April 2012 - Aktiviti 12

  • Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2011

    SPA 27 April ----- Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia hari ini telah mengadakan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2011 bertempat di Dewan Temu duga SPA, Aras 6. Majlis telah dihadiri oleh Setiausaha SPA, YBhg. Dato’ Lamien Sawiyo, Timbalan Setiausaha (Pengambilan), YBhg. Datuk Ramli Juhari, Timbalan Setiausaha (Perkhidmatan), Puan Lim Mooi Eia serta warga SPA. Seramai 41 orang warga SPA telah mendapat Anugerah Perkhidmatan Cemerlang pada kali ini. Semua penerima APC telah menerima sijil serta hadiah prestasi berupa wang tunai yang disampaikan oleh YBhg. Dato’ Lamien Sawiyo. Terdahulu dari itu, Setiausaha SPA telah melancarkan Buletin SPA (WARNA) keluaran pertama. Buletin ini akan dikeluarkan tiga kali setahun. ----- MediaSPA

Aktiviti12

Aktiviti12

Aktiviti12

Aktiviti12