Mac 2017 - Aktiviti 3

  • BERITA RINGKAS 6 Mac ----- Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2016 Dan Sekalung Budi

    PUTRAJAYA, 5 Mac ----- Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) telah mengadakan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) SPA Tahun 2016 dan Sekalung Budi yang diadakan di Dewan Seri Melati, Kompleks Perbadanan Putrajaya. Seramai 35 orang penerima APC telah menerima sijil penghargaan masing-masing yang disampaikan oleh Pengerusi SPA, YBhg. Tan Sri Arpah Abdul Razak. Terdahulu dalam ucapannya, YBhg. Tan Sri Arpah menyentuh mengenai pemilihan calon-calon APC iaitu harus mengikut kriteria-kriteria yang ditetapkan selain mendapat perakuan daripada Ketua Jabatan. Pengerusi juga berasa amat berbangga dengan prestasi-prestasi yang ditunjukkan oleh pegawai-pegawai SPA sepanjang tahun 2016 dan mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua penerima anugerah APC. Dalam majlis yang sama juga SPA turut meraikan 3 (tiga) orang Ahli Suruhanjaya SPA yang telah tamat tempoh perkhidmatan iaitu Puan Zuraidah Amiruddin, YBhg. Datuk Ir. Anjin Haji Ajik dan Tuan Haji Onn Haji Abdullah. YBhg. Tan Sri Arpah turut mengimbas kembali pencapaian SPA sepanjang tahun dan juga kenangan-kenangan bersama Ahli Suruhanjaya. YBhg. Tan Sri Arpah mengucapkan penghargaan kepada Ahli Suruhanjaya di atas segala jasa dan pengorbanan mereka sepanjang menjadi Ahli Suruhanjaya. Turut hadir dalam majlis tersebut adalah Timbalan Pengerusi SPA, YBhg. Dato’ Seri Zoal Azha Yusof, Setiausaha SPA, YBhg. Dato’ Zainal Abidin Ahmad, Ahli-ahli Suruhanjaya dan pegawai-pegawai SPA. --- MediaSPA

Aktiviti3_1

 

Aktiviti3_2

 

Aktiviti3_3

 

Aktiviti3_4