib.

Aktiviti5_1

 

Aktiviti5_2

 

Aktiviti5_3
  • BERITA RINGKAS 27 September ----- Lawatan Kerja SPA Ke Pusat Latihan RELA Wilayah Utara

    SUNGAI PETANI, KEDAH ----- Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) telah mengadakan Mesyuarat Suruhanjaya dan lawatan kerja ke Pusat Latihan RELA Wilayah Utara di Sungai Petani, Kedah semalam. Delegasi SPA diketuai oleh Pengerusi SPA, YBhg. Tan Sri Arpah Abdul Razak. Hadir sama Timbalan Pengerusi SPA, YBhg. Dato’ Sri Zoal Azha, Ahli-Ahli Suruhanjaya, Setiausaha SPA, YBhg. Dato’ Zainal Abidin Ahmad dan pegawai-pegawai kanan SPA. Satu sesi taklimat mengenai aktiviti-aktiviti RELA dan isu-isu berkaitan telah disampaikan oleh Ketua Pengarah RELA, Tuan Zulkifli Abidin. Delegasi SPA juga turut berpeluang menghadiri sesi latihan menembak di lapang sasar pusat latihan RELA bersama pegawai-pegawai RELA. Terdahulu, YBhg.Tan Sri Arpah mempengerusikan Mesyuarat Mingguan Suruhanjaya Bil 29/2017 .----- MediaSPA

Aktiviti6_1

 

Aktiviti6_2

 

Aktiviti6_3

 

Aktiviti6_4
  • Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 38 Tahun 2017

    Mesyuarat Suruhanjaya Bilangan 38/2017 pada 4 Disember 2017 di Putrajaya, dipengerusikan oleh Timbalan Pengerusi SPA, YBhg. Dato’ Sri Zoal Azha Yusof.

Aktiviti1_1

 

Aktiviti1_2

 

Aktiviti1_3

 

Aktiviti1_4
  • BERITA RINGKAS 28 September ----- Mesyuarat Khas Suruhanjaya Bil 2/2017

    ALOR SETAR, 27 September ----- Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) telah mengadakan Mesyuarat Khas Suruhanjaya Bil 2/2017 yang diadakan di Bilik Gerakan SUK, Wisma Darul Aman, Alor Setar, Kedah, semalam. Mesyuarat dipengerusikan oleh Pengerusi SPA, YBhg. Tan Sri Arpah Abdul Razak. Turut hadir Timbalan Pengerusi SPA, YBhg. Dato’ Sri Zoal Azha, Ahli-Ahli Suruhanjaya, Setiausaha SPA, YBhg. Dato’ Zainal Abidin Ahmad dan pegawai-pegawai kanan SPA. Mesyuarat telah membincangkan pembentangan kertas kerja berkaitan isu penambahbaikan urusan pengambilan, perkhidmatan dan tatatertib penjawat awam di bawah bidang kuasa SPA.----- MediaSPA

Aktiviti7_1

 

Aktiviti7_2

 

Aktiviti7_3

 

Aktiviti7_4
  • BERITA RINGKAS 6 Disember ----- Lawatan Daripada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Indonesia

    PUTRAJAYA, 5 Disember ----- Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) telah menerima lawatan daripada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Indonesia, semalam. Ketibaan delegasi seramai 6 (enam) pegawai yang diketuai oleh Wakil Ketua Komisi Aparatur Sipil Negara (KASN) Dr. Irham Dilmy disambut oleh Setiausaha SPA, YBhg. Dato’ Zainal Abidin Ahmad. Satu sesi taklimat mengenai Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia telah disampaikan oleh Pengerusi SPA, YBhg. Tan Sri Arpah Abdul Razak . Turut hadir Timbalan Setiausaha (Perkhidmatan), Encik Ikhbal Hanam Mukras dan pegawai-pegawai kanan SPA . ----- MediaSPA

Aktiviti2_1

 

Aktiviti2_2

 

Aktiviti2_3

 

Aktiviti2_4
  • BERITA RINGKAS 28 September ----- Mesyuarat Pengurusan Sumber Manusia Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA)

