Julai 2013 - Aktiviti 23
- Majlis Penyerahan Surat Tawaran pelantikan Paramedik Jabatan Kesihatan Negeri Sabah
Kota Kinabalu, 29 Julai ----- Majlis penyerahan surat tawaran pelantikan bagi jawatan Jururawat Masyarakat Gred U19 dan Penolong Pegawai Perubatan Gred U29 telah diadakan di Dewan Persatuan India, Bahagian Pergigian Jabatan Kesihatan Negeri Sabah. Penyerahan surat tawaran ini disampaikan oleh Tn Hj Musa bin Sulaiman, Setiausaha Bahagian SPA Cawangan Sabah yang turut dihadiri oleh Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri Sabah, Encik Toisin Gantor.
Seramai 126 calon Jururawat Masyarakat Gred U19 dan 56 calon Penolong Pegawai Perubatan Gred U29 yang telah tamat latihan pada bulan Jun 2013.