Mac 2012 - Aktiviti 12

  • Bendera SPA Bakal Berada Di Puncak Gunung Everest

    SPA 23 Mac ----- Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) telah mengadakan Majlis Penyerahan Bendera Ekspedisi Jejak Everest 2012. Penyerahan bendera SPA yang akan dibawa ke puncak Gunung Everest telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Lamien Sawiyo kepada Encik Doni Haji Sahari. Beliau yang bertugas di Urus Setia SPA Cawangan Sarawak, akan berlepas ke Katmandu pada hari ini, 23 Mac 2012. Menurut YBhg. Dato’ Lamien Sawiyo, majlis yang diadakan ini adalah merupakan penghormatan kepada beliau dan merupakan satu usaha yang murni. ”Sama-samalah kita mendoakan agar beliau dapat mencapai cita-cita untuk menjejaki puncak Everest, dan seterusnya dapat mengibarkan bendera SPA di puncak Gunung Everest” . Hadir sama, Timbalan Setiausaha (Pengambilan) YBhg. Datuk Ramli Juhari, Timbalan Setiausaha SPA (Perkhidmatan) Puan Lim Mooi Eia. Menurut YBhg. Dato’ Lamien lagi SPA sentiasa mengalu-alukan kepada seluruh warga SPA supaya aktif dalam pelbagai bidang sukan seperti Bola Sepak, Bola Jaring, Bowling, Badminton dan lain-lain yang boleh mengharumkan nama SPA. ”SPA sudah terkenal di JPM kerana kita yang unggul (aktiviti sukan) dan kita harap ia tidak dirampas oleh pihak lain”. Diakhir ucapan, ”Ini merupakan satu suntikan semangat kepada Encik Doni, dapat mencapai cita-cita beliau untuk menjejaki Gunung Everest, dan harapan SPA semoga beliau berjaya”. ----MediaSPA

Aktiviti1

 

Aktiviti1

 

Aktiviti1