Oktober 2016 - Aktiviti 13

  • BERITA RINGKAS 26 Oktober ----- Program Brisk Walk Sempena Perhimpunan Bulanan SPA dan Hari Sukan Negara

    PUTRAJAYA 25 Oktober ----- Pengerusi S.P.A, YBhg. Tan Sri Arpah Abdul Razak hadir ke program “SPA Brisk Walk” yang diadakan di Kompleks C Putrajaya, petang semalam. Program dengan tema “Jom Sihat” adalah bersempena dengan Majlis Perhimpunan Bulanan SPA dan Hari Sukan Negara yang disambut pada setiap bulan Oktober. Turut hadir Setiausaha SPA, YBhg. Dato’ Zainal Abidin Ahmad, Timbalan Setiausaha (Perkhidmatan), Puan Salmah Idris, Timbalan Setiausaha (Pengambilan), Tuan Haji Abdullah Tahir, pegawai-pegawai kanan dan warga SPA. Terdahulu, semasa ucapan YBhg. Dato’ Zainal Abidin, beliau menyentuh mengenai topik gaya hidup sihat yang diamalkan akan menjadikan kita berfikiran positif sekaligus akan melancarkan aktiviti seharian sama ada di pejabat atau di rumah. MediaSPA

Aktiviti13_1

 

Aktiviti13_2

 

Aktiviti13_3

 

Aktiviti13_4

 

Aktiviti13_5

 

Aktiviti13_6