    ALOR SETAR, 27 September ----- Pengerusi SPA, YBhg. Tan Sri Arpah Abdul Razak telah mempengerusikan Mesyuarat Pengurusan Sumber Manusia Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) dengan Kementerian, Jabatan Dan Pentadbiran Negeri Di Bawah Bidang Kuasa SPA Tahun 2017 semalam. Mesyuarat yang diadakan di Bilik Gerakan, Wisma Darul Aman turut dihadiri Timbalan Pengerusi SPA, YBhg. Dato’ Sri Zoal Azha, Setiausaha SPA, YBhg. Dato’ Zainal Abidin Ahmad serta ketua-ketua Jabatan Persekutuan dan Ketua-ketua Jabatan Kerajaan Negeri di bawah bidang kuasa SPA. Mesyuarat ini merupakan platform bagi SPA dan Pengurus-pengurus sumber manusia di peringkat kementerian/jabatan/pentadbiran kerajaan negeri berbincang mengenai isu-isu berkaitan urusan pengambilan dan perkhidmatan. Terdapat 5 kertas pembentangan mesyuarat pada kali ini antaranya adalah mengenai naziran urusan perkhidmatan dan kes-kes tatatertib yang diakas oleh Lembaga Rayuan Tatatertib Perkhidmatan Awam.----- MediaSPA

Aktiviti8_1

 

Aktiviti8_2

 

Aktiviti8_3
  • BERITA RINGKAS 11 Disember ----- Mesyuarat Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan (SPKP) Ke-135

    PUTRAJAYA, 8 Disember ----- Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan (SPKP) telah mengadakan Mesyuaratnya yang ke-135 di Istana Kehakiman, Jumaat lepas. Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Pengerusi SPKP, YBhg. Tan Sri Arpah Abdul Razak turut dihadiri Ahli-Ahli SPKP, Peguam Negara, Yang Amat Arif Hakim Besar Sabah Sarawak, Yang Arif Hakim Mahkamah Persekutuan, Yang Arif Hakim Mahkamah Rayuan, Yang Arif Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dan Setiausaha SPKP, YBhg. Dato' Zainal Abidin Ahmad. Turut hadir Peguam Cara Negara II, Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan dan pegawai-pegawai kanan Urus Setia SPKP. Mesyuarat telah menimbangkan kertas-kertas bagi urusan pelantikan, penentuan gaji permulaan, kenaikan pangkat, pemangkuan, tatatertib, surcaj dan isu-isu dasar perkhidmatan berkaitan Pegawai Undang-Undang dalam Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan. ----- MediaSPA

Aktiviti3_1

 

Aktiviti3_2

 

Aktiviti3_3

 

Aktiviti3_4

 

Aktiviti3_5
  • BERITA RINGKAS 30 September ----- Karnival Kerjaya SPA Di Alor Setar

    ALOR SETAR, 27 September ----- Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) telah mengadakan Karnival Kerjaya yang diadakan di Dewan Serbaguna, Kompleks Kementerian Dalam Negeri, Wisma Persekutuan, Alor Setar, Kedah. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, YB Datuk Joseph Entulu Anak Belaun. Hadir sama Pengerusi SPA, YBhg. Tan Sri Arpah Abdul Razak, Timbalan Pengerusi SPA, YBhg. Dato’ Sri Zoal Azha Yusof, Ahli-Ahli Suruhanjaya, Setiausaha SPA, YBhg. Dato’ Zainal Abidin Ahmad, pegawai-pegawai kanan SPA serta wakil dari pelbagai Kementerian dan Jabatan. Selain booth pameran dari pelbagai agensi/jabatan kerajaan, SPA juga turut membuka kaunter permohonan jawatan secara online yang disediakan secara percuma kepada orang ramai, kaunter semakan status permohonan dan juga taklimat kerjaya serta panduan menghadapi temu duga. Selain itu, terdapat juga pelbagai aktiviti lain yang disediakan kepada orang ramai yang hadir di antaranya adalah seperti kempen derma darah, pemeriksaan kesihatan dan perkhidmatan klinik pergigian bergerak.----- MediaSPA

Aktiviti9_1

 

Aktiviti9_2

 

Aktiviti9_3

 

Aktiviti9_4

 

Aktiviti9_5
  • BERITA RINGKAS 13 Disember ----- Misi Bantuan Banjir SPAVOL : Edisi Negeri Kelantan

