April 2015 - Aktiviti 14
- "Banyak perkara dapat diselesaikan dengan cara perbincangan" ------ Tan Sri Mahmood Adam
PUTRAJAYA 8 April ----- Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (S.P.A) telah berjaya menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) dengan melantik ke jawatan tetap pegawai-pegawai yang bertaraf kontrak. Ini termasuklah pegawai kontrak di Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) dan Jabatan Perpaduan. “Dengan beberapa kaedah penyelesaian dan siri perjumpaan yang melibatkan S.P.A, JPA dan Kementerian Kewangan, perkara ini dapat diselesaikan dan sebahagian pegawai-pegawai kontrak dapat dilantik ke jawatan tetap”. Pengerusi S.P.A Tan Sri Mahmood Adam berkata demikian semasa perjumpaan dengan pegawai-pegawai KEMAS di Putrajaya petang semalam. Hadir sama Ketua Pengarah KEMAS, Dato’ Hassan Mohd Amin. Menurut Tan Sri Mahmood lagi siri perbincangan dan perjumpaan yang bermula sejak Julai 2012, akan diteruskan dan beliau yakin masalah yang dihadapi akan dapat diselesaikan ----- MediaSPA