September 2012 - Aktiviti 1

  • Majlis Setulus Ingatan Sejambak Kasih  
       
    PUTRAJAYA 2 September ----- Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) hari ini telah mengadakan Majlis Setulus Ingatan Sejambak Kasih dan Sambutan Aidilfitri yang diadakan di Parm Garden IOI Resort, Putrajaya. SPA turut meraikan dua orang warga SPA yang telah bersara iaitu Puan Yang Jameah Youb Ahmad dan Puan Rafiah Ismail. Pengerusi SPA, YBhg. Tan Sri Mahmood Adam, Timbalan Pengerusi Dato’ Segarajah Ratnalingam, dan Ahli-Ahli Suruhanjaya telah hadir ke majlis tersebut. Hadir sama Setiausaha SPA, YBhg. Dato’ Lamien Sawiyo, Timbalan Setiausaha (Pengambilan) YBhg. Datuk Ramli Juhari dan Timbalan Setiausaha (Perkhidmatan) Puan Lim Mooi Eia serta warga SPA. Majlis dimulakan dengan ucapan Pengerusi, YBhg. Tan Sri Mahmood Adam dan penyampaian Sijil Persaraan serta hadiah iringan. SPA juga telah memberi penghargaan kepada atlet-atlet sukan yang telah mengharumkan nama Suruhanjaya Perkhidmatan Awam dan Jabatan Perdana Menteri antaranya Rowing, Bowling dan Bola Sepak yang telah menjadi juara Liga FAM pada tahun ini. Di akhir majlis YBhg. Tan Sri Mahmood telah memotong pulut kuning sebagai acara simbolik atas kejayaan SPA dalam pelbagai bidang tugas rasmi dan juga aktiviti-aktiviti sukan yang dijalankan. ----- MediaSPA

Aktiviti 1

Aktiviti 1

Aktiviti 1

Aktiviti 1

Aktiviti 1