    PUTRAJAYA, 8 Disember ----- Misi Bantuan Banjir anjuran SPA Volunteer (SPAVOL) berupa barangan seperti selimut, telekung, kain pelikat, sejadah dan tuala mandi telah diagihkan kepada keluarga terjejas di Tasik Bakong, Lanchang, Kubang Bongor, Kampung Rahmat, Taman Megah dan Kubang Gual. Menurut Presiden SPAVOL Raja Adnan Raja Ibrahim, jumlah barangan yang dibawa itu boleh memberi manfaat kira-kira 500 mangsa di kawasan Rantau Panjang. Pelepasan konvoi kenderaan telah disempurnakan oleh Penasihat SPAVOL, YBhg Dato’ Zainal Abidin Ahmad, jumaat lepas. ----- MediaSPA

Aktiviti4_1

 

Aktiviti4_2

 

Aktiviti4_3
  • PERISTIWA BERGAMBAR 14 Disember ------ Timbalan Setiausaha (Pengambilan)

    Peristiwa bergambar.

Aktiviti5_1
  • Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 21 Tahun 2017

    Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 21/2017 telah membincangkan dan meluluskan pelantikan seramai 563 orang dan seramai 419 orang pegawai telah diberi pengesahan dalam perkhidmatan dan pemberian taraf berpencen. Manakala, 18 orang pegawai telah diberi pelanjutan tempoh percubaan dan dua (2) orang pegawai telah ditamatkan perkhidmatan. Selain itu Suruhanjaya juga telah membincangkan dan mempertimbangkan satu (1) kertas Lembaga Rayuan Kenaikan Pangkat dan 12 kertas Lembaga Rayuan Tatatertib.

Aktiviti1_1

 

Aktiviti1_2

 

Aktiviti1_3
  • Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 39 Tahun 2017

    Mesyuarat Suruhanjaya Bilangan 39/2017 pada 11 Disember 2017 di Putrajaya, dipengerusikan oleh Pengerusi SPA, YBhg. Tan Sri Arpah Abdul Razak.

Aktiviti6_1

 

Aktiviti6_2

 

Aktiviti6_3
  • Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 22 Tahun 2017

    Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 22/2017 telah membincangkan dan meluluskan pelantikan seramai 113 orang dan seramai 1,220 orang pegawai telah diberi pengesahan dalam perkhidmatan dan pemberian taraf berpencen. - Manakala, 17 orang pegawai telah diberi pelanjutan tempoh percubaan dan empat (4) orang pegawai telah ditamatkan perkhidmatan. - Selain itu Suruhanjaya juga telah membincangkan dan mempertimbangkan satu (1) kertas Lembaga Rayuan Kenaikan Pangkat dan 12 kertas Lembaga Rayuan Tatatertib.

Aktiviti2_1

 

Aktiviti2_2

 

Aktiviti2_3
  • BERITA RINGKAS 29 Disember ----- Sesi Perbincangan Bersama Pejabat SUK Pulau Pinang

    PULAU PINANG, 22 Disember ----- ----- Urus Setia Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia yang diwakili Timbalan Setiausaha (Perkhidmatan) Encik Ikhbal Hanam Mukras, Setiausaha Bahagian Naik Pangkat dan Tatatertib serta Penasihat Undang-Undang SPA telah mengadakan sesi perbincangan bersama Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang berhubung isu-isu pengurusan tatatertib dan perkhidmatan. Urus Setia SPA juga turut mengadakan kunjungan hormat bersama Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang, YB. Dato’ Seri Farizan Darus. Turut hadir Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (pengurusan) serta pegawai-pegawai kanan Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Pejabat SUK Pulau Pinang. ----- MediaSPA

Aktiviti7_1

 

Aktiviti7_2
  • BERITA RINGKAS 20 Ogos ----- PERTANDINGAN KIK PERINGKAT SPA 2017

    PUTRAJAYA, 18 Ogos ----- Kumpulan Pixe11 yang membentangkan tajuk projek “Self Service MyID” daripada Bahagian Pengurusan Maklumat muncul Juara Pertandingan KIK 2017 Peringkat SPA yang berlangsung di Anjung Ilham pada hari Jumaat. Tempat kedua pula telah dimenangi oleh Kumpulan PKPK daripada Bahagian Pengambilan Khas dengan pembentangan tajuk projek Ketiadaan Sistem Pengurusan Maklumat Pegawai Kontrak (Kumpulan Pelaksana Gred 28 dan Ke Bawah). Pertandingan telah dirasmikan oleh Pengerusi SPA, YBhg. Tan Sri Arpah Abdul Razak. Turut hadir Setiausaha SPA, YBhg. Dato’ Zainal Abidin Ahmad, pegawai-pegawai kanan serta warga SPA. Dua kumpulan lagi yang bertanding ialah Kumpulan Kenyalang daripada Urus Setia Cawangan Sarawak dan Kumpulan Citra daripada Bahagian Peperiksaan.----- MediaSPA

