September 2017 - Aktiviti 3
- BERITA RINGKAS 16 September ----- Mesyuarat Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan (SPKP) ke - 134
PUTRAJAYA, 15 September ----- ----- Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan (SPKP) telah mengadakan Mesyuarat yang ke-134 di Putrajaya, semalam. Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Pengerusi SPKP, YBhg. Tan Sri Arpah Abdul Razak turut dihadiri oleh Ahli-Ahli SPKP iaitu Peguam Negara, Yang Amat Arif Hakim Besar Malaya, Yang Arif Hakim Mahkamah Tinggi Kuching dan Setiausaha SPKP, YBhg. Dato' Zainal Abidin Ahmad. Turut hadir mesyuarat berkenaan adalah Peguam Cara Negara II, Timbalan Ketua Pendaftar (Polisi) Mahkamah Persekutuan dan pegawai-pegawai kanan Urus Setia SPKP. Mesyuarat telah menimbangkan kertas-kertas bagi urusan penentuan gaji permulaan, kenaikan pangkat, pemangkuan, tatatertib, surcaj dan isu-isu dasar perkhidmatan berkaitan Pegawai Undang-Undang dalam Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan.----- SPKP/MediaSPA
Â
Â
Â
Â