November 2015 - Aktiviti 17
- BERITA RINGKAS 27 Nov ----- "Penjawat Awam diseru amalkan cara hidup sihat " ----- Dato' Seri Arpah Abdul Razak
PUTRAJAYA 26 Nov ----- Pengerusi S.P.A, Dato’ Seri Arpah Abdul Razak menyeru penjawat awam supaya mengamalkan cara hidup sihat kerana berupaya meningkatkan daya tumpuan dan fokus seseorang ke atas pelaksanaan tugasan seharian. Beliau berkata demikian dalam ucapan di perhimpunan bulanan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (S.P.A) di Putrajaya semalam. Katanya lagi “tubuh badan yang sihat, sudah tentu akan menyumbang kepada kecerdasan emosi dan pemikiran”. Turut hadir Setiausaha S.P.A, Dato’ Zainal Abidin Ahmad, Timbalan Setiausaha (Perkhidmatan) Puan Salmah Idris, Timbalan Setiausaha (Pengambilan) Tuan Haji Abdullah Tahir serta warga S.P.A. ----- MediaSPA