Aktiviti3_1

 

Aktiviti2_2

 

Aktiviti2_2

 

Aktiviti2_2

 

Aktiviti2_2
  • BERITA RINGKAS 25 Ogos ----- Program Gemilang Walk 2017

    PUTRAJAYA, 25 Ogos ----- YBhg. Tan Sri Arpah Abdul Razak telah menyertai Program Gemilang Walk 2017 yang telah diadakan di Dataran Gemilang, Presint 4, Putrajaya. Program anjuran Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) yang bermula seawal jam 6.30 pagi tadi diadakan bertujuan untuk menyemarakkan Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2017. YBhg. Tan Sri Dr. Ali Hamsa, Ketua Setiausaha Negara telah hadir untuk menerima penyerahan Jalur Gemilang Oleh YBhg. Dato' Sri Dr. Sharifah Zarah Syed Ahmad, Ketua Setiausaha KKMM dan seterusnya menyampaikan amanat kepada semua peserta Program Gemilang Walk 2017. Sejurus selepas amanat beliau, YBhg. Dato' Sri Zainal Rahim Seman, Ketua Pengarah perkhidmatan Awam telah menyerahkan Logo 1Malaysia Negaraku kepada YBhg. Tan Sri Dr. Ali Hamsa.----- MediaSPA

Aktiviti4_1

 

Aktiviti4_2
  • BERITA RINGKAS 3 November ----- Lawatan Kerja Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Kedah Ke SPA Malaysia

    PUTRAJAYA, 2 November ----- Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) telah menerima lawatan kerja daripada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Kedah, semalam. Delegasi diketuai oleh Pengerusinya, YBhg. Dato’ Hajah Sepiah Isa, turut diiringi Ahli-Ahli Suruhanjaya dan Setiausaha SPA Negeri Kedah, Encik Mohd Zaidy Omar. Ketibaan delegasi disambut oleh Pengerusi SPA Malaysia, YBhg. Tan Sri Arpah Abdul Razak. Satu sesi taklimat mengenai fungsi-fungsi SPA Malaysia dan sistem-sistem online yang digunakan oleh SPA Malaysia telah disampaikan oleh YBhg. Tan Sri Arpah. SPA Malaysia juga turut berkongsi pengalaman dan pengetahuan mengenai urusan-urusan Pengambilan, Peperiksaan, Perkhidmatan, Kenaikan Pangkat dan Tatatertib. Hadir sama, Setiausaha SPA Malaysia, YBhg. Dato’ Zainal Abidin Ahmad, Timbalan Setiausaha (Perkhidmatan) Encik Ikhbal Hanam Mukras dan pegawai-pegawai kanan SPA.----- MediaSPA

Aktiviti1_1

 

Aktiviti1_2

 

Aktiviti1_3

 

Aktiviti1_4
  • BERITA RINGKAS 15 November ----- Program Jelajah Kasih SPAVOL Edisi Orang Asli

    TANJUNG MALIM, 14 November ----- Pengerusi SPA merangkap Penaung SPAVOL, YBhg. Tan Sri Arpah Abdul Razak telah merasmikan Program Jelajah Kasih SPAVOL : Edisi Orang Asli yang diadakan di Sekolah Kebangsaan Pos Bersih, Ulu Slim, semalam. Program ini melibatkan seramai 300 sukarelawan SPAVOL dan orang awam serta mahasiswa yang mendaftar dengan SPA seperti Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Majlis Daerah Tanjong Malim (MDTM), Jabatan Penerangan Negeri Perak, RELA, penduduk kampung daripada JKKK Ulu Slim dan masyarakat Orang Asli Pos Bersih. Para sukarelawan telah mengadakan aktiviti gotong royong perdana membersihkan semak samun di sepanjang jalan Pos Bersih, mengecat klinik kesihatan, seminar motivasi kepada anak-anak Orang Asli, membuat lukisan mural di SK Pos Bersih, menghias dan mencantikkan taman SK Pos Bersih, kenduri rakyat untuk 800 orang penduduk kampung dan Orang Asli serta pengagihan sumbangan barangan keperluan harian kepada 70 keluarga Orang Asli. Perasmian program telah disempurnakan oleh YBhg. Tan Sri Arpah bte Abdul Razak, Pengerusi SPA merangkap Penaung SPAVOL. Turut hadir Encik Ikhbal Hanam bin Mukras, Timbalan Setiausaha SPA. Maklumat lanjut berkaitan aktiviti SPAVOL boleh dilayari melalui www.facebook.com/spavol.

Aktiviti2_1

 

Aktiviti2_2

 

Aktiviti2_3

 

Aktiviti2_4
  • Majlis Sambutan Aidilfitri SPA tahun 2017

    PUTRAJAYA, 17 Julai ----- SMajlis Sambutan Aidilfitri SPA tahun 2017 telah diadakan bertempat di Dewan Temu Duga SPA, Aras 6. Majlis diserikan lagi dengan kehadiran YBhg. Tan Sri Arpah Abdul Razak, Pengerusi SPA, YBhg. Dato’ Zainal Abidin Bin Ahmad, Setiausaha SPA, Ahli-ahli Suruhanjaya, pegawai kanan SPA dan warga SPA. Warga SPA telah disajikan dengan pelbagai juadah raya seperti lemang, rendang, ketupat, soto, sate dan kuih-muih. Selain itu, majlis juga dimeriahkan dengan persembahan nyanyian lagu Hari Raya daripada warga SPA diiringi oleh kumpulan Buskers SPA.

Aktiviti1_1

 

Aktiviti1_2

 

Aktiviti1_3

 

Aktiviti1_4
  • BERITA RINGKAS 18 November ----- SPAVOL Beri Sumbangan Kepada Maahad Tahfiz

    PUTRAJAYA, 17 November ----- Setiausaha SPA merangkap Penasihat SPAVOL, YBhg. Dato' Zainal Abidin Ahmad menyampaikan barangan sumbangan SPAVOL berupa beras kepada mudir-mudir tiga buah Maahad Tahfiz yang bernaung di bawah Persatuan Kebajikan Tahfiz Selangor (PEKETAS). ----- MediaSPA

Aktiviti3_1

 

Aktiviti3_2
  • BERITA RINGKAS 19 Julai ----- Ahli Suruhanjaya Baharu

    PUTRAJAYA, 19 Julai ----- Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (S.P.A) menerima Ahli Suruhanjaya yang baharu iaitu YBhg. Datuk Ir. Anjin Haji Ajik. Majlis angkat sumpah jawatan dan taat setia telah diadakan dihadapan Hakim Mahkamah Persekutuan YA Tan Sri Hasan Lah, di Istana Kehakiman petang tadi. Terdahulu YBhg. Datuk Ir Anjin mengadakan perjumpaan dengan Setiausaha SPA, YBhg. Dato’ Zainal Abidin di pejabatnya.----- MediaSPA

Aktiviti2_1

 

Aktiviti2_2
  • BERITA RINGKAS 18 November ----- Majlis Ringkas Persaraan Timbalan Setiausaha (Pengambilan)

    PUTRAJAYA, 17 November ----- Setiausaha SPA, YBhg. Dato’ Zainal Abidin Ahmad hadir ke majlis ringkas perjumpaan bersama Timbalan Setiausaha (Pengambilan) Tuan Haji Abdullah Tahir yang akan bersara wajib pada Ahad 19 November 2017. Majlis ringkas yang diadakan di Anjung Ilham semalam, turut dihadiri Timbalan Setiausaha (Perkhidmatan) Encik Ikhbal Hanam Mukras dan pegawai-pegawai kanan SPA serta kakitangan Bahagian Pengambilan. ----- MediaSPA

Aktiviti4_1

 

Aktiviti4_2

 

Aktiviti4_3
  • Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 19 Tahun 2017

    Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 19/2017 telah membincangkan dan meluluskan pelantikan seramai 1,351 orang dan seramai 633 orang pegawai telah diberi pengesahan dalam perkhidmatan dan pemberian taraf berpencen. Manakala, 16 orang pegawai telah diberi pelanjutan tempoh percubaan dan tiga (3) orang pegawai telah ditamatkan perkhidmatan. Selain itu Suruhanjaya juga telah membincangkan dan mempertimbangkan tiga (3) kertas Lembaga Rayuan Kenaikan Pangkat dan 24 kertas Lembaga Rayuan Tatatertib

Aktiviti3_1

 

Aktiviti4_2

 

Aktiviti4_3
  • BERITA RINGKAS 21 November ----- Setiausaha SPA Mempengerusikan Mesyuarat MBJ Dan Penyelarasan Pentadbir Pusat Temu Duga SPA

    JOHOR BAHRU, 18 November ----- Setiausaha SPA, YBhg. Dato’ Zainal Abidin Ahmad telah mempengerusikan Mesyuarat Majlis Bersama Jabatan (MBJ) yang diadakan di Pejabat Penyelarasan Pembangunan (ICU) Negeri Johor, di Johor Bahru pada Sabtu lepas. Mesyuarat turut dihadiri Timbalan Setiausaha (Perkhidmatan) Encik Ikhbal Hanam Mukras. YBhg. Dato’ Zainal Abidin juga turut mempengerusikan mesyuarat penyelarasan pentadbir pusat temu duga SPA, yang diadakan di pusat temu duga SPA Johor Bahru. ----- MediaSPA

Aktiviti5_1

 

Aktiviti5_2
  • Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 20 Tahun 2017

    Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 20/2017 telah membincangkan dan meluluskan pelantikan seramai 72 orang dan seramai 1,483 orang pegawai telah diberi pengesahan dalam perkhidmatan dan pemberian taraf berpencen. Manakala, 11 orang pegawai telah diberi pelanjutan tempoh percubaan dan dua (2) orang pegawai telah ditamatkan perkhidmatan. Selain itu Suruhanjaya juga telah membincangkan dan mempertimbangkan satu (1) kertas Lembaga Rayuan Kenaikan Pangkat dan 10 kertas Lembaga Rayuan Tatatertib.

Aktiviti4_1

 

Aktiviti4_2

 

Aktiviti4_3
  • BERITA RINGKAS 22 November ----- Hari Inovasi dan Integriti Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia Tahun 2017

    PUTRAJAYA, 20 November ----- Pengerusi SPA, YBhg. Tan Sri Arpah Abdul Razak telah merasmikan sambutan Hari Inovasi dan Integriti Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia Tahun 2017, yang diadakan di Putrajaya. Sambutan yang bertemakan “Integriti dan Inovasi Merealisasi Transformasi” turut dihadiri Timbalan Pengerusi SPA, YBhg. Dato’ Sri Zoal Azha Yusof. Hadir sama Setiausaha SPA, YBhg. Dato’ Zainal Abidin Ahmad, Timbalan Setiausaha (Perkhidmatan) Encik Ikhbal Hanam Mukras, pegawai-pegawai kanan serta warga SPA. Pada majlis itu juga, Setiausaha SPA, YBhg. Dato’ Zainal Abidin Ahmad menandatangani Ikrar Bebas Rasuah dan turut disaksikan oleh Timbalan Pesuruhjaya SPRM, YBhg. Dato’ Abdul Samat Kasah. Dalam ucapan perasmian yang disampaikan oleh YBhg. Tan Sri Arpah, beliau berkata, majlis ini adalah sebagai menzahirkan bahawa warga SPA sangat komited memerangi rasuah, salah guna kuasa dan penyelewangan. Katanya lagi, dalam konteks SPA sebagai jabatan yang terlibat dalam melantik penjawat awam, kita harus memastikan konsep integriti ini sentiasa dipegang dan dengan adanya lafaz Ikrar ini menunjukkan komitmen kita bagi memperkukuhkan interiti dilaksanakan secara berterusan. ----- MediaSPA

Aktiviti6_1

 

Aktiviti6_2

 

Aktiviti6_3

 

Aktiviti6_4
  • Majlis Amanat Pengerusi SPA Bersama Peserta Kursus Diploma Pascasiswazah Pengurusan Awam (DPA) - Kadet PTD Tahun 2017

    PUTRAJAYA, 28 Julai ----- YBhg. Tan Sri Arpah binti Abdul Razak, Pengerusi SPA telah menghadiri Majlis Amanat Pengerusi SPA bersama peserta Kursus Diploma Pascasiswazah Pengurusan Awam (DPA) atau Kadet PTD Tahun 2017 bertempat di Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN), Bukit Kiara, Kuala Lumpur. Majlis turut dihadiri oleh YBrs. Dr. Mohd Gazali bin Abas, Pengarah INTAN, YBhg. Dato' Dr. Syed Omar Sharifuddin bin Syed Ikhsan, Timbalan Pengarah Kanan INTAN, YBrs. Tuan Haji Abdullah bin Tahir, Timbalan Setiausaha Pengambilan SPA dan Puan Haslina binti Ahmad, Setiausaha Bahagian Pengambilan SPA. Jumlah peserta Kursus Diploma Pascasiswazah Pengurusan Awam (DPA) 2017 pada kali ini adalah seramai 391 orang dan peserta akan mengikuti kursus bermula pada 23 Julai 2017 sehingga 23 Mei 2018.

Aktiviti5_2

 

Aktiviti5_3

 

Aktiviti5_4

 

Aktiviti5_5
  • PERISTIWA BERGAMBAR 06 Oktober ------ Penyampaian Sumbangan dan Surat Penempatan

    Peristiwa bergambar.

Aktiviti1_1

 

Aktiviti1_2
  • BERITA RINGKAS 5 Jun ----- Program Infaq Ramadhan SPAVOL Terima Sumbangan Beras

    PUTRAJAYA, 5 Jun ----- SPA Volunteer (SPAVOL) hari ini telah menerima sumbangan berupa beras daripada Jabatan Kastam Diraja Malaysia untuk Program Infaq Ramadhan SPAVOL 2017 yang akan diadakan pada 20 Jun 2017 di Kuala Selangor. Sumbangan beras tersebut telah disampaikan oleh Timbalan Pengarah Kastam , YBrs.Tuan Abdul Wahabi Abdullah kepada Pengerusi SPA YBhg. Tan Sri Arpah Abdul Razak merangkap Penaung SPAVOL. Program Infaq Ramadhan SPAVOL 2017 ini adalah merupakan aktiviti tahunan SPAVOL bertujuan mengagihkan barangan keperluan harian kepada golongan miskin dan golongan yang memerlukan bagi meringankan beban. SPAVOL turut mengalukan-alukan sumbangan daripada badan korporat dan orang perseorangan yang ingin menghulurkan bantuan. Untuk maklumat lanjut sila layari Facebook SPAVOL di https://www.facebook.com/spavol/. MediaSPA

Aktiviti2_1
  • BERITA RINGKAS 31 Oktober ----- Majlis Pelancaran Hari Sukan Negara 2017 Peringkat SPA

    PUTRAJAYA, 30 Oktober ----- Pengerusi SPA, YBhg. Tan Sri Arpah Abdul Razak merakamkan penghargaan kepada tiga (3) orang warga SPA yang mewakili negara dalam temasya Sukan SEA Ke-29 dan Sukan Para ASEAN Ke-9 Kuala Lumpur 2017. Beliau berkata demikian pada majlis Pelancaran Hari Sukan Negara Peringkat SPA Tahun 2017 di Putrajaya, semalam. Menurutnya lagi, ini bukan sahaja membuktikan kemampuan bersaing di arena tempatan, tetapi yang lebih penting bagi mengharumkan nama Malaysia di pentas rantau Asia Tenggara. YBhg. Tan Sri Arpah seterusnya menyeru agar usaha mempamer aksi membanggakan diteruskan khususnya demi negara tercinta dan jabatan.Turut hadir, Timbalan Pengerusi SPA, YBhg. Dato’ Sri Zoal Azha Yusof, Setiausaha SPA, YBhg. Dato’ Zainal Abidin Ahmad, Timbalan Setiausaha (Perkhidmatan) Encik Ikhbal Hanam Mukras, pegawai-pegawai kanan dan warga SPA.----- MediaSPA

Aktiviti2_1

 

Aktiviti2_2

 

Aktiviti2_3

 

Aktiviti2_4

 

Aktiviti2_5
  • BERITA RINGKAS 13 Jun ----- Mesyuarat Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan (SPKP) Ke - 133

    PUTRAJAYA, 9 Jun ----- Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan (SPKP) telah mengadakan mesyuaratnya yang ke-133 di Putrajaya, Jumaat lepas. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Pengerusi SPKP, YBhg. Tan Sri Arpah Abdul Razak. Mesyuarat turut dihadiri oleh Ahli-Ahli SPKP iaitu YBhg. Peguam Negara, Yang Amat Arif Ketua Hakim Negara, Yang Amat Arif Presiden Mahkamah Rayuan, Yang Arif Hakim Mahkamah Persekutuan, Yang Arif Hakim Mahkamah Tinggi Kuching dan Kuala Lumpur serta Jemaah Pegawai SPKP. Turut hadir ke mesyuarat berkenaan Setiausaha SPKP, YBhg. Dato' Zainal Abidin Ahmad dan pegawai-pegawai kanan Urus Setia SPKP. Mesyuarat telah menimbangkan kertas-kertas bagi urusan pelantikan, kenaikan pangkat dan isu-isu dasar dalam Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan. MediaSPA

Aktiviti3_1

 

Aktiviti3_2

 

Aktiviti3_3

 

Aktiviti3_4
  • Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 17 Tahun 2017

    Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 17/2017 telah membincangkan dan meluluskan pelantikan seramai 654 orang dan seramai 1,941 orang pegawai telah diberi pengesahan dalam perkhidmatan dan pemberian taraf berpencen. Manakala, 21 orang pegawai telah diberi pelanjutan tempoh percubaan dan seorang (1) orang pegawai telah ditamatkan perkhidmatan. Selain itu Suruhanjaya juga telah membincangkan dan mempertimbangkan tiga (3) kertas Lembaga Rayuan Kenaikan Pangkat dan 13 kertas Lembaga Rayuan Tatatertib.

Aktiviti4_1

 

Aktiviti4_2

 

Aktiviti4_3
  • BERITA RINGKAS 14 September ----- Lawatan Kerja Daripada Guangxi Administrative Institute of China

    PUTRAJAYA, 13 September ----- ----- Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia telah menerima lawatan kerja daripada Guangxi Administrative Institute of China semalam. Delegasi seramai 7 orang pegawai itu diketuai oleh Vice President, Mr. Li Yanming. Satu sesi taklimat mengenai SPA telah disampaikan oleh Pengerusi SPA, YBhg. Tan Sri Arpah Abdul Razak. Turut hadir Setiausaha SPA, YBhg. Dato’ Zainal Abidin Ahmad, Timbalan Setiausaha (Pengambilan), Tuan Haji Abdullah Tahir, Timbalan Setiausaha (Perkhidmatan), Encik Ikhbal Hanam Mukras dan pegawai-pegawai kanan SPA.----- MediaSPA

Aktiviti1_1

 

Aktiviti1_2

 

Aktiviti1_3

 

Aktiviti1_4
  • BERITA RINGKAS 21 Jun ----- Program Infaq Ramadan SPAVOL 2017 Di Kuala Selangor

    KUALA SELANGOR, 20 Jun ----- Pengerusi SPA merangkap Penaung SPAVOL, YBhg. Tan Sri Arpah Abdul Razak telah merasmikan Program Infaq Ramadan SPAVOL 2017 yang diadakan di Kampung Assam Jawa, Bukit Rotan, Kuala Selangor, semalam. Program yang julung kali diadakan ini bertujuan untuk menjalankan kerja-kerja kebajikan dan kesukararelawan dalam membantu masyarakat yang memerlukan terutama menjelang perayaan Hari Raya Aidilfitri yang akan disambut tidak lama lagi. Urus setia SPAVOL telah mengumpul sumbangan daripada pelbagai agensi kerajaan dan badan korporat berupa barangan keperluan asas seperti beras, gula, minyak dan lain-lain lagi untuk diberikan kepada golongan asnaf. Seramai 200 orang terdiri daripada ibu-ibu tunggal sekitar Kuala Selangor telah menerima barangan keperluan tersebut yang telah disampaikan oleh YBhg. Tan Sri Arpah Abdul Razak. Turut hadir Setiausaha SPA merangkap Penasihat SPAVOL, YBhg. Dato’ Zainal Abidin Ahmad, Ketua Pengarah Biro Tatanegara, YBhg. Datuk Haji Ibrahim Saad, Pegawai Daerah Kuala Selangor, Tuan Shamsul Shahril Badliza Mohd Noor dan Pengerusi PUSPANITA Kuala Selangor Rafidah Jaafar. Maklumat lanjut berkaitan SPAVOL boleh dilayari melalui www.facebook.com/spavol. MediaSPA

Aktiviti5_1

 

Aktiviti5_2

 

Aktiviti5_3

 

Aktiviti5_4

 

Aktiviti5_5